Friday, February 27, 2015

Sesama Islam

Rasulullah SAW bersabda, "Orang Islam itu adalah saudara orang Islam lainnya. Oleh sebab itu, janganlah seorang Islam menganiaya saudaranya dan jangan pula membiarkan mereka tersiksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan orang Islam, pasti Allah akan melepaskannya dari beberapa kesusahan pada hari qiamat dan barangsiapa yang menutup aib orang Islam, pasti Allah akan menutup aibnya pada hari qiamat". (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, February 26, 2015

Tujuh sunnah Nabi SAW.

Amalakan ketujuh sunnah Nabi SAW iaitu:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Wednesday, February 11, 2015

Kemanisan Iman.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara; maka dia akan merasakan kemanisan iman. Tiga perkara itu ialah; mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cintanya pada yang lain, mencintai manusia berdasarkan cintanya kepada Allah semata-mata, dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api neraka". (HR Bukhari dan Muslim)

Tuesday, February 10, 2015

Lurus dan Jujur Hati

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan tegak lurus iman seseorang hamba sehingga lurus pula hatinya, dan hati itu tidak dapat lurus sebelum lidahnya jujur (terpelihara)". (HR Ahmad)

Monday, February 9, 2015

Kata-kata baik.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (HR Bukhari dan Muslim)

Kata-kata baik.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya". (HR Bukhari dan Muslim)

Saturday, February 7, 2015

Gunung dan Pantai

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.

Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.

Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur..Amiin
Copy paste.
QKK 7557

Mati dan Pahala

Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 185, "Tiap-tiap jiwa yang bernyawa akan merasai kematian. Dan sesungguhnya pada hari qiamat sahajalah akan disempurnakan pahalamu".

Friday, February 6, 2015

Wanita dan taubat 70 penduduk Madinah

Dari Imran bin Khusain, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dari kaum Hujainah yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata; "Wahai Rasulullah, telah berlaku suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku". Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata; "Perlakulah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, dan jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku". Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan mayatnya. Lalu Umar ra bertanya kepada Rasulullah; "Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?" Maka Rasulullah menjawab; "Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya dibahagi-bahagikan di antara tujuh puluh orang penduduk Madinah; tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?". (HR Tirmizi dan Ahmad)

Thursday, February 5, 2015

Debat Atheis dan Imam Hanafi.

Soalan Pertama
Atheis: "Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?"

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: "Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak."

Soalan Kedua
Atheis: "Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?"

Pemuda itu seraya menjawab: "Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya."

Soalan Ketiga
Atheis: "Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"

Pemuda itu menjawab: "Kamu pandai mengira?"

Kelompok Atheis itu menjawab: "Tentu sekali kami pandai mengira."

Pemuda itu meneruskan ucapannya: "Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?"
Atheis: "Nombor 3″
Pemuda: "Nombor sebelum 3?"
Atheis: "Nombor 2″
Pemuda: "Nombor sebelum 2?"
Atheis: "Nombor 1″
Pemuda: "Nombor sebelum 1?"
Atheis: "Tiada"
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: "Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?"

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: "Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?"

Pemuda itu menjawab: "Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?"

Kelompok Atheis menjawab: "Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah."

Pemuda itu berkata: "Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?"

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: "Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: "Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?"

Atheis menjawab: "Tentu sekali."

Pemuda itu meneruskan: "Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?"

Atheis menjawab: "Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?"

Pemuda itu meneruskan: "Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?"

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: "Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya."

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: "Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?"

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: "Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya."

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: "Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?"

Soalan Keenam
Atheis: "Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?"

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: "Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"

Kelompok Atheis menjawab: "Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut."

Pemuda itu seraya berkata: "Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini."

Soalan Ketujuh
Atheis: "Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?"

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: "Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?"

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: "Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu."

Soalan Kelapan
Atheis: "Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal."

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: "Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?"

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: "Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: "Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu."

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: "Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah)."

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al
-A'dzam Abu Hanifah Nu'man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.
SEBARKAN UNTUK MANFAAT UMAT.

ini hujah imam hanafi dgn addahri....ada dlm kitab darus samin.

Sunday, February 1, 2015

Mandi dan Solat

Rasulullah SAW bersabda, "Bagaimana pendapatmu; jika di muka pintu salah seorang dari kamu ada sungai, kemudian ia mandi dengan air itu lima kali setiap hari. Adakah kotoran yang masih melekat?" Para sahabat menjawab; "Sedikitpun tidak ada kotorannya". "Begitulah perumpamaan solat yang dikerjakan lima kali sehari semalam, pasti Allah akan menghapuskan kesalahan dengan solat itu". (HR Khamsah kecuali Abu Dawud)