1. bawa alas tidur dan tidur disyaf ke4 kebawah sebab 3 syaf pertama jangan diganggu. tidur pun ibadah sebab sudah niat iktikaf.
2. padamkan lampu didalam dan hanya pasang lampu luar.
3. maka sebelum tidur tentukan sebelum letak alas tiada binatang seperti semut tiada dan jika ada biarkan ia beredar dan jangan dibunuh (sebab nak beribadah). dinasihatkan masa tidur pakai seluar.
4. maka ambil kedudukan tidur seperti orang mati.
5. maka baca alfatihah, ayat kursi 3x, 4x surah qul dengan tadah tangan dan dihembus ketangan tersebut dan dengan tangan kanan sapukan kemuka dan sapukan kedua-dua tangan keseluruh badan. ulang buat ini sebanyak 3x. lepas itu baca zikir fatimah subhanallah 33x, alhamdulillah 33x dan allahuakbar 34x.
6. niat bangun tahajud 3.30 atau 4 pagi. insyaallah terbangun.
7. bila bangun bersihkan diri dan berwuduk.
8. dalam suasana suram solat sunat wudhuk 2 rakaat, solat tahajjud, solat sunat taubat 8 rakaat,solat hajat dan lain-lain solat sunat.
9. bila sudah penat solat maka boleh lah berzikir, doa dan CARI jalan supaya dapat keluarkan air mata dengan cara ceritakan keburukan kita waktu dulu-dulu dan lain-lain, kerana setitik air keinsafan mampu menghindarkan kita dari api neraka.
10. dan jika malam tersebut berlaku lailatul qadar maka diberi petunjuk kepada kita. jika berlaku malam lailatu qadar malam itu maka bersyukurlah kepada Allah swt. semasa solat sunat lakukan secara bersendirian sahaja.
No comments:
Post a Comment