Sunday, November 30, 2014

Bendera Syaitan dan Bendera Malaikat

Dikatakan bendera syaitan itu ia terdapat dipasar-pasar dan bendera malaikat pula terdapat di masjid-masjid. Kita tidak dapat melihatnya tapi diceritakan oleh kita begitulah keadaannya. Ini berlaku kerana dipasar-pasar banyak berlaku penipuan seperti menjual barangan tidak halal, kurang timbangan, barangan rosak atau tamat tempuh, sumpah palsu dan sebagainya. Yang mendatangi pasar pula pelbagai ragam manusia bebas pergaulan lelaki perempuan. Dimasjid pula lain keadaan kerana sebelum memasukinya hendaklah dibuang sifat membesar diri, sombong, riak, ujub dan lain sifat tidak baik. Mereka kesini juga mesti bersih dari hadas besar serta bersih pakaian dan tubuh badan dari najis. Masjid juga tempat turunnya rahmat Allah.

Wednesday, November 26, 2014

Surah Al-Furqan ayat 63-64

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Sekadar renungan. Allah berfirman dalam surah al-Furqan ayat 63-64, "Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan bersopan santun; dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka akan menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri".

Imam Shafie: Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri
iaitu dengan mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut
iaitu menqada'kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara', bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada' ALLAH s.w.t. sabar menerima bala' dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
________________________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."

Wednesday, November 19, 2014

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH.

🌷🌹INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH🌻🌺
💰💴💵💷💶💳💸💰💴💵💷💶💳💸💰💴💵

💝1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

💝2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒

💝3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁🎁

💝4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎

💝5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

💝6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

💝7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

💝8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

💝9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

💝10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄😄

💝11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜🌜

💝12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

💝13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedekah.

Saturday, November 15, 2014

Cahaya Bulan dan Cahaya Matahari

Boleh diumpamakan bahawa solat itu umpama cahaya bulan dan sabar itu seperti cahaya matahari. Ini bermaksud tingkat sabar itu lebih terang cahayanya dari cahaya solat. Ini kerana untuk mengerjakan solat memerlukan kesabaran. Ini juga menunjukkan sabar itu amat tinggi nilainya disisi Allah.

Saturday, November 8, 2014

Masjid dan Kek

Satu pertanyaan yang mungkin agak sensitif jika ditanya kepada individu beragama Islam iaitu bila kali terakhir ia pergi kemasjid. Jawapan mungkin setahun, seminggu atau sehari yang lalu. Atau juga mungkin tidak diingati lagi bila. Pertanyaan juga boleh ditanya kepada wanita bila kali terakhir ia memasak kek. Jawapan mungkin seperti diatas. Atau mungkin sudah tidak diingati bila. Sepatutnya setiap muslim lelaki perlu kemasjid solat berjemaah setiap hari kerana ini adalah sunnah nabi.