Saturday, March 28, 2009

nabi hanya meninggalkan ajaran dan ilmu


1. nabi sulaiman as walaupun kaya raya dan berkuasa tapi tidak diperlihatkan bekas-bekas istananya kerana dibimbangi bila kita melihat istananya sekarang mungkin menjadi fitnah dengan tanggapan tidak baik.

2. firaun dan namrud memang meninggalkan piramid dan kota babylon dan kaum samud pun begitu. begitu juga qarun tempat dmana istana dan khazanahnya ditenggelamkan.

3. tapi Allah menghilangkan bekas-bekas para anbiyanya kerana mungkin ingin memberitahu kita ilmu lebih tinggi nilainya.

Sunday, March 22, 2009

4 amalan yang akan mendapat 1 bilik kaca khas disyurga


1. keadaan bilik kaca tersebut yang mana jika berada didalam akan nampak diluar dan begitulah sebaliknya. 4 amalan tersebut ialah:

2. orang yang memperelok percakapannya.

3. memberi makan.

4. sentiasa berpuasa sunat. seperti berpuasa 13,14 dan 15 haribulan.

5. kerjakan solat malam ketika orang lain tidur.

Saturday, March 14, 2009

amalan apa yang akan diterima Allah swt


1. banyak jenis amalan yang kita lakukan. ada yang berat dan ada yang ringan. ada yang dilakukan dengan terpaksa dan ada yang dilakukan dengan sukarela.

2. walau sebanyak mana amalan yang kita lakukan biasanya kita berbaik sangka dan amat berharap supaya amalan kita diterima. ada yang mengatakan amalan yang dilakukan dengan ikhlas akan diterimaNYA. 

3. oleh itu kesimpulannya disini amalan yang diterima Allah swt ialah segala amalan BAIK yang kita lakukan yang AMAT KITA KASIHI melakukannya. bila sudah kasih secara otomatik datangnya sifat ikhlas dan sebagainya

Sunday, March 8, 2009

3 tempat nabi muhammmad saw dapat dicari di padang mahsyar untuk mendapat syafaat


1. baginda dapat dicari dipermulaan siratulmustaqim..

2. juga di neraca timbangan.

3. ditelaga kausar.