Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Friday, May 23, 2008
80000 terbunuh gempa bumi di china
Malapetaka terburuk punca 4,000 kanak-kanak jadi yatim piatuBEIJING: Lebih 80,000 orang disahkan maut atau hilang selepas gempa bumi terburuk China dalam tempoh sedekad, manakala 4,000 kanak-kanak yatim piatu, kata kerajaan semalam. Sebelum ini, pihak berkuasa menjangka angka kematian akhir melebihi 50,000 orang.
Angka Pejabat Maklumat Majlis Negeri menunjukkan jumlah yang maut kini melebihi 51,000 orang, meningkat 10,000 berbanding jumlah sebelumnya. Lebih 29,000 penduduk masih hilang. Selain itu, 288,000 orang cedera akibat gempa pada kekuatan 7.9 skala Richter di barat daya China 12 Mei lalu. China juga meminta masyarakat antarabangsa menghantar 3.3 juta khemah untuk membantu mangsa gempa.
Beratus gempa susulan, salji tebal di kawasan pergunungan berhampiran dengan pusat gempa dan ramalan hujan lebat menambah kesukaran kepada pihak tentera, kerajaan dan petugas persendirian yang cuba menghantar bantuan dan menyediakan perlindungan. Kira-kira lima juta orang kehilangan tempat tinggal akibat gempa. Di kawasan kampung di mana rumah tidak lagi sesuai didiami, kebanyakan petani tinggal di khemah atau tempat perlindungan sementara. China semalam menambah kemungkinan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-moon akan melawat Sichuan, wilayah barat daya yang paling teruk terjejas akibat gempa. "Sama ada Ban akan datang ke China atau tidak selepas melawat Myanmar, China masih berunding dengan PBB mengenainya," kata jurucakap media Kementerian Luar, Qin Gang.
Maklum balas lewat Myanmar terhadap bencana itu menaikkan kemarahan kerajaan Barat dan penyumbang bantuan, sebaliknya usaha pantas China disambut pujian masyarakat antarabangsa. Di HONG KONG, bekas rumah aktor kung fu terkenal, Bruce Lee, di Hong Kong dijual bagi mengutip sumbangan untuk mangsa gempa bumi di China. Dermawan Yu Pang-lin bercadang menjual lima kediaman di daerah Kowloon Tong, termasuk bekas rumah Lee, dengan keuntungan disalurkan kepada bantuan gempa bumi, lapor akhbar South China Morning Post. Lee menetap di rumah dua tingkat itu pada tahun 1960-an dan 1970-an, tetapi sejak itu ia dijadikan motel, menurut laporan Apple Daily. Laporan menyebut, ia dianggarkan bernilai 100 juta dolar Hong Kong (RM41.6 juta). Lee yang meninggal dunia di Hong Kong ketika berusia 32 tahun akibat bengkak pada otak, dilahirkan di San Francisco tetapi membesar di Hong Kong yang turut menjadi tempat beliau mencipta nama sebagai pelakon. Reuters/AP
sangkakala:ini juga sebagai tanda2 besar akan kedatangan kiamat.
Labels:
ajal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment