Mengikut imam al ghazali umat islam boleh digolongkan kepada 4 golongan iaitu:
1. Islam Munafik. Sepertimana diketahui golongan akan ada disetiap zaman dan mereka ini sama seperti orang islam lainnya dari segi luaran cuma yang berbeza ialah dalaman.
2. Islam Fasiq. Yang nampak jelas dari golongan ini dikalangan kita ialah meninggalkan mengerjakan amalan solat. mereka ini juga ramai jumlahnya dan tidak layak untuk menjadi wali menikahkan anaknya sendiri. tapi kadang-kadang mereka dan kita tidak menyedarinya atau mengambil ringan ianya berlaku dalam masyarakat.
3. Islam Maksiat. Ini juga ramai dalam masyarakat kita. Amalan baik dan mungkar dilakukan silih berganti tanpa rasa bersalah kerana menganggap baik dan buruk tidak bercampur.
4. Islam Mukhlisin(ikhlas). Inilah islam yang dituntut supaya kita berada didalam golongan ini. Mereka ini sentiasa mencari peluang membuat kebaikan tanpa berlengah dengan membelanjakan setiap harta kerana masa semakin hari semakin singkat untuk berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment