Monday, June 16, 2014

Subhanallah! pasti anda akan menitis air mata jika membaca kisah ini.

Seorang budak kecil diamanahkan untuk
mengedar risalah dakwah kepada orang ramai.
Kanak-kanak yang berumur 7 tahun ini telah
berjaya membuatkan seorang wanita memeluk
Islam dengan hanya sekeping risalah sahaja.
Kisah ini amat menyentuh hati bagi sesiapa yang
membacanya. Kisah menarik ini bermula di mana
seorang makcik tua yang dikatakan hendak
membunuh diri memeluk Islam hanya kerana
dengan seorang budak kecil yang datang
kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati
kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada
kita semua. Insha Allah.
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan
solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang
berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di
kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-
jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang
lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam
dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa
menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu
menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak
kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih
kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya
dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk
apa?"
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar
menyampaikan risalah Allah."
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan
hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan
masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak
keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya
pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun
menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya
"Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-
sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar
anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh
kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah
tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan
memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah
"Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia
berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai
jika masih ada risalah di tangannya. Dia
berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu
namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak
terperosok di jalan itu dan mula mengatur
langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai
sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya
loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada
jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya
agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya
pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan
dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan
sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat
yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya
ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya
datang ini hanya hendak menyerahkan risalah
akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat
sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi
kamu" dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat
bermula, seperti biasa Imam memberikan
ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada
sesiapa nak menyatakan sesuatu"
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan
dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur
itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke
majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan
anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan
seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan
meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini"
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil
keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil
kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas
tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya
ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu
sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang
menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya
mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali
lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada
orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus
pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat
anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar
ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik,
maaf saya mengganggu, saya hanya ingin
menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik
dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-
kata yang paling indah yang saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca
risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan
tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya
diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak
perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang
yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan
yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat
alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari
ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang
datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan
berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang
masih kering. Ramai pula yang berteriak dan
bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar
lantas terus memeluk anaknya yang berada di
kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh
hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling
indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat
besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu
anugerah yang sekarang berada di dalam
pelukannya. Seorang anak yang seumpama
malaikat.
P/S – Subhanallah! pasti anda akan menitis air
mata jika membaca kisah ini. Walaupun pada
hakikatnya perbuatan budak itu mengedarkan
risalah seperti satu perkara yang biasa, namun ia
telah melakukan satu dakwah Islam kepada
semua orang. Malah tindakan budak itu juga
telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang
manusia. Indahnya Islam.

No comments: