Friday, January 30, 2015

Orang Munafik dan Peperangan.

Maksud hadis :- Drp Abi Sa'id alKhudri رضي الله عنه : " Bahawa beberapa orang munafik pada masa Rasulullah صلى الله عليه وسلم apabila Baginda صلى الله عليه وسلم pergi berperang mereka tidak turut berperang dan merasa bangga dengan tidak turut serta juga mengingkari Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah kembali (membawa kemenangan dan harta rampasan perang), mereka mengemukakan alasan mereka masing-masing, mengapa mereka tidak turut berperang dan menguatkan alasannya dengan sumpah. Kemudian mereka ingin dipuji (seolah-olah mereka juga pahlawan) padahal mereka tidak berbuat apa-apa. Maka turunlah ayat yang maksudnya: "Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa..." [Ali Imran: 188]". (AlBukhari 4226, Muslim 4986)

No comments: