~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
JALAN KE SYURGA
Sahabat saudaraku Fillah,
Perjalanan ke Syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Mana kala jalan ke Neraka dikelilingi dengan keinginan dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi SAW mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.
Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab kesiksaan yang disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).
Untuk melayakkan diri ke Syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksananakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi larangan-Nya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah SWT. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itu Nabi menyatakan jalan ke Syurga penuh dengan kesusahan.
Bukan mudah untuk masuk ke Syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak suka kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan, sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.
Sebaliknya jalan ke Neraka amatlah mudah kerana dikelilingi kehendak nafsu syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut hawa nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.
Wahai diriku dan sahabat saudaraku Fillah,
Di hadapan kita terbentang dua jalan. Terpulanglah kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada tanyakan Iman di hati. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
Betapa susah masuk Syurga…? Dalam satu keterangan menyatakan : "Orang jahil semua binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang yang beramal semuanya binasa kecuali orang yang ikhlas".
Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak dan kuat, tabah dan cekal hati saja berjaya sampai ke mercu.
Kebahagiaan di dunia belum menjadi passport untuk ke Syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak dibelanjakan secara Islamik.
Syaitan selalu membisikkan kepada manusia tentang amal mereka banyak, walhal sebenarnya baru terlalu sedikit. Kebanyakan manusia gembira bila apabila dipuji. Timbul rasa ujub dan riyak yang memusnahkan amalan pahala. Kita tidak perasan sebenarnya kita berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Maka, kita mesti mengawasi diri kita dari dari serangan penyakit batin seperti riyak', ujub, sombong, bongkak, dengki yang kesemuanya memusnahkan amalan.
Kesimpulannya, kita terpaksa mengharungi kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini, Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang lenang. Kesenangan hanya di Akhirat. Seseorang akan diberi pahala bila menempuh berbagai kesusahan dan keperitan dalam menghadapi cabaran.
Ingat sekali lagi pesan Rasulullah SAW : "JALAN KE SYURGA DIKELILINGI DENGAN KEPAYAHAN. JALAN KE NERAKA PULA DI KELILINGI DENGAN NAFSU DAN SYAHWAT". Oleh itu utamakanlah kepayahan kerana itu dan begitulah jalan ke Syurga. Tinggalkanlah kesenangan yang berbentuk nafsu dan syahwat kerana itu adalah jalan ke Neraka.
<3 DI AKHIR PERJUANGAN MENUNGGU NIK'MAT KEMENANGAN <3
Wallahu'alam.
Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Wednesday, June 27, 2012
Facebook news feed post by: Mazura Ali
Mazura Ali wrote:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment