1. Hukum Hudud adalah satu-satu hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT didalam Al Quran dan perlu diikut oleh setiap orang yang beriman kepadanya. Contoh hukuman tersebut seperti jika berzina maka rotanlah ia 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin samada lelaki atau perempuan.
2. Imam pula ialah seseorang yang mengimani solat dan diikuti oleh makmum. Secara umumnya kita memang disuruh solat berjemaah kerana mendapat 27 darjat.
3. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu kita berhak untuk memilih imam untuk diikuti atau sebaliknya. Contohnya jika kita tahu ia seorang imam yang menolak hukum ALLAH SWT secara terang-terangan maka tidak patut kita mengikutnya menjadi imam. Ini adalah sebagai menjaga solat kita dari tidak diterima.
4. Itupun jika kita kenal imam tersebut dan pernah bertanya kepadanya dan ia menolak salah satu hukum tersebut dan tidak pernah bertaubat pulaJ ika kita tidak mengenalinya hendaklah kita berbaik sangka dan bolehlah bersolat berimamkannya .
Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Monday, April 26, 2010
Friday, April 23, 2010
30 dan Solat
1. Bagi mereka yang solat berjemaah di masjid akan diberikan 30 perkara oleh ALLAH SWT. 10 antaranya ialah akan diberi KEBAIKAN. 10 perkara lagi akan DIHINDAR DARI KEJAHATAN dan 10 lagi akan diberi kelebihan 10 DARJAT.
2. Begitu juga Nabi saw bersabda bahawa bersaksikanlah jika engkau melihat seseorang yang sentiasa kemasjid bersolat maka sesungguhnya ia seorang yang beriman. Diakhirat pula mereka ini antara 7 golongan yang akan mendapat perlindungan dibawah Arash ALLAH SWT dan hari tersebut berlangsung selama 25 ribu tahun (padang mahsyar sahaja).

Sunday, April 18, 2010
Hidung dan Kepala
1. Semasa seseorang tidur rohnya akan keluar. Kadang-kadang roh itu akan pergi ketempat yang baik atau sebaliknya. Bagaimana kita tahu bahawa roh kita keluar semasa kita tidor. Tanda ianya keluar ialah melalui mimpi.
2. Oleh itu jika kita mahu roh kita semasa keluar dan pergi ketempat yang elok maka sebelum tidur eloklah mengambil wuduk dahulu dan membaca ayat-ayat Al Quran kerana jika tidak berbuat demikian dibimbangi roh tersebut pergi ketempat yang tidak baik.
3. Semasa keluar roh ini akan melalui hidung dan semasa balik pula melalui atas kepala. Jadi jika seseorang sedang tidur jangan kita mengejutkan orang tersebut dengan cara yang memang menyebabkan orang tersebut betul-betul terkejut. Ini dibimbangi dengan berbuat demikian rohnya tidak sempat masuk secara sempurna. Jika ini terjadi ada yang membuatkan seseorang menjadi buta kerana rohnya iaitu matanya baru masuk dan hanya sampai kebahagian pipi atau dibawah mata dimana tidak sampai ditempat kedudukan matanya yang sebenar. Bila berjumpa doktor dan dibuat pemeriksaan matanya tidak mengalami apa-apa kerosakan tapi hakikatnya ia tidak dapat melihat akibat dari rohnya tidak sempat masuk secara sempurna.

Sunday, April 11, 2010
43 Nabi Bani Israel
1. Bani Israel adalah terkenal dengan pelbagai kemungkaran yang mereka lakukan. Antaranya ialah akan membunuh nabi mereka kerana tidak suka dengan kebenaran yang dibawa nabi-nabi tersebut. Dan nabi-nabi yang diutuskan dari kalangan mereka amat ramai bilangannya.
2. Sehingga diriwayatkan bahawa disuatu pagi sahaja mereka menangkap seramai 43 nabi-nabi dan mereka membunuhnya. Itulah bani Israel dimana mereka membunuh nabi mereka jika ajaran yang dibawa itu tidak sesuai dengan citarasa mereka.
3. Sehingga nabi yang terakhir sekali dari bangsa mereka iaitu Nabi Isa AS pun mereka mahu membunuhnya walaupun gagal.

Tuesday, April 6, 2010
Anak Batu dan Gula-Gula
1. Dizaman Nabi SAW para sahabat seperti Saidina Abu Bakar disatu-satu ketika akan memasukkan anak-anak batu kedalam mulut mereka. Perbuatan ini ini dilakukan dengan tujuan supaya kurang dapat berkata-kata. Kerana apabila bercakap dikhuatiri menjurus kepada perkara yang tidak berfaedah dan merugikan malah menjadi dosa akibat mengumpat dan lainnya.
2. Dizaman kita pula biasanya kita akan memakan gula-gula dengan rasa yang berbagai-bagai dan dicipta pula dengan bau yang wangi supaya apabila kita bercakap walaupun banyak dan lama tidak keluar bau yang kurang menyenangkan kepada pendengar. Walaupun apa yang kita cakapkan samada berfaedah atau sebaliknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)