Saturday, August 7, 2010

Doa

1. Jika kita ingin berdoa dan dikabulkan oleh ALLAH SWT mestilah mengikut cara-cara yang betul, waktu yang sesuai dan sebagainya. Walaubagaimanapun kadang-kadang kita terlepas pandang kepada beberapa perkara.
2. Berikut ada beberapa petua yang dikira boleh diamalkan untuk lebih cepat diterima dari biasa dengan izinNYA.
3. Mula-mula berdoa dengan MEMUJI ALLAH SWT dahulu seperti Alhamdulillah
4. Selepas itu BERSELAWAT keatas Nabi SAW.
5. Kemudian berdoa meminta keampunan dari ALLAH SWT kepada kedua IBU BAPA kita samada masih hidup atau sudah meninggal.
6. Nyatakan SIAPA yang punya doa/hajat, seperti mengatakan Ya ALLLAH hamba mu ini AHMAD bin ABU atau binti MINAH memohon pada MU supaya...(nyatakan hajat)
7. Selepas itu berdoalah minta apa yang dihajati.
8. Selepas itu seeloknya kena BERJANJI kepada ALLAH SWT atau NAZAR dengan nyatakan jika hajat saya ini diterima maka saya akan memberi/membelanjakan/membuat/ dan sebagainya mengikut kemampuan kita. Jangan bernazar yang bukan-bukan atau yang pelik-pelik yang kita tidak mampu laksanakan. Sebagai contoh mungkin memberi makan 5 orang makan, beriktikaf di masjid, bersedeqah sedikit wang dan sebagainya.
9. Berdoalah bersungguh-sungguh insyaALLAH dimakbulkan.