Friday, March 26, 2010

70 Tahun dan 1 Malam

1. Semasa Nabi Ibrahim as didatangi oleh seorang yang bukan Islam pada suatu malam kerana ingin menumpang berteduh dan makanan dirumahnya maka Nabi Ibrahim as tidak melayan orang tersebut. Maka orang tersebut pun berlalu. Tiba setengah malam tersebut maka Nabi Ibrahim as pergi mencari orang tersebut dan didapati ia dalam kesejukan dibawah pokok dan terus Nabi Ibrahim menjemputnya kerumah dan diberi makan minum.
2. Orang itu kehairanan lalu bertanya kepada Nabi Ibrahim mengapa tadi beliau seolah-olah dihalau tapi kini melayannya dengan begitu baik sekali. Maka Nabi Ibrahim menjawab dengan mengatakan bahawa sebentar tadi ia bermimpi dan ALLAH SWT menyatakan bahawa DIA melayan orang tua tersebut selama 70 tahun dengan memberi pakaian, makan minum dan lainnya secukupnya dan tidak pernah mengungkitnya walaupun ia engkar kepada AKU. Namun apabila ia hanya ingin menumpang mungkin hanya 1 malam engkau (Nabi Ibrahim as) tidak memperdulikannya. Lalu ALLAH SWT menyifatkan aku seorang yang sombong.
3. Begitulah ALLAH SWT mengajar Nabi Ibrahim as dan kita juga supaya berbuat baik kepada sesiapa walaupun kadang-kadang orang itu tidak beriman kerana mungkin dengan kebaikan kita tersebut membuat orang itu ingin memeluk Islam. Begitulah yang sentiasa diamalkan oleh Nabi kita Muhammad SAW sepanjang hidupnya.

No comments: