Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Monday, June 20, 2011
Sedekah Kaya dan Miskin
Kaya memang penting, tapi sedekah jauh lebih penting dari kaya.
Jangan pernah menunggu kaya baru bersedekah,
tapi bersedekahlah maka InsyaAllah anda akan bertambah kaya.
Sedekah membawa Berkah!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, June 19, 2011
Ayam Jantan, Anjing dan Keldai
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, June 14, 2011
Rupa Harta dan Hati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kebaikan dan Agama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, June 12, 2011
Maaf dan Mulia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, June 9, 2011
Keutamaan Istighfar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
yang artinya:
"Barangsiapa membiasakan diri ber-istighfar, maka Allah akan memberinya jalan keluar setiap kali ia mengalami kesempitan, dan memberinya hiburan setiap kali ia dirundung kesedihan, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Seseorang mendatangi Ibnu 'Abbas dan berkata, "Doakan agar aku punya anak!" Ia menjawab, "Biasakanlah ber-istighfar!"
Datang orang lain yang berkata, "Doakan agar aku kaya!" Ia menjawab, "Biasakanlah ber-istighfar!"
Datang lagi orang lain yang berkata, "Doakan agar turun hujan!" Ia menjawab, "Biasakanlah ber-istighfar!"
Lalu dikatakan kepadanya, "Kau katakan kepada setiap orang yang datang meminta bantuanmu agar membiasakan beristighfar?!?
"Benar!" katanya. "Bukankah Allah Ta'aala telah mewahyukan:
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS. Nuh, ayat 10-12)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, June 6, 2011
Doa menentang dan merawat sihir
1. Surah Yunus 10: ayat 81-82
2. Surah Al-A'raf 7: ayat 118-122
3. Surah Taha 20: ayat 69
4. Surah An-Nisa' 4: ayat 84
5. Surah Yusuf 12: ayat 64
6. Surah al-mu'minun 23: ayat 115-118
7. Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, June 3, 2011
SiapakAH ORANG yang ALLAH cintai
1- ORANG YANG BERTAQWA. Allah berfirman yang bermaksud: " Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa." (Surah al-Tawbah 9:4)
2-ORANG YANG CEPAT-CEPAT BERTAUBAT. Allah berfirman yang bermaksud;" Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri."(Surah al-Baqarah 2:222)
3-ORANG YANG ADIL. Allah berfirman yang bermaksud;"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil." (Surah al-Mumtahanah 60:8)
4-ORANG YANG BERTAWAKAL. Allah berfirman yang bermaksud;"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepadaNyal." (Surah aAli 'Imran 3:159)
5-ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN. Allah berfirman yang bermaksud;" Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah al-Baqarah 2:195)
6-ORANG BERJUANG PADA JALAN ALLAH.Allah berfirman yang bermaksud;" Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff 61:4)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, June 1, 2011
Hadis : Orang Yang Berbudi Mulia
Hadis :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
"Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut" Riwayat Ahmad
Huraian :
Pengajaran Hadis
i) Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.
Ii) Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.
iii) Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.
EHadis : Orang Yang Berbudi Mulia:

Saturday, May 28, 2011
Kenapa Hati Tak Bahagia
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok
dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia
5. Tamak
O rang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia
T idak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati
cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, May 21, 2011
Sabar dan Solat
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat Ke 45)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, May 20, 2011
Sakit dan Hati
1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dgn sahabat, dgn jiran, dgn keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak sangat bercakap, jadi banyak terguris hati org
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan - angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, May 17, 2011
Iman dan Rambut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, May 15, 2011
KIAMAT ANTARA 5 PERKARA GHAIB LUAR JANGKAUAN ILMU
DARIPADA Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah: tiada yang mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan Allah; tiada seorangpun yang mengetahui bila waktu hujan akan turun melainkan Allah; tiada seorang mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah dan tiada yang mengetahui bila kiamat terjadi melainkan Allah." (Hadis riwayat Bukhari)
Pemilik ilmu itu adalah Allah, tiada yang luput daripada pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi
Manusia dan makhluk lain tidak diberi ilmu oleh Allah melainkan hanya sedikit saja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air lautan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, May 14, 2011
Muslim
(al-Bukhari) .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Belajar Ilmu
اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
Abu ad-Darda' r.a
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."
Abu Umamah r.a
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
HADITH
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak."
Riwayat Abu Daud
HADITH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain."
(al-Bukhari)
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(46) Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
(47) Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.
(63) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Al-Anfaal:46,47,63
(8) Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(9) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya
(10) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Al-Baqara:8-10
WALLAHUALAM
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, May 13, 2011

Wednesday, May 11, 2011
Solat dan Diam
Riwayat Muslim
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, May 10, 2011
Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah
dan masing-masing memiliki kebaikan.
Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah "Qodarulloh wa maa syaa'a fa'al, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi". [HR. Muslim]
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, May 9, 2011
Sebaik-baik kamu
"Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isteri-isteri kamu"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hidayat
(15) Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
Surah al-Israa :15
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, May 4, 2011
DOA PERLINDUNGAN DARI BINATANG BERBAHAYA
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ.
[A'udzu bikalimatillahittammati min syarri maa khalaq]
"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya"
("Barangsiapa membaca doa ini pada sore hari sebanyak tiga kali, tidak berbahaya baginya sengatan (binatang berbisa) pada malam itu". HR. Ahmad, An-Nasa'i)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, May 2, 2011
Zalim
Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah seasat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, nescaya akan Aku berikan.
Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah dalam kelaparan kecuali orang yang mendapat makanan daripada-Ku, maka mintalah daripada-Ku nescaya Aku berikan kepadamu.
Wahai hamba-hamba-Ku semua kamu adalah tidak berpakaian kecuali orang yang Aku berikan kepadanya pakaian, maka mintalah daripada-Ku nescaya akan Aku berikan.
Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua melakukan salah dan silap setiap masa dan Aku adalah pengampun dosa-dosa, maka pohonlah keampunan daripada-Ku nescaya Aku akan ampunkan..."
(Muslim)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, May 1, 2011
Nasihat KUBUR
Aku adlh tmpat pling gelap mka terangilah aku dgn tahajud,
Aku adlh tmpat yg pling smpit mka luaskn lh aku dgn bersilaturahmi,
Aku adlh tmpat yg pling sepi mka ramaikn lh aku dgn p'bnyak bca Al-Quran,
Aku adlh tmpat bnatg2 yang menjijikan mka rcuni lh ia dgn Amal Sdkah,
Aku adlh tmpat Munkar&Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawbn mu dgn P'bnyak me'ucp kn Klimh "LAILAHAILLALLAH"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rumah Kenderaan dan Harta
Kenderaan yang paling baik adalah - KERANDA
baju yang paling baik adalah - KAIN KAFAN DAN
Harta yang paling baik adalah - AMALAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.