Tuesday, October 12, 2010

Buah-buahan Syurga

1. Disyurga terdapat bermacam jenis buah-buahan. Digambarkan bahawa buah tersebut memang dapat kita bayangkan jenisnya didunia lagi. Jika didunia ada buah durian disyurga pun ada buah tersebut dan begitulah buah-buahan lainnya.
2. Tujuan Allah SWT menjadikan buah tersebut sama seperti didunia adalah supaya kita manusia dapat menggambarkannya. Akan tetapi jika kita memakannya kerana kita lapar. Tapi disyurga kita makan bukan sebab lapar lagi. Kita makan buah tersebut kerana rasanyanya yang lazat.
3. Dan bila dimakan disyurga buah tersebut tidak memberi mudharat kepada kesihatan. Jika didunia walaupun lazat buah tersebut tapi ada yang tidak boleh memakannya kerana berbagai penyakit. Lagipun jika didunia buah itu ada yang bermusim tapi disyurga buahnya sentiasa berbuah dan sentiasa tersedia bila kita inginkannya.

No comments: