Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Saturday, August 30, 2008
kisah solat
ini kisah berlaku sekitar tahun 70an masa disekolah menengah rendah yang hingga sekarang masih ku ingat. guruku seorang yang mengajar sastra. ramai kawan-kawannya penulis. dan ada kawannya yang berfahaman atheist. pernah satu ketika ia pergi kerumah kawannya, dan bila tiba waktu solat maka guru sastra ku pun ingin bersolat. maka ditunjukkan arah kiblat dan kelengkapan asas solat (memang ia bagi kerjasama penuh kepada yang ingin bersolat). tapi sebaliknya kawannya tidak pula bersolat. selepas selesai solat maka kawan guru sastra tadi bertanya kenapa dia bersolat sedangkan atas kepercayaannya (kawan guru sastra) bahawa tiada kewujudan tuhan (atheist). maka guru sastraku menjawab aku bersolat pun hanya lebih kurang 5 minit sahaja dan tidak banyak masa pun yang rugi. dan jika selepas mati tiada hari pembalasan aku tidak rugi apa-apa pun, tapi jika memang benar ada hari kebangkitan selepas mati tentu saya untung dan ada harapan untuk masuk syurga. tapi kamu yang tidak percaya tuhan dan tidak sembahyang akan menyesal selamanya dan memang sah dimasukkan keneraka. jadi fikir-fikirkanlah.
Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment