SubhanAllah... Bagusnya pemimpin baru Mesir ini. Saya berasa amat2 bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Mudah2an beliau ini digolongkan oleh Allah ke dalam golongan pemimpin yang adil. Daripada pemimpin yang adil lah datangnya ramai individu2 muslim yang berkualiti. Pemimpin yang adil, adalah pemimpin yang mematuhi segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu itu tepat atau kena pada tempatnya. Allah dan Rasul merupakan tempat rujukannya melalui kitab Al-Quran dan sunnah. Pemimpin seperti inilah yang patut kita pilih sebagai pemimpin negara...
Tidak hari ini, mungkin esok... Kalau tidak esok, mungkin lusa kita akan memperoleh pemimpin yang adil. Janganlah setakat berdoa saja, tetapi berusahalah untuk mencari dan memilih siapa bakal pemimpin yang sangat adil dan bertaqwa kepada Allah untuk memerintah negara. Kita tidak perlukan pemimpin yang hanya tahu menyumbat harta ke mulut rakyat sambil menghalalkan perkara yang haram, tetapi kita perlukan pemimpin negara yang adil, saksama, dan menekankan agama dalam keseluruhan segenap segi! Itu yang kita mahu... Rezeki itu tetap ada kerana ia milik Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Kalaulah benar kita ini kuat akidahnya kepada Allah, kita takkan sanggup menukarkan pemimpin yg adil dengan harta sebaliknya kita hendaklah yakin bahawa pemimpin yang mahu menegakkan agamaAllah tidak kira betapa susah sekalipun, dia tetap akan menegakkan kalimah Allahuakbar di muka bumi Allah ini...
Like tanda setuju! Allahuakbar!!!
via Lukisan Dakwah Islam
Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Wednesday, June 27, 2012
Bagusnya pemimpin baru Mesir ini
Islam Itu Indah wrote:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment