Wednesday, December 31, 2008

antara hikmah kenapa maal hijrah dan tahun baru masehi disambut hampir serentak

1. antara hikmahnya ialah maal hijrah disambut penuh keimanan dan keinsafan diatas perjuangan nabi saw dan juga ia disambut dengan acara yang bersifat keagamaan dengan kesedaran bahawa umur semakin meningkat dan dibacakan doa akhir tahun.

2. berbanding dengan sambutan tahun masehi yang disambut dengan hiburan dan keseronokan yang melalaikan sedangkan umur makin meningkat dan makin dekat dengan kematian.

3. hendak memaklumkan kepada kita semua bahawa jika mengikut tahun hijrah umur kita melebihi atau lebih tua dari tahun masehi.

Monday, December 29, 2008

tazkirah maal hijrah

1. kenapa nabi kita saw berhijrah ke madinah. kerana perintah Allah swt sebab nabi saw hendak dibunuh.
2. biasanya yang dihukum bunuh bukan semuanya orang jahat, sebab yang baik pun ada yang dibunuh. itu lah contoh nabi kita. dia bukan menyeru kepada kejahatan tapi kebaikan tapi dihukum dan diputuskan dibunuh.
3. 13 tahun berdakwah tapi masa itu belum dikira tahun hirah lagi. tahun hijriah dikira setelah nabi saw berhijrah ke madinah.
4. semasa di mekah tidak dapat melaksanakan islam secara sepenuhnya lagi cuma hal-hal akidah.
5. bila nabi saw sampai di madinah baru ayat-ayat hukum diturunkan.
6. oleh itu kuasa amat penting baru dapat bercakap dan melaksanakan hukum-hukum islam.
7. sebenarnya kejadian nabi adam sangat mulia hingga malaikat yang sentiasa taat pun diperintah sujud. begitu juga syaitan masuk neraka pun kerana ia sombong atas perintah tersebut. jadi nabi saw diutus kerana hendak membetulkan kemuliaan manusia tersebut kerana telah sesat.
8. asal manusia ianya baik dan bersifat fitrah. tiada siapa yang mahu orang membuat jahat padanya.
9. begitu juga dengan pendidikan anak-anak adakah cukup dengan dilonggokkan dengan harta tanpa didikan agama kerana mereka mempunyai nafsu, perasaan zahir dan batin. yang ada keinginan. maka itu alquran diturunkan.
10. adakah kita sanggup melihat anak-anak ini memaki cerca ibu-ibu dan bapa-bapa mereka kerana mereka tidak diberi ilmu agama. perkara ini telah berlaku sekarang. adakah mereka ini kurang dari sudut harta? yang dibekalkan pada mereka.
11. oleh itu seru balik anak-anak kita kembali kepada ajaran islam. walau masa sudak agak terlambat tapi itu tugas ibu bapa. supaya hari akhirat kita ada jawapan dihadapan Allah swt.
12. alquran itu selari dengan fitrah manusia. kerana itu lah agama islam mempunyai nilai.
13. semasa nabi saw berhijrah ia ditawarkan pangkat, harta dan wanita. tapi ditolak kerana islam lebih tinggi dari itu.
14.didalam surah attaubah ada 8 perkara yang dinyatakan iaitu bapa, anak, saudara mara, isteri
harta, perniagaan/projek, rumah dan keluarga. adakan kita akan terlepas dari kelapan-lapan perkara tersebut.
15. selepas ditawarkan 3 perkara diatas gagal maka nabi saw ditawar pula supaya berkongsi ajaran agama masing-masing. dimana hari ini mengamal ajaran kamu dan esok ajaran kami. tapi turun ayat alkafirun yang menegahnya. kamu dengan agama kamu aku dengan agama aku.
16. selepas itu abu lahab memanggil sidang di darul nadwah bagi membincangkan apa yang patut dibuat kepada nabi kita saw.
17. masa itu negara mekah diasaskan kepada kaum. mana kaum yang lemah akan ditindas. tapi nabi kita cuba ubah struktur ini dengan meletakkan islam sebagai asas. begitu juga dengan setengah negara yang pelembagaannya berasakan kaum dan akhirnya gagal kerana yang mengaut hasil kekayaan pemimpin-pemimpin kaum tersebut. jadi kita yang telah tua tugasnya jadi pemangkin kepada anak-anak supaya berjuang demi islam. pernah diceritakan sebelum anak belajar diluar negara 2 pesanan diajukan iaitu jika diluar negara jangan kahwin dengan orang putih dan satu lagi jangan terlibat dengan gerakan-gerakan islam disana nanti susah.
18. pernah dikisahkan ada anak muda yang bertanya adakan bapa saya seorang yang zalim kerana saya hanya mengenali islam setelah berada diluar negara kerana semasa didalam negara bapanya tidak pernah memperkenalkan islam padanya.
19. itu sebab Allah swt mengisahkan tentan loqman dan anaknya dalam alquran. iaitu solat, berbuat baik dan mencegah kemungkaran serta jangan sombong dan bongkak kerana Allah swt tidak suka perkara tersebut.
20. kita kena ingat balik perakam kita dari kecil hingga tua. semua dirakam kecil dan besar.
21 dikisahkan baru-baru ini apabila ada yang balik dari mengerjakan haji dimekah hati tersentuh apabila diceritakan di arafah ditunjukkan kebesaran Allah swt ia dapat melihat dilangit nama Allah swt ada terpampang dilangit arafah. tapi mersa sedih dan kecewa ia apabila diberitakan oleh jamaah yang lain ia mengatakan bahawa harga barang-barang disana murah-murah belaka.
22. apa sudah jadi dengan negara umat islam yang dibekalkan dan jadi negara pengeluar minyak terbesar didunia tapi tiada satu pun yang ada kuasa veto di PBB. inilah pesan yang mahal yang perlu diberi pada anak-anak kita supaya mereka berjuang dijalan Allah swt.
23. semasa didarul nadwah 3 cadangan telah diajukan. pertama tangkap dan dipenjarakan. cadangan ini ditolak. kedua halau keluar dari mekah. dan ini pun ditolak kerana nabi saw seorang yang baik dan bila pergi ketempat lain akan ada pengikut dan menyerang kita balik. ketiga dibunuh saja dengan diwakili orang terbaik dari setiap suku.
24. walaupun dirahsiakan tapi Allah swt telah mengarahkan nabi saw berhijrah dengan mengarahkan ali tidur ditempatnya kerana pemuda ini ditugaskan menyerahkan kembali barang yang diamanahkan padanya kepada tuan punyanya. begitu juga nabi saw telah merancang dengan abu bakar untuk berhijrah waktu malam.
25. sebelum nabi keluar dari rumah yang dikepung beliau sempat meletakkan pasir atas kepala pemuda-pemuda gagah tersebut dan diriwayatkan dengan dibacakan 7 ayat pertama surah yaasin dan nama yaasin tersebut juga adalah nama nabi saw. sekian

Sunday, December 28, 2008

antara abu jahal dan abu lahab

1. abu jahal ialah sepupu nabi kita saw.
2. abu lahab ialah bapa saudara nabi saw.
3 .walaubagaimanapun mereka ini sangat-sangat menentang nabi kita saw. didalam mesyuarat sebelum nabi saw berhijrah kemadinah ada mengatakan cadangan abu jahal ialah membunuh nabi saw dan abu lahab tidak setuju kerana ingin melihat sampai setakat mana perjuangan nabi saw yang mana sudah tentu jika dibunuh keputusan tidak diketahui.

5 keadaan pahala digandakan

1. pemberian dari Allah swt.
2. kemuliaan tempat.
3. kemulian masa.
4. besarnya satu-satu perbelanjaan.
5. kepayahan satu-satu ibadah tersebut.

5 perkara yang membinasakan

1. hati cenderung kepada dunia.
2. tidak ambil kira halal dan haram.
3. penyakit kedekut belanja harta kejalan Allah swt.
4. penyakit waham.
5. agama dijual beli.

Saturday, December 27, 2008

4 tahap masa manusia

1. masa dimainkan. masa bayi dan kanak-kanak (1-6 tahun). masa ini bayi dan anak tersebut suka dimain-mainkan oleh sesiapa sahaja.

2. masa bermain. masa kanak-kanak dan remaja (7-20 tahun). masa ini amat suka bermain dan berkawan. apa jenis permainan suka ia.

3. masa berkeluarga dan cari harta. umur antara (21-40 tahun). amat suka ia bekerja mencari harta dan masa sesuai untuk berkeluarga.

4. masa mengumpul harta. masa umur 41 tahun keatas. masa ini masa matang orang dalam kerjaya masing-masing dan gaji serta pendapatan ada berlebihan. amat suka ia akan harta dicari dan kalau boleh disimpan. alasan harta tersebut dikumpul untuk anak-anak supaya ada bekal bila ia mati nanti dan pelbagai alasan lagi. tapi hakikatnya bila berumur memang suka kepada harta.
Posted by Picasa

Friday, December 26, 2008

surah alfatihah - hubungan dengan alam kehidupan manusia


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Ini adalah alam pertama yang masih dalam alam roh yang mana ketika ini roh mengaku bahawa Allah swt adalah tuhan mereka. Disini roh amat dikasihi dan sentiasa dekat denganNYA. Walaubagaimanapun bagi menyempurnakan sifatnya roh perlukan jasad dan dinamakan manusia dan perlu diuji adakah ia apabila diuji masih kenal akan penciptaNYA. Itu sebabnya sebelum dihantar kealam seterusnya ruh ini ditanya adakah AKU ini tuhan kamu. Jawab roh BAHKAN ENGKAU tuhan kami. Dan kenapa roh dihantar kealam yang bawah seperti dalam Al Quran disebut supaya mengabdikan diri padaNYA dan menjadi khalifah di bumi. Dan kenapa roh kita dihantar kesini tidaklah sampai akal kita untuk memikirkannya dan juga Allah swt tidak perlu dipersoalkan kerana ia membuat sesuatu sekehendakNYA dan sebaliknya kita yang akan dipersoalkan.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Selepas bayi dalam rahim ibu berada beberapa bulan maka ditiupkan roh yang diturunkan dialam tinggi kepada jasad tersebut. proses roh dan jasad ini adalah tanda keagungan penciptaan Allah swt dan segala puji bagiNYA yang Maha Memelihara dan Maha Mentadbir dialam rahim tersebut. Segala proses ini disebut secara terperinci dalam AlQuran. Maha Suci Allah menguruskan sesuatu.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Apabila dilahirkan maka bayi tersebut menangis kerana tahu bahawa inilah alam tempat pertama ia diuji dan juga seolah-olah enggan keluar dari tempat yang selama ini ia selesa tanpa ada apa-apa cabaran demi kelangsungan hidup. Maka dialam bumi dan didunia ini Allah swt masih melimpahkan kepemurahanNYA dan kepengasihanNYA kepada manusia dengan diberikan rezeki tidak mengira samada taat atau ingkar. Kerana disini walaupun melakukan kesalahan jika bertaubat akan diampunkan. Begitu juga demi menyelamatkan manusia diturunkan rasul-rasul untuk menyampaikan risalah bagi menyelamatkan supaya tidak tersesat jalan.


4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Setelah hidup didunia dalam masa yang singkat maka sampailah masa ia akan ditempatkan kealam barzah atau alam kubur ia itu kiamat kecil baginya dan jendela kealam akhirat. Disini manusia tidak mempunyai apa-apa peluang lagi untuk mengerjakan amalan soleh dan ketentuan nasibnya atas ehsan Allah swt semata-mata. Dimana sebelum ini pelbagai peringatan telah diberi tanpa penat dan jemu oleh rasul, nabi dan ulama.



5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Masa dialam akhirat pelbagai peristiwa ditempuhi dengan dimulai dengan hari kebangkitan. Hanya pengharapan dan pertolongan Allah swt yang dipinta atas keperitan hari tersebut. Setelah manusia mundar mandir dalam tempoh yang lama maka dicari siapa yang dapat menyegerakan hari pembalasan tersebut. Maka atas syafaat Nabi muhammad saw beliau menyungkur sembah dan berdoa kepada Allah swt maka diperkenankan permintaannya yang mana sebelum ini tiada siapa yang sanggup demi memikirkan kesalahan masing-masing dan juga hari ini adalah hari kemurkaan Allah swt.



6. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Setelah semua proses hari pembalasan hampir selesai maka manusia perlu ditempatkan sesuai dengan amalan masing-masing. Masa ini semua manusia masih amat mengharapkan pertolongan Allah swt dengan menunjukki jalan yang membawa kebahagiaan untuk selama-lamanya atau dimatikan sahaja bagi yang mengetahui ia akan ditempatkan di alam yang celaka dan penuh kesengsaraanya.



7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. Maka tahulah manusia dimana mereka ditempatkan samada syurga yang penuh nikmat dan neraka yang penuh dengan kesengsaraan.

Begitulah kehidupan ini dan sesuai dengan surah Alfatihah yang digelar Ummul Kitab atau ibu Al Quran kerana beginilah laluan kehidupan yang perlu ditempuhi. dan surah-surah seterusnya adalah pelaksanaan untuk mencapai kita kesana samada berjaya atau gagal. Wallahualam


Thursday, December 25, 2008

3 jenis bala akan menimpa bila lari dari ulama.


3 jenis bala akan menimpa kita jika kita lari dari dan menjauhkan diri dari ulama dan fuqaha.


1. Allah swt akan mencabut keberkatan rezeki. seperti banyaknya wang tapi nilainya kurang berbanding sebelumnya. begitu juga dengan rezeki-rezeki yang lain seperti negara tidak aman, kampung tidak tenteram dengan pelbagai masalah sosial dan lainnya.

2. Allah swt akan memberinya pemimpin yang zalim. pemimpin yang rasuah dan pemimpin yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. yang mana kita sendiri hairan bagaimana pemimpin yang rasuah dan melakukan pelbagai maksiat masih dan amat disukai.

3. Allah swt akan mengeluarkan dari dunia ini (mati) tanpa iman iaitu mati ketika melakukan maksiat.

Saturday, December 20, 2008

siapakah ahli syurga?

1. orang yang bertaubat.
2. orang yang beribadat.
3. orang yang sentiasa mengucapkan alhadulillah dalam semua urusan seharian bukan sahaja dimasjid atau malis keagamaan malah dimana-mana sahaja majlis atau tempat kerja.ini adalah perkataan ahli syurga. contoh sentiasa mengatakan alhamdulillah sihat walau pun kadang-kadang kurang sihat.
4. orang yang belajar yang mana disukai Allah swt, nabi saw dan malaikat.
5. orang yang rukuk dan sujud iaitu solat. melakukan solat fardhu memang disukai Allah swt tetapi solat sunat lebih disukai Allah swt, kerana solat sunat jika tidak dilakukan pun tidak berdosa. begitu juga solat wajib memang kena dilakukan. lebih-lebih lagi jika khusuk.
6. orang yang mengajak orang lain membuat kebaikan.
7. orang yang mencegah kemungkaran.
8. orang yang menjaga syariat dan hukum Allah swt.

Thursday, December 18, 2008

siapakah Allah swt

siapakah Allah swt? selain daripada alam ialah Allah swt. begitu juga selain dari Allah swt ialah alam. begitu juga tiada makhluk yang bernama Allah. dan jika ada yang ingin menamakan anak dengan nama Allah nescaya tidak diizinkan oleh Allah swt demi memelihara keagungan namanya walaupun firaun yang mengaku tuhan itu pun hanya menamakan aku tuhan yang paling tinggi. dikisahkn ada seorang wanita yang bernazar jika anak dalam kandungannya dilahirkan lelaki akan dinamakan dengan nama Allah. dan bila dilahirkan memang lelaki dan dinamakan Allah dan dalam masa satu hari anak itu dipanah petir. ini kerana Allah swt tidak mengizinkannya. Zat yang namanya Allah sahaja yang layak disembah tiada yang lain. dan semua manusia tahu nama dan kenal nama Allah tidak kira muslim atau sebaliknya. Allah ialah sultanul asma iaitu kerajaan segala nama. dan juga raja segala nama. seperti arrahmaan nama Allah dan arrahiim juga nama Allah. ini adalah tauhid ulluhiyyah. nama Allah dalam bahasa alquran ada 4 huruf iaitu alif lam lam ha. jika digugurkan huruf alif yang tinggal lam lam ha yang berbunyi LILLAH yang bermaksud KERANA ALLAH. oleh itu selepas kenal Allah semestinya melakukan sesuatu kerana Allah swt. jika digugurkan satu lagi lam akan jadi lam ha yang berbunyi LAHU yang bermaksud KEPUNYAAN DIA. jadi kita kena faham bahawa semua yang dilangit dan dibumi dan diantara keduanya adalah kepunyaan Allah. jika digugur lagi huruf lam akan jadi ha yang berbunyi HUA yang bermaksud DIA (Allah). begitulah hebat nya nama Allah dan hurufnya. jika nama kita jika digugur satu huruf mungkin sudah tiada makna atau makna yang tidak baik atau tidak menentu maknanya. wallahualam. Posted by Picasa

Tuesday, December 16, 2008

perbezaan antara sirah dan sunnah nabi saw

kadang-kadang ada dikalangan kita yang keliru antara sirah dan sunnah. sunnah biasanya kita akan ikut dan dapat pahala seperti cara berpakaian, makan, menaiki kenderaan dan lainnya. sirah adalah seperti hijrahnya nabi dari mekah ke madinah. hijrah ini sudah tidak jadi sunnah lagi sebab nabi saw ada bersabda selepas ini tiada lagi hijrah. oleh itu jika sekarang kita ingin berhijrah seperti nabi saw sudah tidak dituntut lagi. wallahuallam
Posted by Picasa

Sunday, December 14, 2008

Yusuf al-Qaradawi

Biography Yusuf al-Qaradawi (Arabic: يوسف القرضاوي Yūsuf al-Qaraḍāwiy‎), (born September 9, 1926) is an Egyptian Muslim scholar and preacher best known for his popular al Jazeera program, ash-Shariah wal-Hayat ("Shariah and Life"), and IslamOnline (a website that he helped to found in 1997), where he offers opinions and religious edicts ("fatwa") based on his interpretation of the Qur'an. He has also published some fifty books, including The Lawful and the Prohibited in Islam and Islam: The Future Civilization.Although al-Qaradawi has long had one of the more prominent roles within the thought leadership of the Muslim Brotherhood[1], he has twice turned down offers for the official directorship role of the organization.[2] Among many Muslims, he is considered a moderate conservative, who seeks to explain and adapt the ideals of the Islamic lifestyle with those of modern society.Al-Qaradawi was born in Egypt. Following his father's death, the two year old Qaradawi was raised by his uncle. His family urged him to either run a grocery store or to become a carpenter. Instead, he read and memorized the entire Qur'an by the time he was nine years old. Qaradawi was a follower of Hasan al-Banna during his youth and was imprisoned first under the monarchy in 1949, then three times after the publication of Tyrant and the Scholar. He attended the Al-Azhar Theological Seminary before moving to Qatar....During his time at al-Azhar, al-Qaradawi oversaw the Muslim Brotherhood's (Wafd-government-approved) paramilitary training camp there, alongside fellow Muslim Brothers Ahmed al-'Asal and Abdallah al-'Aqil. The camp, along with others like it at other Egyptian universities, taught university students how to use weapons and explosives, and drilled them in a doctrine of religious war against the occupying British and Israelis.[4]He worked in the Egyptian Ministry of Religious Endowments, was the Dean of the Islamic Department at the Faculties of Shariah and Education in Qatar, and served as chairman of the Islamic Scientific Councils of Algerian Universities and Institutions.He was a longtime member of the Muslim Brotherhood, and has turned down offers to be the Brotherhood's leader various times. Qaradawi is the head of the European Council for Fatwa and Research

doa nabi saw


1. masa pendek. umat dulu umur panjang-panjang sampai 950 tahun.


2. bila umat berdosa tidak dibalas sertamerta. tidak seperti umat terdahulu bila bala berlaku terlibat besar-besaran hingga satu kaum boleh hilang lenyap.

Saturday, December 13, 2008

5 penawar bagi hati supaya segar dan ceria


1. duduk dimajlis orang-orang soleh. kerana kalau ia seorang yang agamawan sekalipun jika ada dimajlis maksiat maka hati akan rosak.


2. baca alquran. alquran adalah mukjizat dan tidak jemu dibaca.


3. perut jangan terlalu kenyang. sentiasa dikosongkan seperti puasa isnin dan khamis.


4. kiyamullail. solat witir serta tahajjud kerana Allah swt memberi kelebihan yang banyak waktu ini berbanding waktu lain.


5. solat subuh awal. terutama dimasjid kerana doa diawal pagi adalah doa qunut.

Friday, December 12, 2008

Ali Alatas meninggal dunia akibat strok


Ali Alatas meninggal dunia akibat strok11/12/2008 12:44pmJAKARTA 11 Dis. – Bekas Menteri Luar Indonesia, Ali Alatas, 76, meninggal dunia hari ini akibat strok.Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Mounth Elizabeth, Singapura. – AP

doa masuk dan keluar masjid


1. masuk- ya Allah berilah rahmat mu pada ku.


2. keluar- ya Allah berilah rezeki pada ku

Thursday, December 11, 2008

kenapa kita perlu ingat Allah swt


1. hati yang hidup akan makrifat pada Allah swt.
2. tersingkap rahsia-rahsia yang dulunya kita tidak faham.
3. nur makrifat. kita kan memahami apa yang orang lain tidak faham. sebab majoriti hati telah mati. jadi ramai yang tidak faham.

Wednesday, December 10, 2008

Mangsa kelima ditemui petang tadi


Mangsa kelima ditemui petang tadiKUALA LUMPUR: Mangsa kelima tragedi 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, di Ampang, ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi, berhampiran kediaman mendiang Dr N Yogeswari. Pasukan penyelamat menemui mayat yang dipercayai pembantu doktor haiwan warga Sri Lanka itu reput berhampiran tempat majikannya itu ditemui pada hari kejadian, Sabtu lalu. Polis bagaimanapun belum dapat memastikan identiti mangsa terbabit setakat ini berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput.

Friday, December 5, 2008

5 perkara jika ditinggalkan buat kita susah


1. kampung halaman. tempat tumpah darah.tempat lahir.tempat tanah watan. ambil peluang pijakkan kaki walaupun sekejap siang atau malam. ada yang berpuluh tahun tidak balik kampung dan jika balik pun tidak balik ketempat beliau dilahirkan.

2. ibu bapa. jika ini ditinggalkan pun buat kita susah hati juga. hati tidak tenteram. kerana kita disibukkan dengan pekerjaan, anak isteri dan lainnya.

3. duduk dengan saudara mara. jika lama tidak jumpa luangkan masa bersama mereka.

4. adat resam. pun jangan tinggalkan seperti pakai baju melayu, makan kueh melayu dan lihat peralatan tradisional melayu. jika kita melayu, jika india pun begitu juga.

5. jangan tinggal rumah Allah. jadi sentiasalah bersolat dan beriktikaf dalamnya.

Wednesday, November 26, 2008

16-kesimpulan sistem sebab musabab-psm

16: KESIMPULAN SISTEM SEBAB MUSABAB
Setelah mengupas sistem sebab musabab selapis demi selapis bolehlah kita susunkan lapisan-lapisannya seperti berikut: 1: Ikhtiar atau perbuatan lahir menjadi sebab musabab 2: Rangsangan syaitan menjadi sebab musabab 3: Perbuatan makhluk halus menjadi sebab musabab 4: Perbuatan dosa menjadi sebab musabab 5: Ilham malaikat menjadi sebab musabab 6: Tindakan malaikat menjadi sebab musabab 7: Doa menjadi sebab musabab 8: Amanah Allah s.w.t menjadi sebab musabab 9: Zikir menjadi sebab musabab 10:Ketentuan azali menjadi sebab musabab
Semua sebab musabab di atas menjadi nyata apabila sebab musabab yang pertama berlaku. Berbagai-bagai tenaga sebab musabab berkumpul di dalam sebab musabab yang pertama itu. Tujuan daripada sebab musabab yang pertama hingga ke sembilan adalah untuk menyatakan sebab musabab yang ke sepuluh, iaitulah ketentuan pada azali. Manusia secara umumnya memandang sebab musabab yang pertama secara sendirian tanpa dikaitkan dengan yang lain-lain. Jika ikhtiar tidak mengeluarkan akibat yang sesuai dengan sebab yang diadakan maka seseorang itu terus mengatakan hal demikian adalah nasib atau takdir, iaitu sebab musabab yang ke sepuluh. Manusia hanya memberi tumpuan kepada ikhtiar yang zahir. Bila bidang ikhtiar yang zahir telah kecundang mereka terus mengatakan ikhtiar sudah habis. Jika kita tilik kepada susunkan sebab musabab kita dapati ikhtiar tidak habis, hanya pada sebab musabab yang ke sepuluh tidak ada ikhtiar.
Kita boleh memilih untuk menurut rangsangan syaitan atau pun tidak. Begitu juga dengan ilham malaikat yang sampai kepada kita. Kita boleh berikhtiar daripada dimasuki oleh ilmu hitam atau ilmu makhluk halus. Kita boleh mengelakkan diri daripada berbuat dosa dan juga boleh bertaubat untuk keluar daripada arus sebab musabab yang menjadi hukuman kepada dosa. Kita juga boleh berdoa untuk mendapatkan sebab musabab yang baik. Kita juga boleh memilih untuk berjanji dan bersumpah atau tidak ataupun menunaikannya ataupun tidak. Kita juga boleh memilih untuk berzikir. Hanya apabila sampai kepada sumber sebab musabab iaitu ketentuan pada azali baharulah tidak ada ikhtiar memilih, baharulah dinamakan takdir. Dalam hal ketentuan pada azali ini tidak ada makhluk samada manusia, jin atau malaikat yang berkuasa campur tangan. Ketentuan pada azali menjadi kuasa yang menyerap ke dalam semua sistem sebab musabab. Ini bermakna sekalipun kita boleh berikhtiar dan memilih namun, ikhtiar dan pilihan kita tetap tunduk kepada kuasa penentuan pada azali. Bila dipandang dari aspek ini maka boleh juga jika dikatakan bahawa ikhtiar dan pilihan itu sendiri merupakan nasib atau takdir yang sudah ditentukan pada azali.
Dalam meneliti hukum sebab musabab kita dapati sebab musabab peringkat batin jauh lebih luas dan kuat daripada sebab musabab peringkat zahir. Yang zahir lebih berupa menyatakan apa yang terkandung pada yang batin.
Landasan utama perjalanan sebab musabab ada dua, iaitu landasan dosa dan landasan kebajikan. Selain itu, landasan yang tidak bersangkut paut dengan dosa atau kebajikan adalah landasan takdir yang tidak dimengerti dan tidak ada jawapan kepada pertanyaan mengapa. Dalam landasan dosa penggerak utamanya ialah syaitan. Malaikat pula menjadi penggerak utama pada landasan kebajikan. Apa yang dikatakan dosa ialah perbuatan yang dipersetujui oleh hati menurut rencana syaitan. Perbuatan dosa sukar dilakukan pada pertama kalinya tetapi bila dosa pertama sudah berlaku mudahlah melakukan yang seterusnya..
Satu perkara yang menarik untuk direnung ialah samada makhluk halus atau ilmu hitam berkemampuan mendatangkan mudarat kepada manusia. “Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang diciptakan-Nya. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”. (Surah al-Falaq, ayat 1 – 8).
“Dan mereka turut apa-apa diceritakan oleh syaitan mengenai kerajaan Sulaiman padahal Sulaiman tidak kufur, syaitan yang kufur. Mereka ajarkan (ilmu) sihir kepada manusia dan (ilmu) yang diturunkan kepada dua orang malaikat Harut dan Marut di negeri Babil padahal mereka tidak mengajar seseorang melainkan sesudah menasihati dan berkata, ‘Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji aman kamu) oleh itu janganlah kamu kufur’. Dalam pada itu ada juga orang yang mempelajarinya dari mereka berdua ilmu sihir yang menceraikan antara suami dengan isterinya dan padahal mereka tidak dapat memberi mudarat dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka telah belajar perkara yang membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya (kaum Yahudi) itu tahu bahawa sesiapa yang menggunakan (ilmu sihir) itu tidak mempunyai bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”. (Surah al-Baqarah, ayat 102).
Dalam surah al-Falaq Allah s.w.t menceritakan tentang sebahagian daripada kejadian-Nya yang dikaitkan dengan kejahatan. Biasanya kita menganggap kejahatan sebagai sifat kepada sesuatu, bukan sesuatu yang wujud. Selain kejahatan banyak lagi perkara-perkara yang dianggap sebagai sifat yang dilekatkan kepada sesuatu. Penglihatan, pendengaran, ketajaman dan lain-lain diistilah sebagai sifat bukan sesuatu yang wujud. Cuba kita renungkan. Bila kita mahu melihat kita gunakan mata, mahu mendengar kita gunakan telinga. Bila mahu memotong kita menggunakan pisau. Jika dipandang dalam aspek ini kita dapati mata, telinga dan pisau menjadi alat sementara penglihatan, pendengaran dan ketajaman menjadi sifat yang melekat pada alat. Tetapi jika penglihatan tidak wujud kewujudan mata tidak berupaya membuat orang melihat. Jika pendengaran tidak wujud kewujudan telinga tidak berupaya membuat orang mendengar. Jika ketajaman tidak wujud kewujudan pisau tidak berupaya memotong. Sentuhan penglihatan perlu bagi mata untuk melihat. Sentuhan pendengaran perlu bagi telinga untuk mendengar. Sentuhan dari ketajaman perlu bagi pisau untuk memotong. Begitu juga sentuhan dari kejahatan perlu bagi sesuatu merasai kejahatan. Banyak perkara boleh disentuh oleh kejahatan untuk meninggalkan kesan jahat. Kejahatan boleh bergerak melalui berbagai-bagai cara. Surah al-Falaq menceritakan sebahagian daripada cara-cara kejahatan bergerak. Ia bergerak melalui benda-benda yang Tuhan jadikan seperti malam yang kelam, orang yang menipu di simpulan (dukun atau ahli sihir) dan manusia yang pendengki.
Ayat 102 Surah al-Baqarah pula menceritakan tentang kejahatan yang bergerak melalui ilmu hitam. Ilmu jenis ini asalnya dimiliki oleh dua orang malaikat di negeri Babil bernama Harut dan Marut. Manusia telah datang kepada Harut dan Marut untuk mempelajari ilmu tersebut. Harut dan Marut bersedia mengajarkan ilmu tersebut tetapi mereka memberi peringatan bahawa mereka adalah ujian bagi manusia. Peranan Harut dan Marut samalah seperti peranan tukang besi yang tahu membuat pedang. Manusia yang mengambil pedang dari tukang besi boleh menggunakannya untuk menegakkan keadilan dan boleh juga untuk melakukan kerosakan. Manusia yang mengambil ilmu Harut dan Marut menggunakannya untuk memporak-perandakan rumah tangga orang lain. Ilmu tersebut digunakan untuk melakukan kerosakan di atas muka bumi. Al-Quran memberitahu bahawa mengamalkan ilmu yang demikian membahayakan diri sendiri. Ini disebabkan pengamalnya diresapi oleh makhluk halus yang akan turut sama dalam segala aktiviti kehidupannya; makan bersama, minum bersama hinggakan bersetubuh pun bersama.
Orang yang mengamalkan ilmu tersebut akan mengadakan hubungan kelamin dengan pasangannya dalam keadaan dirinya diresapi oleh makhluk halus. Tenaga kebatinan makhluk halus jauh lebih kuat daripada tenaga manusia. Pasangan orang berkenaan akan kehilangan banyak tenaga setiap kali mereka mengadakan hubungan kelamin. Akibatnya pasangan ini tidak berdaya memuaskan nafsu pasangannya. Jiwanya akan terganggu. Dia menjadi takut untuk mengadakan hubungan kelamin dengan pasangannya. Orang yang menjadi mangsa ini akan kelihatan pucat, kurus kering, tidak bertenaga dan menghidapi penyakit yang tidak diketahui jenisnya.
Apabila melihat kepada keampuhan ilmu yang diterima daripada Harut dan Marut ini kita berasa takjub akan keberkesanannya. Kita lupa bahawa ayat 102, Surah al-Baqarah menegaskan bahawa mereka tidak mampu membahayakan seseorang melainkan dengan izin Allah s.w.t. “Dengan izin Allah” inilah kekuatan yang sebenarnya bukan ilmu berkenaan. Ilmu jahat itu hanya boleh memberi kesan jika Allah s.w.t Izinkan. Hak untuk mengizinkan itu adalah hak mutlak Allah s.w.t sahaja. Jika ilmu demikian singgah kepada kita perlu bertanya mengapa Allah s.w.t Izinkan hal yang demikian berlaku ke atas diri kita. Jangan taksub kepada kemujaraban ilmu tersebut tetapi kita mesti periksa diri kita dalam bidang manakah hubungan kita dengan-Nya tidak kuat sehinggakan ada ruang bagi kejahatan sampai kepada kita. Apa yang berlaku menjadi peringatan agar kita insaf bahawa tanpa perlindungan Allah s.w.t kita mudah dirosakkan oleh kejahatan. Surah al-Falaq mengajar kita supaya berlindung kepada Allah s.w.t. Kejahatan adalah umpama anjing dan Tuhan yang mengawalnya. Pengawal hanya melepaskan anjing itu untuk membaham orang yang patut dibaham. Ayat 102 pula memberi peringatan bahawa selain mendatangkan mudarat kepada diri sendiri Pengamal ilmu hitam itu juga tidak berpeluang merasai kebaikan di akhirat. Apa juga kebaikan yang ada dengan orang ini akan diberikan kepada orang yang dianiayainya. Jika kebaikannya sudah habis dia terpaksa pula mengambil kejahatan orang tadi. Orang yang menjadi mangsa mendapat keuntungan besar di akhirat.
Begitulah lebih kurang persoalan tentang kejahatan. Pandanglah dengan mata hati untuk melihat kewujudan kejahatan seperti kewujudan demam. Ibu demam, bernama Ummu Maljan, pernah menghadap Rasulullah s.a.w menanyakan kepada puak manakah Rasulullah s.a.w mahu dia pergi. Setelah mendapat keizinan dari Rasulullah s.a.w ibu demam pun pergi kepada puak yang dipilih oleh baginda s.a.w. ia tinggal di sana selama satu minggu. Selama itu puak tersebut mengalami demam. Bila ibu demam meninggalkan mereka maka mereka pun kembali sihat. Demam itu telah menghapuskan dosa mereka. Pada zaman Nabi Daud a.s pula angin pernah dibawa menghadap Nabi Daud a.s dan dibicarakan.
Oleh itu Pandanglah perkara ghaib dengan mata hati untuk mendapatkan pengertian yang lebih mendalam. Kebaikan, kejahatan, penyakit dan lain-lain adalah tenaga yang Tuhan ciptakan bukan ciptaan makhluk. Oleh itu sentiasalah berlindung kepada-Nya bukan sujud kepada makhluk.
Kita kembali menyimpulkan persoalan sistem sebab musabab. Kita, manusia, bersifat lemah. Kita cenderung berbuat dosa. Semakin banyak dosa yang kita lakukan semakin teguh sebab musabab dari landasan dosa sampai kepada kita. Pada landasan inilah terdapat hal-hal seperti kejahatan, ketakutan, kerisauan, kebimbangan, kegelisahan dan lain-lain yang menekan jiwa. Walaupun sebab musabab dari landasan ini membawa kepada kita harta yang banyak, pangkat yang tinggi, isteri yang cantik dan kedudukan yang mulia tetapi semuanya itu datang dengan desiring oleh hal-hal yang menekan jiwa. Selama kita berada di atas landasan dosa kita tidak akan terlepas daripada kekacauan jiwa. Kita tidak akan temui kepuasan, kedamaian dan kesejahteraan. Oleh itu keluarlah daripada landasan tersebut.
Setelah keluar daripada landasan dosa, sebelum masuk kepada landasan kebajikan, terdapat sempadan yang hukum sebab musabab berfungsi membersihkan diri daripada dosa dan menyucikan hati. Pintu untuk masuk ke sempadan ini ialah taubat. Dalam daerah ini terdapat persaingan antara hal-hal yang menekan jiwa dengan hal-hal yang meringankan beban tekanan tersebut. Sebab musabab dalam daerah ini memberi kesan yang bercampur-campur di antara suka dengan duka, tenteram dengan risau, senang dengan susah dan bahagia dengan sengsara. Semakin jauh kita tinggalkan daerah ini semakin kurang kesan negatif ke atas jiwa kita. Bila kita sudah melepasi daerah ini jiwa kita akan menjadi tenteram. Tidak ada lagi kekacauan.
Selepas melepasi daerah yang dinyatakan di atas kita akan menemui daerah kebajikan. Hukum sebab musabab dalam daerah ini tidak lagi membawa hal-hal yang menekan jiwa. Hal yang demikian tidak bermakna yang datang kepada kita dalam daerah ini semuanya nikmat. Masih ada lagi perkara yang dipanggil bala seperti penyakit dan kemiskinan. Tetapi ketakutan, kerisauan, kekacauan dan yang seumpamanya tidak ada lagi. Oleh itu walaupun bala bencana datang jiwa tetap mampu bersabar dan bertenang. Bila nikmat datang jiwa akan gembira dan bersyukur tetapi tidak sampai kepada takabur dan sombong. Fungsi hukum sebab musabab dalam daerah ini ialah memperelokkan seseorang hamba itu, mengemaskan yang longgar, menegakkan yang condong dan menambahkan yang kurang sehingga menjadi cukup kuat, bersih, tegak, lurus dan tidak ada cacat celanya.
Selepas hal yang disebut sebelum ini, perjalanan sebab musabab menjadi sangat berbeza walaupun kejadian yang berlaku sama seperti hal-hal lain. Sukar untuk ditemui satu istilah yang tepat untuk menggambarkan perkara yang berlaku dalam hal ini. Istilah-istilah seperti ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan tidak memadai untuk menceritakan yang sebenarnya di sini. Kita renungi lipatan sejarah seorang wanita bernama Asma’ binti Abu Bakar as-Siddik. Ketika Rasulullah s.a.w memulakan hijrah dengan bersembunyi di dalam Gua Thur bersama-sama Abu Bakar as-Siddik r.a, Asma’ telah memainkan peranan penting dengan menghalau kambing-kambing untuk menutupi jejak yang dibuat dan beliau juga menghantar bekalan. Ketika Asma’ r.a sudah tua dan matanya sudah tidak boleh melihat lagi, selepas Ali r.a digulingkan dari jawatan khalifah, puak yang menang telah menuduh anak Asma’ r.a sebagai pemberontak. Dia ditangkap dan dibunuh. Mayatnya diheret berhari-hari melalui segenap lorong sehingga mayat itu menjadi busuk. Mayat yang sudah busuk itu dibawa lalu di hadapan rumah Asma’. Berkatalah Asma’, “Mayat siapakah yang aku cium ini tersangat wangi baunya”. Bila diberitahu mayat itu adalah mayat anaknya yang telah dibunuh oleh pemerintah Asma’ pun berkata, “Alhamdulillah! Maha Suci Allah yang telah memilih aku menjadi ibu kepada seorang pemuda yang bahagia”. Hukum sebab musabab membawa bau busuk kepada semua orang tetapi membawa bau harum kepada Asma’ seorang. Hukum sebab musabab membawa kesedihan kepada ibu yang anaknya dibunuh tetapi membawa kegembiraan kepada Asma’.
