Wednesday, January 20, 2010

Sedekah Dan Mengeluar Perbelanjaan Ke Jalan ALLAH SWT


1. Mana yang diredhai ALLAH SWT mengeluarkan sedekah atau perbelanjaan yang kita merasa nikmat mengeluarkannya atau sebaliknya. Contohnya kita sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk menunaikan ibadah haji dan umrah dengan pakej yang istimewa berbanding yang biasa sebab ianya memberi keselesaan kepada kita dan kita rasa berbaloi. Ini bukanlah bermakna tidak boleh menggunakan pakej tersebut cuma ingin membuat satu perbandingan sahaja. Ini kerana semua ibadah bergantung kepada keikhlasan jua.

2. Tetapi kita tidak merasa nikmat jika mengimfakkan wang ringgit kepada masjid/surau atau lainnya walaupun sedikit sebab kita tidak mendapat pulangan samada peribadi atau balasan keselesaan darinya. Tapi agak nikmat juga jika ada yang memujinya. Tapi itu tidak ikhlas namanya.

3. Pendek kata sesuatu yang kita keluarkan jika kurang merasa nikmat itu bermakna kita lebih diredhai oleh ALLAH SWT. Wallahualam

No comments: