1. ini adalah kisah dari mulut kemulut sahaja dan tidak tercatit dimana-mana.
kisahnya tentang lailatul qadr dimana pernah tok kenali dikelantan pernah mendapatnya. permintaan beliau kepada Allah swt ialah supaya dirinya dan keturunannya dijadikan orang yang alim. dan ternyata ada kebenaran dan dimakbulkan tuhan.
2. dikisahkan juga perkara berlaku di pondok-pondok pengajian agama bilamana ada yang beriktikaf dimasjid dan anak murid tersebut ingin membuang air ketandas diluar, apabila keluar beliau melihat rumput ditanah menjadi besar sebesar tapak tangan. ini perkara ganjil. jadi sedarlah beliau ini adalah malam lailatul qadr dan terus mintalah apa yang dihajati insyaallah Allah swt perkenankan. pernah juga berlaku pokok kelapa kelihatan rukuk.
3. jadi untuk mengetahui malam laitul qadr ada tandanya. dan diberikan kepada yang dikehendaki Allah swt sahaja. bukan semua yang berjaga malam contohnya lepak-lepak dan bersembang kosong di kedai mamak pasti tidak dapat walau pun malam itu malam qadr.
begitulah bila aisyah ra bertanya kepada nabi saw kalau beliau berjumpa malam qadr apa yang perlu dimintanya. maka diajar nabi saw doa yang pendek sahaja kerana hendak menunjukkan tidak sempat pun untuk berdoa panjang kerana ia datang sekejap saja.
4. malam yang kemungkinan besar berlaku lailatul qadr ialah malam 27 iaitu malam esok. seelok bangun 2/3 malam antara jam 3 ke 31/2 pagi. jika memang dikehendaki kita dianugerahkan malam tersebut kita diberikan tanda yang pelik dari biasa seperti bila kita keluar rumah/masjid kita lihat pokok bunga jadi besar dan tinggi atau selipar menjadi besar dan lain-lain. itu tanda sahaja. jika kita sedar setelah melihat perkara pelik tersebut dan kita hendaklah minta dengan segera tanpa bertangguh kerana ia sekejap sahaja seperti ya Allah jadikan aku dan keturunanku orang yang alim. tidak perlulah dalam bahasa arab dikhuatiri tidak sempat.
5. kisah diatas cuma panduan sahaja. mungkin kalau tidak ditunjukkan kepada kita kepelikan pun kita kena yakin bahawa memang ada malam qadr dan masih tetap kena berdoa. ini adalah rezeki masing-masing. ada yang ditunjukkan dan dimakbulkan dan ada tidak ditunjukkan. dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. jadi beruntunglah kepada sesiapa yang berjumpa dan mendapatkannya.. Walllahuallam
No comments:
Post a Comment