Sunday, July 17, 2011

Rezeki

Syair Nasihat Imam Shafie
Cita -Cita Manusia
Semua Orang mempunyai Cita-cita, namun tidak semuanya ALLAH kabulkan cita-cita itu, Semua Orang pasti berkata tentang meraih harta dan kekayaan. Padahal ketakwaan kepada ALLAH merupakan sesuatu yang paling banyak faedahnya bagi dirinya.
Hujani aku dengan permata selonggok gunung dan banjiri aku dengan ketulan EMAS !!, Jika aku hidup, aku masih bole makan dan jika aku mati kubur tetap menantiku..
Tawakkal Dalam Mencari Rezeki
Ku serahkan penerimaan rezekiku hanya kepada ALLAH penciptaku, kerana aku yakin Dialah sebaik-baik pemberi rezeki. Apabila sesuatu telah ditakdirkan menjadi rezekiku, tak mungkin dia terlepas dariku meskipun dia berada didalam lautan.Kemana aku pergi, rezeki ALLAH pasti selalu mengunjungiku, walau aku tidak memintanya. Tidak mungkin ada kehidupan tanpa rezeki, sebab Dia telah membahagi-bahagikan rezeki.
"""" Renung-renungkan lah...sebagai pedoman hidup kita..""""

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: