Saturday, May 28, 2011

Kenapa Hati Tak Bahagia

Kenapa Hati Tak Bahagia
 
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA 

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 

1. Pemarah 

  Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 

2 . Pendendam 

  Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 

3. Hasad dengki 

 Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 

4. Bakhil 

    Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok 
  dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia 

5. Tamak 

  O rang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 

6. Tidak sabar 

 Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) 

7. Ego     

  Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 

8. Riak 

   Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.. 

9. Cinta dunia 

 T idak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati 
 cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah  
 akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 

Kesimpulan 

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. 
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. 
Wallahualam" 
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 21, 2011

Sabar dan Solat

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat Ke 45)‬

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 20, 2011

Sakit dan Hati

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:
1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dgn sahabat, dgn jiran, dgn keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak sangat bercakap, jadi banyak terguris hati org
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan - angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 17, 2011

Iman dan Rambut

jagalah iman seperti mana menyisir rambut didepan cermin supaya tampak cantik..bukan untuk dimata manusia..tetapi kita ketahui..Allah suka pada yg bersih dan cantik..jagalah kekemasan iman..wallahualam..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 15, 2011

KIAMAT ANTARA 5 PERKARA GHAIB LUAR JANGKAUAN ILMU

KIAMAT ANTARA 5 PERKARA GHAIB LUAR JANGKAUAN ILMU
DARIPADA Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah: tiada yang mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan Allah; tiada seorangpun yang mengetahui bila waktu hujan akan turun melainkan Allah; tiada seorang mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah dan tiada yang mengetahui bila kiamat terjadi melainkan Allah." (Hadis riwayat Bukhari)
Pemilik ilmu itu adalah Allah, tiada yang luput daripada pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi
Manusia dan makhluk lain tidak diberi ilmu oleh Allah melainkan hanya sedikit saja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air lautan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, May 14, 2011

Muslim

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: " Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:" Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."
(al-Bukhari) .

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Belajar Ilmu

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Abu ad-Darda' r.a
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."
Abu Umamah r.a
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
HADITH
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak."
Riwayat Abu Daud
HADITH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain."
(al-Bukhari)
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(46) Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
(47) Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.
(63) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfaal:46,47,63
(8) Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(9) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya
(10) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Al-Baqara:8-10
WALLAHUALAM‬

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 13, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Solat dan Diam

Daripada Muawiyah bin al-Hakim Assalmi r.a. katanya, "Pada suatu masa, aku sembahyang bersama Rasulullah SAW. Tiba tiba seorang dari jamaah bersin, aku pun mengucapkan "Yarhamukallah!" Semua ahli jamaah menjeling kepadaku, lalu aku berkata"Aduhai kesalnya aku! (didalam hati), Satu bencana akan menimpaku, kenapa kamu memandangku?" Semua ahli jamaah memukul peha dengan tangan mereka. Setelah itu barulah aku mengerti bahawa mereka menghendaki aku diam, aku pun diam". Apabila Rasulullah SAW. selesai mengerjakan sembahyang, baginda tidak berkata apa-apa kepadaku. Demi bapa dan ibuku, tidak pernah aku berjumpa orang yang paling baik cara mengajarnya selain daripada Rasulullah. Demi Allah, baginda tidak memarahi, memukul dan mencelaku. Baginda hanya bersabda, " Sesungguhnya semasa mengerjakan sembahyang tidak dibenarkan sedikitpun bercakap kerana sembahyang itu merupakan tasbih, takbir serta bacaan ayat-ayat al-Quran."
Riwayat Muslim

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 10, 2011

Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah

Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah,
dan masing-masing memiliki kebaikan.
Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah "Qodarulloh wa maa syaa'a fa'al, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi". [HR. Muslim]

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 9, 2011

Sebaik-baik kamu

Rasulullah telah bersabda
"Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isteri-isteri kamu"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hidayat

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(15) Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Surah al-Israa :15‬

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 4, 2011

DOA PERLINDUNGAN DARI BINATANG BERBAHAYA

DOA PERLINDUNGAN DARI BINATANG BERBAHAYA
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.
[A'udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq]
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya"
("Barangsiapa membaca doa ini pada sore hari sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu". HR. Ahmad, An-Nasa'i)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 2, 2011

Zalim

*Dari Abi Zar r.a, Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi) "Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, Aku telah haramkan ke ats diri-Ku kezaliman dan Aku jadikan kezaliman itu juga haram ke ats kamu semua maka janganlah berlaku zalim sesama sendiri.
Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.
Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.
Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.
Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..."
(Muslim)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 1, 2011

Nasihat KUBUR

Nasihat KUBUR;
Aku adlh tmpat pling gelap mka terangilah aku dgn tahajud,
Aku adlh tmpat yg pling smpit mka luaskn lh aku dgn bersilaturahmi,
Aku adlh tmpat yg pling sepi mka ramaikn lh aku dgn p'bnyak bca Al-Quran,
Aku adlh tmpat bnatg2 yang menjijikan mka rcuni lh ia dgn Amal Sdkah,
Aku adlh tmpat Munkar&Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawbn mu dgn P'bnyak me'ucp kn Klimh "LAILAHAILLALLAH"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rumah Kenderaan dan Harta

Rumah yang paling baik Adalah - LAHAD
Kenderaan yang paling baik adalah - KERANDA
baju yang paling baik adalah - KAIN KAFAN DAN
Harta yang paling baik adalah - AMALAN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.