Saturday, June 30, 2012

Lelaki Ini Lari Melalui Tingkap Tak Mahu Berzina..

http://shalehudin.blogspot.com/2012/06/lelaki-ini-lari-melalui-tingkap-tak.html

Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam

iluvislam.com wrote:

[Malay]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :- "Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam iaitu
1) Apabila engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam,
2) Apabila dia mengundangmu maka penuhilah,
3) Apabila dia meminta nasihat kepadamu nasihatilah,
4) Apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah maka doakanlah dengan ucapan yarhamukallah (semoga Allah memberikan rahmat kepadamu),
5)A pabila dia sakit ziarahilah,
6) Dan apabila dia meninggal dunia iringilah (jenazahnya)."

(Hadis Riwayat Muslim)

Friday, June 29, 2012

mati dua kali

They will say, "Our Lord, You made us lifeless twice and gave us life twice, and we have confessed our sins. So is there to an exit any way?"

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"
40:12

Thursday, June 28, 2012

Langit dan Bumi

We did not create the heavens and earth and what is between them except in truth and [for] a specified term. But those who disbelieve, from that of which they are warned, are turning away.
(Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertent u (yang padanya dijalankan pembalasan); dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.
QS 46:4

WAJIB BACA betapa pentingnya Azan...

http://shalehudin.blogspot.com/2012/06/wajib-baca-betapa-pentingnya-azan.html

Wednesday, June 27, 2012

Bagusnya pemimpin baru Mesir ini

Islam Itu Indah wrote:

SubhanAllah... Bagusnya pemimpin baru Mesir ini. Saya berasa amat2 bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Mudah2an beliau ini digolongkan oleh Allah ke dalam golongan pemimpin yang adil. Daripada pemimpin yang adil lah datangnya ramai individu2 muslim yang berkualiti. Pemimpin yang adil, adalah pemimpin yang mematuhi segala perintah Allah dengan meletakkan sesuatu itu tepat atau kena pada tempatnya. Allah dan Rasul merupakan tempat rujukannya melalui kitab Al-Quran dan sunnah. Pemimpin seperti inilah yang patut kita pilih sebagai pemimpin negara...

Tidak hari ini, mungkin esok... Kalau tidak esok, mungkin lusa kita akan memperoleh pemimpin yang adil. Janganlah setakat berdoa saja, tetapi berusahalah untuk mencari dan memilih siapa bakal pemimpin yang sangat adil dan bertaqwa kepada Allah untuk memerintah negara. Kita tidak perlukan pemimpin yang hanya tahu menyumbat harta ke mulut rakyat sambil menghalalkan perkara yang haram, tetapi kita perlukan pemimpin negara yang adil, saksama, dan menekankan agama dalam keseluruhan segenap segi! Itu yang kita mahu... Rezeki itu tetap ada kerana ia milik Allah Yang Maha Pemberi Rezeki. Kalaulah benar kita ini kuat akidahnya kepada Allah, kita takkan sanggup menukarkan pemimpin yg adil dengan harta sebaliknya kita hendaklah yakin bahawa pemimpin yang mahu menegakkan agamaAllah tidak kira betapa susah sekalipun, dia tetap akan menegakkan kalimah Allahuakbar di muka bumi Allah ini...

Like tanda setuju! Allahuakbar!!!

via Lukisan Dakwah Islam

Zakaria Awang Soh menulis berhubung dengan asal mula alam semesta

Islam Itu Indah shared the following link and had this to say about it:

Zakaria Awang Soh menulis berhubung dengan asal mula alam semesta ini. bermula daripada satu bahan yang tunggal dan homogen iaitu sama dengan bahan kamilan padu yang dinyatakan dalam Surah Al-Anbiya ayat 30. bahan ini mempunyai keamatan yang amat tinggi dan tidak terhingga. Asimov [1982] menyatakan: " pada tahun 1927, ahli matematik Belgium Abbe Georges Edouard Lemaitremenyarankan bahawa semua jirim asalnya datang daripada satu telur cosmos yang mempunyai kepadatan yang amat sangat, yang meledak dan melahirkan alam semesta yang kita ketahui pada hari ini.

Teori Big Bang ini tidak dipersetujui oleh ramai saintis. Mereka mempersoalkan jika ada letupan mesti ada kesan radiasinya?. Pada tahun 1992, NASA telah melancarkan sensor yang sangat peka COBE ke ruang angkasa bertujuan mencari kesan tersebut dan ia berjaya menangkap beberapa gambar bukti bahawa wujudnya ksan radiasi tersebut dan telah menafikan teori-teori sebelum ini.

Penemuan terbaru ini merupakan penjelasan secara ilmiah bagi fakta bahawa alam semesta ini terjadi dari asal ketiadaan. Fakta yang baru ditemui ini sebenarnya telah dikhabarkan kepada kita 1400 tahun lampau di dalam Al-Quran. Jawapan tepat hanya pada Pencipta-Nya iaitu Allah." Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum [sebagai benda yang satu], lalu kami pisahkan antara keduanya?. Dan kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?". Al-Quran 21:30 (Surah Al-Anbiya)

Baca lagi -> http://myibrah.com/kejadian-bumi-di-dalam-al-quran

Zakaria Awang Soh menulis berhubung dengan asal mula alam semesta ini bermula daripada satu bahan yang tunggal dan homogen iaitu sama dengan bahan kamilan

Untuk mencari pohon yang Indah

Mazura Ali wrote:

~ Untuk mencari pohon yang Indah, jangan pergi ke tengah padang pasir. Pasti dirimu tidak akan ketemu pohon itu, yang adalah kesunyian dan panas terik mentari yang membakar perit kulitmu. Pandanglah pohon-pohon. renek dan rendang yang Indah, yang membahagiakanmu dengan Indahnya kuntuman bunga dan buah-buahan yang dihasilkannya untuk menghiburmu...

Abdullah bin Abbas berkata : HASBUNALLAHU WANIK'MAL WAKIIL

Mazura Ali wrote:

~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Abdullah bin Abbas berkata : HASBUNALLAHU WANIK'MAL WAKIIL kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ketika dilempar ke dalam api, juga telah. dibaca oleh Nabi Muhammad ketika diprovokasi oleh orang kafir, supaya takut kepada mereka dalam ayat : "Sesungguhnya orang kafir telah mengumpulkan semua tenaga dan kekuatan, maka takutlah kamu dan jangan keluar untuk melawan, tetapi orang mukmin bertambah Iman dan membaca : HASBUNALLAHU WANIK'MAL WAKIIL. Allah yang mencukupi kami dan sebaik-baik tempat kami berserah diri (tawakkal) (H.R. Bukhari)

Dan dalam riwayat lain : Ibnu Abbas berkata : Akhir kalimat yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim ketika dilempar ke dalam api iaitu : HASBUNALLAHU WANIK'MAL WAKIIL

Facebook news feed post by: Mazura Ali

Mazura Ali wrote:

~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

JALAN KE SYURGA

Sahabat saudaraku Fillah,
Perjalanan ke Syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Mana kala jalan ke Neraka dikelilingi dengan keinginan dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi SAW mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab kesiksaan yang disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke Syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksananakan suruhan Allah dan Rasul serta menjauhi larangan-Nya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah SWT. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itu Nabi menyatakan jalan ke Syurga penuh dengan kesusahan.

Bukan mudah untuk masuk ke Syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak suka kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan, sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke Neraka amatlah mudah kerana dikelilingi kehendak nafsu syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut hawa nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Wahai diriku dan sahabat saudaraku Fillah,
Di hadapan kita terbentang dua jalan. Terpulanglah kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada tanyakan Iman di hati. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.

Betapa susah masuk Syurga…? Dalam satu keterangan menyatakan : "Orang jahil semua binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang yang beramal semuanya binasa kecuali orang yang ikhlas".

Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak dan kuat, tabah dan cekal hati saja berjaya sampai ke mercu.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi passport untuk ke Syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak dibelanjakan secara Islamik.

Syaitan selalu membisikkan kepada manusia tentang amal mereka banyak, walhal sebenarnya baru terlalu sedikit. Kebanyakan manusia gembira bila apabila dipuji. Timbul rasa ujub dan riyak yang memusnahkan amalan pahala. Kita tidak perasan sebenarnya kita berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Maka, kita mesti mengawasi diri kita dari dari serangan penyakit batin seperti riyak', ujub, sombong, bongkak, dengki yang kesemuanya memusnahkan amalan.

Kesimpulannya, kita terpaksa mengharungi kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini, Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang lenang. Kesenangan hanya di Akhirat. Seseorang akan diberi pahala bila menempuh berbagai kesusahan dan keperitan dalam menghadapi cabaran.

Ingat sekali lagi pesan Rasulullah SAW : "JALAN KE SYURGA DIKELILINGI DENGAN KEPAYAHAN. JALAN KE NERAKA PULA DI KELILINGI DENGAN NAFSU DAN SYAHWAT". Oleh itu utamakanlah kepayahan kerana itu dan begitulah jalan ke Syurga. Tinggalkanlah kesenangan yang berbentuk nafsu dan syahwat kerana itu adalah jalan ke Neraka.


<3 DI AKHIR PERJUANGAN MENUNGGU NIK'MAT KEMENANGAN <3

Wallahu'alam.