Tuesday, June 28, 2011

Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah SAW

Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah SAW

CERDASNYA orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah s.w.t.. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w.

 itu adalah:

Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua : Membaca al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam : Jaga wuduk terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba-Nya yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua do'a, diampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti kita kepada Allah. Bila kita bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling diperlukan, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditinggalkan sehingga jauhlah umat manusia daripada sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Bersama-samalah kita muhasabah,di mana letaknya diri kita hari ini.Perbetulkanlah diri jika kita tersilap,jgn terlalu angkuh dgn kenikmatan sementara yg kita miliki.Janganlah hanya tahu bersyukur,sedangkan hati kita terus dilambung ombak kelalaian.Buktikanlah,bahawa kitalah umat sejati yang sangat disayangi Rasulullah SAW.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 22, 2011

Syaitan dan Wanita

Syaitan yang kerjanya menghasut dan ingin melihat umat manusia dihumban ke neraka jahannam bersama mereka. Soalnya mengapa wanita itu pula untuk menjadi budak nafsunya ? Tidak lain adalah kerana wanita mempunyai daya tarikan kepada lelaki yang boleh menyeretkan lelaki ke lembah neraka.
Kerana wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal sedangkan lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Nafsu yang banyak inilah yang mengajak wanita menghias diri dan bersolek, memakai emas permata, berpakaian terdedah dan cantik, pandai mengoda, gilakan pangkat dan darajat.
Syaitan tahu bahawa wanita mempunai daya tarikan semula jadi untuk memikat kaum Adam, wanita yang mempunyai jelingan yang tajam, suara yang merdu, gaya jalan yang menarik dan goyang punggungnya, hampir keseluruhannya mempunyai kesan yang tertentu pada lelaki.
Syaitanlah yang menghasut agar perempuan bersolek dan mendedahkan aurat, bisikannya yang halus membuatkan perempuan merenung lelaki dengan tajam dan senyumannya yang menawan. Dalam hal ini bila maruah telah tercemar tidak ada gunanya dikesalkan lagi. Wanitalah yang utama menjadi umpan syaitan. Syaitan itu tempatnya didalam neraka dan dilaknati Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda :
"Memandang wanita itu adalah panah beracun dari panah iblis. Siapa meninggalkan kerana takut kepada Allah nescaya dianugerahi oleh Allah iman yang didapati dari kemanisan di dalam hati."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 20, 2011

Sedekah Kaya dan Miskin

Jangan takut miskin karena sedekah dan jangan takut sedekah kerana miskin!
Kaya memang penting, tapi sedekah jauh lebih penting dari kaya.
Jangan pernah menunggu kaya baru bersedekah,
tapi bersedekahlah maka InsyaAllah anda akan bertambah kaya.
Sedekah membawa Berkah!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 19, 2011

Ayam Jantan, Anjing dan Keldai

H.R. Abu Hurairah r.a.;- Nabi s.a.w. bersabda:" Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah Ta'ala kerana sesungguhnya ayam itu melihat malaikat. Tetapi jika kamu mendengar anjing menyalak ataupun keldai(himar) memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah Ta'ala daripada godaan syaitan kerana haiwan tersebut melihat syaitan." ...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 14, 2011

Rupa Harta dan Hati

Abu Hurairah r.a. berkata : Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya ALLAH S.W.T TIDAK melihat RUPAMU dan TIDAK melihat HARTAMU dan TIDAK melihat KEADAANMU....tetapi ALLAH S.W.T MELIHAT AMAL DAN HATIMU.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kebaikan dan Agama

Mu'awiyah r.a. dari Nabi SAW bersabda ;- " Siapa yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala untuknya kebaikan, maka diberi faham dalam agama ( Islam )." ~ { H.R ;- Imam Bukhari } ....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 12, 2011

Maaf dan Mulia

Dari Abu hurairah (ra)meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda:musa b imran as berkata:wahai tuhan ku,siapakah org paling mulia pada pandangan mu? Allah menjawab:barang siapa yg memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalasnya(hr Baihaqi)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, June 9, 2011

Keutamaan Istighfar

Keutamaan Istighfar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
yang artinya:
"Barangsiapa membiasakan diri ber-istighfar, maka Allah akan memberinya jalan keluar setiap kali ia mengalami kesempitan, dan memberinya hiburan setiap kali ia dirundung kesedihan, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Seseorang mendatangi Ibnu 'Abbas dan berkata, "Doakan agar aku punya anak!" Ia menjawab, "Biasakanlah ber-istighfar!"
Datang orang lain yang berkata, "Doakan agar aku kaya!" Ia menjawab, "Biasakanlah ber-istighfar!"
Datang lagi orang lain yang berkata, "Doakan agar turun hujan!" Ia menjawab, "Biasakanlah ber-istighfar!"
Lalu dikatakan kepadanya, "Kau katakan kepada setiap orang yang datang meminta bantuanmu agar membiasakan beristighfar?!?
"Benar!" katanya. "Bukankah Allah Ta'aala telah mewahyukan:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh, ayat 10-12)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 6, 2011

Doa menentang dan merawat sihir

Doa menentang dan merawat sihir:
1. Surah Yunus 10: ayat 81-82
2. Surah Al-A'raf 7: ayat 118-122
3. Surah Taha 20: ayat 69
4. Surah An-Nisa' 4: ayat 84
5. Surah Yusuf 12: ayat 64
6. Surah al-mu'minun 23: ayat 115-118
7. Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, June 3, 2011

SiapakAH ORANG yang ALLAH cintai

SiapakAH ORANG yang ALLAH cintai?.
1- ORANG YANG BERTAQWA. Allah berfirman yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa." (Surah al-Tawbah 9:4)
2-ORANG YANG CEPAT-CEPAT BERTAUBAT. Allah berfirman yang bermaksud;" Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri."(Surah al-Baqarah 2:222)
3-ORANG YANG ADIL. Allah berfirman yang bermaksud;"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah 60:8)
4-ORANG YANG BERTAWAKAL. Allah berfirman yang bermaksud;"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNyal." (Surah aAli 'Imran 3:159)
5-ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN. Allah berfirman yang bermaksud;" Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah 2:195)
6-ORANG BERJUANG PADA JALAN ALLAH.Allah berfirman yang bermaksud;" Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61:4)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 1, 2011

Hadis : Orang Yang Berbudi Mulia

Hadis : Orang Yang Berbudi Mulia:
Hadis :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut" Riwayat Ahmad
Huraian :
Pengajaran Hadis
i) Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.
Ii) Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.
iii) Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

EHadis : Orang Yang Berbudi Mulia: