Saturday, August 29, 2009

4 Perkara Dalam Ucapan Ulung Nabi saw Ketika Sampai Di Madinah


1. Nabi saw ketika mula-mula sampai ke Madinah ketika memberi ucapan tidaklah menjanjikan apa-apa keuntungan berbentuk peribadi atau untuk menonjolkan diri seperti kita. Jika kita bila dilantik kesatu jawatan dan diberi peluang bercakap misalnya akan berjanji bermacam-macam dan memperkenalkan slogan yang pada umumnya untuk kepentingan diri. Selepas kepentingan diri barulah orang lain atau kelompok. Itulah bezanya kita dengan Nabi saw. Antara 4 perkara tersebut ialah

2. Sebarkan salam. Perkara ini tidak perlukan modal tapi susah dilakukan.
3. Memberi makan. Ini memerlukan modal dan lagi susah dilakukan. Jika sekarang dibulan Ramadhan pun masih ada di surau/masjid yang masih kosong dalam jadual tidak ada orang yang memberi makan berbuka puasa.
4. Sambung silaturrahim. Ini pun sukar dilakukan juga kerana masih ada yang tidak bertegur sapa sesama umat islam apa lagi kerabat terdekat apalagi ibu bapa.
5. Melakukan solat malam. Ini hubungan dengan Allah swt pun lagi sukar dilakukan.

6. Jika semua diatas telah dilakukan dengan ikhlas maka mereka ini akan dimasukkan kedalam syurga dengan sejahtera.

Thursday, August 27, 2009

3 Muka

Apabila ke masjid atau surau mendengar kuliah 3 muka yang selalu dilihat. 1. Muka Penceramah-memang hendak mendengar kuliah tersebut. 2. Muka Jam- Jika kuliah agak panjang dan agak tidak menarik. 3. Muka Pintu- Ini mungkin tidak akan mendengar kuliah hingga tamat. Posted by Picasa

Tuesday, August 25, 2009

PENYAKIT KETAGIH KERJA


PENYAKIT KETAGIH KERJA

Ketagih kerja merupakan satu fenomena hidup yang popular di kalangan masyarakat dunia hari ini. Orang yang ketagih kerja samalah seperti orang yang ketagih arak dan dadah. Dia merasakan sesuatu tidak kena pada dirinya melainkan jika dia berada dalam suasana pekerjaannya, samada dia melakukan pekerjaan ataupun memikirkan tentang pekerjaan. Dia pergi ke tempat kerjanya lebih awal daripada pekerja-pekerja lain dan dia pulang paling lewat. Dia biasa pergi ke pejabatnya pada waktu malam untuk menyiapkan kerjanya. Dia juga biasa membawa pulang fail-fail pejabat ke rumah untuk disiapkan Sebelum menjelang waktu kerja pagi esoknya. Dia memberus gigi sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia bersarapan sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia memandu kereta sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia berjalan sambil memikirkan tentang kerjanya. Walaupun kebanyakan daripada masa sudah dihabiskan untuk kerja namun, dia masih merasakan masih ada kerja yang belum diselesaikannya. Dia masih juga mecari peluang untuk membuat kerjanya.

Orang ini melakukan kerjanya dengan cermat. Begitu yang dikehendakinya daripada pekerja-pekerja di bawahnya. Dia membuat kerjanya dengan teliti. Dia juga mengawasi kerja orang lain supaya mereka juga membuatnya dengan teliti. Dia tidak dapat menerima sebarang kesilapan, walaupun kesilapan itu kecil pada pandangan orang lain. Dia mahu kerja dilakukan dengan tepat, kemas dan sempurna.

Semua masa dan kesempatan digunakannya untuk kerja. Dia tidak ada masa untuk kegiatan yang tidak bersangkutan dengan kerjanya. Dia jarang mengambil peluang untuk menghadiri majlis perkahwinan dan kematian yang diadakan dalam masyarakat sekalipun melibatkan keluarga yang terdekat. Dia juga tidak berkesempatan untuk menghantarkan anaknya yang sakit ke klinik, apalagi mahu membawa keluarganya bersiar-siar. Semuanya diuruskan oleh isterinya. Urusan rumahtangga adalah urusan isteri. Dia pula bertanggungjawab ke atas tugas menyara kehidupan keluarga. Bila tugas utama dilakukannya dengan baik dan sempurna maka perkara-perkara lain yang kurang utama boleh dilakukan oleh orang lain. Dia tidak Perlu lagi diganggu dengan perkara yang tidak penting.

Prinsip hidup orang ini ialah “Pekerjaan diutamakan!”. Orang sakit boleh sampai ke hospital tanpa campur-tangannya. Orang mati boleh bersemadi di dalam tanah tanpa campur-tangannya. Orang yang mahu berkahwin b oleh menghadap Qaddi tanpa campur-tangannya. Anak isteri boleh meneruskan kehidupan mereka dengan segala kemudahan yang disediakannya, tidak perlu lagi merenget kepadanya. Tetapi, pekerjaannya tidak boleh menjadi sempurna tanpa penglibatan dirinya. Sentuhan ajaibnya penting bagi menjamin urusan pekerjaan berjalan dengan lancar. Di tempat kerja itu dia adalah umpama jantung yang mengepam darah ke seluruh anggota tenaga kerjanya. Jika dia tidak berfungsi maka semua anggota akan menjadi lumpuh. Oleh sebab anggota kerjanya tidak boleh berfungsi dengan baik jika dia tidak hadir, sebaliknya masyarakat boleh terus bergerak tanpa kehadirannya, oleh itu wajar baginya menumpukan sepenuh perhatian kepada pekerjaan dan dia tidak perlu melibatkan dirinya dengan aktiviti masyarakat.

Orang ini tidak memperdulikan pandangan jiran dan masyarakat terhadap dirinya. Mereka boleh berkata apa sahaja, yang penting dia mempunyai kesedaran bahawa dia tidak merosakkan dan menyusahkan sesiapa. Walaupun dia tidak menyertai aktiviti masyarakat namun, dia tidak menghalang anak isterinya berubat demikian. Jadi, baginya tidak ada apa yang kurang dan membolehkan masyarakat menuntut sesuatu daripadanya. Soal sebahagian anggota masyarakat mencemuh dan beranggapan yang tidak baik terhadap dirinya itu adalah soal remeh-temeh yang tidak perlu diberi perhatian. Keadaan yang sama juga berlaku antara orang ini pekerja-pekerja bawahannya. Dia tidak menghiraukan anggapan dan tohmahan mereka. Mereka boleh mengatakan apa sahaja mengenainya. Mereka boleh meletakkan gelaran apa sahaja kepadanya. Dia tidak berasa tersinggung. Padanya sudah menjadi perkara biasa bagi orang yang menjalankan pekerjaan yang baik menerima tentangan daripada setengah pihak. Perkara yang penting adalah mereka yang tidak menyukainya tidak menemui kesalahannya. Dia tidak sensitive terhadap ahli masyarakat dan ahli tempat kerja. Tetapi, dia sangat sensitif terhadap tiga orang, iaitu ketuanya, isterinya dan anaknya. Dia mudah tersinggung jika ketuanya mengkritik pekerjaannya yang telah dibuatnya dengan sebaik mungkin. Dia mudah melenting jika isterinya mengingatkannya tentang soal urusan rumahtangga dan jiran mereka. Dia mudah meradang jika anaknya tidak mendengar cakapnya.

Orang yang menghidapi penyakit ketagih kerja biasanya dapat menikmati kejayaan dalam kerjayanya bagi satu tempoh. Tidak dapat dipastikan berapa lama dia boleh bertahan dengan kejayaan tersebut. Tetapi, yang pasti dia akan sampai kepada had maksimum kejayaannya kemudian keupayaannya akan menjunam turun. Dia telah menambahkan penggunaan kuasanya dari hari ke hari, bertahan-tahun lamanya, sehingga sampai kepada peringkat kilang pengeluaran kuasanya tidak mampu membekalkan kuasa yang diperlukannya. Dia terus memaksa jentera kilangnya supaya terus meningkatkan bekalan kuasa. Pada satu peringkat dia menyangka keupayaannya menurun. Sebenarnya dia sentiasa meningkat sehingga dia sampai kepada had maksimum. Pada had maksimum itu dia bertahan, tidak meningkat, lalu dia menyangkakan itu sebagai tanda kemerosotan. Orang yang tidak sedar bahawa dia telah sampai kepada had maksimum keupayaannya, masih juga memaksa jenteranya mengeluarkan kuasa yang lebih, maka orang ini akan menemui mala petaka yang besar. Ibaratnya orang yang tidak yang dia sudah berada di puncak bukit dan dia terus juga menekan minyaknya, dia enggan menekan brek, maka dia akan meluncur turun dengan lajunya lalu terjun ke dalam gaung. Kita boleh temui orang-orang yang sedemikian di dalam berbagai-bagai golongan masyarakat. Seorang seniman pada zaman kegemilangannya berjaya menghasilkan karya yang bermutu tetapi dia sampai kepada tahap memaksa dirinya melakukan lebih daripada kemampuannya, dia tidak lagi mampu menghasilkan karya bermutu. Seorang pemimpin yang asalnya berkarismatik, apabila sampai kepada peringkat memaksa dirinya agar lebih berkarismatik, dia akan berubah menjadi seorang badut. Seorang ahli perniagaan yang tidak tahu mengubah haluan apabila dia sampai ke penghujung bidangnya akan membawa kejatuhan kepada empayarnya. Seorang pelajar yang memaksa dirinya agar belajar lebih daripada kemampuannya akhirnya terperangkap untuk membaca ayat yang sama berulang-ulang dan dia tidak berdaya untuk berpindah kepada ayat yang lain.

Sesiapa sahaja yang sampai kepada benteng kebuntuan hendaklah membuat kaji-selidik mengenai dirinya. Orang yang mengikuti kedegilan nafsunya dengan merempuh benteng kebuntuan itu akan tercampak ke dalam dimensi lain yang tidak ada kenyataan di dalamnya. Apa yang ada hanyalah kekeliruan. Orang sesat di dalam kekeliruan akan lebih sukar untuk kembali ke alam nyata. Tidak sedikit bilangan manusia yang sesat di dalam alam kekeliruan dan tidak dapat kembali ke alam nyata, kesudahannya mereka bermastautin di hospital sakit jiwa. Jadi, janganlah cuba-cuba menembusi benteng kebuntuan itu, sekalipun anda seorang yang berpendidikan tinggi dan berilmu banyak kerana segala sesuatu mempunyai hadnya termasuklah ilmu anda.

Benteng kebuntuan adalah isyarat supaya anda berehat, bertenang dan mengosongkan fikiran anda daripada bahan-bahan berkaitan pekerjaan. Anda perlu mengambil cuti dan memisahkan secara menyeluruh dengan pekerjaan anda buat seketika. Anda mesti berhadapan dengan salah satu daripada dua jenis kebimbangan. Pertama, anda keberatan untuk pergi jauh dari tempat kerja anda mungkin kerana anda bimbang jika anda tidak ada pekerja-pekerja lain tidak dapat mengeluarkan hasil sebagaimana ketika anda ada. Kemungkinan yang kedua ialah anda bimbang jika semasa ketiadaan anda ada pekerja di bawah anda mampu menghasilkan kerja yang lebih baik daripada apa yang anda dapat hasilkan, dan dengan demikian imej anda dan kedudukan anda tergugat. Walau jenis apa daripada dua jenis kebimbangan ini, ia akan menguasai anda dan menjadi racun yang boleh membunuh anda jika anda enggan melepaskannya.

Sekiranya anda bimbang dengan ketiadaan anda (kebimbangan pertama), kerja tidak dapat berjalan dengan baik, maka anda pergilah melawat Makam Pahlawan. Di sana anda boleh bertafakur mengambil iktibar. Di Makam Pahlawan itu bersemadi jasad tiga orang bekas Perdana Menteri negara. Semasa era Perdana Menteri Pertama rakyat umum berasa bimbang dan kurang yakin ada orang lain yang dapat mengambil alih jawatan tersebut dan menjalankan tugas sebaliknya. Bila Perdana Menteri Pertama mengundur diri jawatan tersebut diambil alih oleh orang lain di tengah-tengah kebimbangan dan ketidakyakinan rakyat umum. Perdana Menteri kedua membuktikan kebimbangan rakyat tidak berasas. Pembangunan negara terus berkembang sehingga menimbulkan kekaguman rakyat. Kekaguman itu sekali lagi melahirkan kebimbangan pada rakyat. Rakyat bimbang Perdana Menteri ketiga tidak mampu meneruskan arus pembangunan yang sedang pesat mengalir. Perdana Menteri ketiga membuktikan ketegasan dan disiplinnya mampu meneruskan perjuangan yang ditinggalkan dua orang Perdana Menteri sebelumnya. Kemudian Perdana Menteri keempat mengambil alih jawatan yang paling penting di dalam negara itu. Beliau telah berjaya membawa perubahan besar kepada negara dalam banyak segi sehingga negara dikenali di seluruh dunia. Hal demikian menyebabkan ada sebahagian rakyat berasa bimbang dan menggertak diri mereka sendiri apakah yang akan terjadi bila tiba masanya Perdana Menteri yang sangat berwawasan ini mengundurkan diri. Apakah penggantinya mampu merealisasikan wawasan yang diasaskannya? Rakyat terus dihantui oleh kebimbangan demi kebimbangan. Tetapi, bertafakur di Makam Pahlawan membuat kita yakin bahawa negara tidak akan berhenti melahirkan pahlawan-paahlawan yang akan mengharumnkan nama negara ke seluruh dunia. Mungkin satu hari nanti lahir pahlawan-pahlawan yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, membawa negara mengatasi Jepun dalam bidang teknologi, membawa negara menjadi satu kuasa besar dan lain-lain.

Kebimbangan yang kedua ialah anda takut kedudukan anda tergugat jika orang lain mampu menjalankan tugas anda. Mungkin kebanyakan orang menganggap kebimbangan begini sebagai satu perkara kecil yang tidak memberi kesan kepada kehidupan manusia. Jika kita kaji perjalanan sejarah dunia kita akan dapati kebimbangan yang dianggap kecil ini telah banyak merosakkan kehidupan manusia dan mengubah perjalanan sejarah. Ramai bos yang tidak memberi kesempatan kepada pegawai-pegawainya yang berpotensi kerana takut kedudukannya terancam. Ramai pemain bola sepak veteran sengaja memisahkan pemain baharu ketika latihan agar bakat pemain baharu itu tidak terserlah. Kebimbangan yang demikian juga membuat seorang raja menghalau adiknya dari negerinya atau memenjarakan adiknya itu agar tidak ada orang yang layak menggugat takhtanya. Kebimbangan yang seperti ini juga membuat pemimpin politik ‘menutup pintu’ kepada tokoh-tokoh politik yang boleh mencabar kedudukannya.

Kebimbangan yang nampaknya kecil ini sebenarnya adalah satu tenaga yang kuat dan sukar dikalahkan. Samalah seperti anak kecil yang takutkan hantu. Walau semua orang mengatakan hantu tidak wujud namun, anak kecil itu tetap takutkan hantu kerana hantu benar-benar wujud dalam khayalan dan fikirannya. Fikiran orang dewasa juga boleh diganggu oleh hantu dalam bentuk takut dan bimbangkan masa depan. Ketakutan dan kebimbangan seperti ini benar-benar wujud dalam diri seseorang itu, sama seperti penyakit barah yang mengenai tubuh badan. Apa yang penting bagi orang yang berkenaan ialah dia perlu menerima hakikat penyakitnya itu, sebagaimana pesakit barah menerima hakikat penyakitnya. Dia tidak perlu berasa malu untuk berubat demikian, sebagaimana pesakit barah tidak malu memberitahu doktor tentang penyakitnya. Jika seseorang itu berjaya mengakui dirinya berpenyakit bermakna dia sudah berjaya mengubati separuh daripada penyakit itu. Proses yang seterusnya adalah lebih mudah.

Sebaiknya orang yang menghidapi penyakit begini perlu menemui pakar psikologi dan menjalani rawatan psychotherapy. Pakar psikologi membantu pesakit menyelam ke dalam lautan sejarah hidupnya dan mencari serta mengenal-pasti punca-punca, gejala-gejala atau kejadian-kejadian yang telah mempengaruhi dan menguasai pesakit sehingga terbentuk sifat-sifat yang merosakkan dirinya sendiri. Pesakit dibawa melihat bagaimana kejadian yang sekian lama berlaku dahulu dapat mempengaruhi hidupnya. Pesakit juga dibawa memahami bagaimana dia telah membiarkan Kejadian menguasai dirinya dan bukan dia yang menguasai kejadian yang menimpanya. Pesakit diberikan kesedaran tentang apa yang akan terjadi apabila dia melepaskan kawalan terhadap dirinya dan tanpa disedarinya dia telah membiarkan dirinya ‘dirasuk’ oleh anasir luar yang dibawa oleh kejadian yang mengenainya. Bila dia dirasuk dia kehilangan sifatnya yang asli dan mengambil sifat yang terhasil daripada kejadian yang merasuknya itu sebagai sifatnya sendiri. Dia tidak sedar yang dia sudah menjadi tunggangan anasir kejadian yang menimpanya.

Kejadian yang berlaku semasa kanak-kanak banyak mempengaruhi dan menguasai seseorang dan membentuk peribadi yang dibawa sehingga mati. Misalnya, seorang ahli yang berjaya dalam kerjayanya, apabila ditanya bagaimana dia boleh berminat menjadi seorang politikus, dia mengeluarkan sekeping gambar hitam-putih yang dikerat dari suratkhabar yang telah lusuh. Gambar itu menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang bersalaman dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ahli politik itu memberitahu bahawa kanak-kanak dalam gambar itu ialah dirinya sendiri ketika berumur enam tahun. Tangannya pernah sekali bersalaman dengan Perdana Menteri. Mereka bersalam hanya beberapa saat sahaja namun, salaman ajaib itu telah memahatkan cita-cita dan azamnya untuk menjadi seorang ahli politik, macam Tunku Abdul Rahman. Dia tidak berganjak daripada cita-citanya yang tercipta daripada sentuhan Perdana Menteri itu.

Petikan dari artikel dari: http://tamansufi.tripod.com/peny04d05.html

Saturday, August 22, 2009

Bersedekah menurut Al Quran


1. Sedekah digandakan pahala.
2. Sedekah menghapuskan dosa.
3. Sedekah untuk diri sendiri.
4. Sedekah meninggikan darjat.
5. Orang sedekah merasa aman di hari kiamat.
6. Orang bersedekah mendapat kebaikan yang banyak.
7. Allah swt menambah pahala bagi yang bersedekah.
8. Allah swt memberi ganti bagi yang bersedekah.
9. Sedekah menghilangkan sifat sombong.
10. Sedekah mendatangkan rezeki.
11. Sedekah amalan para sahabat.
12. Sedekah memudahkan jalan ke syurga.

Monday, August 17, 2009

How Big is the Universe?


The current, observable universe has been determined to have a width of 156 billion light years, with an error of less than 1%, by the latest deep-space telescope WMAP. At first, it might seem impossible that scientists are so sure of this astronomical measurement, but this figure has been narrowed by years of research and determined by several paths of inquiry. Also, the size of the universe is intimately dependent on its shape, age, acceleration, and total mass, so we are very confident in this figure.

In 2003, the Wilkinson Microwave Anisotropy Probe sent back enough data for scientists to publish extremely dependable studies that established two previously unknown facts about the universe. They determined our universe is flat, which means standard Euclidean geometry is valid on the largest scale. This can be understood by saying a straight line more or less stays a straight line for as long as it extends. They also established that the universe is accelerating at an ever-increasing rate, which means that all mass is flying
away from each other at faster and faster speeds. The WMAP data measured the temperature, called the cosmic microwave background radiation, of our observable universe with an unprecedented accuracy, to within a 5% error. From these facts, we can deduce figures such as the radius of the universe.

Remember that the size of the universe is not a constant value, nor is it the size of an object as we traditionally understand it. The size of the universe is actually the size of space itself, and as space expands, so does the space between planets, stars, and galaxies. At the beginning of the universe, the Big Bang created space and time as we know them. From that moment, space has been expanding, so we find its size by measuring how far light could have traveled since the Big Bang, along with how much space itself stretched.

We can only possibly look or communicate up to the edge, or "horizon," of where light has traveled since the beginning of the universe. The size of the universe means the space in which we can interact with anything. We will never ever know what is "beyond" this boundary, because there is no way to know anything about it, so it's illogical to consider the realm "outside" of our universe, or to wonder what we are expanding "into."

An independent measure of the size of our universe can be given by studying the oldest stars. The oldest stars we have found are probably somewhere between 11 and 14 billion light years old. If we had stars older than the largest distance light could have traveled, then we'd know there was something wrong with our calculations; there would not be enough time for them to evolve. However, these values are consistent with everything else we know about theuniverse.

Dari http://www.wisegeek.com/how-big-is-the-universe.htm

Thursday, August 6, 2009

Kenapa AlQuran Mukjizat

1. AlQuran sebagai mukjizat kerana ia dijaga oleh Allah swt sehingga hari kiamat.
2. Ia berbeza dengan kitab lain seperti Zabur tidak dijaga sebab hukumnya tidak dipraktikkan hingga hari kiamat. Tapi kita wajib mempercayainya kuwujudannya.
3. AlQuran perlu dibaca dan diamal kerana dihari akhirat ia menjadi hujah.
4. Pernah Ayat AlQuran disaran diubah isi kandungan oleh Yahudi di Universiti Al Azhar dan di negara Arab Saudi supaya ayat jihat dan kejahatan Yahudi/Israel ditiadakan. Kadang-kadang kita umat Islam sendiri pun terpengaruh apabila mengatakan sesetengah umat Islam sebagai terorist.
5. AlQuran tidak boleh syak, ragu dan apa lagi mengatakan ianya ada cacat dan kelemahan. Perkara ini pernah berlaku di negara Mesir bila ada bekas menterinya yang beragama Islam merasa angkuh dengan mengatakan dari segi bahasa AlQuran ada cacatnya. Ini kerana menteri tersebut seorang ahli bahasa dan ahli syair.

Wednesday, August 5, 2009

4 Mereka Yang Diberi Syafaat Di Akhirat

1. Nabi/Rasul. Nabi Muhammad saw yang pertama diizinkan oleh Allah swt dan yang pertama diperkenankan.
2. Alim Ulama. Sebelum mereka memasukki syurga, Allah swt menyekat mereka dengan mengarahkan supaya mencari dahulu orang-orang yang mencari atau belajar ilmu dengannya untuk sama-sama masuk kesyurga.
3. Fakir Miskin. Orang kaya yang membantu orang miskin dan diakhirat nanti orang kaya tersebut akan mendapat manafaat dari orang miskin tersebut.
4. Para syuhadah(syahid).
5. Hafaz Al Quran. Faham dan mengamalkan isi kandungannya serta hukum hakamnya.

Tuesday, August 4, 2009

Kursi Allah swt

1. Ada ulama menafsirkan Kursi Allah swt itu ialah Ilmu Allah swt yang mana Allah swt tidak berat menjaga alam-alam miliknya.

Monday, August 3, 2009

4 Perkara Di Minta Dalam Doa

1. Kaya dengan ilmu
2. Hiasi diri dengan sifat sabar.
3. Mulia dengan takwa.
4. Cantikkan dengan kesihatan.

Saturday, August 1, 2009

5 Golongan yang boleh dilaknat

1. Orang kafir yang memusuhi Islam.
2. Orang zalim.
3. Orang fasik (orang Islam yang melakukan perbuatan seperti mencuri, mengenakan pakaian lelaki bagi perempuan dan sebaliknya).
4. Pelindung dan pembuat bidaah.
5. Binatang yang memudaratkan seperti kala jengking kerana orang yang sedang bersolat pun dia sengat.

3 Perkara Di Tegah Laknat

1. Binatang seperti ayam.
2. Orang beriman ( dosanya seperti membunuhnya)
3. Benda/makhluk tidak bernyawa seperti angin.

Wednesday, July 29, 2009

Mualaf


Dalam agama Islam, Mu'allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.

Penerimaan Zakat

  1. Diberi kerana mereka dianggap mempunyai kepimpinan didalam masyarakatnya agar kemudian harinya Islam dapat di dilihat dan diterima oleh golongan masyarakatnya.

Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di Malaysia

1. Berkhatan

Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.

2. Sebutan Saudara Baru

Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat.

3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga

Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah memeluk agama Islam.


Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Nota: Selama ini pemahaman umat Islam di Malaysia amat melencong dari makna mualaf tersebut. Mungkin pemahaman ini tidak berlaku di institusi agama yang bertanggungjawab mengeluarkan zakat tapi kita sebagai orang awam sebaliknya. Kadang-kadang pengagihan zakat kepada umat Islam sendiri belum selesai kerana wang zakat banyak tersimpan tidak habis dibelanjakan, apalagi jika hendak diagihkan kepada mualaf yang belum Islam. Sepatutnya wang zakat mesti dihabiskan bukan disimpan.

Sunday, July 26, 2009

2 Penyakit Bila Umur Meningkat


1. Penyakit pertama ialah badan makin lama makin lemah.
2. Hati tetap rasa muda dan cinta dunia. Dalam cinta dunia ini pula ada 2 perkara. Walaupun sudah berumur tua tapi ingin hidup lama. Lagi pula amat cinta ia akan harta dimana sebagai contohnya dibelinya tanah dan lain-lain sedangkan untuk simpanan diakhirat diabaikan.

Saturday, July 25, 2009

Umpat


1. Pernahkah kita mendengar ada orang mengumpat. Biasanya seseorang akan memperkatakan sesuatu kepada orang lain tentang perkara yang ia tidak suka dibelakangnya. Itulah dikatakan mengumpat.
2. Tetapi pernahkah pula kita mendengar seseorang yang mengumpat kepada Allah swt. Maksud mengumpat disini ialah seperti dengan berkata atau mengadu pada seseorang atau kawan dengan mengatakan saya telah berdoa kepada kepada Allah swt setiap hari tapi doa saya masih tidak dimakbulkan. Jadi umpat kepada Allah swt boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa disedari.
3. Jadi untuk mengelak perkara ini dari berlaku hendaknya biasakan mengadu pada Allah swt secara terus seperti dengan mengaku kita memang banyak buat dosa itu dan dosa ini. Walaupun saya banyak buat dosa tapi Ya Allah tolonglah perkenankan doa hamba ini.
4. Dengan mengaku berdosa dan minta ampun insyallah dimakbulkan doa kita.

Thursday, July 23, 2009

1Pokok Syurga


1. Semasa Israk dan Mikraj ketika Nabi saw hendak pulang dan melalui tingkat ke tujuh maka Baginda bertemu dengan Nabi Ibrahim as. Berkata Nabi Ibrahim as kepada Nabi saw dan supaya berpesan kepada umat Nabi saw dengan menanam tumbuhan didalam syurga. Maksud menanam disini ialah dengan sentiasa menyebut: Subhanallahiwalhamdulillahiwalaailaahaillallahuallahuakbarwalahaulawalakuwwataillabillah.
2. Nescaya dengan SEKALI menyebutnya akan dikurniakan SATU pokok disyurga.
3. Cuba bayangkan setiap kali menyebut kalimat tersebut mendapat 1pokok syurga. Itu belum lagi amalan-amalan lain yang juga berlipat ganda ganjarannya.

Wednesday, July 22, 2009

KEDAHSYATAN SEDEKAH



Bahan dari email



KEDAHSYATAN SEDEKAH


Assalamualaikum Wr Wb


Bismillahirohmanirr ohiim


Berkat rahmat Allah Yang Mahakuasa, saya dipertemukan dengan hamba-Nya yang satu ini. Beliau adalah seorang leader yang selalu mengayomi, memberikan bimbingan, semangat, inspirasi, ide dan gagasan segar. Beliau seorang pemimpin yang mampu menggerakkan ratusan hingga ribuan anak buahnya. Beliau seorang guru yang memiliki lautan ilmu, yang selalu siap ditimba oleh anak-anaknya dan bagai tiada pernah habis.

Saat ini beliau memiliki berbagai macam bidang usaha, di antaranya sebagai supplier dan distribusi alat dan produk kesehatan, puluhan hektar tambak, puluhan hektar ladang, berpuluh rumah kos, ruko, stand penjualan di mall, apartemen dan lain-lain. Pernah saya mencoba menghitung, penghasilan beliau bisa mencapai Rp 1 Milyar per bulannya. Sebuah pencapaian luar biasa bagi saya dan kebanyakan orang lain.

Pertemuan antara saya dan beliau yang saya ceritakan di bawah ini terjadi beberapa tahun yang lalu, di saat penghasilan beliau masih berkisar Rp 200 juta per bulan. Bagi saya, angka ini pun sudah bukan main dahsyatnya. Sengaja saya tidak menyebutkan namanya, karena cerita ini saya publish belum mendapatkan ijin dari beliau. Kita ambil wisdomnya saja ya.

Suatu hari, terjadilah dialog antara saya dengan beliau di serambi sebuah hotel di Bandung . Saya ingat, beliau berpesan bahwa beliau senang ditanya. Kalau ditanya, maka akan dijelaskan panjang lebar. Tapi kalau kita diam, maka beliau pun akan "tidur". Jadilah saya berpikir untuk selalu mengajaknya ngobrol. Bertanya apa saja yang bisa saya tanyakan.

Sampai akhirnya saya bertanya secara asal, "Pak, Anda saat ini kan bisa dibilang sukses. Paling tidak, lebih sukses daripada orang lain. Lalu menurut Anda, apa yang menjadi rahasia kesuksesan Anda?"

Tak dinyana beliau menjawab pertanyaan ini dengan serius.

" Ada empat hal yang harus Anda perhatikan," begitu beliau memulai penjelasannya.


RAHASIA PERTAMA

"Pertama. Jangan lupakan orang tuamu, khususnya ibumu. Karena ibu adalah orang yang melahirkan kita ke muka bumi ini. Mulai dari mengandung 9 bulan lebih, itu sangat berat. Ibu melahirkan kita dengan susah payah, sakit sekali, nyawa taruhannya. Surga di bawah telapak kaki ibu. Ibu bagaikan pengeran katon (Tuhan yang kelihatan).

Banyak orang sekarang yang salah. Para guru dan kyai dicium tangannya, sementara kepada ibunya tidak pernah. Para guru dan kyai dipuja dan dielukan, diberi sumbangan materi jutaan rupiah, dibuatkan rumah; namun ibunya sendiri di rumah dibiarkan atau diberi materi tapi sedikit sekali. Banyak orang yang memberangkatkan haji guru atau kyainya, padahal ibunya sendiri belum dihajikan. Itu terbalik.


Pesan Nabi : Ibumu, ibumu, ibumu... baru kemudian ayahmu dan gurumu.
Ridho Allah tergantung pada ridho kedua orang tua. Kumpulkan seribu ulama untuk berdoa. Maka doa ibumu jauh lebih mustajabah."


Beliau mengambil napas sejenak.

RAHASIA KEDUA

"Kemudian yang kedua," beliau melanjutkan.
"Banyaklah memberi. Banyaklah bersedekah. Allah berjanji membalas setiap uang yang kita keluarkan itu dengan berlipat ganda. Sedekah mampu mengalahkan angin. Sedekah bisa mengalahkan besi. Sedekah membersihkan harta dan hati kita. Sedekah melepaskan kita dari marabahaya. Allah mungkin membalas sedekah kita dengan rejeki yang banyak, kesehatan, terhindarkan kita dari bahaya, keluarga yang baik, ilmu, kesempatan, dan lain-lain.

Jangan sepelekan bila ada pengemis datang meminta-minta kepadamu. Karena saat itulah sebenarnya Anda dibukakan pintu rejeki. Beri pengemis itu dengan pemberian yang baik dan sikap yang baik. Kalau punya uang kertas, lebih baik memberinya dengan uang kertas, bukan uang logam. Pilihkan lembar uang kertas yang masih bagus, bukan yang sudah lecek. Pegang dengan dua tangan, lalu ulurkan dengan sikap hormat kalau perlu sambil menunduk (menghormat) . Pengemis yang Anda beri dengan cara seperti itu, akan terketuk hatinya, 'Belum pernah ada orang yang memberi dan menghargaiku seperti ini.' Maka terucap atau tidak, dia akan mendoakan Anda dengan kelimpahan rejeki, kesehatan dan kebahagiaan.

Banyak orang yang keliru dengan menolak pengemis yang mendatanginya, bahkan ada pula yang menghardiknya. Perbuatan itu sama saja dengan menutup pintu rejekinya sendiri.

Dalam kesempatan lain, ketika saya berjalan-jalan dengan beliau, beliau jelas mempraktekkan apa yang diucapkannya itu. Memberi pengemis dengan selembar uang ribuan yang masih bagus dan memberikannya dengan dua tangan sambil sedikit membungkuk hormat. Saya lihat pengemis itu memang berbinar dan betapa berterima kasihnya.


RAHASIA KETIGA

"Allah berjanji memberikan rejeki kepada kita dari jalan yang tidak disangka-sangka, " begitu beliau mengawali penjelasannya untuk rahasia ketiganya. "Tapi sedikit orang yang tahu, bagaimana caranya supaya itu cepat terjadi? Kebanyakan orang hanya menunggu. Padahal itu ada jalannya."

"Benar di Al Quran ada satu ayat yang kira-kira artinya : Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya diadakan-Nya jalan keluar baginya dan memberinya rejeki dari jalan/pintu yang tidak diduga-duga" , saya menimpali (QS Ath Thalaq 2-3).

"Nah, ingin tahu caranya bagaimana agar kita mendapatkan rejeki yang tidak diduga-duga? ," tanya beliau.

"Ya, bagaimana caranya?" jawab saya. Saya pikir cukup dengan bertaqwa, menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, maka Allah akan mengirim rejeki itu datang untuk kita.

"Banyaklah menolong orang. Kalau ada orang yang butuh pertolongan, kalau ketemu orang yang kesulitan, langsung Anda bantu!" jawaban beliau ini membuat saya berpikir keras. "Saat seperti itulah, Anda menjadi rejeki yang tidak disangka-sangka bagi orang itu. Maka tentu balasannya adalah Allah akan memberikan kepadamu rejeki yang tidak disangka-sangka pula."


"Walau pun itu orang kaya?" tanya saya.

"Ya, walau itu orang kaya, suatu saat dia pun butuh bantuan. Mungkin dompetnya hilang, mungkin ban mobilnya bocor, atau apa saja. Maka jika Anda temui itu dan Anda bisa menolongnya, segera bantulah."

"Walau itu orang yang berpura-pura? Sekarang kan banyak orang jalan kaki, datang ke rumah kita, pura-pura minta sumbangan rumah ibadah, atau pura-pura belum makan, tapi ternyata cuma bohongan. Sumbangan yang katanya untuk rumah ibadah, sebenarnya dia makan sendiri," saya bertanya lagi.

"Ya walau orang itu cuma berpura-pura seperti itu," jawab beliau. "Kalau Anda tanya, sebenarnya dia pun tidak suka melakukan kebohongan itu. Dia itu sudah frustasi karena tidak bisa bekerja atau tidak punya pekerjaan yang benar. Dia itu butuh makan, namun sudah buntu pikirannya. Akhirnya itulah yang bisa dia lakukan. Soal itu nanti, serahkan pada Allah. Allah yang menghakimi perbuatannya, dan Allah yang membalas niat dan pemberian Anda."


RAHASIA KEEMPAT

Wah, makin menarik, nih.
Saya manggut-manggut. Sebenarnya saya tidak menyangka kalau pertanyaan asal-asalan saya tadi berbuah jawaban yang begitu serius dan panjang. Sekarang tinggal satu rahasia lagi, dari empat rahasia seperti yang dikatakan beliau sebelumnya.

"Yang keempat nih, Mas," beliau memulai. "Jangan mempermainkan wanita".

Hm... ini membuat saya berpikir keras. Apa maksudnya. Apakah kita membuat janji dengan teman wanita, lalu tidak kita tepati? Atau jangan biarkan wanita menunggu? Seperti di film-film saja.

"Maksudnya begini. Anda kan punya istri, atau suami. Itu adalah pasangan hidup Anda, baik di saat susah maupun senang. Ketika Anda pergi meninggalkan rumah untuk mencari nafkah, dia di rumah menunggu dan berdoa untuk keselamatan dan kesuksesan Anda. Dia ikut besama Anda di kala Anda susah, penghasilan yang pas-pasan, makan dan pakaian seadanya, dia mendampingi Anda dan mendukung segala usaha Anda untuk berhasil."

"Lalu?" saya tak sabar untuk tahu kelanjutan maksudnya.

"Banyak orang yang kemudian ketika sukses, uangnya banyak, punya jabatan, lalu menikah lagi. Atau mulai bermain wanita (atau bermain pria, bagi yang perempuan). Baik menikah lagi secara terang-terangan, apalagi diam-diam, itu menyakiti hati pasangan hidup Anda. Ingat, pasangan hidup yang dulu mendampingi Anda di kala susah, mendukung dan berdoa untuk kesuksesan Anda. Namun ketika Anda mendapatkan sukses itu, Anda meninggalkannya. Atau Anda menduakannya. "


Oh... pelajaran monogami nih, pikir saya dalam hati.

"Banyak orang yang lupa hal itu. Begitu sudah jadi orang besar, uangnya banyak, lalu cari istri lagi. Menikah lagi. Rumah tangganya jadi kacau. Ketika merasa ditinggalkan, pasangan hidupnya menjadi tidak rela. Akhirnya uangnya habis untuk biaya sana-sini. Banyak orang yang jatuh karena hal seperti ini. Dia lupa bahwa pasangan hidupnya itu sebenarnya ikut punya andil dalam kesuksesan dirinya," beliau melanjutkan.

Hal ini saya buktikan sendiri, setiap saya datang ke rumahnya yang di Waru Sidoarjo, saya menjumpai beliau punya 1 istri, 2 anak laki-laki dan 1 anak perempuan.

Perbincangan ini ditutup ketika kemudian ada tamu yang datang....


KEDAHSYATAN SEDEKAH


Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatgandakan rezeki; sebutir benih menumbuhkan tujuh bulir, yang pada tiap-tiap bulir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat. Masya Allah!

Sahabat, betapa dahsyatnya sedekah yang dikeluarkan di jalan Allah yang disertai dengan hati ikhlas, sampai-sampai Rasul sendiri membuat perbandingan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah pun menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat terheran-heran akan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya, 'Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari pada gunung?'.

Allah menjawab, ' Ada , yaitu besi'.

Para malaikat pun kembali bertanya, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari besi?'.

Allah menjawab, ' Ada , yaitu api'.

Bertanya kembali para malaikat, 'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari api?'.

Allah menjawab, ' Ada , yaitu air'.

'Ya Rabbi adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat dari air?' tanya para malaikat.

Allah pun menjawab, ' Ada , yaitu angin'.

Akhirnya para malaikat bertanya lagi, 'Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dari semua itu?'.

Allah yang Mahakaya menjawab, ' Ada , yaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya' ."


Subhanallah. ...


.







__._,_.___
Give Back
Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar
Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups
Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___


Share your memories online with anyone you want anyone you want.

check out the rest of the Windows Live™. More than mail–Windows Live™ goes way beyond your inbox. More than messages

Tuesday, July 21, 2009

Bakhil


1. Bakhil adalah satu sifat yang tidak baik. Memang susah hendak menghilang sifat ini kerana sifat manusia suka kepada harta.
2. Walaubagaimanapun dengan ilmu dan usaha serta doa kita dapat mengurang atau menghilangkan sifat ini dengan memahami dan mengerti maksud bakhil tesebut. Begitu juga kita mungkin bakhil pada satu-satu perkara tapi pemurah pada perkara lain.
3. Oleh itu disini dinyatakan cara-cara membelanjakan harta yang ada moga-moga terhindar dari sifat bakhil.
4. ZAKAT. Ianya tertentu masa. Sebab bakhil ada yang tidak keluarkan zakat sedangkan ia wajib.
5. SEDEKAH. Ianya sunat. Boleh dikeluarkan bila-bila masa.
6. IMFAK. Ianya wajib untuk dibelanjakan kejalan Allah swt. Ianya tidak menentu masa.
7. HADIAH. Bila-bila masa boleh dilakukan.
8. TABARRUK. Pemberian secara sukarela seperti memberi makan berbuka puasa.
9. WAKAF. Mewakafkan harta kepada umum untuk kebaikan masyarakat.
10. ALHIBAHAH. Contoh seperti memberi kebenaran menggunakan kenderaan atau rumah digunakan tempat menuntut ilmu.
11. AL IARAH. Memberi pinjam sesuatu pun dikira satu dari cabang sedekah.
12. Contoh diatas adalah cara mengelak dari sifat bakhil. Ada yang wajib dan ada yang sunat dibelanjakan. Mungkin selama ini memang kita telah melakukan perkara-perkara diatas cuma mungkin terlepas pandang.

Sunday, July 19, 2009

Alam Mulki dan Alam Malakut


1. Apakah perbezaan kedua alam ini.
2. Alam Mulki atau alam syahadah juga dipanggil alam nyata. Segala sesuatu dilihat terjadi dengan sebab dan akibat.
3. Alam Malakut ialah alam yang dilihat penuh dengan kekuasaan Allah swt. Untuk melihat ini bukan dengan mata kasar tapi dengan mata hati. Hati juga mesti bersih.
4. Kesimpulannya kedua-dua alam ini memang ujud pada masa sekarang. Alam Mulki dilihat dengan mata kasar dan Alam Malakut dilihat dengan Mata Hati. Itu sebab selama 10 tahun Anas sahabat Nabi saw tinggal bersama Nabi saw tidak pernah Nabi saw mengatakan mengapa buat ini atau mengapa tidak membuat ini. Ini kerana Nabi telah melihat semua kejadian adalah Kekuasaan Allah swt.
5. Oleh itu kita sebagai manusia biasa kadang-kadang kita lalai dengan melihat sesuatu dengan mata kasar dan pada masa itu kita berada dialam nyata dan kadang-kadang pula kita melihat dengan mata hati dimana kita berada dialam malakut. Ini semua bergantung kepada kebersihan hati.
6. Sebagai contoh apabila kita minum air. Apabila kita mengatakan sebab air maka hilang dahaga kita. Masa ini kita berada dialam nyata yang penuh dengan sebab dan akibat. Tetapi masa kita minum air tersebut kita mengatakan Allah swt yang menghilangkan dahaga kita maka masa itu kita berada dialam Malakut yang penuh dengan kekuasaan Allah swt.

Saturday, July 18, 2009

4 Jeritan Iblis


Terdapat 4 jeritan Iblis yang mana kesemuanya menandakan kekecewaan atas apa yang berlaku.
1. Ketika dihalau keluar dari syurga.
2. Ketika Allah swt melaknatnya.
3. Ketika Nabi Muhammad saw dilahirkan.
4. Ketika diturunkan Surah AlFatihah(Ibu AlQuran). Diberitakan Surah ini dianugerahkan kepada Nabi saw oleh Allah swt ketika Israk dan Mikraj dengan nama 7 ayat.Ayat ini bagi Nabi saw apabila beliau membacanya maka imannya akan turut meningkat. Surah ini juga jika mengikut lojiknya adalah surah yang paling banyak dibaca kerana diwajibkan dalam solat setiap rekaat. Dan ia juga surah yang apabila dibacakan dengan niat untuk berubat bagi semua jenis penyakit insyaalah dimakbulkan akan kesembuhanya.

Saturday, July 11, 2009

15,000 Tahun Perjalanan Di Titian Sirat

1. Perjalanan di titian sirat selepas manusia dihisab diberi tempoh masa oleh Allah swt selama 15 ribu tahun. Dalam masa perjalanan itu ada beberapa keadaan manusia yang menempuhnya. Ada yang melalui nya sepantas kilat, burung terbang, berlari, berjalan dan merangkak.
2. Disepanjang titian tersebut terdapat pula KALALIF atau klip atau pencangkut. Setiap satu kalalif dijaga oleh 70,000 malaikat. Apabila dicangkut maka jatuhlah mereka kedalam neraka jahanam iaitu neraka paling atas sekali iaitu tingkat neraka yang paling ringan azabnya. Pernah neraka ini menyeru kepada neraka yang dibawah supaya dikurangkan sedikit azabnya kerana tidak tertahan azab panasnya.
3. Buat masa sekarang neraka ini telah dinyalakan dan setiap hari Jumaat ia akan dipadamkan kerana memuliakan hari tersebut bagi umat Nabi Muhammad saw. Tetapi bila hari kiamat ia tidak akan dipadamkan lagi. Itu sebab secara realitinya ramai yang berbuat baik pada hari tersebut dan ramai bersolat Jumaat.

Monday, July 6, 2009

Ilmu dan Makrifat.

1. Ilmu dan makrifat ada perbezaannya. Jika kita ingin mengenal Allah swt ialah dengan ilmu. Yang lebih tinggi dari itu pula ialah FAHAM pula. Dan yang terlebih atas selepas faham itulah yang dikatakan Makrifat.
2. Sebagai contoh untuk mengetahui ini ialah ketika Nabi saw dan Abu Bakar ketika berada dalam Gua Thur semasa hijrah. Masa berada disini mereka dijejaki oleh musuh lagi pula kaki Abu Bakar digigit ular. Disini timbulnya rasa bimbang dan resah Abu Bakar akan keselamatan diri mereka berdua.
3. Apabila mengetahui kerisauan Abu Bakar tersebut maka Nabi saw mengingatkan beliau bahawa Allah swt berserta kamu dimana kamu berada. Waktu itu Makrifat Abu Bakar tiada iaitu tidak mampu merasa Allah saw dekat.Bila Nabi saw mengingatkan kepada Abu Bakar barulah limpahan makrifat itu sampai kepada sahabat Nabi saw tersebut.
4. Kesimpulannya ialah makrifat itu ialah mengetahui, faham serta dapat merasakan bahawa Allah swt sentiasa dekat dan bersama kita dimana kita berada. Seperti IHSAN iaitu seolah-olah kamu melihat Allah swt tapi jika kamu tidak melihat Allah swt, Allah swt melihat kamu.

Friday, July 3, 2009

Amalan baik apakah yang Allah SWT simpan dan akan dibentangkan dipadang mahsyar


1. Biasanya setiap amalan samada baik dan sebaliknya akan dicatat oleh Malaikat.
2. Tetapi amalan baik ini Malaikat sendiri pun tidak tahu dan tidaklah ia mencatatnya.
3. Dikisahkan dipadang mahsyar Allah SWT bertanya kepada malaikat mana lagi amalan baik sipolan ini. Maka malaikat menjawab sudah tiada lagi, hanya ini sahaja yang ada. Setelah itu Allah pun bentangkan semua amalan sipolan tersebut satu persatu.
4. Apakah rahsia sehingga terjadi yang demikian. Rahsianya ialah sipolan tersebut tergolong dalam golongan orang yang MOHSININ iaitu orang yang ikhlas atau golongan IHSAN. Ianya peringkat tertinggi selepas MUSLIM dan MUKMIN.

Wednesday, July 1, 2009

3 perkara mengelak nyanyuk



Demensia atau nyanyuk adalah keadaan di mana terdapatnya kemerosotan atau penurunan fungsi intelektual, ingatan dan perubahan dari segi personaliti. Pada peringkat awalnya pesakit menjadi mudah lupa. Apabila ianya berlarutan gerak balas emosi menjadi terbantut, tidak stabil dan kerap berubah. Pada peringkat serius pesakit akan berkelakuan resah gelisah, keliru atau berkelakuan ganjil, Percakapan merekapun pula menjadi tidak rasional. 3 perkara mengelak nyanyuk.
1. Jangan hina orang alim (ulama).
2. Banyakkan berzikir.
3. Banyakkan membaca Al Quran.

Sunday, June 28, 2009

40,000 Buraq di syurga

Terdapat 40,000 buraq di dalam syurga. sebelum nabi saw diisraqkan dari masjidil haram ke masjidil aqso dan seterusnya di mikrajkan ke sidratulmuntaha baginda menaiki buraq. Mana satukan buraq yang bertuah yang terpilih membawa nabi saw tersebut. Buraq tersebut adalah satu dari 40,000 buraq yang berada di syurga. Setelah jibril diperintahkan memilih salah satu buraq di syurga maka jibril memerhati ada satu buraq yang bersedih dan tidak lalu/berselera makan kerana kerinduan yang teramat sangat kepada nabi saw. Lama masa buraq berada di syurga ialah 40,000 tahun. Disetiap satu didahi buraq tersebut tertulis nama nabi muhammad saw. disebabkan kerinduan yang begitu lama buraq tersebut terhadap nabi saw sehingga 40,000 tahun maka jibril memilihnya. Cuba bayang jika kita kalau 4 tahun memendam rindu kepada sang kekasih pujaan hati pun tidak tentu arah dibuatnya. inikan pula 40,000 tahun.
Posted by Picasa

Sunday, June 21, 2009

NASIHAT: Kedatangan Rejab - 24th of June 2009


   Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
  1. MASA HIDUP SBLM MATI
  2. MASA LAPANG SBLM MASA SIBUK
  3. MASA MUDA SBLM MASA TUA
  4. MASA KAYA SBLM SUSAH
  5. MASA SIHAT SBLM SAKIT

 


 


Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia

mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

 

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

 

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

 

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

 

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

 

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

 

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

 

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

 

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

 

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."


p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara