Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Friday, February 6, 2015
Wanita dan taubat 70 penduduk Madinah
Dari Imran bin Khusain, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dari kaum Hujainah yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata; "Wahai Rasulullah, telah berlaku suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku". Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata; "Perlakulah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, dan jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku". Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan mayatnya. Lalu Umar ra bertanya kepada Rasulullah; "Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?" Maka Rasulullah menjawab; "Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya dibahagi-bahagikan di antara tujuh puluh orang penduduk Madinah; tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?". (HR Tirmizi dan Ahmad)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment