Saturday, November 27, 2010

NILAI SEBUAH PEKERJAAN...




 
 

AS SALAM,
>  
>
> NILAI
> SEBUAH PEKERJAAN , SEMOGA ADA MANAFAAT.
> Kenapa
> anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini,
> selepas
> mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari
> koleksi Stephen R.Covey.
>
> Pelajar
> yang hadir tersenyum-senyum.
>
> "Sebab
> minat biologi?", saya bertanya.
>
> Ramai
> yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4
> dahulu.
>
> "Sebab
> suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang
> mengangguk.
>
> "Well,
> come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh
> rawat ibu bapa
> sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia
> pertama boleh muncul
> memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa.
> Malah ketika di bilik
> pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon
> terbaik untuk merawat
> ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma", saya
> menyambung
> provokasi.
>
> "Kamu
> nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami
> doktor, isteri doktor
> dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena
> berdikari", saya terus
> mencucuk jarum.
>
> "Saya
> selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi
> specialist nanti,
> jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah
> tiga orang ini.
> Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa
> yang sepatutnya kita
> beri kepada mereka, agar kita berjaya", saya berkongsi
> cerita.
>
> Saya
> sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir
> bersungguh-sungguh,
> mengapa mereka memilih bidang perubatan.
>
> Jika
> anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda
> perlu tahu bahawa
> walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga
> pakar, anda tidak akan
> diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda
> tidak ada cuti bersalin,
> seandainya anda 'termengandung' semasa sedang
> membuat program pakar. Anda tidak
> menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna
> duit sendiri.
> Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya
> sendiri. Mungkin
> anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat
> dikecualikan dari yuran,
> walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu.
>
> Semua
> orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda
> terdesak menghadapi
> peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
>
> Misalnya
> isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk
> kecemasan dan
> lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri
> kendara di kampung,
> lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti. Bukan
> calang-calang kerja.
>
> Anda
> mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?
> Tolonglah diri
> sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai
> pertolongan itu nanti.
>
> "Maka,
> apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang
> sama saya ulang sekali
> lagi.
>
> Pelajar-pelajar
> itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua
> soalan adalah untuk
> ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu
> menjawabnya.
>
>
>  
>
>
>  
>
> PERSOALAN
> NILAI
>
> Kuliah
> kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM
> SEBUAH PEKERJAAN?
> Dalam sebuah kehidupan.
>
> Jika
> seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja
> rumahnya, kerjanya
> 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas
> walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan,
> maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak
> bermaksud membela lelaki
> yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini,
> si perempuan itu
> sudah menjatuhkan dirinya.
>
> Hanya
> 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit.
> Maafkan saya, hanya pelacur
> sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap
> seorang lelaki.
>
> Seorang
> ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang
> isteri juga
> melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka
> tanpa kasih sayang,
> perkahwinan adalah beban. Malah sumber
> kebencian.
>
> Menentukan
> nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah
> sangat penting. Nilai
> itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan
> yang kita lakukan.
>
> NILAI
> DUIT
>
> Kalau
> pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan
> berhadapan dengan banyak
> masalah , walaupun wang berjaya diperolehi.
>
> Sekarang
> ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau
> boleh saya katakan
> industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan
> yang keduanya,
> industri berkaitan petroleum . Trend yang saya maksudkan di
> sini, adalah
> perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan
> pasangannya, serta
> anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang
> itu tadi.
>
> Sudah
> menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga,
> berpisah sementara (bukan
> calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang
> bekerja sebagai jururawat
> di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga
> dengan mereka yang
> terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk
> dan Afrika,
> menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan
> pendapatan dengan
> berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat,
> menggiurkan...
> tetapi output daripadanya merunsingkan saya.
>
> Itu,
> belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau
> Pinang atau Kuala
> Lumpur .
>
> Trend
> ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya
> ditakdirkan Allah bertemu
> dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja,
> yang ayah mereka pulang
> ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami
> main kayu tiga
> ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air.
> Saya juga bertemu
> dengan kes isteri yang mem'poligami' kan suaminya
> dengan bersuamikan orang lain
> semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa
> ke semasa. Tidak
> pernah menjadi tajuk berita. Nauzubillah
>
> Tentu
> sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja
> jauh dari pasangan
> dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi
> perubahan itu apakah ke
> arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah
> rumah tangga dan
> perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai
> material?
>
>
>  
>
> NILAI
> - HARGA - KORBAN
>
> Nilai
> berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga.
> Tinggi harga,
> banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi
> mendapatkannya. Untuk
> bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang
> perlu dibayar untuk
> nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga,
> kepincangan emosi dan
> identiti anak-anak, dosa... itulah harga yang mungkin perlu
> dibayar untuk nilai
> material yang dijadikan asas bekerja.
>
> Anak-anak
> yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita
> pada nilai kasih
> sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,
> 'mereka adalah generasi
> yang kesunyian'.
>
> Jangan
> terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja
> boleh menjadi mangsa
> lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu
> memberi sesuatu
> yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya
> iaitu KASIH SAYANG
> dan PERHATIAN.
>
> Malam
> ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini,
> melatih diri mereka
> dengan tabiat " Begin With the End in Mind".
> Lihatlah apa yang
> menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor
> perubatan , jurutera
> dsb
>
> TENTUKAN
> NILAI SEAWAL PERJALANAN
>
> Maka,
> semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin
> dibawa pada kerjaya
> di masa hadapan, mesti ditentukan.
>
> Anda
> boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini,
> bekerjalah selagi mampu,
> kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi
> anda perlu meneliti
> harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya?
> Harga dan korban itu
> mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling
> besar, mungkin sistem
> itu sendiri.
>
> Hati
> saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri,
> mengeluh tentang
> satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor.
> Sama ada kedua-dua
> suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada
> mereka.
>
> PROVOKASI
> DEMI MASA DEPAN
>
> Atas
> provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk
> menyemak hubung kait
> bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali
> siapa mereka di
> alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
>
> Kita
> sebagai hamba
> Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang
> diabdikan diri
> kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
>
> Kita
> sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia
> ciptaan-Nya, kerana kita
> ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia
> hablun minannaas.
>
> Buat
> baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh
> dengan memimpin tangan
> si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali
> sekala, orang buta bukan
> setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama,
> adalah pada
> menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada
> manusia, melalui
> pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
>
>
>  
>
>
>  
>
> JIKA
> KERJA JADI IBADAH
>
> Jika
> kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The
> unsung hero beroleh quwwah,
> untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata
> insan.
>
> Jika
> kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak
> tergamak menghambur
> dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
>
> Jika
> kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan
> luas perjalanan
> mencapai TUJUAN.
>
> Ubah
> paradigma, betulkan nilai pada kerja.
>
> Teruskan
> cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara
> terbesar, kamu
> zahirkan syukur kepada-Nya.
>
> Kita
> hamba-Nya, kita Khalifah-Nya. ALLAHU AKBAR !!!!

No comments: