Saturday, September 20, 2008

taat

Dikisah pada zaman Nabi saw diceritakan seorang suami ingin berpermergian/musafir yang agak lama. Segala barang-barang keperluan telah tersedia dirumah dan sebelum pergi suami berpesan kepada isteri supaya jangan meninggalkan rumah. Setelah itu suami pun pergi. Tidak lama kemudian bapa isteri tadi sakit tenat dimana rumah bapanya adalah ditingkat bawah dan dia tinggal ditingkat atas. Isteri tersebut tidak pergi melawat bapanya. Lalu ia pesan kepada sahabat Nabi saw melalui tingkat supaya beritahu Nabi saw adakah ia boleh pergi mewat bapanya tanpa kebenaran suaminya. Maka diberitahu oleh Nabi saw supaya jangan pergi. Jadi ia tidak pergi. Tidak lama kemudian bapanya meninggal dunia dan sekali lagi dipesan kepada Nabi saw dan jawapannya sama dan sambil itu nabi bersabda bahawa bapanya adalah termasuk seorang ahli syurga kerana telah berjaya mendidik seorang anak yang solehah. Wallahuallam.
Posted by Picasa

No comments: