Friday, January 30, 2009

4 F

1. yahudi merosakkan umat manusia dengan cara 4 F

2. Female. ini digunakan secara meluas mencakupi seluruh cara hidup. iklan semuanya menggunakan wanita walaupun tidak ada sangkut paut dengan barangan. 

3. fashion. semua fesyen dan banyak pereka fesyen terkenal datang dari orang yahudi. fesyen ini pula tidak bersesuaian dengan orang islam.

4. food. majoriti makanan dicampur dengan bahan yang belum tentu halalnya. contohnya ada mengandungi kandungan babi walaupun sedikit. tujuan untuk lemahkan umat islam.

5. fun. hiburan mesti dihidangkan disetiap acara. tanpa hiburan seolah-olah tidak sah acara tersebut. 

6. sememangnya umat islam hari ini telah mengikut cara hidup orang yahudi dan ini adalah serangan yang paling bahaya daripada serangan secara fizikal seperti di gaza palestin. kita disini lagi bahaya dari rakyat palestin.

Thursday, January 29, 2009

apakah syurga boleh dibeli?

1. syurga bukan boleh dibeli seperti barang dikedai-kedai. tapi ia memang boleh dibeli. seperti sabda nabi saw bahawa sidina osman affan telah membeli 2 syurga. dia telah mengimfakkan hartanya kejalan Allah swt.

2. oleh itu cara membeli syurga ialah dengan membelanjakan harta dijalanNya dan mendapat balasan di akhirat nanti. 

3. jadi tidak salah jika kita sedang atau bercita-cita membeli syurga malah dituntut dengan cara beransur-ansur membelanjakan setiap apa sahaja usaha dan material kearah itu.

Wednesday, January 28, 2009

azab didunia dan azab diakhirat

1. azab didunia direkacipta alat oleh manusia dan yang menyeksa pun manusia.

2. azab diakhirat (neraka) alat dicipta oleh Allah swt dan diazab oleh malaikat.

3. kesimpulannya azab diakhirat melebihi berbanding didunia. dimana diakhirat jika manusia merayu barang dikendurkan siksaan maka diperintahkan pula supaya azab ditambah.

Friday, January 23, 2009

penggali kubur

1. pekerjaan yang makruh dilakukan secara sepenuh masa  ialah penggali kubur. tetapi jika dilakukan secara sambilan ia menjadi sunat pula.

2. begitu juga penggali kubur tidak digalakkan melawat orang sakit yang ia kenali atau mungkin ia tidak kenali tetapi pesakit kenal akan dia, kerana ia memberi gambaran tidak baik pada persepsi pesakit.

Wednesday, January 21, 2009

1000 kali ganda

1. 1000 rakaat solat sunat tidak menyamai dengan orang yang bersama majlis ilmu

2. 1000 kali melawat orang sakit tidak menyamai dengan orang yang bersama majlis ilmu.

3. 1000 kali melihat jenazah tidak menymai dengan orang yang bersama  majlis ilmu.

Tuesday, January 20, 2009

umur yang panjang

1. adakah dengan menjalani hidup yang lama tambahan pula dengan sempat menjadi tua dikatakan memiliki umur yang panjang. secara adatnya memang begitulah. begitulah juga jika kita mengambil contoh ada pesakit yang koma selama 20 tahun dan umurnya sekarang 30 tahun juga memiliki umur yang panjang.
2. kita mengambil contoh Saad bin Muaz yang memeluk islam ketika berumur 31 tahun dan mati syahid ketika berumur 37 tahun. adakah beliau mempunyai umur yang pendek. tetapi semasa 6 tahun dalam islam dan meninggal bergegar arash Allah swt.
3. jika dibandingkan dengan kita adakah bila kita mati adakah bergegar hati-hati anak-anak, isteri, jiran-jiran serta rakan-rakan seperjuangan. jika hati mereka-mereka ini tidak bergegar masa kan pula arash Allah swt mahu bergegar.

Monday, January 19, 2009

5,000,000 tahun dipadang mahsyar

menurut tuan guru nik abdul aziz nik mat didalam bukunya beliau menyatakan bahawa di padang mahsyar aktivitinya amat panjang sekali. ini sesuai dengan permohonan penduduk mahsyar yang mencari sesiapa yang dapat memohon kepada Allah swt supaya disegerakan membuat perhitungan kerana berlalunya masa yang panjang. jika tidak tentu tidak dipohon kerana selepas ini kekal selamanya samada dineraka atau syurga.

Sunday, January 18, 2009

4 perkara yang akan ditarik dari jasad bila mati

1. nyawa- akan ditarik oleh malaikat maut.
2. harta- akan ditarik oleh saudara mara.
3. daging- akan ditarik oleh ulat-ulat.
4. pahala- akan ditarik oleh fitnah yang dilakukan. akan jadi muflis.

Monday, January 12, 2009

kekeliruan tentang solat jamak dan qasar masa musafir

1. setiap orang yang tinggal disesuatu tempat terbahagi kepada tiga iaitu bermastautin, bermukim dan bermusafir.


2. jarak untuk layak menjadi orang musafir ialah perjalanan sekurang-kurangnya 86 km.


3. jika sampai ketempat yang dituju maka bolehlah mengerjakan solat jamak dan qasar selama 3 hari tanpa dikira hari perjalanan.


4. jika kita berada disatu-satu tempat lebih 4 hari maka dikatakan ia orang yang bermukim. bila ia bermukim maka ia tidak layak seperti orang bermusafir lagi dan tidak boleh dikerjakan solat jamak dan qasar. contoh jika kita balik kekampung selama 4 hari.


5. jika kita niat hendak balik kekampung selama selama 8 hari dan ada antara kita yang jamak selama 3 hari dan selebihnya 5 hari tidak dijamak (kesilapan kefahaman selalu berlaku yang mana kita tidak layak jamak 3 hari tersebut). bila sudah berniat 8 hari maka kita tidak layak lagi mengerjakan solat jamak walau pun 3 hari pertama sebab kita sudah dikira bermukim.


6. bermukim pula ialah contoh kita menyewa rumah disatu-satu tempat 1 atau 2 atau lebih tanpa ada perancangan untuk menetap disitu.

7. anak watan pula ialah orang yang merancang untuk tinggal disatu-satu tempat contohya dengan membeli rumah disatu-satu kawasan perumahan. walaupun dia bukan orang asal yang dilahirkan disitu.

8. jika kita pergi menuntut ilmu diluar kampung kita selama contohnya 3 ke 4 tahun lamanya maka kita duduk disitu dikira bermukim. jadi kita masih bermastautin dikampung asal.

Sunday, January 11, 2009

nabi muhammad saw antara 10 bayi yang boleh bercakap

1. semasa dilahirkan nabi kita saw yang telah siap dikhatankan

2. begitu juga tali pusatnya telah siap dipotong.

3. semasa dilahirkan jika bayi biasa dalam keadaan terlungkup. tapi baginda dikedudukan terlentang sambil memandang kelangit dan berkata "alhamdulillah"

Saturday, January 10, 2009

boikot produk israel

1. boikot produk israel bukan bermusim. ini menunjukkan ada masa boleh berbaik dan ada masa sebaliknya dengan israel.

2. sedangkan didalam alquran ada dinyatakan bahawa orang nasrani dan yahudi akan selamanya tidak akan redha keatas orang islam selagi tidak mengikut mereka.

3. ini bermakna boikot produk yahudi/israel hendaklah berterusan.

Friday, January 9, 2009

kisah orang kafir dihari kiamat

1. dikisahkan bahawa ketika sangat hampir hari kiamat orang-orang kafir tidak menyembah sebarang tuhan atau pun tidak tahu apa yang mereka sembah.

2. untuk menyelesaikan perkara ini datang iblis berbentuk manusia kepada mereka dengan mencadangkan supaya mereka menyembah berhala.

3. dengan itu manusia diakhir sekali sebelum kiamat akan kembali menyembah berhala.

Thursday, January 8, 2009

doa yang dilarang

1. jangan berdoa supaya dipanjangkan umur hingga hari kiamat.

2. ini kerana pada hari kiamat sudah tiada orang yang beriman kepada Allah swt.

3. orang islam telah dimatikan sebelum kedatangan hari kiamat.

Wednesday, January 7, 2009

antara rupa bentuk 12 golongan yang dibangkitkan dihari akhirat.

1. mereka ini dibangkitkan mengikut mengikut perangai mereka semasa mereka hidup dan mati didunia ini.

2. ada yang dibangkitkan kudung kaki dan tangan mereka.

3. ada yang seperti babi.

4. ada yang perutnya besar hingga sampai kelutut.

5. ada yang isi perutnya terkeluar.

Tuesday, January 6, 2009

kepelikan berlaku bila manusia cuba mengajar Allah swt

1. berlaku didalam neraka dimana ada ahli neraka yang mengajar Allah swt supaya menyeksa seseorang dua kali ganda.

2. ada yang salahkan iblis tapi dijawab iblis bahawa dia tidak menyuruh cuma mengajak membuat kemaksiatan.

Monday, January 5, 2009

apakah matlamat hidup didunia ini?

1. pernah anak murid bertanya kepada gurunya apakah matlamat hidup diduna ini.

2. jawab gurunya matlamat hidup didunia ini adalah mati.

3. jadi jika ini yang difahami oleh semua dari kalangan kita maka beruntunglah kita. contoh yang agak hampir ialah mati syahid diusia yang masih muda. beliau hidup kemudian ingin mati syahid.

4. perkara ini nampak anih tapi itulah realitinya. seolah-olah dijadikan hidup untuk mati.

