Hendaklah kita yakin kebenaran setelah MENDENGAR ayat-ayat ALLAH (Al Quran) di dunia tetapi jangan menyesal setelah MELIHAT kebenaran diakhirat.
Sunday, August 3, 2008
pahala
setiap kita bila mengerjakan seperti solat,puasa dan lain-lain biasanya ingin mendapat pahala dari allah swt.ini adalah wajar bagi kita.walaubagaiman pun dalam meningkatkan tahap kita disisi allah swt kita seharus tidak semata2 memandang pahala adalah segala2nya.kalau kita hanya mengharapkan pahala semata dalam mengerjakan amal kita diibaratkan masih disekolah rendah lagi(perumpamaan).tak kan lah kita hanya ingin berada disekolah rendah sahaja tidak mahu meningkat keperingkat yang lebih tinggi.umpamanya jika dulu kita disuruh ibu kita belikan kelapa kita diupah 20 sen.20 sen itu ibarat pahala lah.tapi bila kita besar dan berkeluarga bila disuruh belikan apa2 oleh ibu kita tak kan lah kita mahu upah 20 sen lagi dan sebagainya.apa yang kita tolong ibu bapa kita bukan sebab upah duit lagi tapi tanggung jawab kita kepada ibu kita.begitulah kita mengerjakan ibadah bukan semata2 kita mahu pahala tapi memang tanggung jawab kita sebagai insan terhadap tuhannya yang sentiasa memberi nikmat yang tidak terhingga pada kita.kita hanya ingin kepada keredaannya sahaja.itu yang lebih penting.wallahuallam.
Labels:
tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment