Wednesday, December 25, 2013

Ketenangan Jiwa di Antara Al Quran dan Sains

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/UHQdyX/~3/0zn2EvYiDXY/ketenangan-jiwa-di-antara-al-quran-dan.html

PAKAR ARKEOLOGI SAHKAN KISAH NABI MUSA BELAH LAUT MERAH

http://paapaada.blogspot.com/2013/12/pakar-arkeologi-sahkan-kisah-nabi-musa.html

Permintaan Terakhir Kanak-Kanak 8 Thn Sebelum Mati

http://dairishare.blogspot.com/2013/12/permintaan-terakhir-kanak-kanak-8-thn.html

Sapu Muka Lepas Doa

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/12/sapu-muka-lepas-doa.html

Siapa Santa Clause? (short version)

http://keretamayat.blogspot.com/2013/12/siapa-santa-clause-short-version.html

Christmas a Simbol of Paganism and Mythology.

http://warongpakyeh.blogspot.com/2013/12/christmas-simbol-of-paganism-and.html

Fenomena ikan naik ke darat ketika rakyat sambut Merry X'mas...

http://alditta.blogspot.com/2013/12/fenomena-ikan-naik-ke-darat-ketika.html

Tweet from @Camar_Laut

@Camar_Laut: Hari natal:cukuplah dgn ucapan moga2 Allah memberi hidayah pd kamu dan jika ingin berkunjung utk erat silaturahim pergi selepas tengah hari

Tweet from @Camar_Laut

@Camar_Laut: Dakwah kpd umat kristian: berhujah dgn mereka bukan untuk menang hujah tapi untuk memenangi hati mereka terima islam. Allah yg beri hidayah

Friday, October 11, 2013

REZEKI SUSAH NAK MASUK

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ::1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

Friday, July 12, 2013

KISAH PAK BELALANG DI BULAN RAMADHAN

KISAH PAK BELALANG DI BULAN RAMADHAN
=====

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai

Nujum Masai: Apakah dia

1-banyak-banyak,
2-sadikit-sadikit,
3-kaddang- kaddang,
4-jarrang- jarrang?

Sunyi sebentar keadaan. Hening...

Lalu, Pak Belalang senyum keseorangan.

Pak Belalang: Ah, itu senang saja.

Jawabnya .. Terawih!! (sambil tersenyum riang)

Nujum Masai: Jelaskan

Pak Belalang:

"1- Baanyak-baaanyak" bermaksud minggu pertama banyak orang akan datang masjid dan surau untuk terawih.
"2-sadikit-sadikit" minggu kedua sudah sadikit orang akan datang terawih.

Yang ke 3;"kaddang-kaddang" pada minggu ketiga kadang-kadang saja orang akan datang tarawih.

Dan yang ke 4;jarrang-jarrang" pada minggu keempat jarang-jarang jumpa orang datang terawih.

Nujum Masai : Errkkkk....

Thursday, May 16, 2013

Tingkat seseorang

1. Taubat
2. Warak
3. Zuhud
4. Syukur
5. Sabar
6. Tawakkal
7. Redha

Friday, March 15, 2013

Kalau ALLAH Itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Kalau ALLAH Itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Renungan untuk kita bersama

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…"

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
Assalamu'alaikum. "

Thursday, February 28, 2013

Tunjukkan aku cara memeluk Islam

Detik Islam
THURSDAY, FEBRUARY 28, 2013

Tunjukkan aku cara memeluk Islam

Tersentuh hati saya mendengar satu kisah benar diradio ikim petang semalam. Kisah seorang imam di Barat, yang menceritakan tentang pengalamannya.

Suatu hari ketika dia berada disebuah masjid, dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan besar, rambutnya yang panjang itu diikat kebelakang, pakaiannya yang tidak ubah seperti seorang gangster itu basah dengan peluh dibadannya.

Lelaki itu lalu berkata, "Tunjukkan aku cara untuk ku memeluk islam?"
Lalu imam itu bertanya,"siapakah kamu?". Lalu dijawbnya,"aku Carlos.

Tunjukkan aku cara untuk aku menjadi seorang muslim?". Lalu imam tersebut pun mengislamkn lelaki tersebut. Berkali-kali dan betapa susahnya untuk dia mengucapkan kalimah syahadah, akhirnya berjaya diislamkan oleh imam tersebut.

Lalu bertanya imam tersebut,"Apakah yang membuatmu ingin memeluk Islam?".

Jawab Carlos, Aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran didalam hidupku yang kosong.

Satu hari aku bermimpi cahaya datang kepadaku dan aku mendengar suara berkata, "Carlos, sekiranya engkau inginkan kebenaran, kamu masuklah Islam". Lalu aku terjaga. Aku anggap ianya hanya mimpi.

Keesokannya aku bermimpi yang sama. pada kali ini, cahayanya lebih terang dan suara itu lebih kuat sehingga aku tersentak lalu terjaga dari tidur.

oleh itu hari ini aku mencari dimanakah tempat untuk aku menjadi seorang muslim".

Kemudian Carlos berkata lagi," Apakah yang perlu aku lakukan seterusnya?".Imam itu pun berkata,"

Pergilah bersihkan badanmu terlebih dahulu". Lalu Carlos membuka bajunya untuk membersihkan badannya. Lalu imam itu dapat melihat penuh tatusalib pada badan Carlos.

(BACALAH DENGAN NADA YANG SEDIH..... )

Sejurus selepas itu azan.... berkumandang... lalu imam bersiap sedia untuk menunaikan solat.

Lalu berkata Carlos ,"Apakah yang kamu sedang lakukan?". imam itu pun berkata,"Aku hendak solat, kamu duduk sahaja dihujung sana". Carlos pun berkata," Aku ingin solat, tetapi aku tidak tahu solat". (Mulianya Carlos walau tidak tahu lansung pasal solat dia tetap hendak solat).

Imam itu pun menjawab, "Kalau begitu, kamu berdiri dibelakangku dan ikuti sahaja pergerakanku".

Lalu Carlos pun mengikuti solat imam tersebut sehinggalah selesai solat. Imam itu dapat merasakan solat Carlos begitu tertib sekali.

Setelah beberapa lama, imam merasakan Carlos telah terlalu lama bersujud. Lalu dengan perlahan dia berbisik kepada ,"Carlos, solat sudahpun selesai".

Namun Carlos masih bersujud. Imam berbisik untuk kali kedua, "Carlos, solat sudah pun selesai".

Namun tiada respon daripada Carlos. Dengan perlahan imam itu menyentuh Carlos. Tiba2 Carlos jatuh terbaring.

Tersentak imam itu mendapati yang Carlos tidak lagi bernyawa. Allah telahpun menjemput Carlos sejurus dia memeluk Islam, dikala dia mendirikan solat pertama, didalam sujudnya yang terakhir....

Ya Allah.. betapa hidayahmu dimana-mana. Jadikanlah pengakhiran yang baik juga untukku (husnul khatimah).

Subhanallah, Allahuakbar...

Sumber suatuperjalananmaya

Sunday, February 3, 2013

And be patient over what they say and avoid them with gracious avoidance.

And be patient over what they say and avoid them with gracious avoidance.
Malay
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
73:11
And leave Me with [the matter of] the deniers, those of ease [in life], and allow them respite a little.
Malay
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;
73:12

Saturday, February 2, 2013

BACAAN DIANTARA DUA SUJUD Pernah menghayati bacaan duduk diantara dua sujud ini..? Ataukah membacanya yang terlalu cepat..? Hingga tak sempat tuk memahami maksudnya..?

Cahaya Masaku wrote:

BACAAN DIANTARA
DUA SUJUD Pernah menghayati
bacaan duduk diantara
dua sujud ini..?
Ataukah membacanya
yang terlalu cepat..?
Hingga tak sempat tuk memahami maksudnya..? - Rabbighfirlii (Tuhanku
ampunilah aku) - Warhamnii (sayangilah
aku) - Wajburnii (Tutuplah aib-
aibku) - Warfa'nii (Angkatlah
derajatku) - Warzuqnii (Berilah aku
rezeki) - Wahdinii (Berilah aku
petunjuk) - Wa'Aafinii (Sehatkanlah
aku) - Wa'fuannii (Maafkanlah
aku) SubhanaAllah indahnya...
Doa yang bererti bagi
seorang yang bertauhid..