Saturday, June 26, 2021

Udang galah Dan orang tua

Di pintu masuk kawasan pasar pada suatu pagi, saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yang dijualnya, ada hampir 10 ekor.

Saya hanya senyum kepadanya sambil memberi isyarat tidak mahu, tetapi seorang pemuda dibelakang saya bertanya berapa harga semuanya RM50.00 kata orang tua itu, lalu dibayar oleh pemuda tersebut. Udang itu dimasuk dalam plastik, ada yang besar dan sederhana.

Bila uncang plastik itu diserah kepada pemuda itu, tetiba dia bertanya, "Pak Cik, ada tidak udang galah ini yang Pak Cik bawa balik untuk makan dirumah?" Orang tua itu tercengang mendengar soalan itu.

Dalam senyum dia berkata, "Encik, Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat sahaja kerana ada yang lain yang lebih perlu. Beras, gula, tepung untuk makan anak anak adalah lebih utama dari makan udang ini. Jualan hari ini cukup untuk kami makan 4 atau 5 hari, berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan.

"Saya tunduk mendengar jawapanya, dalam hati meraung menyebut kebesaran Allah. Air muka pemuda itu cepat berubah menjadi redup mendengar jawapan itu, lalu dia menghulur kembali bungkusan udang itu kepada orang tua itu dan berkata, "Pak Cik, hari ini pak cik dan anak2 dapat makan gulai udang galah yang ditangkap oleh pak cik sendiri. Ambillah, saya sedekahkan semua."

Pemuda itu cepat berlalu, sedangkan orang tua itu seperti kebingungan seketika. Ketika meninggalkan tempat itu dengan udangnya, saya melihat tangannya menyapu mata. Bertuahlah pemuda itu memiliki hati yang dapat menjangka sesuatu yang disebalik pandangan.

Ada orang, rezekinya hanya untuk tatapan kerana perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yang lebih perlu untuk hidup. Contoh nya nelayan yang menangkap hasil tangkapan yang mahal harganya, akan semuanya dijual untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan hidup, sedangkan mereka makan ikan yang kecil, yang murah.

Maka kita yang berada patut juga belajar dari keadaan ini, ada rezeki yang kita perolehi mungkin tidak sesuai dengan taraf hidup kita. Contoh walau kita ada pendapatan tetap, sebaiknya tidaklah berhutang besar untuk kemewahan yang melebihi kemampuan.

Maksud saya kisah ini seolah Allah mahu menunjukkan supaya manusia hidup mengikut kemampuan dan tarafnya, ukur baju dibadan sendiri.  Pak Cik itu tak perlu makan udang galah kerana ia lebih perlu beras, tepung, gula dsbnya utk hidup.

Jika kita makan yang hebat, ingatlah ada orang menelan air liur, ada orang yabg berpenat lelah kerananya, ada orang yang teringin tetapi tidak berupaya.

Sesekali kongsikan kenikmatan hidup kita dengan mereka yg miskin dengan bersedekah, berbuat jamuan, memberi apa yang selalu kita makan, apa yang sedap pada lidah kita supaya orang lain juga merasa. Janganlah kita hanya memikir diri kita sahaja, seperti pemuda ini yang terfikirkan keluarga penjual udang ini.

Kita setiap hari makan hebat hingga berbulu perut, tetapi tak pernah sedetikkah terfikir insan lain yang memamah sayur kangkung, ikan temenung dan sambal belacan setiap hari.

Ada yang mewah tapi berat menghulur, ada yang cukup2 sahaja tapi tak kedekut berkongsi.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui..

Firman Allah, *"Kamu sesekali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan siapa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui."*
[Ali Imran 92].

cnp..

Kredit kepada penulis asal
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=948906345218132&id=100002963270241

No comments: