Saturday, August 29, 2009

4 Perkara Dalam Ucapan Ulung Nabi saw Ketika Sampai Di Madinah


1. Nabi saw ketika mula-mula sampai ke Madinah ketika memberi ucapan tidaklah menjanjikan apa-apa keuntungan berbentuk peribadi atau untuk menonjolkan diri seperti kita. Jika kita bila dilantik kesatu jawatan dan diberi peluang bercakap misalnya akan berjanji bermacam-macam dan memperkenalkan slogan yang pada umumnya untuk kepentingan diri. Selepas kepentingan diri barulah orang lain atau kelompok. Itulah bezanya kita dengan Nabi saw. Antara 4 perkara tersebut ialah

2. Sebarkan salam. Perkara ini tidak perlukan modal tapi susah dilakukan.
3. Memberi makan. Ini memerlukan modal dan lagi susah dilakukan. Jika sekarang dibulan Ramadhan pun masih ada di surau/masjid yang masih kosong dalam jadual tidak ada orang yang memberi makan berbuka puasa.
4. Sambung silaturrahim. Ini pun sukar dilakukan juga kerana masih ada yang tidak bertegur sapa sesama umat islam apa lagi kerabat terdekat apalagi ibu bapa.
5. Melakukan solat malam. Ini hubungan dengan Allah swt pun lagi sukar dilakukan.

6. Jika semua diatas telah dilakukan dengan ikhlas maka mereka ini akan dimasukkan kedalam syurga dengan sejahtera.

No comments: