1. Ada yang mengatakan kita mulai pandai berkata-kata ketika berumur beberapa bulan mungkin dengan awalnya menyebut nama untuk panggilan ibu atau ayah. Selepas itu mungkin lain-lain perkataan sepatah demi sepatah dan makin lama pandai pula membuat ayat.
2. Itu semua memamg betul apabila kita dilahirkan didunia ini. Tetapi sebelum kita dilahirkan didunia ini pun kita memang sudah pandai berkata-kata. Contohnya di Alam Arwah apabiala ALLAH SWT memanggil semua roh-roh dan bertanya Adakah AKU ini tuhan kamu, maka roh-roh menjawab BAH KAN benar KAMU iaitu ALLAH SWT tuhan kami. Itulah janji kita denganNYA.
3. Tetapi masa itu kita berjanji hanya dengan kata-kata sahaja. Walaubagaimanapun satu-satu janji tidak cukup hanya dengan kata-kata sahaja. Jadi bagi membuktikan memang kita menepati janji kita diturunkan kedunia bersama jasad sekali. Adakah kita berjaya menunaikan janji dengan mengerjakan segala suruhannya.
No comments:
Post a Comment