Thursday, April 7, 2016

Kisah Pemburu dan Petani

Pada zaman Cina Kuno, ada seorang petani yg mempunyai seorang jiran yg bekerja sbgai sebagai pemburu & mempunyai anjing² yg galak namun kurang terlatih.
Anjing² itu sering melompati pagar & mengejar biri2 petani.
Petani itu meminta jirannya untuk menjaga anjing²nya, tapi ia tdk peduli.

Suatu hari anjing² itu melompati pagar & menyerang beberapa biri2, sehingga cedera parah.
Petani itu merasa tak sabar & memutuskan untuk pergi ke bandar untuk mengadu kepada seorang hakim.

Hakim itu mendengarkan cerita petani itu & berkata; "Saya boleh menghukum pemburu itu, memerintahkan dia untuk merantai & mengurung anjing²nya, tapi anda akan kehilangan seorang kawan & mendapat seorang musuh. Mana yg anda inginkan, kawan atau musuh yg jadi jiranmu?"

Petani itu menjawab bahawa ia lebih suka mempunyai seorang kawan. "Baik, saya akan mencadangkan anda satu jalan penyelesaian yg mana anda dapat menjaga biri2 anda, supaya selamat dan akan membuat jiran anda tetap sebagai kawan".

Mendengar cadangan hakim, petani itu setuju.
Ketika sampai di rumah, petani itu segera melaksanakan cadangan hakim.
Dia mengambil tiga biri2 terbaiknya & menghadiahkannya kepada 3 anak jirannya itu, yg mana mereka menerima dgn sukacita dan mulai bermain dgn biri2 tersebut.

Untuk menjaga mainan baru anaknya, si pemburu itu mengurung anjing pemburunya.

Sejak saat itu anjing² itu tidak pernah mengganggu biri2 pak tani.

Sebagai rasa terima kasih atas kedermawanan petani kepada anak²nya, pemburu itu sering membahagi hasil buruan kepada petani.

Sebagai balasannya, petani mengirimkan daging biri2 & keju buatannya.

Dalam waktu singkat jiran itu menjadi teman yang baik.

Sebuah ungkapan Cina Kuno mengatakan,
"CARA TERBAIK UNTUK MENGALAHKAN & MEMPENGARUHI ORANG ADALAH DENGAN KEBAJIKAN.

"GIVE & GIVE, NOT TAKE & GIVE..."

Sedapat-dapatnya, kalau hal itu bergantung padamu, hiduplah dalam perdamaian dengan semua orang....

Salam ukhuwwah kepada semua ❤‎

Asal Madinah

Asal Madinah ialah Yathrik.Yathrik ialah nama org yg membukanya. 150 tahun kemudian namanya ditukar jadi Madinah bermaksud bandar terancang (modern). Asal dari huruf Mim Dal Nun. Dari sini juga asal perkataan Modern bahasa inggeris.

Parit yg dibina semasa perang Khandak ialah 5540 meter. Ia dibina oleh 3000 org islam. Lebar 4 meter lebih dan dalam 3 meter lebih. Jangka masa siap 24 hari. Ia merangkumi 2/3 Madinah.‎

Siksa Kubur

SIKSA KUBUR
Kena jaga 3 perkara sblm menghadap Allah :-
1. AKIDAH
2. IBADAH
3. AKHLAK

1..jaga akidah ( keyakinan ) - jgn terpesong. ingat! hanya dgn islam..

2..jaga ibadah ( harus sempurna) -
-solat jaga jgn tinggal walaupun 1 rakaat
- baca quran ... usahakan baca quran.. ( tak baca quran, dalam kubur soal jawab dgn malaikat tak lepas)!

*baca Surah baqarah dlm rumah...rumah bercahaya nmpk dr arash Allah.

*Saat roh ditarik....seksanya amat sgt...
sakit ibu bersalin bersamaan 1 kesakitan dari 99 juzuk kesakitan semasa roh ditarik

*Himpitan kubur -semua akan merasa... bykkan zikir- hindar azab kubur.

kubur baru tutup paras lutut, malaikat mungkar nakir ( warna hitam kebiruan) yg pasti dtg..bawa belantan...tanya amalan ..

Quran yg dibaca sebelum solat subuh - akan jadi peguambela kita dialam kubur semasa soaljwb tu nnti.

malaikat akan sandar kan kita di dinding kubur lps quran yg kita amal baca sblm subuh tu jawab semua soalan2 malaikat.

seterusnya Kubur tukar menjadi hamparan hijau cantik & wangi dgn tahajud yg kita amalkan.
-cuba tahajud . kalau payah, tahajud sbln tidur.

kalau 1/3 mlm tak boleh bangun utk buat, bangun time dah nak dekat masuk waktu subuh, buat tahajud lps tu ada masa sikit.. baca quran jap sblm azan subuh masuk

*Amalan didunia....yg baik..maka cepat la soaljwb ngan mungkar nakir...dan sebaliknya.
sebaliknya ada yg sampai 70tahun tak lps soal jawab dgn malaikat walaupun hanya pasal sebatang cungkil gigi.

*Jaga amalan...jaga amanah yg diberi...

*siapkan anak yg soleh...selamatkan kita dialam barzakh .. bekalan utk kita
- Seeloknya anak2 yg mandikan jenazah kita - berdoa sambil mandikan jenazah ..anak2 yg lain aminkan.
- anak yg siapkan kain kafan
*Anak lelaki imamkan solat jenazah.
baca doa utk kita..

amalan anak yg soleh boleh selamatkan ibubapa nya...walaupun ibubapanya byk buat dosa sebelumnya

Klu x de anak....bela lah binatang sbb binatang tu boleh tolong kita di sana.

*Jenazah yg baik - najis sikit...peluh mengalir didahi, kadang2 masa mandi jenazah, airmata keluar mengalir sedikit.


3. jaga akhlak -walaupun amalan baik..akhlak yg buruk...akan mendtgkan siksa
-Jaga Allah & rasul
- Jaga akhlak - dgn suami, ibu bapa..makpak mertua.
mak mertua, ayah mertua sama dgn mak ayah kita sendiri. itu sbb kita tak boleh kawin dgn mak mertua/ayah mertua kita walaupn kita bercerai hidup/mati dgn pasangan kita.. sbb hubungan dgn mak/ayah mertua tetap kekal sbgai ibu ayah hingga mati.

-jaga hubungan dengan sesama manusia yg lain, jiran. ( sisa makanan rumah kita campak ke rumah jiran pun boleh masuk neraka.)
-Jaga aurat
-Jaga hati suami.

Hafal 3 surah (sebaik2 nya)
- almulk - tiada siksa kubur dan
Soaljwb dlm kubur.
- alkahfi - jauhkan fitnah.hidup dan Fitnah mati
-albaqarah - syaitan x kan masuk dalam rumah kita dan dlm diri
kita.
والله اعلم

sekian.

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA

27 TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA:

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. "Aku akan mengerjakannya besuk, nanti dan seterusnya."

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak bisa mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berfoya-foya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan fisik Anda.

23. Anda meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.

24. Anda ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Anda sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.

25. Anda mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar bisa segera melanjutkan pekerjaan.

26. Anda tidak pernah berfikir bahawa hari ini bisa jadi hari terakhir Anda hidup di dunia.

27. Anda merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Anda miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

- Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh..

Aamiin‎

Saturday, January 2, 2016

Rezeki

Di antara manusia, ada yg Allah luaskan rezekinya, dan ada yg Allah sempitkan rezekinya. Bukanlah bermakna dia mulia di sisi Allah apabila Allah luaskan rezekinya, atau dia hina di sisi Allah apabila Allah sempitkan rezekinya. 

Ada di antara manusia yg Allah hinakannya melalui hartanya. Dengan harta yg banyak, dia dengan mudah dapat melakukan maksiat dan segala dosa. 

Di antara manusia ada yg Allah muliakan dengan harta. Dengan harta yg banyak, dia lebih mudah untuk mendapat pahala dan melakukan pelbagai kebaikan. 

Di antara manusia, ada yg miskin dunia, bahkan turut miskin akhirat. 

Di antara manusia, ada yg Allah sempitkan rezekinya, dengan itu dia bersabar dan redha dengan ketentuan Allah, tanpa dia meninggalkan usaha, bahkan tetap mengerjakan perintah Tuhan serta meninggalkan larangan-Nya.

Di antara manusia, ada yg Allah berikan kebaikan kepadanya melalui harta yg sedikit, kerana Allah maha mengetahui sekiranya dia mendapat harta yg banyak, dia akan mudah menggunakan harta ke jalan dosa dan maksiat. 

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata". Surah ash-Shura, ayat 27.

Saturday, December 12, 2015

Kisah dan Surah AlKahfi

‎Empat fitnah dlm surah alkahfi. Fitnah akidah(pemuda dalam gua). Fitnah harta (dua tuan kebun).  Fitnah ilmu(nabi musa/khidir). Fitnah kuasa (zulkarnain). 

Friday, December 11, 2015

Masjid dan Tesco

‎Tesco pasat dunia
Giant pasar dunia
Masjid pasar akhirat

‎

Wednesday, December 9, 2015

Hati dan Bekas Kosong

Hati itu umpama bekas yang kosong. Penuhkan ia dengan AlQuran dan jangan penuhkan ia dengan benda yang lain.

Monday, November 9, 2015

Membuka 10 Pintu Rezeki Yang Akan Membuat Rezeki Menghampiri Kita ,Anda Wajib Baca‎



Sahabat kali ini kita akan membahas 10 Jurus yang membuat rezeki selalu menghampiri kita.
Berikut Artikelnya Untuk Anda :

Inilah 10 Jurus yang membuat rezeki selalu menghampiri kita.
1. Taqwa
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya," (QS ath-Thalaq: 2-3).

2. Tawakal
Nabi s.a.w. bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

3. Shalat
Firman Allah dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

4. Istighfar
"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirim-kan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu ke-bun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" (QS Nuh: 10-12).
"Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan, dan Allah akan memberinya rezeki (yang halal) dari arah yang tiada disangka-sangka," (HR Ahmad, Abu Dawud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim).

5. Silaturahmi
Imam Bukhari meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, "Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaknyalah ia menyambung (tali) silaturahim."

6. Sedekah
Sabda Nabi s.a.w.: "Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Berbuat Kebaikan
"Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan." (QS Alqashash:84)
Nabi bersabda: Sesungguhnya Allah tdk akan zalim pd hambanya yg berbuat kebaikan.Dia akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat.(HR. Ahmad)

8. Berdagang
Dan Nabi SAW bersabda: "Berniagalah, karena sembilan dari sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan" (Riwayat Ahmad)

9. Bangun Pagi
Fatimah (putri Rasulullah) berkata bahwa saat Rasulullah ( S.A.W.) melihatnya masih terlentang di tempat tidurnya di pagi hari, beliau (S.A.W.) mengatakan kepadanya, "Putriku, bangunlah dan saksikanlah kemurahan-hati Tuhanmu, dan janganlah menjadi seperti kebanyakan orang. Allah membagikan rezeki setiap harinya pada waktu antara mulainya subuh sampai terbitnya matahari. ( H.R. Al-Baihaqi)
Aisyah juga meceritakan sebuah hadits yang hampir sama maknanya, yang mana Rasulullah (S.A.W.) bersabda, "Bangunlah pagi-pagi untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, karena hal itu membawa berkah dan kesuksesan. (H.R. At-Tabarani)

10. Bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (QS Ibrahim:7)
disamping cara cara diatas hendaknya kita saling berbagi, akan ilmu yang kita miliki. Share 10 jurus ini keteman-teman kita. semoga bermanfaat.
Semoga Allah SWT kabulkan segala hajat kita ditahun ini, Aamiinn..
Silahkan SHARE jika dirasa bermanfaat.....


Sunday, November 8, 2015

Relung Kehidupan

RELUNG KEHIDUPAN

Waktu sedang "di puncak", kita merasa ramai teman di sekeliling kita,

Waktu sedang "Berkuasa", kita percaya diri boleh melakukan apa saja,

Waktu sedang "Tak Berdaya", barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada,

Waktu sedang "Jatuh", kita baru sedar selama ini siapakah teman yg memperalat dan memanfaatkan kita,

Waktu sedang "Sakit", kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta yang kita ada,

Waktu kita"Miskin", baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit dan saling membantu sesama manusia,

Masuk "Usia Tua", baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah SWT yang belum ditunai, banyak ilmu & amal yang kurang dan baru kenal jalan ke rumah Allah SWT,

Saat "di Ambang Ajal", kita baru sedar ternyata begitu banyak waktu yg kita buang sia-sia,

Hidup tidaklah kekal selamanya,
sudah saatnya kita harus berusaha bersama-sama membuat hidup lebih berharga,
saling menghargai, saling menghormati, saling membantu dan saling memaafkan.

Jadilah insan setia tanpa syarat,
tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai hati nurani yg tulus, jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah sesama manusia,
jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yg ditabur itulah yang akan dituai,
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar,
namun ketahuilah bahwa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap usaha,
dan jawaban di setiap doa.

Jangan pernah menyerah ,
teruslah istiqamah beribadah,
kerana..
hidup ini terlalu indah.. .

Hidup di dunia bukanlah kekal selamanya,
melainkan sebuah persinggahan sementara,
Indahnya hidup bukan karena ramainya orang mengenal kita, namun berapa ramai orang yang bahagia mengenal kita.

Semoga coretan ini bermanfaat,
perkara yang lepas terlalu jauh untuk digapai,
kerana hari ini, esok dan hari- hari seterusnya
belum pasti untuk kita yang selalunya alpa,
namun yang pasti Malaikat Izrael tak pernah lupa menjemput kita bila tiba waktu dan ketikanya.. .🌹🌹

Saturday, October 31, 2015

🍀Allah SWT says in the holy Qur'an "Do not walk proudly on the earth: your feet cannot cleave the earth nor are you as tall as the mountains". Surah Isra (17:37)

🔴The man who built the Titanic was asked, How safe would the Titanic be? With an Ironic Tone he said: "NOT EVEN GOD CAN SINK IT" & we all know what happened to the Titanic..

🔴Tancredo Neves President of Brazil. During a campaign, he said he got 500,000 votes for his party, Not even God would remove him from Presidency. Sure he got the votes, but he got sick & died a day before being made President..

🔴Cazuza Brazilian singer & poet. During a show, while smoking his cigarette, he puffed out some smoke into the air & said: "God that's for u". He died at the age of 32 of LUNG CANCER in a horrible manner..

🍀Allah SWT says in the holy Qur'an "Do not walk proudly on the earth: your feet cannot cleave the earth nor are you as tall as the mountains". Surah Isra (17:37)

🍁Put aside your pride, Set down your arrogance, And remember your grave. - Saying of Ali ibn Abu Talib (radi Allahu anhu)
🌹Please take part in this & forward it to all Muslims and let everyone take part in the Dua.

🌺Ya Allah don't take my soul away until you are happy with me:
🌺Ya Allah give me a death of a shaheed. 
🌺Ya Allah grant me death while I'm in sujuud. 
🌺Ya Allah let the last words of my life be the Shahadah. 
🌺Ya Allah If I die in my sleep let My heart beat the Zikr of Allah.
🌺 Oh Allah, the guider of the lost soul forgive the entire Muslim Ummah! 
🌺Ya Allah Forgive my Parents, my Family, my Muslim Friends. Ameen Ya Rabb

🔥The fire in Jahanam will not touch the person who recites "Allahumma Ajirni Minan Naar" 7x after fajr & maghrib. If u choose to forward this message, it will be a Sadqatul-Jaariya 4 u and me....

Tuesday, October 13, 2015

Jenazah

INGAT !! Allah Maha Mengetahui....Jangan Kita Pandai2 Nak Menghukum...

Ahmad Dziya


Dikisahkan, ada seorang yang hidup bergelimang dosa meninggal di pinggiran kota Bashrah. Perilaku buruknya membuat tetangganya acuh tak acuh dengan kematiannya.

 Sehingga istrinya tidak mendapati orang yg mau membantu membawa jenazahnya ke masjid dan pemakaman. 

Terpaksa istrinya mengupahi dua orang untuk membawa jenazah tersebut.

Dibawalah jenazah tadi ke masjid. Juga tidak ada seorangpun yang bersedia menyolatinya. Orang-orang seperti pura-pura seolah tidak terjadi apa-apa.

Istrinya memutuskan untuk segera membawa jenazah suaminya ke pemakaman.

Di sebuah bukit yang lokasinya bersebelahan dengan pemakaman, ada seorang ulama besar yang terlihat seperti menunggu seseorang. Ternyata beliau ingin menyolati jenazah yang akan melewati tempat tersebut. 

Berita ulama besar akan menyolati jenazah di tempat itu segera tersiar ke seantero Bashrah. Orang-orang berduyun-duyun untuk juga ikut menyolati, serta penasaran jenazah siapakah yang mendapat kehormatan disholati oleh ulama besar. 

Setelah selesai menyolati, orang-orang heran dan takjub. Ternyata jenazah yang mereka sholati adalah orang yang mereka kenal sebagai ahli maksiat. Mereka bertanya kepada ulama tersebut,  "Apa yang membuat anda bersedia datang jauh-jauh ke tempat ini dan menyolati jenazah ini?"

"Ada yang berkata dalam mimpiku, "Datangilah bukit di sebelah pemakaman. Di sana kamu akan melihat jenazah yang pengiringnya hanya satu orang wanita. Sholatilah dia, karena dia orang yang mendapatkan ampunan." jawab ulama.

Bertambahlah ketakjuban orang-orang yang hadir di tempat itu. Ulama tadi kemudian memanggil istri almarhum dan menanyakan keseharian suaminya dan perjalanan hidupnya. Istrinya menjawab, 

"Dia seperti yang sudah dikenal di kota ini. Sepanjang hari dia menghabiskan waktu untuk bermaksiat dan minum arak."

"Coba anda perhatikan lagi, apakah ada amal kebaikan yang dia lakukan?" tanya ulama itu lagi.

"Iya setahuku tiga hal. Yang pertama, setiap dia sadar dari mabuknya pada waktu shubuh, dia mengganti bajunya, berwudhu dan melaksanakan shubuh berjamaah. Kemudian dia kembali mabuk dan berbuat maksiat.

Yang kedua, di rumahnya selalu ada dua atau satu anak yatim. Dia memperlakukan dengan baik anak yatim itu melebihi kepada anaknya sendiri.

Yang ketiga, jika dia sadar dari mabuknya di tengah gelap malam, dia menangis dan meratap, "Ya Allah, di bagian neraka jahanam mana Engkau akan menempatkan hambamu yang kotor dengan maksiat ini."

Sang ulama kemudian pulang, karena dia sudah mengetahui dengan jelas peristiwa aneh yang terjadi disiang hari itu.
( Ihya' Ulumiddin )

Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. 

Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)‎

Monday, October 12, 2015

Masalah-masalah

SELAGI MANA URUSAN DUNIA....
IANYA BUKAN MASAALAH BESAR.

Jgn bersedih dgn urusan dunia
Seorang lelaki yg sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib, ia pun berkata, "Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku."

Sayidina Ali menjawab, "Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !"

Lelaki itu berkata, "Ya, tanyakanlah !"

"Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?" kata Sayidina Ali bin Abi Tholib

"Tentu tidak" jawabnya.

"Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?" tanya Sayidina Ali bin Abi Tholib

"Tidak juga" jawabnya.

Lalu Sayidina Ali berkata,

"Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tdk mengikutimu saat kau pergi?"

"Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia..

Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….

TERSENYUMLAH..!
KERANA REZEKI MU TELAH DIBAHAGI DAN DI SUSUN OLEH ALLAH
DAN URUSAN HIDUP MU TELAHPUN DI ATUR OLEH YG MAHA PENCIPTA..….

Urusan dunia tidak layak untuk membuatmu bersedih semacam ini karena semuanya ada di tangan Yg Maha Hidup dan Maha Mengatur…."

Kemudian Sayidina Ali bin Abi tholib meneruskan ungkapannya,

"Seorang mukmin hidup dalam dua hal, yaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sedari.

Dibalik kemudahan ada rasa syukur.

Sementara Allah berfirman,

وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ -١٤٤-
"Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur."
(QS.Ali Imran: 144)

Dan dibalik kesulitan ada kesabaran. Allah berfirman,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ -١٠-
"Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpan batas."

(QS.Az-Zumar: 10)

Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. Lalu kenapa masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh "Ohh masalahku begitu besar. Tapi katakan pada masalah itu,
Sungguh aku punya Allah yang Maha Besar".......

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.

Hanya kepada Allah sahaja aku menyerahkan urusan hidup ini...

Dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan.

Al Fatihah ayat 5.‎

Wednesday, July 22, 2015

PADA YG 50, 50++, DEKAT 50 Tahun Umurnya

PADA YG 50, 50++, DKT2 50 

S U D A H  M E L E B I H I ?
S E D A N G  M E N G H A M P I R I ?
M A S I H  J A U H  L A G I ?

Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. 

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

PERTAMA
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG

Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI

Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH

Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA

Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA
KALAU SAKIT BERSABARLAH

Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada. 

KEENAM
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK

Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA

Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN
BERLAPANG DADALAH

Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU

Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Saturday, June 20, 2015

Kisah Budak (Remaja) yang mengambil tempat Imam.


Disebab masjid penuh masa hendak terawih disuatu masjid maka seorang budak telah mengambil tempat dengan berdiri ditempat solat imam. Kemungkinan ini berlaku disebabkan kerana tempat makmum semua penuh dan juga tidak faham peraturan solat berjemaah. Maklumlah semasa mula Ramadhan masjid berlimpahan umat islam memenuhinya untuk solat.

Friday, April 24, 2015

Kematian.

Jom fikir-fikirkan...

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami...

Monday, March 23, 2015

Solat dan Menguap.

SOLAT MENGUAP MEMBATALKAN SOLAT?
Menguap boleh menyebabkan solat kita tidak sah! Bagaimana??
Membaca rukun qouli dalam keadaan menguap.
Contoh : ketika sedang membaca Fatihah, kita menguap. Bacaan tetap diteruskan walaupun dalam keadaan menguap!
MAKA SOLAT TERSEBUT TIDAK SAH! Kerana makhraj2 dan sifat huruf dalam Surah Fatihah sudah hilang.
HENDAKLAH ketika menguap berhenti dulu bacaan, tutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri (sunat) dan meneruskan bacaan..
Benda remeh namun tidak dititik beratkan boleh membawa impak yg besar dalam solat kita.
Semoga bermanfaat.
PINJAM 3MINIT UTK BACA NI
1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS..
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias..
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal..
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus..
5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin..
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun"
- Al-Habib Ali Zainal..
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf...
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani..
10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"..
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol...
Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.
SELAMAT BERAMAL ..JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

Monday, March 2, 2015

Sedekah.

Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat, "Para hartawan banyak mendapat pahala. Mereka solat seperti kami, puasa seperti kami dan dapat memberi sedekah dari kelebihan hartanya. Lalu kami ini bagaimana?" Jawab Baginda; "Bukankah Allah telah menjadikan bacaan bagimu, yang dapat dijadikan sedekah olehmu?" Ketahuilah bahawa tiap-tiap satu tasbih adalah sedekah, tiap-tiap satu takbir itu adalah sedekah, tiap-tiap satu tahmid itu adalah sedekah, tiap-tiap satu tahlil itu adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan itu adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran itu adalah sedekah dan dalam kemaluan serta bersetubuh seseorang antara kamu itu adalah sedekah." Sahabat itu bertanya lagi; "Ya Rasulullah, seseorang antara kami menuruti nafsu syahwatnya, apakah dia mendapat pahala?" Jawab Baginda; "Bagaimana pendapat kamu kalau dia meletakkan syahwatnya itu pada sesuatu yang terlarang, berdosakah dia? Begitulah. Tetapi kalau dia meletakkannya pada sesuatu yang halal, pasti dia mendapat pahala". (HR Muslim)

Friday, February 27, 2015

Sesama Islam

Rasulullah SAW bersabda, "Orang Islam itu adalah saudara orang Islam lainnya. Oleh sebab itu, janganlah seorang Islam menganiaya saudaranya dan jangan pula membiarkan mereka tersiksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan orang Islam, pasti Allah akan melepaskannya dari beberapa kesusahan pada hari qiamat dan barangsiapa yang menutup aib orang Islam, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari qiamat". (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 26, 2015

Tujuh sunnah Nabi SAW.

Amalakan ketujuh sunnah Nabi SAW iaitu:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Wednesday, February 11, 2015

Kemanisan Iman.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara; maka dia akan merasakan kemanisan iman. Tiga perkara itu ialah; mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya pada yang lain, mencintai manusia berdasarkan cintanya kepada Allah semata-mata, dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api neraka". (HR Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 10, 2015

Lurus dan Jujur Hati

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan tegak lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan hati itu tidak dapat lurus sebelum lidahnya jujur (terpelihara)". (HR Ahmad)

Monday, February 9, 2015

Kata-kata baik.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (HR Bukhari dan Muslim)

Kata-kata baik.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (HR Bukhari dan Muslim)

Saturday, February 7, 2015

Gunung dan Pantai

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin
Copy paste.
QKK 7557