Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Tuesday, December 22, 2009
Kenderaan
1. Pada setiap hari perjalanan hidup kita apakah kenderaan yang kita naiki. Apakah kenderaan itu kereta, kapalterbang, kapal, kuda atau segala macam jenis pengangkutan laut darat juga udara.
2. Itu semua memanglah kenderaan diatas dunia ini. Tapi bila kita mati kenderaan ini akan diwarisi. Tapi apakah kenderaan yang kita sentiasa naiki siang malam samada tidur jaga, pengsan, sakit, susah senang selama 24 jam tanpa henti.
3. Pada hakikatnya UMUR kita itulah kenderaan kita yang sebenarnya. Jika 40 tahun umur kita bermakna sudah jauh perjalanan kita yang dibawa oleh umur tersebut. Kenderaan ini tidak akan berpatah balik dimana ia datang. Ia akan sentiasa ketempat tujuannya iaitu KUBUR. Bila kita mati maka kenderaan (umur) tadi pun tidak akan membawa kita kemana-mana lagi tempat didunia ini. Kerana tempat persinggahan terakhir umur kita ialah kubur. Jadi gunakan kenderaan ini dengan sebaik-baiknya semasa ia masih ada untuk ketempat-tempat yang diredhai oleh ALLAH SWT sebelum ia sampai ke kubur. Bila kita mati kenderaan (umur) lain pula yang akan membawa kita. Kenderaan itu akan kekal untuk selama-lamanya. Jika baik balasan maka berbahagia dan begitulah sebaliknya.
Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment