Saturday, July 11, 2009

15,000 Tahun Perjalanan Di Titian Sirat

1. Perjalanan di titian sirat selepas manusia dihisab diberi tempoh masa oleh Allah swt selama 15 ribu tahun. Dalam masa perjalanan itu ada beberapa keadaan manusia yang menempuhnya. Ada yang melalui nya sepantas kilat, burung terbang, berlari, berjalan dan merangkak.
2. Disepanjang titian tersebut terdapat pula KALALIF atau klip atau pencangkut. Setiap satu kalalif dijaga oleh 70,000 malaikat. Apabila dicangkut maka jatuhlah mereka kedalam neraka jahanam iaitu neraka paling atas sekali iaitu tingkat neraka yang paling ringan azabnya. Pernah neraka ini menyeru kepada neraka yang dibawah supaya dikurangkan sedikit azabnya kerana tidak tertahan azab panasnya.
3. Buat masa sekarang neraka ini telah dinyalakan dan setiap hari Jumaat ia akan dipadamkan kerana memuliakan hari tersebut bagi umat Nabi Muhammad saw. Tetapi bila hari kiamat ia tidak akan dipadamkan lagi. Itu sebab secara realitinya ramai yang berbuat baik pada hari tersebut dan ramai bersolat Jumaat.

Monday, July 6, 2009

Ilmu dan Makrifat.

1. Ilmu dan makrifat ada perbezaannya. Jika kita ingin mengenal Allah swt ialah dengan ilmu. Yang lebih tinggi dari itu pula ialah FAHAM pula. Dan yang terlebih atas selepas faham itulah yang dikatakan Makrifat.
2. Sebagai contoh untuk mengetahui ini ialah ketika Nabi saw dan Abu Bakar ketika berada dalam Gua Thur semasa hijrah. Masa berada disini mereka dijejaki oleh musuh lagi pula kaki Abu Bakar digigit ular. Disini timbulnya rasa bimbang dan resah Abu Bakar akan keselamatan diri mereka berdua.
3. Apabila mengetahui kerisauan Abu Bakar tersebut maka Nabi saw mengingatkan beliau bahawa Allah swt berserta kamu dimana kamu berada. Waktu itu Makrifat Abu Bakar tiada iaitu tidak mampu merasa Allah saw dekat.Bila Nabi saw mengingatkan kepada Abu Bakar barulah limpahan makrifat itu sampai kepada sahabat Nabi saw tersebut.
4. Kesimpulannya ialah makrifat itu ialah mengetahui, faham serta dapat merasakan bahawa Allah swt sentiasa dekat dan bersama kita dimana kita berada. Seperti IHSAN iaitu seolah-olah kamu melihat Allah swt tapi jika kamu tidak melihat Allah swt, Allah swt melihat kamu.

Friday, July 3, 2009

Amalan baik apakah yang Allah SWT simpan dan akan dibentangkan dipadang mahsyar


1. Biasanya setiap amalan samada baik dan sebaliknya akan dicatat oleh Malaikat.
2. Tetapi amalan baik ini Malaikat sendiri pun tidak tahu dan tidaklah ia mencatatnya.
3. Dikisahkan dipadang mahsyar Allah SWT bertanya kepada malaikat mana lagi amalan baik sipolan ini. Maka malaikat menjawab sudah tiada lagi, hanya ini sahaja yang ada. Setelah itu Allah pun bentangkan semua amalan sipolan tersebut satu persatu.
4. Apakah rahsia sehingga terjadi yang demikian. Rahsianya ialah sipolan tersebut tergolong dalam golongan orang yang MOHSININ iaitu orang yang ikhlas atau golongan IHSAN. Ianya peringkat tertinggi selepas MUSLIM dan MUKMIN.

Wednesday, July 1, 2009

3 perkara mengelak nyanyuk



Demensia atau nyanyuk adalah keadaan di mana terdapatnya kemerosotan atau penurunan fungsi intelektual, ingatan dan perubahan dari segi personaliti. Pada peringkat awalnya pesakit menjadi mudah lupa. Apabila ianya berlarutan gerak balas emosi menjadi terbantut, tidak stabil dan kerap berubah. Pada peringkat serius pesakit akan berkelakuan resah gelisah, keliru atau berkelakuan ganjil, Percakapan merekapun pula menjadi tidak rasional. 3 perkara mengelak nyanyuk.
1. Jangan hina orang alim (ulama).
2. Banyakkan berzikir.
3. Banyakkan membaca Al Quran.

Sunday, June 28, 2009

40,000 Buraq di syurga

Terdapat 40,000 buraq di dalam syurga. sebelum nabi saw diisraqkan dari masjidil haram ke masjidil aqso dan seterusnya di mikrajkan ke sidratulmuntaha baginda menaiki buraq. Mana satukan buraq yang bertuah yang terpilih membawa nabi saw tersebut. Buraq tersebut adalah satu dari 40,000 buraq yang berada di syurga. Setelah jibril diperintahkan memilih salah satu buraq di syurga maka jibril memerhati ada satu buraq yang bersedih dan tidak lalu/berselera makan kerana kerinduan yang teramat sangat kepada nabi saw. Lama masa buraq berada di syurga ialah 40,000 tahun. Disetiap satu didahi buraq tersebut tertulis nama nabi muhammad saw. disebabkan kerinduan yang begitu lama buraq tersebut terhadap nabi saw sehingga 40,000 tahun maka jibril memilihnya. Cuba bayang jika kita kalau 4 tahun memendam rindu kepada sang kekasih pujaan hati pun tidak tentu arah dibuatnya. inikan pula 40,000 tahun.
Posted by Picasa

Sunday, June 21, 2009

NASIHAT: Kedatangan Rejab - 24th of June 2009


   Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
  1. MASA HIDUP SBLM MATI
  2. MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
  3. MASA MUDA SBLM MASA TUA
  4. MASA KAYA SBLM SUSAH
  5. MASA SIHAT SBLM SAKIT

 


 


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia

mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

 

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

 

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

 

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

 

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

 

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

 

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

 

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

 

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

 

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

 

Sunday, June 14, 2009

1/3 dari amal ibadat datangnya dari NIAT

 setiap amal kebaikan yang dilakukan terdiri dari pembagian seperti. 

1. 1/3 Niat. niat amat perlu sekali kerana tanpa niat menjadi tidak sah satu-satu ibadat.

2. 1/3 Perbuatan. jika berniat sahaja satu-satu ibadah tidak diterima.

3. 1/3 Perkataan. dan jika perbuatan sahaja pun tanpa sebutan dan kata-kata setiap amal tidak sah juga.

Posted by Picasa

Friday, June 12, 2009

4 golongan orang islam



Mengikut imam al ghazali umat islam boleh digolongkan kepada 4 golongan iaitu:




1. Islam Munafik. Sepertimana diketahui golongan akan ada disetiap zaman dan mereka ini sama seperti orang islam lainnya dari segi luaran cuma yang berbeza ialah dalaman.


2. Islam Fasiq. Yang nampak jelas dari golongan ini dikalangan kita ialah meninggalkan mengerjakan amalan solat. mereka ini juga ramai jumlahnya dan tidak layak untuk menjadi wali menikahkan anaknya sendiri. tapi kadang-kadang mereka dan kita tidak menyedarinya atau mengambil ringan ianya berlaku dalam masyarakat.


3. Islam Maksiat. Ini juga ramai dalam masyarakat kita. Amalan baik dan mungkar dilakukan silih berganti tanpa rasa bersalah kerana menganggap baik dan buruk tidak bercampur.


4. Islam Mukhlisin(ikhlas). Inilah islam yang dituntut supaya kita berada didalam golongan ini. Mereka ini sentiasa mencari peluang membuat kebaikan tanpa berlengah dengan membelanjakan setiap harta kerana masa semakin hari semakin singkat untuk berbuat demikian.

Saturday, June 6, 2009

3 serangkai


1. setiap ilmu perlu diamalkan untuk mendapat faedahnya. jika tidak diamalkan maka ilmu itu akan menjadi fitnah pula. contoh sudah tahu bersolat tapi tidak mengamalkan sia-sia. selepas beramal satu lagi yang perlu di perhatikan ialah ikhlas iaitu mengharapkan ianya diterima oleh Allah swt bukan kerana yang lain sedikit pun.
Posted by Picasa

Sunday, May 31, 2009

apakah doa mustajab nabi kita saw yang masih disimpan tidak terusik


1. setiap nabi-nabi doanya mustajab dan biasanya doa itu telah digunakan demi kebaikan semasa di dunia dan akhirat. 

2. tapi nabi kita saw masih ada tersimpan satu bentuk doa yang akan digunakan apabila tiba masanya. doa dan permintaan ini amat besar sekali kegunaannya dan tidak akan sekali-kali di gunakan olehnya walau apa sekali pun yang terjadi dimasa hidupnya.

3. doa atau permintaan itu adalah SYAFAAT. ia digunakan semasa dihari akhirat kelak dimana Allah swt akan memperkenankan doa dan permintaan nabi saw kepada umatnya. oleh itu sentiasalah bersalawat dan melaksanakan ajaran beliau.

4. kisah syafaat ini berlaku semasa nabi saw bersedih mengenangkan nasib umatnya dan mahu semua umatnya masuk syurga. bila melihat keadaan tersebut maka jibrail bertanya nabi dan cerita seterusnya Allah swt menenangkan nabi saw supaya jangan bersedih sebab diakhirat nanti baginda akan dianugerahkan kelebihan dengan syafaat ini.

Saturday, May 30, 2009

Sombong

 1. Apakah sombong itu. Apakah dengan memakai pakaian dan perhiasan yang indah dan mahal dan segala yang mahal-mahal dikatakan sombong. Itu semua bukanlah menandakan ia sombong dalam erti kata yang sebenar.
2. Tapi sombong yang dimaksudkan  ialah  kita sebagai makhluk tidak patuh pada perintah Allah swt serta  menolak kebenaran dari agama Allah swt. Contohnya ialah seperti kisah Iblis dan Bani Israel yang menolak perintah Allah swt. 
Posted by Picasa

Thursday, May 28, 2009

50 Sen vs RM50

1. Dalam pada kita beramal seperti menderma serta bersedekah serta mengimfakkan harta benda dan wang ringgit kadang kala kita memandang pada besarnya jumlah atau nilai harta tersebut.
2. Tetapi disisi Allah swt perkara ini kadang kala tidak diambil kira kerana ada faktor lain seperti ikhlas, punca harta tersebut dan lainnya.
3. Oleh itu nilai RM50 tidak semestinya diterima dan nilai 50 sen tidak semestinya ditolak oleh Allah swt. Sebab dalam kita beramal yang penting sekali ialah penerimaan amal kita oleh Allah swt. Sebab sebagai contoh bagi orang bukan islam walau sebesar mana amalnya seperti gunung sekali pun tidak akan sekali-kali diterima kecuali setelah ia memeluk Islam.Bagi kita yang telah Islam pula akan diteliti lagi atas kerana apa kita berbelanja harta tersebut. Wallahualam.
Posted by Picasa

Wednesday, May 27, 2009

1 persamaan-iblis & israel

1. yang terbaik. iblis terbaik dikalangan malaikat tapi ia lupa mendoakan dirinya sendiri. Allah saw mengujinya dengan dengan nabi Adam as. tapi ia sombong maka ia dilaknat. bani israel yang terbaik dari umat manusia dengan turunnya ramai nabi dikalangan mereka. tapi ia membunuh nabi mereka. Allah menguji mereka dengan mengutuskan nabi akhir zaman bukan dari kalangan mereka. tapi ia sombong maka ia dilaknat.

2. tidak dihapuskan. iblis tidak dihapuskan dan terus bermusuh dengan anak adam as yang taat perintah Allah saw hingga hari kiamat. israel juga tidak dihapuskan seperti kaum terdahulu dan mereka ini terus merosakkan umat manusia terutama islam hingga kiamat.

3. itulah ujian mereka yang sombong. bagaimana kita?
Posted by Picasa

Tuesday, May 26, 2009

70 sextillion

The number of stars in the visible universe is estimated to be ten times more than the number of grains of sand on Earth and eleven times the number of cups of water in all the Earth's oceans-- or 70 sextillion, or 70,000,000,000,
000,000,000,000 [seven followed by twenty-two zeros].
Credit:NASA/STScI/ESA
Posted by Picasa

Monday, May 25, 2009

3 yang ditangguh kematiannya.


1. Iblis. diberi tangguh setelah dipohon. Misinya menyesatkan anak cucu Nabi Adam as hingga hari kiamat.
2. Nabi Isa as. Ditangguh kematiannya kerana misinya membunuh dajal diakhir zaman.
3. Dajal. Ditangguhkan kematiannya dengan misi menyesatkan manusia dengan dakyah yang mungkar nampak baik dan maarof nampak jahat.

Sunday, May 24, 2009

How Much Does Earth Weigh?


Earth is located in the outer edge of our galaxy, called the Milky Way, about 28,000 light years from the galactic center. It is part of a Solar System that includes eight other known planets, and the only known planet with the ability to sustain life as we know it. The Milky Way is one of billions of spiral galaxies in the universe. (Image: NASA, Galaxy M83, similar size and shape to the Milky Way)

Earth's Weight (Mass) 5.972 sextillion (1,000 trillion) metric tons. That's 5,972,000,000,000,000,000,000 tons! Actually, scientists prefer to refer to this measurement as the Earth's mass instead of weight since weight is the result of Earth's gravitational pull on another object. And the Earth cannot pull on itself! As the Earth orbits the Sun, it is weightless. If the Earth were placed on the Sun, it would weigh more than if it were placed on Jupiter, the largest planet in the solar system but much smaller than the sun. Yet, Earth (or any other object for that matter) would have the same mass regardless of where it is located

Check out more details about our planet Earth and our planetary neighbors in the Earth at a Glance feature on ecology.com.  

Saturday, May 23, 2009

4 golongan mudah dan payah baginya didunia dan akhirat


1. baginya urusan akhirat mudah seperti solat, puasa dan amalan lain. tapi urusan dunia payah baginya seperti berniaga selalu rugi dan pelbagai halangan lainnya. kalau ada orang seperti ini tandanya ia adalah warisan para nabi-nabi.

2. baginya urusan dunia dan akhirat adalah mudah. ini seperti para sahabat seperti abdul rahman auf dan usman affan. dan diakhirat pula menerima buku catitan sebelah kanan dan masuk syurga.

3. mudah urusan dunianya tapi payah urusan akhiratnya. mereka ini perlu bersungguh dibimbing dan ada ruang untuk berubah. golongan inilah yang ramai dalam masyarakat kita.

4. baginya urusan akhirat susah dan urusan dunia pun susah. bagi golongan ini betul-betul kena ada usaha untuk mengubah mereka terutama dari pelbagai pihak seperti NGO dan ajensi lainnya. kerana mereka seolah-olah terperangkap dan tidak tahu jalan keluar dan perlu pertolongan. golongan pun ramai juga.

Friday, May 22, 2009

Perjalanan manusia dan liku-liku hari akhirat. Insaflah

Perjalanan manusia dan liku-liku hari akhirat. Insaflah
1. Bumi/dunia.
2. Kubur/barzah.
3. Tuipan sangkakala . Kiamat.
4. Manusia dihidupkan semula.
5. Manusia dihimpunkan.
6. Syafaat.
7. Penyerahan kitab.
8. Hisab.
9. Timbangan Al Mizan (golongan kafir dimasukkan keneraka)
10. Telaga.
11. Ujian keimanan manusia (bagi golongan mukmin dan munafik)
12. Titian Sirat. Neraka dibawah titian sirat. Golongan munafik terus dimasukkan keneraka.
13. Al Qantorah( Tempat membalas hukuman). Bagi golongan mukmin.
14. Syurga.

Posted by Picasa

Sunday, May 10, 2009

3 perkara yang Nabi saw bersumpah dengannya

1. Tidak berkurang harta dengan sebab bersedekah.
2. Orang yang dizalimi dan ia sabar maka akan ditambah kemuliaan baginya.
3. Orang yang membuka pintu meminta-minta maka akan menjadi papa ia.

Saturday, May 2, 2009

apakah hukum bertaubat

1. hukum bertaubat adalah wajib iaitu untuk dosa-dosa besar.
2. dosa itu wajib bertaubat dan bertaubat terhadap dosa masa lalu, masa kini dan masa akan datang. kita menyesal atas dosa yang dilakukan masa dahulu. bertaubat untuk masa kini dan tidak akan mengulangi untuk masa depan akan perbuatan dosa tersebut.

Sunday, April 19, 2009

kenapa menangis bila melihat kaabah

 
1. ada yang menangis kerana mengenangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan.
2. ada pula yang menangis kerana seperti mimpi dapat sampai kesana.
3. yang paling tepat kerana dapat merasai keagungan Allah swt mencipta sesuatu yang dapat membuat kita mengalir air mata.
Posted by Picasa

Saturday, March 28, 2009

nabi hanya meninggalkan ajaran dan ilmu


1. nabi sulaiman as walaupun kaya raya dan berkuasa tapi tidak diperlihatkan bekas-bekas istananya kerana dibimbangi bila kita melihat istananya sekarang mungkin menjadi fitnah dengan tanggapan tidak baik.

2. firaun dan namrud memang meninggalkan piramid dan kota babylon dan kaum samud pun begitu. begitu juga qarun tempat dmana istana dan khazanahnya ditenggelamkan.

3. tapi Allah menghilangkan bekas-bekas para anbiyanya kerana mungkin ingin memberitahu kita ilmu lebih tinggi nilainya.

Sunday, March 22, 2009

4 amalan yang akan mendapat 1 bilik kaca khas disyurga


1. keadaan bilik kaca tersebut yang mana jika berada didalam akan nampak diluar dan begitulah sebaliknya. 4 amalan tersebut ialah:

2. orang yang memperelok percakapannya.

3. memberi makan.

4. sentiasa berpuasa sunat. seperti berpuasa 13,14 dan 15 haribulan.

5. kerjakan solat malam ketika orang lain tidur.

Saturday, March 14, 2009

amalan apa yang akan diterima Allah swt


1. banyak jenis amalan yang kita lakukan. ada yang berat dan ada yang ringan. ada yang dilakukan dengan terpaksa dan ada yang dilakukan dengan sukarela.

2. walau sebanyak mana amalan yang kita lakukan biasanya kita berbaik sangka dan amat berharap supaya amalan kita diterima. ada yang mengatakan amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan diterimaNYA. 

3. oleh itu kesimpulannya disini amalan yang diterima Allah swt ialah segala amalan BAIK yang kita lakukan yang AMAT KITA KASIHI melakukannya. bila sudah kasih secara otomatik datangnya sifat ikhlas dan sebagainya

Sunday, March 8, 2009

3 tempat nabi muhammmad saw dapat dicari di padang mahsyar untuk mendapat syafaat


1. baginda dapat dicari dipermulaan siratulmustaqim..

2. juga di neraca timbangan.

3. ditelaga kausar.