Dalam agama Islam, Mu'allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.
Penerimaan Zakat
- Diberi kerana mereka dianggap mempunyai kepimpinan didalam masyarakatnya agar kemudian harinya Islam dapat di dilihat dan diterima oleh golongan masyarakatnya.
Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di Malaysia
1. Berkhatan
Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.
2. Sebutan Saudara Baru
Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat.
3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga
Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah memeluk agama Islam.
No comments:
Post a Comment