Sunday, May 31, 2009

apakah doa mustajab nabi kita saw yang masih disimpan tidak terusik


1. setiap nabi-nabi doanya mustajab dan biasanya doa itu telah digunakan demi kebaikan semasa di dunia dan akhirat. 

2. tapi nabi kita saw masih ada tersimpan satu bentuk doa yang akan digunakan apabila tiba masanya. doa dan permintaan ini amat besar sekali kegunaannya dan tidak akan sekali-kali di gunakan olehnya walau apa sekali pun yang terjadi dimasa hidupnya.

3. doa atau permintaan itu adalah SYAFAAT. ia digunakan semasa dihari akhirat kelak dimana Allah swt akan memperkenankan doa dan permintaan nabi saw kepada umatnya. oleh itu sentiasalah bersalawat dan melaksanakan ajaran beliau.

4. kisah syafaat ini berlaku semasa nabi saw bersedih mengenangkan nasib umatnya dan mahu semua umatnya masuk syurga. bila melihat keadaan tersebut maka jibrail bertanya nabi dan cerita seterusnya Allah swt menenangkan nabi saw supaya jangan bersedih sebab diakhirat nanti baginda akan dianugerahkan kelebihan dengan syafaat ini.

No comments: