dibulan ramadhan yang penuh berkah ini seperti allah swt berfirman setelah tamat bulan ini mudah-mudahan kamu menjadi orang bertaqwa. 4 tanda jika ia sudah menjelma.
1. takut dosa yang terdahulu. kerana bulan ini sudah hampir kepenghujung dan nabi saw bersabda celaka lah orang yang tidak diampuni dosanya pada bulan ramadhan ini. kalau kita masih tidak takut atas dosa-dosa tersebut maka belum dikira bertaqwa sepenuhnya.
2. sentiasa berwaspada terhadap dosa yang akan datang. kerana selepas ini apabila nafsu sudah membesar balik senang membuat dosa.
3. takut hakikat kematian. takut jika dihujung hidup kita mati dalam kekufuran. oleh itu sentiasa berdoa supaya mati dalam islam dan iman dan dapat akhir kalam menyebut nama Allah swt.
4. muhasabah diri tiap-tiap hari terhadap dosa dan pahala. adakah setakat ini adakah dengan amalan ini layak atau tidak kita masuk syurga. mesti sentiasa risau dengan menambah lagi amal soleh.
No comments:
Post a Comment