1. Didalam persahabatan NABI SAW menasihatkan kita supaya mengormatinya. Sebagai contoh jika kita berjanji dengannya untuk berjumpa disuatu tempat. Kita datang lebih awal dan menunggu kawan tersebut. Setelah sampai masa yang dijanjikan dan kawan masih belum tiba. Seeloknya janganlah kita menyangka yang tidak baik kenapa belum sampai.
2. Sebelum menyalahkan kawan tersebut dan sambil menunggu kedatangannya hendaklah mencari sebanyak 70 alasan kenapa ia tidak sampai. Sebagai contoh mungkin kesesakan jalan, terlupa masa, tersilap tarikh, tidak sihat, kemalangan dan sehingga alasan ke 70.
3. Jika kita mampu mencari alasan ke 70 memang sepatutnya kita memarahinya kerana tidak menepati janji.
4. Pengajaran dari sini ialah untuk membiasakan diri dengan sifat sabar dan juga melatih bahawa walau apa perancangan yang dilakukan pasti ada halangan mendatang.
No comments:
Post a Comment