Masyarakat antarabangsa mula hantar bantuan kemanusiaan ke YangonYANGON: Junta tentera yang memerintah Myanmar percaya sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh kerana taufan Nargis yang melanda lembah delta Irrawaddy menyebabkan masyarakat antarabangsa mula menggerakkan bantuan ke negara berkenaan, semalam. "Pada dasarnya, mereka percaya angka kematian buat masa ini ialah 10,000 maut dan 3,000 hilang. Ia satu angka yang besar," kata seorang diplomat Barat di sini selepas mendengar taklimat Menteri Luar Myanmar, Nyan Win.
Bencana besar berpunca daripada taufan Nargis itu menyebabkan dunia memberi bantuan, sesuatu yang jarang berlaku selepas jeneral tentera sebelum ini menolak bantuan selepas tsunami melanda pada 2004. Pihak tentera yang suka berahsia dan memerintah Myanmar sejak 46 tahun lalu semakin memencilkan diri enam bulan lalu kerana bantahan dunia terhadap kekerasan ke atas sami Buddha, September lalu. Angka rasmi kematian masih 3,394 dan 2,879 hilang. Bagaimanapun, bilangan itu hanya membabitkan dua daripada lima zon bencana.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, beratus-ratus ribu mangsa taufan kini hilang tempat tinggal dan terputus bekalan air. Di ibu negara, harga makanan dan bahan api melonjak dengan agensi bantuan berusaha menghantar bekalan kecemasan dan menilai kemusnahan di zon bencana berkenaan yang menjadi tempat tinggal 24 juta penduduk. Air bersih juga sukar didapati manakala banyak kedai kehabisan lilin dan bateri manakala tiada siapa tahu bila bekalan elektrik dapat dipulihkan. Penduduk terpaksa berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen dengan harga bahan api meningkat baik di pasaran gelap manakala harga telur naik tiga kali ganda sejak Sabtu lalu.
"Berapa ramai orang bermasalah? Kami tahu ia dalam enam angka. Kami tahu beratus-ratus ribu orang perlukan tempat berteduh, tetapi angka tepat kami tidak tahu," kata pegawai menangani bencana PBB, Richard Horsey dalam mesyuarat tergempar di Bangkok. Di Yangon, banyak bangunan tidak lagi berbumbung yang memberi petanda bahawa keadaan pasti lebih buruk di pekan atau kampung kota menempatkan lima juta penduduk itu. Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan ke atas junta tentera itu, berkata ia sudah memberi dana bantuan menerusi agensi Program Makanan Dunia (WFP) dan pertubuhan bantuan lain. Dua kapal tentera laut India membawa makanan, khemah, selimut, pakaian dan ubat-ubatan akan bergerak ke Yangon tidak lama lagi, kata Kementerian Hal Ehwal Luar India. Thailand pula menghantar pesawat kargo C-130 membawa makanan dan ubat ke Yangon selepas lapangan terbang dibuka semula semalam, kata Menteri Luarnya, Noppadon Pattama. Jurucakap pejabat PBB di sini memberitahu, ramai mangsa taufan memerlukan ubat dan makanan selain kelambu dan keperluan asasi lain. Reuter

SANGKAKALA:TAUFAN ADALAH SALAH SATU TENTERA ALLAH SWT DIDUNIA INI.NEGARAX BARAT BERGEGASX MEMBERI BANTUAN KEMANUSIAAN SPT MANA BENCANA TSUNAMI DI ACEH.PERINGATAN DARI ALLAH SWT KPD MANUSIA BAHAWA HIDUP INI TIDAK KEKAL.BANTUAN DARI NEGARA ISLAM BAGAIMANA.
No comments:
Post a Comment