Thursday, January 1, 2009

apa itu ikhlas

1. dikisahkan apabila ditanya pada nabi saw apa makna ikhlas maka beliau akan bertanya kepada jibril dan apabila ditanya kepada jibril as maka akan ditanya kepada Allah swt. Maka Allah swt berfirman bahawa ikhlas adalah rahsia Allah swt yang mana malaikat dan syaitan tidak akan tahu. yang mana ikhlas akan diberi setelah DIA kasih kepada seseorang.

2. peringkat kedua ikhlas ialahbila seseorang telah sampai kepada tingkat ihsan.

3. peringkat seterusnya ialah ia hampir dan beserta dengan Allah swt samada melihat, lintasan hati dan melontar ia dengan tangannya.

4. Allah swt memang sentiasa ingin memberi ikhlas kepada kita tapi kadang-kadang kita belum bersedia menerimanya.

5. iblis dan syaitan tidak boleh menggoda atau mempengaruhi orang yang ikhlas.

6. dengan ikhlas kerana Allah swt barulah amalan kita akan mendapat balasan dan sampai kepada Allah swt hingga melepasi kelangit ketujuh.

palestine

1. dunia islam yang terdiri dari negara arab khasnya tidak dapat membantu saudara seagama dengan mereka dengan beberapa sebab. negara mesir contohnya gagal membantu malah bersekongkol negara rejim israel iaitu dengan menutup sempadan. negara saudi juga begitu. malah ada putera rajanya yang dalam kegawatan ekonomi sekarang telah susut hartanya USD16 billion apabila ditanya apa perasaannya setelah hilang wang sebanyak itu hanya menjawab bahawa beliau masih ada lagi USD16 billion lagi. begitulah kita umat islam tidak dapat membuat apa-apa samada kaya atau miskin.

2. mereka ini juga sanggup membeli kapalterbang airbus terbesar yang dapat membawa 400 penumpang dan diubahsuai menjadi istana dengan mendapat gelaran istana terbang. begitu juga mereka membeli kelab bola sepak Manchester City dengan pemain dari Brazil Kaka berharga 402 juta. bayangkan berapa perlu dibayar dengan baki pemain-pemain dan pengurusnya.

3. itulah petaka yang menimpa umat islam hari ini yang semakin lemah dan lemah. jadi apa yang patut kita buat untuk perkara ini.

4. dengan meyertai jihad. seperti negara indonesia dengan kerjasama pemimpin mereka telah membuka kaunter mendaftar mereka yang ingi kesana. setakat ini terdapat lebih 200 sanggup mati syahid kesana. jika dinegara lain mungkin mereka ini akan di cop sebagai pengganas dan dipenjarakan.

5. jika tidak sanggup berkorban nyawa disarankan supaya menyumbang wang.

6. jika kita miskin ialah dengan berdoa kepada mereka supaya Allah swt memusnahkan rejim yahudi tersebut. kadang-kadang selama ini mungkin kita berdoa hanya untuk diri kita dari awal sampai akhir selama 10 minit.

7. dikisahkan burung belatuk dizaman nabi ibrahim as yang sanggup mencari air dan diletak diparuhnya dan meyiramnya ditempat pembakaran nabi ibrahim as. maka perbuatan ini dipersendakan oleh burung-burung yang lain kerana perbuatan yang sia-sia. apa jawab belatuk tersebut dengan mengatakan bahawa itulah sahaja yang ia mampu lakukan. lagi pun katanya apabila dihadapan Allah swt beliau akan mampu menjawabnya.

8. yang pasti Allah swt tidak akan menanyakan kita kenapa kamu tidak dapat mengalahkan israel tapi apa yang pasti ditanya apa tindakan dan sumbangan kamu terhadap perkara ini. kalah atau menang itu ketentuan DIA jua.

9. apa yang pasti umat islam sekarang terlalu lemah dan sedang tidur lena. jadi marilah kita menyumbang sesuatu bagi penderitaan saudara seislam kita yang gajinya rm2 ringgit sehari bekerja dikilang-kilang israel dan sekarang tiada pekerjaan dan sukar untuk mendapatkan bekalan roti untuk hidup. sertailah program-program anti yahudi israel dimana diadakan dan tunjukkan sokongan anda. paling kurang itulah jawapan kita dihadapan Allah swt nanti.

7.

apakah yang melenyapkan amalan kita?

apakah yang melenyapkan amalan kita?
1. yang akan melenyapkan amalan kita ialah kerana menjadi murtad. jika selama 40 tahun kita beribadat dengan pelbagai amal pahala siang dan malam maka amalan tersebut akan menjadi seperti debu yang berterbangan. dan jika ditakdirkan kembali kepada agama islam dan selepas tiga hari ia meninggal maka hanya 3 hari sahajalah yang akan dibawa kehai akhirat. walabagaimanapun sudah dikira baik berbanding jika terus dalam kemurtadan itu. jadi mohonlah doa kepada Allah swt supaya kita sentiasa dikekalkan dalam islam