Monday, January 12, 2009

kekeliruan tentang solat jamak dan qasar masa musafir

1. setiap orang yang tinggal disesuatu tempat terbahagi kepada tiga iaitu bermastautin, bermukim dan bermusafir.


2. jarak untuk layak menjadi orang musafir ialah perjalanan sekurang-kurangnya 86 km.


3. jika sampai ketempat yang dituju maka bolehlah mengerjakan solat jamak dan qasar selama 3 hari tanpa dikira hari perjalanan.


4. jika kita berada disatu-satu tempat lebih 4 hari maka dikatakan ia orang yang bermukim. bila ia bermukim maka ia tidak layak seperti orang bermusafir lagi dan tidak boleh dikerjakan solat jamak dan qasar. contoh jika kita balik kekampung selama 4 hari.


5. jika kita niat hendak balik kekampung selama selama 8 hari dan ada antara kita yang jamak selama 3 hari dan selebihnya 5 hari tidak dijamak (kesilapan kefahaman selalu berlaku yang mana kita tidak layak jamak 3 hari tersebut). bila sudah berniat 8 hari maka kita tidak layak lagi mengerjakan solat jamak walau pun 3 hari pertama sebab kita sudah dikira bermukim.


6. bermukim pula ialah contoh kita menyewa rumah disatu-satu tempat 1 atau 2 atau lebih tanpa ada perancangan untuk menetap disitu.

7. anak watan pula ialah orang yang merancang untuk tinggal disatu-satu tempat contohya dengan membeli rumah disatu-satu kawasan perumahan. walaupun dia bukan orang asal yang dilahirkan disitu.

8. jika kita pergi menuntut ilmu diluar kampung kita selama contohnya 3 ke 4 tahun lamanya maka kita duduk disitu dikira bermukim. jadi kita masih bermastautin dikampung asal.

No comments: