Tuesday, September 15, 2009

Habib Bourguiba-Pemikiran SKEPTIK Terhadap Agama


Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.Semua naik angin.Marah dengan Habib Bourguiba.Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.


Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!


SINIS AGAMA


Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism. Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.


Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagian dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.


Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.


Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.


Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah reaksi. Apabila diertikan sebagai reaksi, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut.

Dari: http://full-timemuslim.blogspot.com/

Sunday, September 6, 2009

3 Cara Rawat Nafsu

1. Nafsu yang berada dalam diri manusia sentiasa tidak pernah kenyang. Nafsu juga dikata seperti ular yang mana ianya buas dan sukar dikawal dan suka membelit. Nafsu juga semenjak diciptakan oleh Allah swt akan kekal disisi NYA untuk selama-lamanya tidak akan binasa. Nafsu juga dikatakan yang sifatnya ingin memilikki sifat ketuhanan. Sebab itu ada manusia yang mengaku dirinya tuhan. Betapa sukarnya mengawal nafsu sehingga Omar Alkhatab pernah mengatakan bahawa beliau lebih senang mengawal 100 ekor singa dari mengawal buasnya nafsu. Nafsu juga sifatnya tidak malu. Bila nafsu sudah menguasai diri malu akan hilang.
2. Berapa ramai nabi-nabi yang digoda oleh nafsu. Contohnya Nabi Yusuf as dengan Zulaiha yang digoda dengan bersungguh-sungguh supaya melakukan zina tetapi baginda mengatakan ia terselamat dengan pertolongan Allah swt. Begitu juga Nabi Musa as ketika diajak kerumah Nabi Shuib oleh anak-anak perempuannya selepas menolong membuka pintu perigi memberi minum binatang ternakan. Pada mulanya anak-anak Nabi Shuib akan berjalan dihadapan tapi Nabi Musa terus mengatakan beliau yang berjalan dihadapan untuk kerumah mereka.
3. Itu sedikit contoh bagaimana nabi-nabi pun hampir tergoda dengan nafsu atau cuba mengawal nafsu supaya tidak menguasai diri, apalagi kita orang awam yang serba lemah.
4. Nafsu ini tidak dapat dihilangkan cuma boleh dikawal. Cara mengawalnya ialah.
5. Kurangkan makan.
6. Bebankan ia dengan ibadat.
7. Berlindung kepada Allah swt dengan banyak berdoa.

Saturday, September 5, 2009

100 Kali Baca Surah AlIkhlas

1. Bagi orang yang sedang sakit tapi masih boleh berkata-kata eloklah bertasbih, berselawat dan lain-lain zikir.
2. Juga jika dibaca 100 kali surah AlIkhlas dan jika ia mati maka InsyaAllah diampunkan dosanya dan diberi kerahmatan diakhirat.
3. Begitu jika ia tidak sempat bersedekah semasa sihat maka semasa sakit bolehlah ia berwasiat 1/3 dari hartanya untuk diimfakkan pada jalan Allah swt dan jangan lebih dari itu. Sebagai imbuhannya pahalanya seperti ia mati syahid.

Wednesday, September 2, 2009

2 Tempat Dosa Di Balas


1. Dosa dibalas didalam neraka.
2. Dosa dibalas diatas dunia.
3. Manakah lebih baik. Jawabnya tentulah dibalas didunia kerana teramat kurang siksanya berbanding dineraka.
4. Dosa yang dibalas didunia seperti kehidupan yang susah miskin, penyakit, diaibkan dan lainnya. Dosa juga dibalas samada semasa mengharungi kehidupan, ketika hampir mati dan juga ketika dalam keadaan sakarat. Ada yang sebelum mati sakit seminggu, sebulan malah bertahun-tahun. Semua itu untuk menghapuskan dosa kita.
5. Oleh itu amat malang sekali jika ada antara kita yang melakukan pelbagai dosa tapi tetap kaya, senang dan sihat walafiat. Itu menunjukkan seolah-olah dosa mereka itu akan dibalas dineraka. Jadi bersabar dan bersyukurlah jika dibalas didunia lagi atas dosa yang dilakukan.
6. Cuma kadang-kadang ada satu-satu penyakit atau kemiskinan yang tidak termampu kita menanggungnya, jadi kita boleh berdoa supaya diringankan beban tersebut dengan sifat kasihan Allah swt kepada kita dengan berdoa bersungguh-sungguh kerana Allah swt suka kita berkata-kata dan bermohon kepadanya dari mengadu kepada manusia. Atau boleh juga berdoa supaya meringankan beban seperti jangan terlampau jatuh miskin sehingga kita menjadi hina. Dan jika kita dimakbulkan doa maka hendaklah kita bersyukur kepadaNYA.
7. Boleh juga kita berdoa atas beban yang berat tadi supaya diringankan agar kita mampu menanggungnya dan tukarannya ialah didalam jangka masa yang agak panjang sedikit. Contohnya jika kita mengalami sakit yang sukar kita menanggungnya dalam jangka pendek jadi kita mohon penyakit itu diringan tapi masanya dijadikan panjang sedikit. Ini adalah semata-mata agar kita dapat menanggungnya.
5. Jika boleh Allah swt ingin supaya kita kembali kepadanya suci bersih seperti mula kita dilahirkan dari perut ibu.

Tuesday, September 1, 2009

Larangan Menolak Permintaan Orang Yang Menyebut Nama Allah


Ibnu Umar r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Barang siapa yang meminta dengan menyebut nama Allah, maka berilah; barang siapa yang meminta perlindung dengan menyebut nama Allah maka lindungilah; barang siapa yang mengundangmu maka penuhilah undangannya; dan barang siapa yang berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikan itu (dengan sebanding atau lebih baik), dan jika engkau tidak mendapatkan sesuatu untuk membalas kebaikannya, maka doakan ia, sampai engkau merasa yakin bahawa engkau telah membalas kebaikannya " (HR. Abu Daud, dan Nasai dengan sanad yang shoheh).

Kandungan bab ini:
1-Perintah untuk mengabulkan permintaan orang yang memintanya dengan menyebut nama Allah .
2-Perintah untuk melindungi orang yang meminta perlindungan dengan menyebut nama Allah.
3-Anjuran untuk memenuhi undangan .
4-Perintah untuk membalas kebaikan .
5-Dalam keadaan tidak mampu untuk membalas kebaikan seseorang, dianjurkan untuk mendoakannya.
6-Rasulullah s.a.w. menganjurkan untuk mendoakannya dengan sungguh-sungguh, sampai ia merasa yakin bahawa anda telah membalas kebaikannya.


Dari: http://id.shvoong.com/humanities/1640925-larangan-menolak-permintaan-orang-yang/