Wednesday, June 11, 2008

5 ubat hati

ada lima:
1.duduk bersama2 orang yg soleh
2.membaca alquran.
3.mengosongkan perut.
4.solat malam.
5.merendah diri ketika menjelang waktu subuh.
Posted by Picasa

4 terbunuh termasuk menteri nahas udara-10 jun 08


Menteri dan pembantu menteri Kenya terbunuh dalam nahas pesawat

NAIROBI: Seorang menteri dan pembantu menteri Kenya bersama dua lagi penumpang terbunuh apabila pesawat yang dinaiki mereka terhempas di barat daya Kenya, hari ini. President Kenya, Mwai Kibaki, berkata menteri terbabit ialah Kipkalya Kones dan Lorna Laboso, pembantu Menteri Dalam Negeri. Serpihan pesawat sudah dijumpai dan tiga orang dilaporkan selamat.
Dua lagi yang terbunuh ialah juruterbang dan rakan kepada Kones. "Negara kita kehilangan pemimpin yang berpotensi dengan umur yang masih muda dan masa depan yang cerah," kata Kibaki dalam satu kenyataan. Kedua-dua anggota kabinet itu adalah bersama Perdana Menteri, Raila Odinga dalam Orange Democratic Movement Party.
Jurucakap Odinga, Salim Lone berkata Perdana Menteri menyifatkan nahas itu satu berita yang amat mengejutkan. Pesawat berkenaan terhempas di Narok, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara, Nairobi, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya. Kones dilantik dalam kabinet sejak lima tahun lalu adalah pemimpin yang disenangi antara Kibaki dan Odinga. Laboso, pula mewakili kumpulan kecil wanita negara itu diserap dalam kabinet. - AP Posted by Picasa

Tuesday, June 10, 2008

fitrah

3: FITRAH (FIKIRAN, ILHAM DAN KASYAF) DAN  WAHYU


 

Semua manusia berasal daripada diri yang satu iaitu Nabi Adam a.s. Sekalian yang lahir daripada Adam a.s dinamakan bangsa manusia. Tidak ada keturunan Adam a.s yang berbangsa haiwan, tumbuh-tumbuhan atau gali-galian. Adam a.s dan keturunan beliau a.s menjadi manusia kerana mereka semua memiliki kemanusiaan. Tidak ada manusia yang tidak memiliki kemanusiaan. Benih kemanusiaan yang pertama disemaikan pada kejadian Adam a.s dan kemudian benih tersebut 'berjalan' kepada Siti Hawa, ibu yang mulia dan diberkati dengan keturunan yang amat ramai. Ketika Adam a.s dan Ibu Hawa berada di dalam syurga benih kemanusiaan itu hanya aktif pada mereka berdua sahaja., tidak 'membiak'. Setelah mereka dikeluarkan daripada syurga dan ditempatkan di bumi, di dalam dunia, baharulah benih kemanusiaan itu menampakkan keupayaannya melahirkan generasi manusia. Benih kemanusiaan akan terus bekerja melahirkan manusia hingga ke hari kiamat. Apabila berlaku kiamat baharulah benih kemanusiaan itu berhenti melahirkan manusia.

 Bermula daripada Adam a.s sampailah kepada manusia terakhir pada hari kiamat, benih kemanusiaan 'berjalan' terus, melahirkan keturunan manusia yang berpecah-pecah kepada berbagai-bagai bangsa, suku dan keluarga. Perjalanan benih tersebut sangat sempurna sehingga tidak berlaku kesilapan pada pekerjaannya. Jika benih kemanusiaan melakukan kesilapan nescaya ada ibu-ibu manusia yang melahirkan ikan, beruang, rambutan dan lain-lain. Kesempurnaan benih kemanusiaan menyebabkan manusia akan terus melahirkan manusia sahaja tidak bangsa lain.

 Keturunan Adam a.s membiak melalui proses percantuman benih lelaki dengan benih perempuan. Walaupun pada zahirnya percantuman benih menjadi proses pembiakan keturunan manusia tetapi bukanlah benih lelaki dan benih perempuan itu yang mengawal kewujudan dan kesinambungan bangsa manusia. Adam a.s diciptakan bukan daripada benih lelaki atau benih perempuan namun, Adam a.s tetap memiliki kemanusiaan. Nabi Isa a.s diciptakan tanpa melalui proses percantuman benih lelaki dengan benih perempuan namun, Isa a.s tetap memiliki kemanusiaan. Setiap manusia tidak terlepas daripada kemanusiaan yang tidak dimengerti hakikatnya. Jika semua manusia bermula dari Adam a.s hinggalah kepada manusia terakhir yang ada pada hari kiamat, dibedah untuk dikaji perihal kemanusiaan itu tentu sekali perbuatan tersebut hanya sia-sia sahaja. Tidak mungkin dijumpai hakikat kemanusiaan pada mana-mana manusia tetapi peranan dan pengaruhnya pada setiap manusia tidak dapat dipertikaikan.

 Jika mahu memahami tentang hakikat ia harus dilihat dari sumbernya. Sumber segala kejadian ada pada sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t menciptakan makhluk-Nya menurut Iradat-Nya, dengan Kudrat-Nya dan sesuai dengan Ilmu-Nya. Apa juga yang Allah s.w.t berkehendak menciptakan sudah termaktub di dalam Ilmu-Nya. Apa yang pada sisi Allah s.w.t atau pada Ilmu-Nya itu dinamakan hakikat. Sebelum Allah s.w.t menciptakan alam dan benda-benda alam, hakikat alam dan hakikat-hakikat benda alam sudah pun ada pada Ilmu-Nya. Hakikat adalah kewujudan yang memerintah atau mengawal. Segala yang diciptakan Allah s.w.t, yang mengisi ruang alam, dikawal oleh hakikat masing-masing. Hakikat yang berhubung dengan kejadian manusia dinamakan Hakikat Manusia atau Hakikat Insan. Hakikat Insan mengawal kejadian manusia sejak manusia pertama hinggalah kepada manusia yang penghabisan. Apa juga yang dikawal oleh Hakikat Insan akan lahir sebagai manusia. Hakikat Malaikat mengawal kewujudan malaikat. Hakikat Haiwan mengawal kewujudan haiwan dan demikian juga dengan hakikat-hakikat yang lain. Haiwan tidak boleh  menjadi manusia dan manusia tidak boleh menjadi malaikat apa lagi menjadi Tuhan. Hakikat masing-masing tidak mengizinkan perkara yang demikian terjadi.


 

Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati perubahan bagi "Sunnatullah" itu. (Ayat 62 : Surah al-Ahzaab)


 

Tidak ada (sebarang) perubahan pada kalimat (janji-janji) Allah. ( Ayat 64 : Surah Yunus )


 

Tiada suatupun dari makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud)

 Hakikat adalah suasana pentadbiran Tuhan. Suasana pentadbiran Tuhan bukan makhluk. Oleh itu ia tidak boleh ditemui pada makhluk tetapi kehadirannya menguasai dan mengawal kewujudan dan kesinambungan kewujudan makhluk boleh dirasai. Akal yang sihat juga boleh mengakui kebenaran ini. Tanpa kawalan daripada alam hakikat nescaya berlaku huru-hara pada kejadian makhluk. Tentu sekali semua haiwan mahu menjadi buraq. Manusia dan jin mahu menjadi malaikat. Semua orang mahu lahir sebagai putera raja. Tetapi semua itu tidak berlaku kerana benteng hakikat sangat teguh, tidak dapat dirobohkan oleh makhluk. Pada Hakikat Insan sudah ada maklumat yang jelas dan muktamad tentang kejadian semua manusia termasuklah giliran masing-masing masuk ke alam dunia ini.

 Di antara semua hakikat-hakikat, hakikat yang menguasai manusia merupakan hakikat yang paling utama kerana ia mengadakan hubungan yang istimewa di antara insan dengan Tuhannya.


 

(Ingatlah peristiwa) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam - dari tanah. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. ( Ayat 71 & 72 : Surah Saad )

Adam a.s ditempa daripada tanah. Bahagian Adam a.s yang ditempa daripada tanah ini dinamakan jasad, tubuh badan atau diri yang zahir. Jasad yang dari tanah itu walaupun sudah sempurna kejadiannya, cukup lengkap dengan sekalian anggota namun, ia tetap kaku, tidak dapat bergerak, tidak merasakan apa-apa dan tidak dapat berkata-kata. Ia sudah mempunyai otak tetapi otaknya tidak dapat berfikir. Ia sudah mempunyai mata tetapi matanya tidak dapat melihat. Ia sudah mempunyai telinga tetapi telinganya tidak dapat mendengar. Ia hanyalah satu lembaga yang kaku. Tetapi sebaik sahaja ia menerima tiupan dari Roh Allah s.w.t segala-galanya berubah dengan serta merta. Otaknya mula berfungsi. Mata, telinga dan semua anggotanya juga mula berfungsi. Ia juga boleh merasa. Ia bukan lagi satu lembaga yang kaku tetapi ia sudah menjadi insan yang hidup, boleh berfikir, boleh berkata-kata, boleh bergerak dan boleh merasa. Keajaiban itu berlaku semata-mata kerana tiupan dari Roh Allah s.w.t. Bahagian Adam a.s yang menerima tiupan daripada Roh Allah s.w.t itu dinamakan Diri Batin atau rohani.

 Roh Allah s.w.t bukanlah Allah s.w.t dan juga bukan nyawa yang menghidupkan Allah s.w.t. Allah s.w.t hidup dengan Zat-Nya, bukan dengan nyawa atau roh dan bukan juga dengan sifat hidup. Sifat hidup bergantung kepada Allah s.w.t tetapi Allah s.w.t tidak bergantung kepada sifat hidup. Roh Allah s.w.t sama halnya seperti Tangan Allah s.w.t, Kalam Allah s.w.t, Pendengaran Allah s.w.t dan lain-lain yang dinisbahkan kepada-Nya. Semuanya bukanlah Allah s.w.t tetapi adalah keadaan atau sifat atau misal atau ibarat yang memperkenalkan Diri-Nya sekadar layak Dia dikenali oleh makhluk-Nya. Hakikat Diri-Nya yang sebenar tidak mampu disifatkan, diibaratkan atau dimisalkan kerana Dia adalah:


 

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )

Sekalipun Dia tidak boleh disifatkan tetapi Dia adalah:


Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat ( Ayat 11 : Surah asy-Syura )

Allah s.w.t sendiri mengatakan Dia Mendengar dan Melihat. Dia mengadakan penyifatan setelah terlebih dahulu Dia menafikan segala bentuk penyifatan. Dia tidak serupa dengan apa sahaja yang terlintas di dalam fikiran, cita-cita dan khayalan manusia. Dia tidak serupa dengan apa juga yang nyata dan yang ghaib, yang zahir dan yang batin. Bila Dia mengatakan Dia Mendengar dan Melihat maka Mendengar dan Melihat-Nya tidak serupa dengan apa juga  keadaan mendengar dan melihat yang diketahui atau tidak diketahui oleh manusia. Bila Dia mengatakan Dia Berkata-kata maka Kalam-Nya tidak serupa dengan apa juga bentuk percakapan baik yang boleh difikirkan oleh manusia mahu pun yang tidak boleh difikirkan oleh manusia. Perkataan Allah s.w.t tidak serupa dengan apa juga bentuk perkataan. Kalam-Nya tidak berhuruf dan tidak bersuara. Apabila Dia tujukan firman-Nya kepada Nabi Muhammad s.a.w yang berbangsa Arab, digubah-Nya Kalam-Nya dalam bahasa Arab yang berhuruf dan bersuara dan Dia masih menisbahkan Kalam-Nya yang berhuruf dan bersuara dalam bahasa Arab itu sebagai Kalam-Nya. Oleh kerana Dia sendiri memperakui yang demikian adalah Kalam-Nya sesiapa menafikannya adalah kufur, tetapi sesiapa mengatakan Allah s.w.t bercakap dalam bahasa Arab maka terlebih kufur lagi keadaannya. Konsep nafi dan isbat tidak boleh dipisahkan apabila memperkatakan tentang Allah s.w.t pada aspek yang disifatkan. Apabila Allah s.w.t memperkenalkan Diri-Nya kepada manusia maka Dia wujudkan penyifatan yang mampu diterima oleh manusia, sesuai dengan keupayaan mengenal yang ada dengan manusia, tetapi Yang Haq itu melampaui apa yang disifatkan. Aspek Allah s.w.t yang disifatkan merupakan pintu atau perantaraan yang menghubungkan hamba dengan Allah s.w.t yang tidak mampu disifatkan. Sekalipun Allah s.w.t memperkenalkan Diri-Nya melalui sifat-sifat yang diketahui oleh manusia tetapi mengadakan lembaga bagi Allah s.w.t adalah sesat yang nyata. Sesiapa yang menjadi jelas kepadanya konsep nafi dan isbat sesungguhnya dia telah memperolehi nikmat yang tidak terhingga nilainya.


Tiada Tuhan melainkan Allah

 Roh Allah s.w.t adalah perantaraan yang kerananya manusia memperolehi kehidupan. Roh Allah s.w.t adalah suasana pentadbiran Allah s.w.t yang mengawal bidang kehidupan. Adam a.s memperolehi sifat hidup kerana tiupan Roh Allah s.w.t atau Hakikat Roh yang ada pada sisi Allah s.w.t. Apabila keturunan Adam a.s berkembang biak kesemua mereka tidak terlepas daripada kawalan Hakikat Roh yang menjadi sumber kepada penghidupan yang bermula dengan penghidupan Adam a.s. Walau berapa ramai sekalipun manusia diciptakan mereka tetap menerima kehidupan daripada sumber yang sama iaitu suasana pentadbiran Allah s.w.t yang diistilahkan sebagai Roh-Nya atau Hakikat Roh. Suasana ketuhanan itu mempunyai bakat dan keupayaan untuk menghidupkan setiap jasad secara berasingan dan bebas daripada jasad-jasad yang lain. Setiap jasad memiliki keupayaan untuk hidup sendiri, walaupun ada jasad yang mengalami kematian namun jasad-jasad lain terus juga hidup. Jasad yang sudah diciptakan boleh juga hidup sekalipun masih banyak lagi jasad yang belum dizahirkan.

 Adam a.s dan keturunan beliau a.s diciptakan dengan bermatlamat:


 

Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". ( Ayat 30 : Surah al-Baqarah )

Adam a.s dan keturunan beliau a.s yang dibangsakan sebagai manusia diciptakan Allah s.w.t untuk dijadikan khalifah di bumi. Khalifah boleh diartikan menurut beberapa pengertian. Pada pengertian pertama khalifah bermaksud pengganti kepada makhluk yang telah pupus. Satu ketika dahulu bumi ini pernah didiami oleh satu bangsa makhluk tetapi makhluk tersebut telah dibinasakan oleh Allah s.w.t kerana mereka berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. Sejak makhluk bangsa tersebut pupus tidak ada lagi makhluk berakal yang mendiami bumi. Adam a.s diciptakan untuk menggantikan bangsa yang telah pupus itu. Khalifah pada makna yang kedua bermaksud pengganti Rasulullah s.a.w, yang menjadi pemimpin umat Islam setelah baginda s.a.w wafat. Khalifah dalam segi ini ada dua kategori iaitu khalifah rasyidin (yang dipimpin) dan khalifah umum. Saidina-saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali termasuk dalam golongan khalifah rasyidin yang mendapat pimpinan Allah s.w.t dan dijamin kebenaran mereka. Pimpinan mereka mendapat keredaan Allah s.w.t. Perbuatan dan perkataan khalifah rasyidin boleh dijadikan rujukan dalam pembentukan hukum-hukum agama, selepas al-Quran dan as-Sunah. Khalifah yang selain mereka tidak  memiliki darjat yang demikian. Pada makna yang ke tiga pula khalifah bermaksud makhluk atau golongan yang memiliki ciri-ciri khusus mengatasi semua makhluk atau golongan lain. Ia bermaksud bangsa manusia yang memiliki bakat-bakat serta keupayaan melebihi makhluk lain dalam menguruskan hal-ehwal di bumi yang meliputi kehidupan manusia sendiri dan juga makhluk yang lain.


 

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami  memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda  yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakankan. ( Ayat 70 : Surah Bani Israil )

Bangsa manusia dibekalkan dengan bakat-bakat dan keupayaan semulajadi yang melebihkan mereka daripada makhluk yang lain sehingga mereka boleh memimpin makhluk lain di bumi atau menjadi khalifah di bumi. Bakat kekhalifahan sudah dibekalkan kepada manusia sejak manusia pertama diciptakan.


 

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan nama benda-benda dan gunanya, (Ayat 31 : Surah al-Baqarah)

 Allah s.w.t membekalkan kepada Adam a.s bakat kekhalifahan sesuai dengan tujuan beliau a.s diciptakan. Bakat kekhalifahan yang dibekalkan kepada Adam a.s dan bangsa manusia itu dinamakan fitrah manusia. Makhluk lain juga dibekalkan dengan fitrah masing-masing tetapi fitrah yang dikurniakan kepada bangsa manusia adalah yang paling utama dan paling sempurna. Pada fitrah manusia terkumpul semua fitrah kejadian alam. Lantaran itu manusia berpengetahuan tentang tabii makhluk yang lain seperti malaikat, haiwan, angin, tumbuh-tumbuhan, syaitan dan lain-lain. Fitrah manusia yang bersifat universal itu membuat manusia boleh memakai sifat-sifat anasir alam yang lain. Mereka boleh bersifat seperti malaikat atau syaitan atau haiwan atau pun membeku seperti galian. Fitrah itu juga membuat manusia boleh mengambil manfaat daripada anasir alam. Mereka boleh menciptakan kenderaan udara dan terbang seperti burung dan kenderaan air untuk berenang seperti ikan apa lagi kenderaan darat untuk mereka bergerak seperti kuda.

 Alat penting yang ada dengan manusia dalam menjalankan tugas kekhalifahan adalah beberapa bakat fitrah insan yang ada dengan mereka. Bakat fitrah yang pertama adalah akal fikiran. Melalui bakat fitrah akal ini manusia mampu membentuk kehidupan yang teratur dan juga mampu mengambil manfaat daripada benda-benda alam yang ada di sekeliling mereka. Daya fikir yang menjadi bakat fitrah ini berkait rapat dengan satu lagi bakat fitrah iaitu ilham. Ilham sebagai bakat fitrah tahap ke dua adalah lebih seni daripada akal fikiran. Ilham menjadi pencetus atau penggerak kepada daya fikir untuk meneroka dan mengembangkan apa yang dicetuskan oleh ilham itu.

Bakat fitrah yang ke tiga diceritakan oleh al-Quran:


 

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannyakan kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu semuanya, jika  kamu golongan yang benar". Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda  itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah telah Aku katakan kepada kamu bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan". ( Ayat 31 – 33 : Surah al-Baqarah )

 Allah s.w.t mengetahui rahsia semua langit dan bumi. Dia mengetahui yang nyata dan yang disembunyikan. Sebahagian daripada pengetahuan tersebut Allah s.w.t simpankan pada fitrah Adam a.s sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami ajarkan kepada Adam nama-nama sekaliannya". Maksud nama di sini adalah nama beserta segala maklumat yang terperinci yang berkait dengan yang dinamakan itu. Bakat fitrah yang mengetahui sebahagian daripada yang nyata dan yang disembunyikan mengikut apa yang dibekalkan oleh Allah s.w.t itu dinamakan kasyaf. Pengetahuan Adam a.s melalui kekuatan kasyaf melebihi pengetahuan malaikat.

 Keistimewaan yang ada pada fitrah insan adalah kerana perkaitannya dengan tiupan Roh Allah s.w.t.


 

.. lalu Aku tiupkan kepadanya roh (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (Ayat 72 : Surah Saad)


 

Dan (ingatlah) tatkala Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam!" ( Ayat 34 : Surah al-Baqarah )

Semua makhluk termasuk malaikat diperintahkan sujud kepada Adam a.s kerana fitrah Adam a.s ada perkaitan dengan tiupan Roh Allah s.w.t. Kadang-kadang istilah 'Rahsia' atau 'Rahsia Allah s.w.t' digunakan oleh orang sufi bagi menceritakan maksud 'tiupan Roh Allah s.w.t' itu. Istilah Rahsia digunakan bagi menerangkan bahawa 'tiupan Roh Allah s.w.t' bukanlah sesuatu yang boleh dihuraikan dengan jelas. Ia adalah sebenarnya rahsia kerana jarang manusia yang diberi pengetahuan tentangnya dan kumpulan sedikit yang diberi pengetahuan itu tidak mampu menghuraikannya dengan jelas kepada orang lain. Pemahaman itu ditanamkan sebagai keyakinan bukan huraian akal. Rahsia Allah s.w.t itulah yang membuka medan perhubungan di antara Allah s.w.t dengan hamba-Nya. Rahsia Allah s.w.t itulah yang menanamkan kefahaman tentang Allah s.w.t yang " "; Allah Mendengar dan Melihat; Allah Maha Esa dan berbagai-bagai aspek ketuhanan.

 Orang sufi banyak menggunakan istilah yang maksudnya kurang jelas bagi orang awam sedangkan istilah yang demikian tidak ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w. Perlu diketahui bahawa huruf dan perkataan adalah alat untuk menyampaikan maksud. Kadang-kadang huruf dan perkataan gagal menyampaikan maksud yang tersirat. Apabila ia gagal menyampaikan maksud ia menjadi tabir yang menyembunyikan maksud. Ayat yang serupa apabila diucapkan oleh orang yang berlainan boleh membawa pengertian yang berbeza. Jika seorang jejaka asing berkata kepada seorang gadis, 'Aku cinta padamu,' ia tidak menyampaikan maksud yang jelas kepada gadis tersebut, tetapi jika kekasihnya yang mengucapkan demikian si gadis itu akan mendapat maksud yang jelas. Walaupun ayat yang serupa digunakan tetapi perbezaan orang yang mengatakannya membawa pengertian yang berbeza-beza.

 Hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat mengeluarkan ucapan yang maksud sebenarnya masuk terus kepada pemahaman si pendengar. Golongan yang paling arif dalam bidang tersebut adalah para nabi dan yang terutama di antara mereka adalah Nabi Muhammad s.a.w. Apabila Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan sesuatu perkara maka maksud yang sebenar terus tertanam dan terpahat dalam hati si pendengar. Apabila baginda s.a.w mengatakan, "Allah Mendengar dan Melihat," maka maksud Allah Mendengar dan Melihat itu menjadi jelas pada fahaman orang yang menerima pengajaran daripada baginda s.a.w, hinggakan huraian lanjut tidak diperlukan kerana orang berkenaan benar-benar mengerti apa yang baginda s.a.w maksudkan. Kaum Muslimin beriman kepada perkataan Rasulullah s.a.w yang melahirkan kefahaman pada mereka dan mereka tidak perlu bertakwil lagi. Perkataan yang keluar secara langsung daripada mulut Rasulullah s.a.w berkekuatan menghancurkan hijab, membuka keghaiban dan menyampaikan maksud yang tersirat, melebihi apa juga bentuk amalan menghancurkan hijab atau menyingkap keghaiban yang dilakukan oleh sesiapapun, sama ada ahli ibadat atau ahli suluk. Sebab itu para sahabat baginda s.a.w tidak perlu menjalani latihan khusus seperti berkhalwat atau bersuluk. Apabila Rasulullah s.a.w mengatakan, "Allah lebih hampir kepada kamu dari urat leher kamu sendiri", maka para sahabat mendapat kefahaman yang jitu tentang kehampiran Allah s.w.t yang baginda s.a.w maksudkan itu. Mereka tidak memerlukan ulasan kerana perkataan yang keluar secara langsung dari mulut Rasulullah s.a.w  memberi kefahaman yang lebih jelas daripada apa juga bentuk dan cara penjelasan. Perkataan Rasulullah s.a.w sudah membukakan rahsia dan yang tersembunyi berhubung apa yang baginda s.a.w katakan, maka tidak ada keperluan kepada istilah tambahan, yang rahsia atau yang samar-samar.

 Semakin jauh zaman meninggalkan Rasulullah s.a.w semakin berkurangan kekuatan perkataan yang diucapkan oleh manusia, walaupun mereka menggunakan bahasa dan perkataan yang pernah baginda s.a.w ucapkan. Ayat al-Quran yang dibaca pada hari ini sama dengan ayat al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w dahulu tetapi tidak ada manusia pada hari ini dapat membacakan al-Quran dengan cara menyampaikan maksud sebenar dan setepat yang dibacakan itu kepada pendengar sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Guru-guru hari ini perlu mencari kekuatan tambahan kepada perkataan mereka dengan memperbanyakkan perkataan yang diperkatakan dalam bentuk terjemahan, huraian, tafsiran, ulasan, perumpamaan dan sebagainya. Apabila sampai kepada perkara-perkara ghaib dan tersembunyi guru perlu mengadakan pintu untuk menahan murid yang belum layak merempuh ke hadapan dan sebagai jalan masuk kepada murid yang sudah layak. Pintu tersebut adalah istilah-istilah yang baharu digunakan, yang tidak digunakan sebelumnya. Ia menjadi sempadan memisahkan yang khusus daripada yang awam. Di antara istilah baharu itu adalah Rahsia Allah s.w.t yang menceritakan tentang perkaitan insan dengan tiupan Roh Allah s.w.t. Istilah tersebut menyekat orang awam daripada mencari-cari maksud yang tersirat dan istilah itu juga menjadi stesen loncatan bagi mereka yang memperolehi kefahaman tentang perkara tersebut. Kefahaman yang diperolehi itu adalah kefahaman yang tidak dapat dihuraikan, tetapi dimengerti halnya dan melaluinya orang khusus maju terus dalam mengenal Allah s.w.t.

 Allah s.w.t mengurniakan fitrah sejagat kepada manusia kerana mereka memikul amanah serta beban tugas yang suci lagi mulia:


 

(Allah bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Ayat 172 : Surah al-A'raaf)


 

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk  mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. ( Ayat 56 : Surah adz-Dzaariyaat )

 Fitrah manusia bukan sekadar berperanan dalam mentadbir penghidupan menurut tabiat semulajadi kemanusiaan malah lebih penting lagi ia adalah persediaan buat manusia melakukan kehambaan (ubudiah) terhadap Allah s.w.t.

 Manusia yang bergerak dalam sekop fitrahnya mampu memperolehi maklumat melalui akal fikiran, ilham dan kasyaf. Pancaindera dan fikiran bergabung di dalam mendapatkan maklumat mengenai perkara yang zahir. Maklumat yang diperolehi dengan cara ini boleh dikembangkan oleh akal fikiran dengan menggunakan hukum logik dan formula-formula yang dapat disusun oleh akal fikiran. Kebolehan berfikir yang dihasilkan oleh fitrah manusia mampu membawa manusia meneroka segala bidang lahiriah seperti sains, teknologi maklumat, matematik, astronomi, kedoktoran, pentadbiran negara dan lain-lain. Sempadan bagi akal fikiran adalah logik. Ia tidak mampu mengolah sesuatu yang telah keluar daripada daerah logik.

Bakat-bakat fitrah merupakan kenyataan kepada firman Tuhan yang bermaksud: "Dan telah diajarkan kepada Adam nama-nama semuanya". Segala maklumat yang perlu bagi manusia menjalankan tugasnya sebagai khalifah di bumi sudah pun ada pada fitrahnya. Proses pembelajaran, pengalaman, penyelidikan dan sebagainya merupakan cara mencungkil maklumat yang tersimpan di dalam khazanah fitrah, bukan membawa masuk maklumat yang baharu. Pada satu tahap, maklumat di dalam khazanah fitrah dicungkil melalui cara berfikir. Kebolehan berfikir ini dikuasai oleh semua manusia kecuali orang gila.

 Apa yang Tuhan ajarkan kepada Adam a.s (dan manusia sekaliannya) bukan sekadar penggunaan akal fikiran. Apabila fitrah sampai kepada kemuncak kekuatan berfikir yang dimilikinya iaitu apabila hukum logik gagal memberi huraian maka fitrah beralih kepada bakat keduanya iaitu ilham. Bidang ilham sesuai untuk diterokai oleh mereka yang fitrahnya bebas daripada hukum logik, iaitu tarikan anasir alam, pengaruh kebendaan dan hawa nafsu. Kebanyakan yang termasuk di dalam golongan ini adalah ahli falsafah yang telah membebaskan hati mereka daripada sempadan kebendaan. Bila hati sudah berjaya melepaskan diri daripada kongkongan kebendaan dapatlah ia masuk ke dalam bidang ilham yang berada di sebalik alam kebendaan. Ilham membuka kefahaman tentang unsur ghaib yang mempengaruhi perjalanan kehidupan yang zahir.

Ilham boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ilham ahli falsafah dan ilham ahli sufi (ahli kerohanian). Ahli falsafah menggunakan kekuatan dirinya untuk berjuang menentang hawa nafsu dan membebaskannya daripada tarikan anasir-anasir alam. Bila telah berjaya berbuat demikian rohaninya mampu memandang kepada keghaiban yang menyelimuti alam zahir. Dia dapat menyaksikan tenaga ghaib yang membentuk sistem dan mempengaruhi perjalanan segala yang zahir. Di sebalik semua itu dia dapat melihat kesempurnaan: kesempurnaan peraturan dan perjalanan alam maya dan kesempurnaan Pencipta segala kesempurnaan itu. Renungan ahli falsafah berakhir dengan pengakuan tentang wujudnya kekuasaan Mutlak yang mencipta dan mengatur perjalanan alam ini. Kelarutan (kefanaan) di dalam kesempurnaan itu menjadikan ahli falsafah mencintai yang sempurna dan bergerak membentuk kesempurnaan di dalam kehidupan ini.

Ahli sufi pula di samping berjuang menentang hawa nafsu dan tuntutan badaniah dia juga membenamkan dirinya ke dalam zikir atau ingatan kepada Allah s.w.t secara terus menerus. Pergantungannya tidak terlepas daripada Tuhan. Apabila dia berjaya di dalam perjalanannya dia berjaya di dalam keadaan ingat dan bergantung kepada Allah s.w.t. Oleh itu ilham yang terbuka kepadanya lebih berkaitan dengan Tuhan daripada makhluk Tuhan. Perhatiannya terhadap makhluk, termasuklah dirinya sendiri, mengecil dan perhatiannya kepada Tuhan membesar. Jika ilham ahli falsafah lebih tertumpu kepada kesempurnaan dan kerapian  penciptaan iaitu perbuatan Tuhan, ilham ahli sufi pula tertumpu kepada keelokan dan kesempurnaan sifat Tuhan yang menciptakan segala kesempurnaan dan keelokan itu. Ilham ahli falsafah melahirkan rasa kekaguman terhadap Pencipta sementara ilham ahli sufi pula melahirkan rasa kehampiran dan keasyikan terhadap Pencipta Yang Maha Indah lagi Maha Sempurna. Ilham sufi bukan sekadar melahirkan pengakuan dan keasyikan terhadap Yang Maha Mencipta dan Maha Mengatur, malah ahli sufi juga memperolehi keyakinan tentang kedudukannya pada taraf kehambaan yang perlu membuktikan kehambaan itu, tetapi ilham sufi tidak mampu membuka rahsia ketuhanan dan tidak berupaya membentuk cara pengabdian kepada Tuhan sebagaimana yang dikehendaki oleh Tuhan.

Fitrah tidak mengaku kalah pada tahap ilham. Ia maju lagi meneroka lebih tinggi dengan menggunakan bakatnya yang ke tiga iaitu kasyaf. Kasyaf adalah terbukanya perkara ghaib kepada alam perasaan dan penyaksian mata hati. Apa yang difikirkan dan ditemui melalui ilham dapat dirasakan atau disaksikan melalui kasyaf. Bidang kasyaf membuka perkara yang tersembunyi disebalik yang nyata dan juga membuka bidang alam ghaib yang tidak dapat dipandang dengan mata, tidak dapat difikirkan dan dikhayalkan dan terkeluar dari medan logik. Bidang kasyaf memungkinkan seseorang memperolehi pengetahuan tentang alam rohani seperti Alam Jin, Alam Barzakh, syurga dan neraka. Kasyaf boleh meneroka lebih jauh kepada suasana yang dinisbahkan kepada ketuhanan. Suasana ketuhanan yang dibukakan kepada ahli kasyaf adalah sebagai perkenalan dari Tuhan kepada hamba. Oleh kerana Tuhan adalah: "  " maka suasana yang dinisbahkan kepada ketuhanan atau diibaratkan kepada Tuhan yang dibukakan kepada ahli kasyaf adalah dalam bentuk misal, ibarat atau penyifatan. Suasana misal yang disaksikan itu menanamkan kefahaman tentang Tuhan yang tidak boleh dimisalkan.

Pengetahuan yang diperolehi secara fikiran dan ilham dipanggil makrifat (pengenalan) secara ilmu. Pengetahuan yang diperolehi secara kasyaf pula dinamakan makrifat secara zauk atau penyaksian mata hati. Apabila kasyaf sampai kepada kemuncak penyaksiannya maka tiada apa lagi yang dapat disaksikan. Kasyaf pada tahap ini hanya merasakan dengan penuh yakin tanpa menyaksikan tentang Wujud Tuhan yang tanpa misal, tanpa sifat, tanpa ibarat dan tidak boleh dikatakan apa-apa kerana Allah s.w.t adalah : 

Medan kasyaf yang sangat luas itu diterokai oleh sufi yang telah membuang segala kepentingan diri sendiri lantaran kecintaan mereka kepada Allah s.w.t. Melalui kasyaf, yang paling tinggi dapat disaksikan adalah suasana atau keadaan yang dinisbahkan kepada Tuhan tetapi bukanlah Tuhan. Apabila melepasi tahap penyaksian kasyaf sampai kepada batasan terakhir iaitu merasai secara zauk Wujud Tuhan yang tidak dapat disifatkan dan Dia Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya. Kemuncak kasyaf adalah kejahilan di mana tidak ada lagi bahasa yang mampu bercerita tentang Tuhan. Ahli kasyaf yang masuk kepada tahap ini berada dalam suasana yang dipanggil kehairan-hairanan di mana dia merasakan telah mengenal Tuhan tetapi tidak mampu menyingkap pengenalan tersebut. Dia dikatakan faham tanpa sesuatu kefahaman dan tahu tanpa sesuatu pengetahuan.

Kasyaf tidak tahu menyebut Allah s.w.t sebagaimana Dia mahu disebut. Kasyaf tidak tahu menceritakan Allah s.w.t sebagaimana yang Dia mahu diceritakan. Kasyaf tidak berupaya memperkenalkan Allah s.w.t sebagaimana Dia mahu Diri-Nya dikenali. Kasyaf juga tidak tahu bentuk pengabdian yang Allah s.w.t mahukan dari hamba-Nya. Kasyaf tidak dapat mengajar manusia cara menyembah Allah s.w.t. Jadi, fitrah manusia dengan segala bakat-bakatnya tidak dapat membuka Kebenaran Hakiki mengenai Allah s.w.t. Dalam soal ini fitrah sampai kepada keadaan mesti tunduk, patuh dan taat dengan seluruh penyerahan kepada Allah s.w.t dan menyatakan hajat kepada bimbingan yang langsung daripada-Nya serta bermohon agar Dia sendiri membuka Yang Haq itu.

Hanya Allah s.w.t boleh menyatakan apa yang Dia kehendaki. Hanya Dia yang berhak menentukan cara pengabdian dan penyembahan kepada-Nya. Hanya Dia yang mampu memperkenalkan Diri-Nya sebagaimana yang Dia mahu. Dalam perkara ini manusia tidak ada pilihan melainkan berhajat kepada WAHYU yang datang dari Allah s.w.t sendiri bagi menghakimkan fikiran, ilham dan kasyaf. Kebenaran yang dikatakan oleh wahyu itulah yang kebenaran sejati, yang paling benar, tidak boleh dicabar oleh fikiran, ilham dan kasyaf. Tugas fikiran, ilham dan kasyaf adalah membuktikan kebenaran wahyu bukan mencari kebenaran yang lain daripada itu.

Tanpa bimbingan wahyu manusia membentuk berbagai-bagai kepercayaan dan cara menyembah Tuhan. Golongan yang hanya menggunakan akal hanya berminat dengan perkara kebendaan. Golongan ini kurang berminat tentang Tuhan. Dari kalangan mereka muncul puak ateis yang tidak percaya kepada Tuhan dan perkara ghaib. Dari kalangan ahli falsafah pula muncul ideologi idealisma yang kemudiannya diterima oleh orang ramai sebagai agama. Agama yang muncul melalui cara ini berasaskan fitrah kemanusiaan semata-mata. Golongan ini melihat kesempurnaan yang diletakkan oleh Pencipta kepada kejadian alam tetapi keadaan Pencipta itu sendiri tertutup kepada mereka. Oleh yang demikian perhatian mereka kuat tertuju kepada kejadian alam. Apabila sikap menghormati dan mencintai anasir alam sudah berlebihan ia bertukar menjadi penyembahan. Kesudahannya muncullah agama yang mengadakan anasir alam sebagai sekutu Tuhan. Golongan sufi yang belum matang pula mendapat gambaran yang tidak tepat tentang Tuhan. Di dalam golongan ini bukan sahaja terdapat kaum Muslimin yang memasuki jalan sufi, ia termasuk juga penganut kepercayaan lain yang membuat latihan tarekat menurut kepercayaan mereka. Bila alam ghaib terbuka kepada mereka, biasanya di samping melihat kesempurnaan sifat Tuhan mereka juga melihat kesempurnaan diri sendiri yang ditempa oleh Tuhan. Sebahagian daripada mereka terdorong ke dalam rasa takjub dan taasub terhadap kesempurnaan diri, lalu melihat sifat ketuhanan pada diri. Dari golongan mereka muncullah puak yang mempertuhankan Isa al-Masih, Uzair, Buddha dan lain-lain. Ada pula yang mempertuhankan diri sendiri. Banyak lagi kekeliruan yang muncul dalam akidah manusia apabila mereka tidak bersandar kepada wahyu. Kebenaran yang sejati tentang Tuhan dan cara menyembah-Nya hanya boleh didapati daripada wahyu.

Bangsa manusia telah memilih seorang wakil yang paling sempurna dari kalangan mereka, seorang insan yang paling tinggi kecerdasan akalnya, paling luas medan ilhamnya dan paling terang suluhan kasyafnya. Wakil yang sempurna itu adalah Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum wahyu datang wakil yang sempurna itu telah menjalani latihan khalwat di Gua Hiraa. Melalui proses tersebut kesempurnaan baginda s.a.w menjadi lebih sempurna tetapi kesempurnaan yang paling sempurna itu pun tetap tunduk kepada hukum Allah s.w.t iaitu berhajat kepada jawapan dan bimbingan yang langsung daripada-Nya, tidak mampu diteka oleh akal, tidak mampu dihurai oleh ilham dan tidak mampu disuluh oleh kasyaf walaupun kesemua bakat-bakat tersebut berada di dalam kesempurnaan. Apabila Allah s.w.t mendatangkan jawapan dengan wahyu-Nya baharulah hilang segala kesamaran dan kekusutan dan tersingkaplah hijab yang menutupi Yang Haq! Fikiran, ilham dan kasyaf wajib akur dengan apa yang wahyu kata kerana wahyu itulah Kalam al-Hak. Pada tanggal 17 Ramadan, tahun 41 dari usia Nabi Muhammad s.a.w, wahyu yang pertama menyinari fitrah suci baginda s.a.w. Terbukalah era baharu di dalam kehidupan manusia dan penduduk seluruh alam. Yang samar telah terang. Yang tertutup telah terbuka. Yang terhijab telah tersingkap. Yang tidak boleh diperkatakan sudah boleh diperkatakan. Yang Haq telah nyata tanpa ragu-ragu lagi.

Monday, June 9, 2008

7 terbunuh akibat amuk di tokyo


12 mangsa turut cedera ditikam lelaki mengaku ahli sindiket yakuza Tujuh maut amuk di Tokyo
penyelamat dari Jabatan Bomba Tokyo membantu mangsa-mangsa yang cedera dalam kejadian amuk di daerah perniagaan Akihabara, Tokyo, semalam. - AP
TOKYO 8 Jun - Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala 12 yang lain cedera ditikam oleh seorang lelaki yang mengamuk di kawasan membeli belah terkenal di Tokyo hari ini.
Lelaki berkenaan Tomohiro Kato, 25, yang berjaya diberkas oleh polis mengaku sebagai anggota sindiket jenayah yakuza.
Dia merempuh para pengunjung dengan menggunakan sebuah trak yang disewa sebelum menjerit dan menikam mereka yang lalu lalang di pusat membeli-belah barangan elektronik di daerah Akihabara.
Polis bagaimanapun menyatakan lelaki ini bukan anggota kumpulan tersebut.
"Lelaki ini memberitahu polis dia datang ke sini untuk membunuh orang. Alasannya dia sudah bosan dengan hidup ini," kata jurucakap Jabatan Polis Metropolis Tokyo, Jiro Akaogi.
Sekurang-kurangnya 18 orang ditikam oleh lelaki berkenaan dan tujuh daripada mereka mati dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari itu, kata seorang pegawai kanan Jabatan Bomba Tokyo.
Menurut seorang saksi yang tidak mahu dikenali, beliau melihat seorang mangsa tikaman terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan dan darah kelihatan keluar membuak-buak.
Daerah Akihabara secara tradisinya merupakan pusat membeli-belah barangan elektronik dan menjadi pusat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
- Reuters

7 terbunuh akibat amuk di tokyo



12 mangsa turut cedera ditikam lelaki mengaku ahli sindiket yakuza Tujuh maut amuk di Tokyo
penyelamat dari Jabatan Bomba Tokyo membantu mangsa-mangsa yang cedera dalam kejadian amuk di daerah perniagaan Akihabara, Tokyo, semalam. - AP
TOKYO 8 Jun - Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh manakala 12 yang lain cedera ditikam oleh seorang lelaki yang mengamuk di kawasan membeli belah terkenal di Tokyo hari ini.
Lelaki berkenaan Tomohiro Kato, 25, yang berjaya diberkas oleh polis mengaku sebagai anggota sindiket jenayah yakuza.
Dia merempuh para pengunjung dengan menggunakan sebuah trak yang disewa sebelum menjerit dan menikam mereka yang lalu lalang di pusat membeli-belah barangan elektronik di daerah Akihabara.
Polis bagaimanapun menyatakan lelaki ini bukan anggota kumpulan tersebut.
"Lelaki ini memberitahu polis dia datang ke sini untuk membunuh orang. Alasannya dia sudah bosan dengan hidup ini," kata jurucakap Jabatan Polis Metropolis Tokyo, Jiro Akaogi.
Sekurang-kurangnya 18 orang ditikam oleh lelaki berkenaan dan tujuh daripada mereka mati dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari itu, kata seorang pegawai kanan Jabatan Bomba Tokyo.
Menurut seorang saksi yang tidak mahu dikenali, beliau melihat seorang mangsa tikaman terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan dan darah kelihatan keluar membuak-buak.
Daerah Akihabara secara tradisinya merupakan pusat membeli-belah barangan elektronik dan menjadi pusat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
- Reuters

Sunday, June 8, 2008

hutang

cara clear hutang kena bayar hutang yg pertama dulu baru hutang yg lain sebab, pinggang ada satu hutang keliling pinggang.

Doa mudah bayar hutang - Al’Imran ayat 26, 27




Baca mulai dari “Allahumma malikal mulki”, tidak perlu rebut “qulillah”

1.png

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[27] Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.




Posted by Picasa

Tuesday, June 3, 2008

solat witir


SOLAT WITIR
Solat sunat witir adalah dituntut menurut persepakatan ulama. Ini berdasarkan hadis:"Wahai ahli Quran hendaklah kamu melakukan solat witir. Sesungguhnya Allah itu ganjil iaitu satu dan suka sesiapa yg melakukan solat witir."(Hr Abu Daud)Kebanyakan ulama mengatakan ia adalah sunat. Mazhab Hanafi mengatakan ia adalah wajib. Kebanyakan ulama mengatakan ia adalah satu rakaat. Ini berdasarkan:"Solat witir adalah satu rakaat di akhir malam."(Hr Muslim)Mazhab Syafie mengatakan witir paling kurang adalah satu rakaat dan paling banyak 11 rakaat. Sesiapa yg melakukan lebih dari satu rakaat maka caranya ada tiga:a. Secara pisah2. cthnya kalau 3rkaat maka buat dua rakaat satu salam dan buat satu rakaat. begitulah kalau 5, 7, 9 n 11. pisahkan tiap 2 rakaat dgn salam. Ini cara yg terbaik berdasarkan hadis:"Solat malam adlah dgn 2rakaat 2rkaat; apabila kamu takut hampirnya subuh maka hendaklah buat satu rakaat witir."(Hr Bukhari dan Muslim)b. Secara sambung: dgn tanpa tahiyat awal. Ini kerana Nabi pernah melakukan solat witir 5 rakaat dgn satu salam dan satu tahiyat(Hr Muslim)c. Secara Bersambung: dgn 2 tasyahhud(awal dan akhir) sahaja pada 2 rakaat yg terakhir.Waktunya adalah diantara solat isya' dan solat subuh. Ia berdasarkan hadis:"Sesungguhnya Allah telah memerintah utk melakukan solat yg lebih baik bg kamu drpd kamu mendapat unta yg mahal iaitu solat witir. Waktunya adalah diantara isya' dan terbit solat fajar."(Hr Abu Daud)Disunatkan jadikan solat witir sebagai penutup solat malam. Nabi s.a.w bersabda: "Jadikan akhir solat kamu diwaktu malam adalah solat witir."(Hr Bukhari dan Muslim)Sekiranya sudah solat witir sebelum tidur; kemudian bangkit malam utk tahjjud maka tak perlu mengulangnya. Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada dua solat witir pada satu malam."(Hr Abu Daud: sohih oleh Ahmad Syakir

Thursday, May 29, 2008

fadhilat solat dhuha


keajaiban fadhilah sholat Dhuha terhadap kelapangan dan kebarakahan rezeki Anda.
Penulis : Muhammad Makhdlori, Penerbit : Diva Press
Allah telah memfirmankan dalam surat adh-Dhuha : Ketika matahari naik sepenggalan dan apabila malam telah sunyi, Allah sangat dekat dengan hamba-Nya. Allah tidak akan meninggalkannya jika sang hamba sudi mendekatkan diri kepada-Nya. Ada fadhilah apa dibalik waktu matahari naik sepenggalan? Itulah waktu Nur Ilahi memancarkan fadhilahnya bagi para hamba yang mau membuka hati (qalbu) untuk menerima karunia-Nya. Itulah sekelumit keajaiban sholat di kala pagi (sholat Dhuha), yang sangat erat kaitannya dengan kelapangan hidup (lantaran Nur Ilahi yang menerangi hati) serta keluasan dan kebarakahan rezeki (lantaran aura Nur Ilahi yang mengiringi aktifitas ekonomi).
Sungguh tidak salah bila sholat Dhuha lekat dengan ibadah/ritual pembuka untuk menjemput rezeki. Melalui peneguhan hati akan keagungan Allah, kita bermunajat agar dimudahkan, disucikan, diluaskan dan dibarakahi rezekinya, sebagaimana yang disuratkan dalam doa sesudah sholat Dhuha.
Jika anda ingin menjadi muslim/muslimah yang dilapangkan dan dibarakahi rezekinya, mulailah sekarang juga merengkuh kemukjizatan fadhilah solat Dhuha secara istiqomah. Sungguh, usai membaca buku ini, anda akan mengerti betapa dahsyatnya mukjizat-mukjizat ajaib di balik ibadah sunnah sholat Dhuha atas capaian kekayaan dan kebahagiaan hidup ini.

50 terbunuh akibat banjir


Selatan China banjir, 50 terbunuh
BEIJING 28 Mei - Hujan lebat yang telah mengorbankan 50 penduduk di selatan China, diramal akan berterusan selama tiga hari lagi.
Agensi berita Xinhua melaporkan, Jabatan Meteorologi dalam laman webnya menyatakan, hujan lebat itu akan berlaku di bahagian tengah dan timur negara ini.
Xinhua melaporkan, 36 orang penduduk terkorban akibat banjir besar di wilayah selatan Guizhou sejak Ahad lalu, sementara 26 lagi masih hilang.
Menurut agensi berita itu, banjir tersebut telah menjejaskan kehidupan lebih 500,000 penduduk di 17 buah bandar.
"Kira-kira 6,700 buah rumah juga rosak sejak hujan lebat berlaku," lapor Xinhua.
Sementara itu, tiga penduduk maut dipanah petir di tengah wilayah Hubei, tetapi Xinhua tidak pula menyebut bila kejadian berlaku.
"Tujuh penduduk terkorban di Hunan kelmarin, dan hujan lebat turut menyebabkan 4,000 penduduk di wilayah Jiangxi terkandas," lapor Xinhua.
- AP
sangkakala:firman allah swt,tiadalah kami menjadikan seorang manusia pun yang hidup kekal.apakah jika kamu mati lalu mereka akan kekal?(sebagaimana juga kamu akan mati,mereka tidak seorang pun yang akan tetap hidup) q.s.21 alanbia 34.

Monday, May 26, 2008

masjid jamek yamtuan di kuala pilah

gambar mesjid ini diambil semasa lalu pokan k pilah pada 25 mei 08 untuk solat zhohor.
Posted by Picasa

tapak tangan



salah satu keunikan ciptaan allah swt keatas anggota badan manusia ialah tapak tangan.bila kita menadah tangan berdoa biasanya kita akan melihat tapak tangan kita.jika diperhatikan tapak tangan kita tidak mempunyai parut walau pun selama ini bermacam kecederaan berlaku keatas tapak tangan tersebut.ada yang terkena pisau,terkena air panas,besi panas dan lain2.

Friday, May 23, 2008

peradaban manusia tahun 2012


Perhitungan Computer Memprediksikan Pembalikan Daya Magnet Kutub Bumi dan Matahari dapat Mengakhiri Peradaban Manusia Pada 2012
Pembalikan daya magnet kutub adalah proses yang terjadi pada waktu kutub utara dan kutub selatan saling bertukar posisi. Ketika ini terjadi, untuk beberapa saat medan magnet bumi mencapai Gauss nol, yang berarti bumi pada waktu itu punya daya magnet nol. Ketika ini terjadi bersamaan dengan perbalikan orbit sebelas tahunan kutub matahari, masalah besar akan terjadi.Menurut perhitungan computer Hyder abad, pembalikan kutub Bumi dan Matahari dapat mengakibatkan masalah besar selain elektronik tidak bekerja dengan semestinya, burung yang bermigrasi kehilangan haluan, dan bermacam macam:- Sistem ketahanan tubuh semua hewan dan termasuk manusia akan banyak melemah.- Lapisan luar bumi akan mengalami pertambahan gunung berapi, pergerakan tektonik, gempa bumi, dan tanah longsor.- Medan magnet Bumi akan melemah dan radiasi alam semesta berasal dari matahari bertambah berlipat ganda mengakibatkan bahaya radiasi seperti kanker dan sebagainya tidak dapat dihindari- Benda-benda angkasa akan tertarik masuk ke Bumi- Daya gravitasi Bumi akan mengalami perubahan meskipun tidak diketahui bagaimana ia akan berubahJika anda menambahkan semua skenario bencana yang mungkin terjadi, anda dapat dengan mudah mengatakan dengan kalimat sederhana ini, Bumi dapat menjadi tempat yang tidak cocok untuk ditinggali peradaban manusia pada 2012 ataupun mereka yang hidup dekat lapisan luar bumi. Hal ini mungkin saja dapat terjadi pada Mars jutaan tahun yang lalu.
English Version is available at: http://www.clearwisdom.net/emh/articles/2005/3/6/58186.htmlposted by agulinovich
Diposting oleh Mistikus Cinta di
21:52
Label:

80000 terbunuh gempa bumi di china



Malapetaka terburuk punca 4,000 kanak-kanak jadi yatim piatuBEIJING: Lebih 80,000 orang disahkan maut atau hilang selepas gempa bumi terburuk China dalam tempoh sedekad, manakala 4,000 kanak-kanak yatim piatu, kata kerajaan semalam. Sebelum ini, pihak berkuasa menjangka angka kematian akhir melebihi 50,000 orang.
Angka Pejabat Maklumat Majlis Negeri menunjukkan jumlah yang maut kini melebihi 51,000 orang, meningkat 10,000 berbanding jumlah sebelumnya. Lebih 29,000 penduduk masih hilang. Selain itu, 288,000 orang cedera akibat gempa pada kekuatan 7.9 skala Richter di barat daya China 12 Mei lalu. China juga meminta masyarakat antarabangsa menghantar 3.3 juta khemah untuk membantu mangsa gempa.
Beratus gempa susulan, salji tebal di kawasan pergunungan berhampiran dengan pusat gempa dan ramalan hujan lebat menambah kesukaran kepada pihak tentera, kerajaan dan petugas persendirian yang cuba menghantar bantuan dan menyediakan perlindungan. Kira-kira lima juta orang kehilangan tempat tinggal akibat gempa. Di kawasan kampung di mana rumah tidak lagi sesuai didiami, kebanyakan petani tinggal di khemah atau tempat perlindungan sementara. China semalam menambah kemungkinan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki-moon akan melawat Sichuan, wilayah barat daya yang paling teruk terjejas akibat gempa. "Sama ada Ban akan datang ke China atau tidak selepas melawat Myanmar, China masih berunding dengan PBB mengenainya," kata jurucakap media Kementerian Luar, Qin Gang.
Maklum balas lewat Myanmar terhadap bencana itu menaikkan kemarahan kerajaan Barat dan penyumbang bantuan, sebaliknya usaha pantas China disambut pujian masyarakat antarabangsa. Di HONG KONG, bekas rumah aktor kung fu terkenal, Bruce Lee, di Hong Kong dijual bagi mengutip sumbangan untuk mangsa gempa bumi di China. Dermawan Yu Pang-lin bercadang menjual lima kediaman di daerah Kowloon Tong, termasuk bekas rumah Lee, dengan keuntungan disalurkan kepada bantuan gempa bumi, lapor akhbar South China Morning Post. Lee menetap di rumah dua tingkat itu pada tahun 1960-an dan 1970-an, tetapi sejak itu ia dijadikan motel, menurut laporan Apple Daily. Laporan menyebut, ia dianggarkan bernilai 100 juta dolar Hong Kong (RM41.6 juta). Lee yang meninggal dunia di Hong Kong ketika berusia 32 tahun akibat bengkak pada otak, dilahirkan di San Francisco tetapi membesar di Hong Kong yang turut menjadi tempat beliau mencipta nama sebagai pelakon. – Reuters/AP
sangkakala:ini juga sebagai tanda2 besar akan kedatangan kiamat.

Wednesday, May 21, 2008

6 mati,13 cedera di china-20 mei 08


6 mati, 13 cedera loji terbakar di Timur China

BEIJING: Satu kebakaran di sebuah loji di Timur China awal pagi ini mengorbankan enam orang manakala 13 lagi cedera. Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian itu berlaku di Bandar Yiwu di Wilayah Zhejiang, jam 2.48 pagi.
Pasukan bomba dilaporkan berjaya menyelamatkan 14 orang dan menemui lima mayat. Seorang lagi mangsa meninggal dunia di hospital. Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis loji berkenaan.
sangkakala:ini lagi berita kematian dichina.loji apa tidak dinyatakan.nabi saw telah bersabda,apabila telah tiba hukum allah swt kpd seseorang untuk mati dan dikuburkannya pada suatu bumi,allah swt mengadakan satu keperluan baginya untuk pergi ketempat itu(lalu disana dia mati)-at-tarmizi

Wednesday, May 14, 2008

4 terbunuh heli terhempas


Helikopter terhempas, empat terbunuh di Ottawa, Kanada

OTTAWA: Sebuah helikopter terhempas sebelum terbakar menyebabkan juruterbang, dua penumpang dan seorang pelajan kaki terbunuh di bandar Cranbrook, barat Kanada, di sini, semalam. “Juruterbang, dua penumpang dan seorang orang awam terkorban dalam kejadian ini," kata Jurucakap Majlis Keselamatan Pengangkutan, Bill Yearwood. Saksi memberitahu akhbar tempatan bahawa helikopter terbabit kelihatan berpusing beberapa kali sebelum enjinnya tercabut dan gugur kira-kira 30 meter ke bumi.
“Helikopter itu terus terbakar dan semuanya hangus," kata Cranbrook. Helikopter jenis Bell 206 Jet Ranger itu disewa oleh BC Hydro, syarikat utiliti elektrik kerajaan untuk memeriksa rangkaian tenaga di kawasan berhampiran. - AFP
sangkakala: 4 terbunuh akibat injin tercabut dan gugur 30 meter kebawah.pernah diriwayatkan bahawa malaikat maut (mm) mengadu pd allah swt yg pada pandangannya beliau akan dipersalahkan akibat mencabut nyawa makhluk.tapi allah swt berfirman teruskan usaha sebab mereka tidak akan menyalahkan mm.ini kerana setiap kali kematian berlaku yg akan dipersoalkan ialah sakit apa,bila sakit,sebab itu sebab ini.jadi mereka tak menyebut pun nama mm.jadi jangan risau teruskan lah mencabut nyawa.wallahualam.

Tuesday, May 13, 2008

10000 terkorban gempa bumi di china-12 mei 08


Angka kematian gempa bumi di China mencecah 10,000

CHENGDU (China): Mangsa yang terbunuh akibat gempa bumi kuat yang menyaksikan bangunan, sekolah dan kilang kimia ranap di Wilayah Sichuan, semalam kini mencecah 10,000 dengan ramai lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Gempa bumi paling buruk sejak tiga dekad berukuran 7.9 skala Richter itu hampir menyaksikan wilayah kecil pergunungan itu menjadi 'padang jarak padang terkukur'.
Kejadian sebelah petang itu menyebabkan gegarannya turut dirasai penghuni bangunan tinggi di Beijing dan sehingga ke Vietnam. Di ibu negeri Sichuan, rangkaian telefon turut terputus dan lebih 10 juta penduduk di bandar itu bergelap sejam selepas kejadian. Agensi berita Xinhua melaporkan, lebih 10,000 penduduk mati di tengah Sichuan dan 216 yang lain membabitkan penduduk di tiga wilayah berjiran termasuk di Bandaraya Chongqing.
Kawasan paling teruk dilanda kesan gempa ialah Wenchuan yang terletak 100 kilometer di barat daya Chengdu. Tanah runtuh menghalang jalan raya menyebabkan kerajaan mengerahkan pasukan tentera memasuki kawasan kejadian dengan berjalan kaki,' Hujan lebat selepas gempa menyebabkan pasukan tentera tidak dapat menggunakan helikopter bagi mempercepatkan kerja menyelamat mangsa. Pihak berkuasa negara itu merayu supaya bantuan seperti khemah, makanan dan ubat-ubatan dihantar segera ke tempat kejadian.
Setiausaha Parti Komunis, Wang Bin dipetik sebagai berkata: "Kami juga memerlukan pekerja perubatan untuk menyelamatkan mangsa yang cedera di sana." Gambar yang disiarkan media dan Internet menunjukkan kemusnahan gempa dalam skala amat besar. Bandar Juyuan town, di selatan pusat gempa menunjukkan bangunan sekolah tiga tingkat menyembah bumi dengan lebih 900 pelajar terperangkap dan 60 disahkan mati. - AP
sangkakala: gempa bumi tidak mengenal mangsa kanak2,orang tua dan sebagainya.angka kematian yg tinggi setiap minggu menjelang sukan olimpik.selepas gempa hujan lebat menyebabkan tentera penyelamat berjalan kaki.inilah tentera allah swt.bencana berlaku kerana dosa manusia.ini sebagai pengajaran buat kita disini.bantuan perlu diberikan.jika dalam peperangan sekali pun jika ketua musuh sakit untuk berperang perlu disihatkan dulu (contoh panglima islam salahuddin al ayubi)inikan pula bencana menimpa.wallahualam.

Friday, May 9, 2008

34 kematian dichina.



Jumlah Kematian Akibat Wabak Virus Meningkat Kepada 34 Orang
Oleh Tham Choy LinBEIJING, 9 Mei (Bernama) -- Wilayah Anhui di timur China yang terjejas teruk akibat wabak virus yang menyerang kanak-kanak mencatatkan dua lagi kematian, menjadikan jumlah korban sehingga kini 34 orang.Kematian terbaru itu berlaku di ibukota wilayah Hefei dan Bozhou, di barat laut Anhui, dengan jumlah kematian kekal 22 orang selepas seminggu, kata Xinhua News Agency.Jumlah kanak-kanak dijangkiti virus itu, yang dikaitkan dengan penyakit tangan, kaki dan mulut yang biasanya lemah, meningkat kepada hampir 25,000 orang sehingga semalam, kata Xinhua.Enterovirus 71 (EV 71) dikatakan punca sebahagian besar kematian, semuanya kanak-kanak termasuk empat orang di Guangdong, masing-masing dua di wilayah autonomi Guangxi Zhuang dan wilayah pulau selatan Hainan dan masing-masing seorang di wilayah timur Zhejiang serta wilayah tengah Hunan.Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China Dr Hans Troedsson memberitahu sidang akhbar minggu ini bahawa enterovirus itu tidak berubah ataupun bertukar menjadi mudarat namun kelompok kematian yang luar biasa di Fuyang memerlukan penyiasatan.Kematian terbaru di Guangdong membabitkan seorang bayi perempuan berumur lapan bulan yang gagal memberikan gerak balas kepada rawatan kecemasan dan meninggal dunia kerana EV 71 yang dikesan dalam 34 daripada 7,103 kes di wilayah selatan, kata Xinhua.Di Guangxi Zhuang, kanak-kanak lelaki kedua, berumur 1-1/2 tahun, dari sebuah kampung di pendalaman, mengalami koma lalu meninggal dunia selepas ibu bapanya menghantarnya ke hospital tiga hari selepas dia menghidap batuk dan demam.China mencatatkan 80,000 kes HFMD tahun lepas dengan 17 kematian. Jumlah tahun ini dijangka meningkat memandangkan penyakit itu mencapai kemuncaknya dalam Jun dan Julai.Kementerian Kesihatan berkata sejak 2 Mei, tiada kes kematian baru berlaku di Fuyang dan lebih banyak yang sembuh berbanding jumlah kemasukan baru.
sangkakala:34 kematian kepada kanak2.sukan olimpik tidak lama lagi akan bemula.ditibet masalah lain yg berlaku.tapi penyakit ini lebih ditakuti.adakan ini amaran kpd china sejaj akhir2 ini.mungkin selepas ini perkara lain pula berlaku.peringatan dari allah swt kpd manusia.

Thursday, May 8, 2008

29 terbunuh bas terjunam dalam sungai di peru


29 terbunuh bas terjunam dalam sungai di Peru

LIMA (Peru): Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh apabila sebuah bas terbabas dan menjunam kira-kira 100 meter ke sungai di sini, semalam. Kolonel polis, Jose del Rio, berkata bas berkenaan menjunam ke dalam Sungai Canete kira-kira dua jam sebelum dijadualkan sampai ke destinasinya di Bandar Yauyos, 140 kilometer di selatan Lima. Del Rio berkata, 29 penumpang mati, 15 cedera dan empat terselamat.
Punca kemalangan bagaimanapun masih disiasat. Jolokan ‘bas maut’ adalah perkara biasa di Peru berikutan jaringan jalan raya tempatan di sini amat buruk, manakala lebuh rayanya pula tidak diselenggara dengan baik. - AP
sangkakala: 29 maut,15 cedera.100m jatuh kesungai dan 140 km di selatan 5.ini berlaku pada 7 hb 5 tahun 2008. ini satu angka kematian yang besar.kemalangan boleh dielakkan dengan doa yang walau pun telah tertulis sejak azali.itu lah kuasa doa.doa datang dari bawah keatas dan bencana dari atas kebawah.ianya akan bertembung dan mungkin bencana dapat dielakkan dgn izin allah swt.

Wednesday, May 7, 2008

taufan narjis:korban 22,000 hilang 41,000 orang



Taufan Nargis: Korban 22,000, hilang 41,000
BENCANA... Gambar semalam yang diambil dari udara ini menunjukkan sebahagian kemusnahan teruk, termasuk bumbung rumah diterbangkan angin, ekoran Taufan Nargis di Delta Irrawaddy, Myanmar.
YANGON 6 Mei – Angka korban terbaru Taufan Nargis kini hampir mencecah 22,000 orang, manakala 41,000 lagi dikhuatiri hilang.
Stesen televisyen Myanmar melaporkan sehingga pukul 12 tengah hari ini, seramai 21,793 orang terkorban dan 40,695 yang lain masih hilang di wilayah Irrawaddy.
“Sementara di Yangon sendiri, seramai 671 dilaporkan terkorban, 670 cedera dan 359 orang yang lain hilang,” lapor stesen televisyen tempatan lewat hari ini.
Pengumuman terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak angka korban apabila media kerajaan sebelum ini menganggarkan lebih 15,000 orang maut dalam taufan terburuk itu.
Taufan Nargis turut melanda beberapa daerah lain, namun tiada laporan mengenai bilangan mangsa yang terkorban setakat ini.
Sementara itu, kebimbangan terhadap ancaman wabak penyakit kini mula melanda Myanmar.
Bekalan air yang kotor dan sistem sanitasi yang rosak teruk dikenal pasti antara punca yang akan memburukkan lagi keadaan.
Dengan keadaan yang semakin buruk, Myanmar yang memiliki sistem kesihatan paling teruk di dunia dijangka berhadapan dengan jumlah kematian yang semakin meningkat ekoran wabak penyakit dan kelemahan sistem kesihatan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang menunggu kebenaran untuk menghantar pasukan kesihatan.
Pasukan bantuan menghadapi kesukaran untuk menghantar bantuan kerana sistem komunikasi dan pengangkutan hampir lumpuh berikutan bencana itu, kata jurucakap WHO, Vismita Gupta-Smith.
Kebimbangan lain termasuklah penyakit berkaitan pernafasan terutama di kalangan kanak-kanak yang terpaksa tidur di luar serta mereka yang mengalami kecederaan akibat taufan.(utusan malaysia)
SANGKAKALA:ANGKA KORBAN SEMAKIN MENINGKAT.INILAH AMARAN ALLAH SWT KEPADA MANUSIA.JARAK ANTARA KEMATIAN DAN KEHIDUPAN HANYALAH SESAAT CUMA.APAKAH AMARAN ALLAH SWT TSB MAKA RUJUKLAH KITABNYA.JIKA KITA BERADA DITEMPAT KEJADIAN TSB DAN MAUT SEMALAM KITA SEDANG BERSOAL JAWAB DIALAM KUBUR.MAMPUKAH KITA.

Tuesday, May 6, 2008

10,000 dipercayai mangsa taufan Nargis di Myanmar


Masyarakat antarabangsa mula hantar bantuan kemanusiaan ke YangonYANGON: Junta tentera yang memerintah Myanmar percaya sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh kerana taufan Nargis yang melanda lembah delta Irrawaddy menyebabkan masyarakat antarabangsa mula menggerakkan bantuan ke negara berkenaan, semalam. "Pada dasarnya, mereka percaya angka kematian buat masa ini ialah 10,000 maut dan 3,000 hilang. Ia satu angka yang besar," kata seorang diplomat Barat di sini selepas mendengar taklimat Menteri Luar Myanmar, Nyan Win.
Bencana besar berpunca daripada taufan Nargis itu menyebabkan dunia memberi bantuan, sesuatu yang jarang berlaku selepas jeneral tentera sebelum ini menolak bantuan selepas tsunami melanda pada 2004. Pihak tentera yang suka berahsia dan memerintah Myanmar sejak 46 tahun lalu semakin memencilkan diri enam bulan lalu kerana bantahan dunia terhadap kekerasan ke atas sami Buddha, September lalu. Angka rasmi kematian masih 3,394 dan 2,879 hilang. Bagaimanapun, bilangan itu hanya membabitkan dua daripada lima zon bencana.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, beratus-ratus ribu mangsa taufan kini hilang tempat tinggal dan terputus bekalan air. Di ibu negara, harga makanan dan bahan api melonjak dengan agensi bantuan berusaha menghantar bekalan kecemasan dan menilai kemusnahan di zon bencana berkenaan yang menjadi tempat tinggal 24 juta penduduk. Air bersih juga sukar didapati manakala banyak kedai kehabisan lilin dan bateri manakala tiada siapa tahu bila bekalan elektrik dapat dipulihkan. Penduduk terpaksa berbaris panjang untuk mengisi minyak di stesen dengan harga bahan api meningkat baik di pasaran gelap manakala harga telur naik tiga kali ganda sejak Sabtu lalu.
"Berapa ramai orang bermasalah? Kami tahu ia dalam enam angka. Kami tahu beratus-ratus ribu orang perlukan tempat berteduh, tetapi angka tepat kami tidak tahu," kata pegawai menangani bencana PBB, Richard Horsey dalam mesyuarat tergempar di Bangkok. Di Yangon, banyak bangunan tidak lagi berbumbung yang memberi petanda bahawa keadaan pasti lebih buruk di pekan atau kampung kota menempatkan lima juta penduduk itu. Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan ke atas junta tentera itu, berkata ia sudah memberi dana bantuan menerusi agensi Program Makanan Dunia (WFP) dan pertubuhan bantuan lain. Dua kapal tentera laut India membawa makanan, khemah, selimut, pakaian dan ubat-ubatan akan bergerak ke Yangon tidak lama lagi, kata Kementerian Hal Ehwal Luar India. Thailand pula menghantar pesawat kargo C-130 membawa makanan dan ubat ke Yangon selepas lapangan terbang dibuka semula semalam, kata Menteri Luarnya, Noppadon Pattama. Jurucakap pejabat PBB di sini memberitahu, ramai mangsa taufan memerlukan ubat dan makanan selain kelambu dan keperluan asasi lain. – Reuter
SANGKAKALA:TAUFAN ADALAH SALAH SATU TENTERA ALLAH SWT DIDUNIA INI.NEGARAX BARAT BERGEGASX MEMBERI BANTUAN KEMANUSIAAN SPT MANA BENCANA TSUNAMI DI ACEH.PERINGATAN DARI ALLAH SWT KPD MANUSIA BAHAWA HIDUP INI TIDAK KEKAL.BANTUAN DARI NEGARA ISLAM BAGAIMANA.

Monday, May 5, 2008

penduduk hukum mati buruh


Penduduk 'hukum mati' buruh
KANGAR 4 Mei - Seorang buruh mati selepas dipukul lebih 20 penduduk kampung kerana disyaki me- ngintai dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Belakang Kilang Ais, Kuala Perlis di sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi, Hatib Leman (gambar), 35, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah di sini dan disahkan meninggal dunia pukul 3.45 pagi ini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku ekoran dakwaan seorang kanak-kanak perempuan kononnya dia dicabul oleh lelaki berkenaan kelmarin.
Isteri mangsa, Fazilah Muhammad, 31, berkata, dia, suami dan lima anaknya sedang menonton televisyen ketika lebih 20 penduduk kampung masuk ke dalam rumah dan memukul suaminya.
"Saya meminta mereka membuat laporan polis jika betul dia disyaki me- ngintai dan cuba mencabul kanak- kanak perempuan itu, tetapi mereka tidak mengendahkan permintaan saya. Saya juga ditendang di perut," katanya.
Fazilah memberitahu, seorang jiran telah menghubungi polis yang tiba 10 minit kemudian, menyebabkan kumpulan lelaki itu melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Mohd. Diah ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, lelaki berkenaan dipercayai melakukan sesuatu yang tidak disenangi penduduk kampung terbabit.
"Ketika polis tiba di tempat kejadian, mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dirawat, tetapi kemudian meninggal dunia. Susulan kejadian ini polis menahan enam penduduk kampung itu bagi membantu siasatan," ujarnya.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di talian 04-9082334 atau mana- mana balai polis bagi membantu siasatan.(utusan malaysia)
sangkakala: 20 orang lawan 1 orang.undangx negara tidak lagi diyakini oleh mereka.apa boleh buat sudah ajal simangsa.siapa yg betul dan yg salah sudah tidak bererti lagi kerana 1 telah meninggal dan 6 lagi sedang disiasat.

Friday, May 2, 2008

sakaratul maut


Iblis Datang Mengganggu Ketika Sakaratul Maut Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut." Rombongan 1 Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu dimasa hidupnya sangat amak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari ubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. Rombongan 2Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratulmaut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya. Rombongan 3Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya. Rombongan 4Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya Rombongan 5Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya. Rombongan 6Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu." Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu." Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah." Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini. Rombongan 7Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah