Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Tuesday, July 21, 2009
Bakhil
1. Bakhil adalah satu sifat yang tidak baik. Memang susah hendak menghilang sifat ini kerana sifat manusia suka kepada harta.
2. Walaubagaimanapun dengan ilmu dan usaha serta doa kita dapat mengurang atau menghilangkan sifat ini dengan memahami dan mengerti maksud bakhil tesebut. Begitu juga kita mungkin bakhil pada satu-satu perkara tapi pemurah pada perkara lain.
3. Oleh itu disini dinyatakan cara-cara membelanjakan harta yang ada moga-moga terhindar dari sifat bakhil.
4. ZAKAT. Ianya tertentu masa. Sebab bakhil ada yang tidak keluarkan zakat sedangkan ia wajib.
5. SEDEKAH. Ianya sunat. Boleh dikeluarkan bila-bila masa.
6. IMFAK. Ianya wajib untuk dibelanjakan kejalan Allah swt. Ianya tidak menentu masa.
7. HADIAH. Bila-bila masa boleh dilakukan.
8. TABARRUK. Pemberian secara sukarela seperti memberi makan berbuka puasa.
9. WAKAF. Mewakafkan harta kepada umum untuk kebaikan masyarakat.
10. ALHIBAHAH. Contoh seperti memberi kebenaran menggunakan kenderaan atau rumah digunakan tempat menuntut ilmu.
11. AL IARAH. Memberi pinjam sesuatu pun dikira satu dari cabang sedekah.
12. Contoh diatas adalah cara mengelak dari sifat bakhil. Ada yang wajib dan ada yang sunat dibelanjakan. Mungkin selama ini memang kita telah melakukan perkara-perkara diatas cuma mungkin terlepas pandang.
Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment