1. Niat memainkan peranan dalam satu-satu ibadah yang dilakukan samada diterima atau tidak. Oleh itu sebelum setiap ibadah dilakukan pasangkan niat kerana ALLAH. Bukan kerana yang lain. Mudah-mudahan jika kerana ALLAH akan mencapai sifat ikhlas. Dan selepas mengerjakanya jangan pula diungkit-ungkit amalan baik yang dilakukan. Sifat ikhlas yang sempurna ialah sama baginya antara pujian dan makian orang keatasnya atau antara dua sifat yang berlawanan kerana semua itu atas keizinan ALLAH.
2. Untuk sentiasa mendapat pahala walaupun tidak melakukan ialah juga dengan niat. Sebagai contoh sebelum kita tidur dimalam hari kita berniat akan bangun pagi untuk solat malam dan subuh. Jika malam tersebut ajal kita sampai atau kita gagal bangun maka pahalanya seolah-olah kita telah melakukan ibadah tersebut. Begitulah juga dengan amalan-amalan baik yang lain.
3. Begitu juga dengan majlis pengajian. Jika selepas majlis jika guru/penceramah mengatakan kita dengan izin ALLAH akan menyambung kuliah ini dilain hari maka hendaklah kita menjawabnya insyALLAH akan hadir dengan memasang niat. Tetapi jika ada sesuatu halangan yang menggagalkan maka kita dikira mendapat pahala seperti datang majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment