Tuesday, August 2, 2016

 FORMULA UNTUK MENJADI KAYA

1.MULIAKAN IBU BAPA
Doa ibu bapa adalah segala segalanya, doa ibu tiada perantaraan dengan Allah, terus di makbulkan.
Rai ibu bapa & jaga mereka sepanjang usia.
Doakan ibu bapa setelah ibu bapa meniggal.

2.JAGA MASA 
Ia datang dan berakhir.
Urus masa solat 5 waktu.
Atur kerja dengan sebaik cara.
Berada di Masjid sebelum azan, masuk waktu solat terus solat.
Selepas solat bertebaranlah mencari rezeki.

3.BERODOA DENGAN KHUSYUK
Berserah pada Allah dan bertawakal lah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4.BERUSAHA
Usaha pagi petang siang dan malam, usahalah bersungguh sungguh.
Usaha bermula dengan niat, lepas tu buat sampai dapat, kalau tak dapat usaha yang lain pula.
Set kan satu masa dalam sehari membaca Al Quran.
Orang yang baca surah Al Ikhlas setiap kali sama ganjarannya membaca 1/3 Al Quran.
Saya tidak berhenti membaca surah Al Ikhlas, kadang kadang sampai 1000 kali sehari.

5.JAGA KESIHATAN
Banyakkan berjalan kaki, banyakkan minum air mineral, jaga permakanan

6.HIDUP KENA ADA TARGET DAN WAWASAN 
Ikat perut dan usah membazir.
Makan dan minuman mesti di habiskan.
Usah berlagak macam orang kaya, padahal kita teman pada Syaitan.
Sentiasa belanja orang makan dan minum.
Apabila makan di kedai yang kecil, perhatikan kebersihan kedai itu, di situ kita akan jumpa ramai orang yang susah, belanjalah meraka makan dan minum

7.BILA WAKTU MAGRIB USAH BERADA DI ATAS JALAN
Apabila berjalan berhentilah cari masjid.
Apabila di rumah tutup pintu rapat rapat.
Malam buang sampah sarap, basuh pinggan mangkuk, pastikan semua teratur sebelum tidur.
Gunakan waktu magrib dan isyak untuk mendengar ilmu agama atau baca buku buku agama.
Lepas isyak kira untung dan rugi business.
Siapkan bahan untuk kerja esok hari

8.USAH TAKUT JUMPA ORANG
Walaupun 5 minit mahu berjumpa, pergila sendiri.
Usah pakai wakil apabila berhadapan dengan soal penting.
Biar kita merangkak panjat bangunan, biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan, yang penting sampai dengan usaha kita sendiri.

9.BALIK MALAM, USAH CAKAP PENAT, USAH CAKAP LETIH, USAH CAKAP SAKIT
Apabila balik senyum sikit, Allah sedang luruhkan dosa, lepas sakit kita akan bertenaga balik.
Siapa dalam dunia ni yang tidak pernah sakit, jatuh dan di hina? Semua pernah termasuk Rasul Allah S.A.W. namum baginda ajar untuk memafkan orang.

10. NIAT KAN MAHU KAYA
Niatkan mahu bantu orang ramai.
Niat mahu jadi manusia berguna.
Niat itu macam tulis surat, dulukan tiada internet, salah tulis surat akan sampai salah tempatla surat tu, maka tulis alamt tu biar betul betul.

Friday, July 29, 2016

Fon dan AlQuran

BUAT PERINGATAN DIRI SAYA DAN SAUDARA-SAUDARA SEMUA.

MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLSc..BACA.. Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

→ Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

→ Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

→Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira ketika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...

Dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid..."

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ...

🍒 Ingatan utk saya & semua
YANG.....

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "mengumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu - "taubat"

Tuesday, July 26, 2016

Bila sudah tua


BILA SUDAH TUA* 1. Apabila anda tua, isikan waktu bersama pasangan anda krn seorang drpd anda akan pergi dahulu dn yg masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan. 2. Apabila anda tua akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, lawati seberapa bnyk tempat yg anda boleh. 3. Apabila tua, jgn susahkan diri memikirkn anak2 secara berlebihan mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan anda selesaikan hutang anda sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yg anda tinggalkan. 4. Rebut peluang utk bersama rakan2 lama kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa kesemasa. 5.Terimalah penyakit cara optimis. Sama ada kaya atau miskin semua akan melalui proses yg sama, iaitu lahir jadiknk2,dewasa,tua,sakit& mati. 6. Alangkah indahnya ketika kita tua, ilmu sudah penuh di dada, iman terus menebal, 'amal terus-terusan tidak dikurangkan, jasat dan roh sihat sejahtera. Tapi kita ini.... di mana ya. Insya Allah masa masih bersama kita.. "Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia gembira,kita sedih dia turut sedih. Jangan cari kawan macam duit syiling depan lain belakang lain." Semoga bermanfaat..
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, July 24, 2016

Nampak Allah?


*```KITA TAK NAMPAK ALLAH```*

*```Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH.```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*

*```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH.```*

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Thursday, June 23, 2016

ORANG MUKMIN YANG HEBAT IALAH:

1) Dia meninggalkan dunia sebelum meninggal dunia.

2) Dia bersedekah sampai kaya bukan dah kaya baru bersedekah.

3) Dia berdakwah sampai jadi alim bukan dah alim baru berdakwah.

4) Dia beramal sampai ikhlas bukan dah ikhlas baru nak beramal.

Melihat hidup orang lain.

🔵🔵Terima kasih buat penulis bait indah ini.
👇👇👇👇👇

🖲🖲Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

🖲🖲Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

🖲🖲Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

🖲🖲Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

🖲🖲Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

🖲🖲Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

🖲🖲Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

🖲🖲Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

🖲🖲Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

🖲🖲Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

🖲🖲Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

🖲🖲Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

🖲🖲Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

🖲🖲Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

🖲🖲Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

🖲🖲Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

🖲🖲Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

🖲🖲Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

🖲🖲Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

🖲🖲Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

🖲🖲Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya‎

Monday, June 20, 2016

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG 
dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.

SOMBONG itu ada 3 jenis..??

1. Sombong terhadap Allah swt
; iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.

2. Sombong terhadap Rasul
; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.

3. Sombong terhadap makhluk
; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.

Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga,

Sunday, June 19, 2016

Kisah Rasyid

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.. Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. *Rasyid memang bijak !* 👍👍👍👍 Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb *belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat*. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !! (Rujukan HR Ibnu Majah No.215) 👍👍👍👍 Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, *pahalanya seperti Solat Seluruh Malam*. Rasyid memang bijaksana! (Rujukan HR Muslim) 👍👍👍👍 Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu *baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x*. Rasyid memang smart! 👍👍👍👍 Rasyid bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi. "Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu", kata Rasyid. Rasyid pandai! 👍👍👍👍 Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! *Mulutnya kumat-kamit*. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, *mulutnya kumat-kamit lg*. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, *"Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..."* Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. *Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya* 👍👍👍👍 Rasyid membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala. Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. *Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!* 👍👍👍👍 Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan. Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! *Rasyid lebih pandai daripada org tu!* 👍👍👍👍 Aku tnya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!! Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... *Rasyid bijakkan?*😬 👍👍👍👍 Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt *Pahala Rasyid PERCUMA*, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pon jimat. *Rasyid is sooo brilliant!!* 👍👍👍👍 Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, *nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometrico (iklan percuma) dan kertas, dan tulis: RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari =RM21,000,000 *Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!* 👍👍👍👍 Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih *sedekah kerana sedekah pahala amalannya bole membiak*. 👍👍👍👍 Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Masjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. *Rasyid is clever as always!* 👍👍👍👍 Rasyid hormat ibubapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. *Rasyid tahu derhaka kpd ibubapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!* 👍👍👍👍 Rasyid kata, "Bilamana sampai kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." *Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu* 👍👍👍👍 3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:- 1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. 2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati. 3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. (Tnpa sbrang pengkhususan). *Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!* 👍👍👍👍 Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat. *Pringatn*: Buatlah baik walau sekecil kecilnya...sbb kdg2 kita *tak tahu besar mana pahalanya*.

Saturday, June 18, 2016

DOA duduk diantara dua sujud

COBALAH SEMAK DOA DUDUK DIANTARA DUA SUJUD BILA KITA HAYATI MAKNANYA_*:

*_√ ROBIGHFIRLII_*,
*_√ WARHAMNII_*,
*_√ WAJBURNII_*,
*_√ WARFA'NII_*,
*_√ WARZUQNII_*,
*_√ WAHDINI_*,
*_√ WA'AAFINII_*,
*_√ WA'FUANNII_*

Ketika orang ditanya, "do'a apakah yang paling sering dibaca oleh seorang muslim ?", 
Banyak yang menjawabnya dengan salah. Begitu seringnya do'a itu dibaca, sehingga ketika sedang membaca do'a banyak yang tidak merasa berdo'a.

Padahal do'a itu sangat dahsyat, mencakup keperluan kita di dunia dan akhirat. Dan dibaca minimal 17 kali setiap hari

Do'a itu adalah *_DO'A DIANTARA DUA SUJUD_*, marilah kita renungi maknanya :

*_√ ROBIGHFIRLII_*.
Wahai Tuhan ampunilah dosaku. 
Dosa adalah beban, yang menyebabkan kita berat melangkah menuju ke ridho اللّهُ Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.

*_√ WARHAMNII_*.
Sayangilah diriku. 
Kalau kita disayang اللّهُ hidup akan terasa nyaman, karena dengan kasih Sayang akan dapat dicapai semua cita2. Dengan kasih Sayang اللّهُ nafsu kita akan terbimbing.

*_√ WAJBURNII_*.
Tutuplah segala kekuranganku. 
Banyak sekali kekurangan kita, kurang syukur, kurang sabar, kurang bisa menerima kenyataan, mudah marah, pendendam dll. Kalau kekurangan kita ditutup/diperbaiki اللّهُ , maka kita akan menjadi manusia sebenarnya.

*_√ WARFA'NII_*.
Tinggikanlah derajatku. 
Kalau اللّهُ sudah meninggikan derajat kita, maka pasti tidak ada manusia yang bisa menghinakan kita.

*_√ WARZUQNII_*.
Berikanlah aku rizki, 
Sebagai hamba اللّهُ kita memerlukan rizki اللّهُ mampu mendatangkan rizki dari arah yang tak terduga dan tanpa perhitungan.

*_√ WAHDINI_*.
Berikanlah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan. 
Kita tidak hanya minta petunjuk/hidayah yang berkaitan dengan akhirat, tetapi kita juga minta petunjuk agar terhindar dari mengambil keputusan yang salah utk kebahagiaan di dunia.

*_√ WA'AAFINII_*.
Berikanlah aku kesehatan.
Apabila kita sehat kita bisa menambah kebaikan dan manfaat serta tidak menjadi beban orang lain.

*_√ WA'FUANNII_*.
Aku mohon agar kesalahanku dihapus dari catatan. 

Dari do'a tsb diawali do'a dengan mohon ampun dan kita akhiri dengan permohonan ampunan utk menghapus dosa. Sehingga kita berharap benar-benar bersih dari dosa.

ALLAH SWT memerintahkan kita untuk membaca do'a itu, Rasulullah SAW mencontohkan kepada kita.

*_TERKADANG YG JADI PERSOALAN DI MANA HATI DAN  PIKIRAN KITA KETIKA KITA MEMBACA DO'A ITU ?_*
*_DAN BANYAK DIANTARA KITA TIDAK MENGERTI MAKNANNYA_*.

Padahal dahsyat  doa tsb, dan masih banyak orang, entah dia imam atau pun makmum..., sering tergesa-gesa membacanya. Seharusnya  tuma'nina dgn meresapi dan benar2 meminta kepada ALLAH SWT.

Marilah segera resapi dan tuma'nina semoga mendapatkan dasyatnya do'a tsb.

Allahu a'lam bishawab...‎

Saturday, June 11, 2016

Umur kita terlalu singkat

(sebahagian dpd kasih ALLAH kpd umat Muhammad)

*Umur kita terlalu singkat*
... hingga ALLAH kurniakan lailatul qadar untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH pinta bersilatulrahim untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan puasa enam syawal spt berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan surah Al Ikhlas spt membaca sepertiga Al-Quran.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat diMasjidil Haram spt solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat berjemaah 27x lebih dpd solat sendirian.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat sunat di rumah 25x lebih dpd solat di mata orang

*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dgn 10 pahala.

*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan sesiapa yg beramal soleh/bersedekah, meninggalkan ilmu bermanafaat tinggalkan anak yg soleh, pahala mengalir ke alam kuburnya.

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT...JANGAN SIA-SIAKAN...*

Sumber: Tidak diketahui

Monday, May 30, 2016

Dalam Hidup

Bila Allah sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak Allah..

Bila Allah berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak Allah..

Bila Allah bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi.. Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak Allah..

Bila Allah bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak Allah..

Bila Allah kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak Allah..

Bila Allah keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak Allah..

Bila Allah masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak Allah..

Bila Allah bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak Allah..

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian..

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat Allah dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari Allah, hidup untuk Allah dan balik kepada Allah.. Semoga ruh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada Allah dicucuri rahmat.. Kita PASTI akan menyusul...

Dakwah Nabi SAW


Hutang dan Ramadhan

*MENJELANG bulan suci Ramadhan 2016 ini, kamu pergi kekedai runcit yang ada dikampung kamu. Lantas kamu minta kepada Penjaga kedai buku catatan hutang pelanggan. Kalau kamu dapati didalamnya nama-nama ibu tunggal, orang-orang fakir dan orang miskin yang mereka membeli secara berhutang. Kamu dapati jumlah hutang mereka tidaklah begitu banyak jumlahnya mengikut perkiraan kamu, akan tetapi banyak bagi mereka. Maka bayarkanlah hutang mereka semua atau sebahagiannya (buat kebajikan). Jika kamu tiada keupayaan berbuat demikian, bolehlah kamu sebarkan idea yang cantik ini kepada orang ramai, diharapkan ada faedahnya.*

Sunday, May 29, 2016

Hidup tidak selalu indah

Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai.

Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah "lukisan" kehidupan manusia. Dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang.

Depani Kenyataan Hidup
Kita hanya hamba, bukan tuan apalagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episod hidup.

Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan gembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa.

Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi.

Meski kita tidak mahu, walau sekuat mana kita berusaha dan serapi mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada satu hakikat; takdir sentiasa mengatasi tadbir.

Namun yang pahit tidak semestinya tidak baik. Bukankah ubat itu selalunya pahit? Tetapi pahit ubat itulah yang menyembuhkan.

Begitu juga baja pada tanaman. Baja itu selalunya busuk dan menjijikkan. Tetapi busuk dan jijik pada baja itulah yang menyuburkan dan akhirnya menghasilkan buah.

Lihat yang Tersirat
Tidak semestinya apa yang kita benci membawa keburukan dan apa yang kita suka membawa kebaikan. Firman Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal perkara itu amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah 2: 216)

Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas.
Di sebalik yang kita benci ada kalanya terselit hikmah yang sangat berharga.

Misalnya, kalau tidak sakit, bagaimanakah akan kita mendapat pahala sabar? Kalau selalu cukup, bagaimanakah akan kita mendapat pahala qanaah? Kalau tidak gagal dan kecewa, mana akan dapat pahala reda?

Pahala yang didapati hasil sabar, qanaah dan reda inilah yang akan meningkatkan diri seseorang kepada darjat Mukmin sejati.

Seorang sahabat bernama Abu Zar pernah ditanya apakah yang paling beliau suka dalam kehidupan di dunia ini. Tanpa ragu beliau menjawab, "aku suka lapar, sakit dan mati." Apabila ditanya lagi mengapa beliau suka ketiga-tiga perkara itu, beliau menjawab, "aku suka lapar kerana pada waktu itu hatiku menjadi lembut. Aku suka sakit kerana ketika itu dosaku diampunkan. Dan aku suka mati kerana pada saat itulah aku bertemu dengan Allah."

Itulah sikap orang yang arif dengan Allah. Mereka sering nampak sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka nampak ada mutiara di dalam tiram yang berlumpur. Mereka sentiasa percaya selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan.

Besarkan Iman dalam Diri
Cara mereka "mengecilkan" ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya. Sangka baik dalam hati akan "memperbaiki" apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal.

Percayalah hati kita umpama bumi. Kadang kering-kontang, panasnya membahang. Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang-seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang.

Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.
Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang-seli rasa umpama pergiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara.

Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati. Kata orang arif, itulah permulaan syurga!

Kuatkan Jiwa Hadapi Pancaroba
Kita mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu iman perlu disuburkan selalu. Hidup mesti dipenuhi aktiviti-aktiviti membina dan memperkuatkan iman. Dosa, maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhkan.

Jika tidak, percayalah kita akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah tidak akan ada ketenangan dengan menderhakai Allah. Justeru beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat.

Tekanan jiwa, rasa kekosongan, kemurungan adalah akibat langsung daripada lemahnya iman. Apabila iman lemah ketahanan diri dalam menghadapi hidup turut lemah.

Apabila yang didamba tidak berlaku maka jiwa akan memberontak atau tertekan.

Dia seolah-olahnya mahu jadi "tuhan" yang menentukan hitam putih hidupnya. Padahal pada kita hanya usaha, pada Allahlah segala ketentuan. Apa yang berlaku akan tetap berlaku. Jangan mengharap air hujan naik ke langit!

Yakin Ada Sisi Indah
Jangan cuba mencapai sesuatu di luar kemampuan dan kuasa. Mana mungkin semua berlaku mengikut ketentuan kita! Sedangkan para nabi dan rasul dan para kekasih Allah pun terpaksa berdepan dengan kesusahan dan penderitaan apatah lagi kita.

Nabi Zakaria dan Nabi Yahya lagikan dibunuh, apatah lagi kita, manusia yang penuh kesalahan dan kelemahan.
Jadi, bangunlah, dan hadapilah tentangan.

Percayalah layang-layang hanya akan naik dengan menentang angin. Maka begitulah seharusnya kita. Dengan ujian, kita akan mara ke hadapan. Pahit, masam, manis dan tawar. Itulah asam garam kehidupan.

Yang penting apa yang berlaku di dalam diri kita. Yakni di dalam hati kita sendiri. Pastikan di situ ada iman dan sentiasa mengingati Allah. Bukan sekali-skala tetapi dengan sebanyak-banyaknya.

Sentiasa ada sisi indah pada setiap ketentuan dan ujian Allah. Namun apabila hati jauh daripada Pencipta segala yang dilihat hanyalah keburukan.

Dekatkanlah hati kepada Allah, insya-Allah segala yang dilihat, dihadapi dan dirasai akan menjadi indah. Apabila hati beriman, tidak ada yang dilihat oleh mata, melainkan keindahan!

Jika Kita

🐜Jika kita melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah ia...barangkali itu menjadi penyebab peroleh keampunan bagi kita di akhirat.

🎋Jika kita menjumpai batu kecil di jalan yang boleh mengganggu perjalanan kaum muslimin, maka singkirkanlah ia, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalan kita menuju kehadiratNya...serta beroleh ganjaran syurga Nya.

🐣Jika kita menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan diri kita dan keluarga di syurga.

👵🏼Jika kita melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka bantulah, hantarkanlah ia...barangkali itu mejadi sebab kelapangan rezeki kita di dunia.

📚Jika kita bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak-anak, setidaknya itu menjadi amal jariyah untuk kita, yang tak akan terputus pahalanya meskipun kita berada di alam kubur.

🎋Jika kita tidak daya berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti. Setidaknya itu menjadi sedekah untuk diri kita.


Sunday, May 22, 2016

Umur dan tahap kehidupan

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dgn aktiviti mengumpat org dan sakitkn hati org lain..

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan. Jadilah insan yg akn dikenang dan dirindui dgn kebaikn yg kita lakukan apabila pd satu ketika nanti kita telah tiada lg bersama org2 tersyg disekeliling kita.‎

Thursday, May 19, 2016

Rumah ibubapa dan rumah anak

*Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..*
*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*
*Makan apa sahaja...*
*Tengok siaran tv ikut suka...*
*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*
~
*Tapi...*
*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*
*Tak boleh masak sesuka hati...*
*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*
*Buat apa sahaja ikut suka....*
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*
*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*
*Apatah lg dgn sesuka hati.*
*Takut rosak lah...*
*Takut langgar lah...*
*Takut calar lah.....*
*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*
*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*
*Belum tentu mengasihi ibubapa....*
*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*
*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*
*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*
*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*
*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa*
*Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti..Insyallah*😭‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‌😭
ربى أغفرلى ولوالدي وارحمها كما ربياني صغيرا...

Tuesday, May 17, 2016

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS

1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)‎
- mandi dan ambil wudhu'
2. solat sunat Wudhu'.
3. solat sunat Taubat.
4. solat sunat Tahajjud (8rkaat).
5. solat sunat Hajat ( mintak ALLAH makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. solat sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. 40x
10. Tasbih 40x
11. solat sunat Fajar.
12. solat Subuh.
13. baca Yassin lepas subuh.
14. solat sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
16. Solat Asar
- solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib
- solat sunat selepas
18. Solat Isya'
-solat sunat sebelum
-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah as-Sajdah
- surah al-Waqiah
20. setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
"Di Dunia bukat tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
[ustaz Ismail Kamus]

Sunday, May 15, 2016

Polis Trafik dan Khutbah

Seorang polis Trafik telah bersara dan menjadi imam.
Dalam khutbahnya yg pertama, beliau naik ke mimbar dan berkata :
" Wahai Manusia! Perbaharuilah lesen taubat.
Pakailah tali pinggang taqwa.
Perlahankan lah kelajuan maksiat.
Pastikanlah kawasan liputan niat.
Bersihkanlah jentera dalaman
Patuhilah isyarat-isyarat al-Quran.
Memandulah di atas jalan Allah.
Sesungguhnya di hadapan kalian roadblock (pemeriksaan).
Hindarkanlah daripada mendapat saman yg senilai neraka!!!
Kata2 yg sangat tepat hasil daripada pengalaman.

Thursday, May 12, 2016

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid

Ramai orang kaya tidak mampu mengerjakannya yang sehari lima kali, bahkan banyak pula yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) terlupa.
Tidak kurang juga seumur hidup tidak pernah pergi ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Orang pintar dan bijak pandai pun sering tidak mampu menemukannya.
Mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah dan Amerika. Dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.
Betapa sedihnya, ke masjid tetap juga menjadi perjalanan yang tidak mampu mereka tempuhi walau telah bergelar Profesor dsbnya..

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Para pemuda yang kuat dan berbadan sihat, mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu, Merapi mahupun Kalimanjaro pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam-macam,ada yang berkata inshaAllah, ada yang kata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil orang warak.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila sedari kecil kamu telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahsia kepadamu, hakikatnya perjalanan mu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Allah, bukankah masjid itu rumah Allah?
Inilah perjalanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw, serta perjalanan yang akan membezakan kamu dengan mereka yang lupa akan Allah.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
Lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Allah kerana hanya inilah satu-satunya jalan petunjuk yang Rasulullah saw sabdakan yakni Sunanul Huda (jalan kejayaan hanya solat berjemaah di masjid)

*Hidup adalah pilihan. Kita lah yang memilih apa yang terbaik untuk kita lalui. Kita yang memilih untuk mengambil jalan selamat atau jalan sukar.

Wednesday, May 11, 2016

Lelaki "Awesome"

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew akui tidak dapat tahan sebak apabila ditanya soalan daripada seorang lelaki ketika seminar keluarga sunnah bersamanya, kelmarin.

Menurutnya, soalan yang dikemukakan lelaki itu soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua keluarga kerana beliau turut berkongsi matlamat sama dengannya.

"Terharu dan menangis saya, bila seorang lelaki bertanya soalan di depan semua orang, 'Ustaz, bagaimana saya nak jadi lelaki yang dapat membawa wanita dalam hidup saya ke Syurga. Saya nak bawa ibu, isteri, anak-anak perempuan dan adik beradik saya ke Syurga'.

"Itulah soalan terbaik dari seorang lelaki dan ketua yang baik. Lelaki yang sebenarnya. Lelaki paling 'macho'...paling 'awesome'. Saya rasa sedih sebab itu jugalah matlamat saya. Dalam kelemahan diri memerlukan pertolongan ALLAH. Pegang dan takkan lepaskan tangan orang yang kita sayang sampai melangkah masuk Syurga," katanya menerusi coretan di Facebook, semalam.

Menulis panjang lebar, beliau sempat menceritakan bagaimana seorang lelaki mampu menjadi lelaki sebenar dalam keluarga.

"Lelaki ketua keluarga mesti jaga solat awal waktu berjemaah. Bawa keluarga jaga solat. Kejutkan keluarga bangun Tahajud. Menangis malam. Bangun awal sebelum Subuh. Rasulullah SAW kejut isteri dan anaknya solat. Abu Bakar RA ajar setiap ahli keluarganya solat paling khusyuk dan hebat. Tegur anak bila tak solat berjemaah.

"Umar RA solat malam dan kejut semua ahli keluarga bangun malam menangis depan ALLAH. Aisyah RA berkata apabila azan dilaungkan, Rasulullah SAW seolah-olah tak kenal sesiapa. ALLAH nombor satu. Barulah hidup berkat dan bahagia. Bila hati penuh kebesaranNYA.

"Lelaki ketua keluarga paling lemah lembut dengan ahli keluarga. Melayan dengan rasa sayang. Bergurau berbual dan bermanja. Bantu kerja rumah bila di rumah," katanya.

Tambahnya, Rasulullah SAW sangat rajin di rumah mengurus pakaian sendiri, membantu menyiapkan makanan serta jahit baju dan kasut sendiri.

Katanya, lelaki hebat memicit dan prihatin perasaan, kepenatan dan sakit sang isteri serta rajin berkhidmat ibu bapa.

"Abu Bakar RA biasa tolong perah susu kambing. Biasa khidmat walau kerja biasa sedangkan beliau khalifah besar.

"Umar RA pandai masak. Masak dengan kayu api. Janggut kena asap. Dia hidangkan makanan untuk anak-anak kecil. Dia bergurau dan seronok tengok anak-anak bermain-main.

"Dia pejuang hebat, pemikir ummah, paling tegas dan kuat menangis depan ALLAH. Tapi dia suka tengok anak-anak bermain. Itulah lelaki sebenarnya," katanya.

Beliau juga menasihatkan agar hidupkan rumah tangga itu dengan amalan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

"Kenalkan keluarga kepada kebesaran ALLAH, sunnah Nabi SAW dan kenalkan kepada keluarga Nabi SAW dan para sahabat. Ketua keluarga akan sentiasa membangunkan keluarga dengan dakwah dengan kasih sayang, bersama-sama buat dan bersabar. Bertenang dan istiqamah dalam mendidik.

"Akhirnya waktu malam setelah melakukan semua itu. Perlahan-lahan berdoa 'Ya ALLAH betapa diriku sayang akan isteriku yang banyak berkorban. Sayangi dan ampunilah dia. Betapa aku sayang ibubapaku dan ibubapa mertuaku.

"Ampunkan mereka dan sayangi mereka. Anak-anakku, ampunkan dan sayangi mereka. Anak saudaraku semuanya, Adik-beradik dan manusia di seluruh alam maafkan kami semua. Sayangi dan ampunkan kami semua'," katanya.
 

Sunday, May 8, 2016

LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT

ADAKAH ANDA TAHU LATAR BELAKANG ATTA'HIYYAAT Serta Mengapa Kita Baca Dalam Solat Kita?

ATTA'HIYYAAT adalah doa yang sangat penting; kita mengulanginya di dalam solat harian kita. Apabila saya mendapat tahu akan kepentingan ini, amat tersentuh hati saya.
ATTA'HIYYAAT sebenarnya adalah sebahagian daripada perbualan antara Pencipta kita Allah SWT dan yang kita kasihi Nabi Muhammad SAW semasa perjalanan Isra' Mi'raj.
Ketika Nabi Muhammad SAW bertemu Allah SWT, dia tidak berkata 'Assalamualaikum'. Apakah yang seseorang akan berkata apabila dia bertemu Allah? Kita tidak boleh mengucapkan selamat sejahtera kerana semua sumber kesejahteraan adalah melalui Dia.

Jadi Nabi Muhammad SAW berkata:
"Attahiyyaatul Mubaaraka TusSolawaatut toyibaatulillah" (Segala pujian, segala doa dan ibadah hanyalah untuk Allah)

Allah jawab:
"Assalamu Alaika Ayyuhannabiyyu 'Warahmatullahi Wabarokaatuh" (Salam sejahtera ke atas kamu, Wahai Nabi dan Allah memberi rahmat dan keberkatan).

Untuk ini, Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Assalamu 'Alaina Wa'ala'Ibadillahis So'lihin" (Selamat sejahtera kepada kami dan kepada semua hamba yang baik kepada Allah)
Nota * Nabi Muhammad SAW mengata "kami" dalam jawapan ... (dan pada semua hamba yang baik kepada Allah)

Dan mendengar perbualan ini antara Allah dan Rasul-Nya, para malaikat berkata:
"Ash'had'u'an La ilahaillallah Wa Ash'hadu Anna Muhammadun Abd'uhu Wa Rasuuluh"
(Aku bersaksi bahawa tiada siapa yang berhak disembah melainkan Allah Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya).

SubhanAllah!
Saya kini memahami kepentingan perbualan ini dalam doa harian kita dan bagaimana Solat telah ditetapkan kepada kita.

Apa yang anda fikir perlu anda lakukan dengan ini? Bayangkan jika orang lain membacanya hanya kerana anda. Ingat saya dalam doa anda, Aamiiiin!

Wallahua'lam...

Saturday, May 7, 2016

Hidup Orang Lain

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
😘ALHI😍7/5/16😘‎

Friday, May 6, 2016

Amalan Hadiahkan Al Fatihah

Al fatihah..
Seringkali di baca untuk arwah
Al fatihah..
Tanpa membacanya solat kita tidak sah
Al fatihah..
Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah
Al fatihah..
Jika merindui seseorang,maka bacalah
Al fatihah..
Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah
Al fatihah..
Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah saw
Al fatihah..
Terjemahannya indah, hafalnya mudah
Al fatihah..
Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah
Al fatihah
Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah
Al fatihah..
Bersama amalkan, tiada resah walaupun susah .......................................................................................

Contoh cerita dengan satu amalan
HADIAHKAN ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita.. Subhanallah..

X lupa hadiahkan utk diri sdiri juga.. Aamiin....

Thursday, May 5, 2016

Ibu dan Anak. Dimana kita?

Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang kerumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam,Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan,diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,'hujan lebat didalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan,saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak,saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor,mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,
mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak,saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta,membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH,ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor,rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A,blok B dan sangat luas,ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah,beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya,saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin,berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah,setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital,namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini,saya akan rasa selesa,bangga,terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku,sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24

Sumber WhatsApp Group‎

Tuesday, May 3, 2016

Renungan Tentang Lelaki dan Perempuan

Renungan
..Syurga lelaki pada perempuan iaitu ibu.
..Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.
🏷Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu. 🏷Sehebat-hebat ibu kena patuh pada suami.
..Masa hidup anak perlukan doa ibubapa. ..Masa mati ibubapa perlukan doa anak.
🏷Masa di dunia kita rasa hilang apa yang kita beri.
🏷Masa akhirat kita dapat apa yang kita beri masa dunia
..Di dunia nasab itu pada lelaki,
.. Di akhirat nasab itu pada perempuan.
🏷Begitulah hukum Allah, Ia menjadikan manusia tidak lebih dari yang lain. ..Adilnya hukum ini.
🏷Alhamdulillah syukur pada Ilahi

Tuesday, April 26, 2016

KETIKA UJUB MENYELIMUTI HATI

Penyakit ujub ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimilikinya. Ia adalah muqaddimah kepada takabbur(sombong/angkuh) apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain.                                               
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yg belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerananya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, puasa (sunnah), tidak berjihad, dan sepertinya lebih dekat kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau "merasa" TAKJUB dan BANGGA dengan amalmu. Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima?

Semoga hati ini terhindar dari ujub.

Wallahu a'lam


Sunday, April 24, 2016

CIRI SAHABAT YANG BAIK

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Muhasabah

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         ✍ Mari bermuhasabah...
👇
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ✍apakah anda melaksanakan sholat tepat waktu hari ini?
👇
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ✍ sudahkah anda membaca Al qur'an hari ini?
👇
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ✍  sudahkah anda bersedekah hari ini? 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ✍  sudahkah anda berdzikir mengingat Allah hari ini? 
👇
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ✍  sudahkah anda tersenyum dan menebar salam kpd saudara-saudara anda hari ini?                     
    👇
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ✍ حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا
Hisablah dirimu sebelum engkau dihisab (di hari kiamat)..!!