1. Hukum Hudud adalah satu-satu hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT didalam Al Quran dan perlu diikut oleh setiap orang yang beriman kepadanya. Contoh hukuman tersebut seperti jika berzina maka rotanlah ia 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin samada lelaki atau perempuan.
2. Imam pula ialah seseorang yang mengimani solat dan diikuti oleh makmum. Secara umumnya kita memang disuruh solat berjemaah kerana mendapat 27 darjat.
3. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu kita berhak untuk memilih imam untuk diikuti atau sebaliknya. Contohnya jika kita tahu ia seorang imam yang menolak hukum ALLAH SWT secara terang-terangan maka tidak patut kita mengikutnya menjadi imam. Ini adalah sebagai menjaga solat kita dari tidak diterima.
4. Itupun jika kita kenal imam tersebut dan pernah bertanya kepadanya dan ia menolak salah satu hukum tersebut dan tidak pernah bertaubat pulaJ ika kita tidak mengenalinya hendaklah kita berbaik sangka dan bolehlah bersolat berimamkannya .
No comments:
Post a Comment