Apakah yang dapat dikatakan tentang hukum sebab musabab dalam daerah ini. Hukum sebab musabab membawa ketakutan kepada semua orang yang akan dicampakkan ke dalam kuali besar yang berisi minyak yang sedang menggelegak tetapi membawa kedamaian kepada Masitah, tukang sikat anak Firaun. Masitah tidak sedikit pun terkilan bila dia dicampak ke dalam minyak panas itu. Hukum sebab musabab membawa kesakitan dan kesengsaraan kepada orang yang berkudis kakinya tetapi bagi Tok Kenali kudis itu menjadi bekas dia memelihara sahabatnya, seekor ulat.
Kita telah melihat berbagai-bagai jenis hukum sebab musabab. Apakah yang akan terjadi sekiranya semua hukum sebab musabab itu berlaku sekaligus kepada seorang manusia? Bagaimana pintu sebab musabab boleh terbuka sekaligus dan serentak menyerang seseorang manusia itu? Kejadian yang berlaku di sebuah kampung mungkin boleh dijadikan iktibar. Imam di kampung itu mempunyai seorang anak lelaki yang gemar ‘mengintai’. Hebohlah dalam kampung itu tentang anak Tok Imam yang suka mengintai. Apabila Tok Imam itu sudah tidak tahan lagi menanggung malu dia pun mengumpul empat puluh lelaki. Mereka melakukan sembahyang hajat beramai-ramai memohon kepada Tuhan mengubah perangai jahat anaknya, biar semua orang kampung selamat daripada kejahatannya. Selang tidak berapa lama si anak itu berubah secara mengejut. Dia tidak lagi mengintai. Bukan setakat itu sahaja malah dia tidak mahu naik ke rumahnya. Dia menyembunyikan diri di bawah rumah. Puas dipujuk namun dia tetap tidak mahu naik ke rumah. Lalu Tok Imam membuat bilik khas untuk anaknya di bawah rumah. Di situlah dia makan, minum, tidur dan sebagainya, tidak berjumpa dengan sesiapa lagi. Jika ada orang datang dia akan lari menyembunyikan diri.
Mengapa terjadi demikian kepada anak Tok Imam itu? Si anak itu bukanlah seorang yang gemar beribadat. Seperti kebanyakan pemuda dia hanyut di dalam arus keduniaan. Tanpa makanan rohani hatinya menjadi lemah. Perbuatan dosa yang dilakukannya menambahkan kelemahan jiwanya. Kegemarannya suka mengintai itu menyebabkan ramai orang yang sakit hati dengan menggunakan ilmu pesaka Harut Marut untuk mendatang mudarat kepadanya. Jadi, sebelum dilakukan upacara sembahyang hajat si anak itu telah berhadapan dengan hukum sebab musabab berikut yang bersedia untuk menimpa ke atasnya: 1: Rangsangan syaitan 2: Makhluk halus yang dihantar secara ilmu hitam. 3: Hukuman terhadap dosa. 4: Bala sebagai pembersih. Sebelum dilakukan sembahyang hajat hukum sebab musabab turun secara beransur-ansur silih berganti. Bila sembahyang hajat dilakukan beramai-ramai doa orang ramai telah membuka satu dimensi atau pintu khas, pintu besar yang mempunyai saluran kepada semua hukum sebab musabab. Bila pintu besar ini terbuka semua hukum sebab musabab jatuh menimpa anak Tok Imam tersebut. Rangsangan syaitan menekan jiwanya. Makhluk halus yang selama ini menunggu kini boleh ikut serta mengenakan kejahatannya. Hukuman ke atas dosanya turun serentak ke dalam jiwanya. Bala juga datang untuk membersihkannya. Dalam keadaan macam itu budak itu tidak mampu bertahan. Jiwanya terlalu tertekan menyebabkan dirinya hancur atau lenyap. Kesedarannya sebagai manusia biasa sudah hilang. Dia tidak lagi menjadi rakyat dunia. Dia sudah menjadi rakyat alam lain yang bukan alam nyata.
Sembahyang hajat dan doa beramai-ramai mengambil fungsi sebagai sumpahan beramai-ramai. Orang ramai telah menolak budak berkenaan daripada alam mereka dan menyerahkannya kepada Allah s.w.t. Budak itu menjadi hak mutlak Allah s.w.t. Orang ramai tidak boleh lagi campur tangan dalam urusannya. Budak itu dikeluarkan daripada alam orang ramai dan dimasukkan ke dalam alam yang mempunyai sifat khusus baginya.
Orang yang telah bertukar sifat boleh mengambil beberapa jenis watak. Ada orang yang demikian berfungsi menjadi cubaan kepada orang ramai. Orang seperti ini mungkin akan memaki sesiapa sahaja yang lalu di hadapannya. Dia mungkin membaling batu ke rumah siapa sahaja. Dia mungkin mengaibkan siapa sahaja. Anak Tok Imam itu pula berubah sifat secara putus hubungan dengan alam sekelilingnya. Dia mempunyai alamnya sendiri.
Sifat khusus yang mengenai seseorang banyak bergantung kepada keadaan semasa orang berkenaan. Sekiranya sebab musabab dalam bidang menghukum dosa paling kuat menguasainya, tekanan yang hebat ke atas jiwanya boleh menyebabkan dia hilang kewarasan. Jika sebab musabab sebagai pembersih dan penampung kecacatan lebih kuat, maka orang berkenaan akan pergi ke alam zuhud, memisahkan dirinya daripada makhluk, tinggal di dalam hutan dan gua, membenamkan dirinya terus menerus di dalam ibadat dan tidak menghiraukan urusan dunia. Jika sebab musabab yang menaikkan darjat lebih kuat menguasainya, dia akan keluar dari sistem sebab musabab dan masuk kepada alam perbuatan Tuhan. Iktikadnya adalah segala sesuatu adalah perbuatan Tuhan, tiada makhluk yang berupaya menghasilkan sesuatu.
Jika diringkaskan kesan daripada sembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai itu bolehlah disusun perubahan yang berlaku kepada orang berkenaan seperti berikut: 1: Terjadi perubahan mendadak pada diri orang berkenaan. 2: Perpisahan dengan sifat normal dan memakai sifat khusus. 3: Pengasingan dengan alam yang mengandungi kegiatan biasanya. 4: Menjadi percubaan kepada keluarga dan orang ramai. 5: Melepaskan diri daripada taklukan makhluk. 6: Hanya tunduk kepada hukum dan perintah Allah yang menjadi pakaiannya, samada hukum gila, zuhud, mengaibkan orang ramai, mendatangkan kesusahan kepada orang lain, memperjuangkan sesuatu dan lain-lain mengikut bentuk sifat khusus yang dipakaikan kepadanya.
Secara umumnya orang yang dicabut hak dirinya dan dipakaikan dengan hak mutlak Allah s.w.t akan menggunakan ‘kerakyatan’ khusus baginya, keperibadian dan sifat yang khas hanya untuknya yang berbeza dengan orang ramai dan tertakluk kepada hukum sebab musabab yang khas untuknya. Dia tidak ada keinginan, kehendak dan kekuatan untuk keluar dari bidang sebab musabab yang menguasainya untuk masuk ke bidang yang lain. Orang yang seperti ini jika dia menerima rangsangan atau ilham untuk melakukan sesuatu dia akan berbuat demikian tanpa mengira lojik dan risiko. Orang gila yang menerima rangsangan supaya membakar rumah orang akan berbuat demikian tanpa memperdulikan samada dia akan dipukul atau ditangkap oleh polis. Orang zahid pula jika dia menerima ilham agar tidak mengganggu urusan orang lain dia tidak akan mencampurinya walaupun ada orang yang hampir mati meminta bantuannya. Orang yang melepaskan hak diri dan memakai hak Allah s.w.t jika dia menerima ilham agar mengambil sesuatu maka dia akan mengambilnya tanpa mengira barang kepunyaan orang lain kerana baginya hanya Allah jualah Pemilik yang sebenar. Orang seperti ini menjadi alat bagi Allah s.w.t Mempamerkan sebab musabab yang sudah tertera pada azali.
Begitulah perjalanan sebab musabab yang bersimpang siur dalam kehidupan hairan. Suasana hati bertanggungjawab menjemput sebab musabab yang sesuai dengannya. Bidang sebab musabab yang menguasainya itulah yang menentukan hati itu bahagia atau celaka. Alat yang sangat berkesan bagi mengubah suasana hati kepada yang lebih baik ialah zikir. Zikir menjadi sebab musabab yang mengimbangi sebab musabab yang lain. Zikir dapat mempertahankan diri daripada rangsangan syaitan, menjadi benteng daripada serangan makhluk halus, mencairkan dosa yang berkarat pada dinding hati seterusnya mengubah hati menjadi bersih dan masuk ke dalam sebab musabab yang mensejahterakan. Zikir memainkan peranan yang besar dalam membentuk kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kita tidak dapat mengawal orang lain dan sebab musabab yang menguasainya yang juga memberi kesan kepada kehidupan kita. Kita juga kadang-kadang tergelincir melakukan dosa. Kejahatan benda dan suasana, kejahatan orang yang mengamalkan ilmu Harut Marut dan kejahatan pendengki sentiasa mencari peluang untuk mengenakan kita. Bagi menghadapi semua itu kita diajarkan supaya berlindung kepada Allah s.w.t, ingat atau berzikir kepada-Nya. Kita juga selalu mengabaikan perjanjian dan sumpah dan tidak pula menebusnya. Mungkin ada pula orang yang mendoakan agar kita ditimpa kesusahan. Ini semua melemahkan diri kita. Bagi memulihkan kekacauan kita perlu memasukkan tenaga zikir sebagai sebab musabab pengimbang. Surah al-Falaq mengajarkan kita supaya berlindung dengan Tuhan yang memiliki cuaca subuh. Jika mahu mengenali cuaca subuh bangunlah sebelum subuh. Waktu sebelum subuh itu merupakan waktu yang sangat berkat. Pintu rahmat dibuka dengan seluas-luasnya. Sesiapa membuka pintu hatinya tatkala cuaca subuh akan berhamburanlah rahmat dan nikmat memasuki ke dalam hatinya.
Demikianlah perjalanan sebab musabab yang mampu direnungi. Mungkin terdapat kesalahan, kesilapan dan kekeliruan di sana sini sepanjang renungan yang dibuat. Kesalahan, kesilapan dan kekeliruan itu terjadi lantaran kelemahan dan kebodohan penulis sendiri. Jika terdapat kebenaran maka kebenaran itu dari Allah s.w.t, hak Allah s.w.t dan segala puji dan syukur untuk-Nya Tuhan sekalian alam.
Kesemua hukum sebab musabab yang mengenai kita dan sekalian makhluk adalah untuk menzahirkan hukum sebab musabab ketentuan pada azali. Apa yang dinamakan hukum sebab musabab itu sebenarnya adalah perintah atau urusan Tuhan. Urusan yang bersabit dengan makhluk dihantar ke Loh Mahfuz, dicatat oleh malaikat penjaga. Ia kemudian dihantarkan kepada makhluk yang berkenaan. Urusan tersebut melalui berbagai-bagai peringkat dan cara sebelum sampai kepada manusia. Peringkat atau cara itulah dinamakan sebab musabab. Ia berlaku dengan rapi dan tepat kerana tidak ada penyelewengan pada malaikat yang menjalankan tuagsnya.
Terdapat satu bentuk perintah Allah s.w.t yang tidak melalui malaikat. Perintah tersebut disampaikan oleh Allah s.w.t secara langsung kepada Nabi Muhamamd s.a.w. Ia terjadi pada malam Rasulullah s.a.w mikraj hingga ke puncak alam makhluk. “Dan aku (Nabi Muhamamd s.a.w) melihat satu Qubah dari permata putih tergantung tanpa hubungan yang menanggung atau memegangnya”. (Maksud Hadis).
Tempat tersebut berada di dalam ruang alam melepasi Sidratul Muntaha, dalam peringkat Alam Hijab yang hanya Rasulullah s.a.w seorang sahaja sampai ke sana. Di sanalah baginda s.a.w menerima perintah sembahyang.
Nabi Muhamamd s.a.w menerima perintah sembahyang secara langsung dari Allah s.w.t. Sembahyang adalah harta yang paling berharga sebab itu baginda s.a.w dijemput untuk mengambilnya. Tidak ada kurniaan Allah kepada umat manusia melebihi nilai sembahyang. Sembahyang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w di tempat paling tinggi pada alam makhluk ini, tidak ada apa-apa lagi sesudahnya. “Sesungguhnya kepada Tuhan kamulah penghabisan (tempat kembali)”. (Surah an-Najmi, ayat 42).
Penghabisan perjalanan makhluk adalah permulaan perintah Allah s.w.t. Penghubung antara keduanya adalah sembahyang. Tanpa sembahyang tidak ada hubungan manusia dengan Tuhannya. Perintah yang diterima oleh Alam Hijab tidak diketahui oleh malaikat yang di luar Alam Hijab, hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya. Hamba yang masuk ke dalam sembahyang tidak diketahui oleh orang lain, tetapi Allah Maha Mengetahui keadaannya.
Di akhirat kelak, jika sembahyang diterima baharulah amalan lain dikira. Jika sembahyang ditolak maka tertolaklah segala amalan lain. Begitu juga halnya di dunia. Jika sembahyang didirikan dengan sempurna baharulah sempurna hidup insan. Sembahyang mencegah kejahatan dan kemungkaran. Bukan sekadar menjauhkan diri kita daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran malah sembahyang juga menghalang kejahatan dan kemungkaran yang dari luar sampai kepada kita. Jika sembahyang berdiri teguh maka teguh pulalah benteng pertahanan diri. Jika ia roboh akan roboh juga kubu pertahanan itu. Sembahyang menjadi nadi penggerak sekalian hukum sebab musabab. Warna sembahyang menentukan warna sebab musabab yang sampai. Tanpa sembahyang hanya sebab musabab yang gelap, tiada cahaya, yang sampai. Mungkin aneh jika disimpulkan bahawa kecelakaan, bala, penyakit, kesusahan dan lain-lain yang negatif menimpa manusia adalah kerana tidak menjaga amanah sembahyang. Inilah hakikat yang mesti diakui oleh semua orang yang beriman. Jika mahu mendapat kesejahteraan dari Allah s.w.t berzikirlah kepada Allah s.w.t dengan memelihara sembahyang. “Dan dirikan sembahyang bagi mengingati Daku!” (Surah Ta Ha, ayat 14).

Tuesday, November 25, 2008

15-perjalanan sebab musabab yang lebih ghaib

15:SEBAB MUSABAB YANG LEBIH GHAIB
Dalam bab yang lalu kita telah temui perjalanan sebab musabab pada rel dosa. Dosa menjadi sebab seseorang itu dihukum dengan bala dan bencana. Apakah yang dimaksudkan dengan dosa? "Perbuatan dosa menyempitkan dada kamu dan kamu tidak mahu orang lain tahu perbuatan kamu". (Maksud Hadis).
Bala bencana yang dikenakan kepada seseorang kerana dosanya akan membuat orang itu berasa sempit dadanya, resa gelisah, takut perbuatannya diketahui orang lain dan tidak sabar menanggung bala tersebut. Orang ini juga tidak dapat melakukan taat kepada Tuhan lantaran hanyut dengan emosinya. Dia suka menceritakan kesusahan yang menimpanya kepada sesiapa sahaja yang dijumpainya. Cerita mengenai nasib malangnya menjadi cerita yang paling fasih diucapkan oleh lidahnya. Biasanya nasib malangnya itu dikaitkan dengan perbuatan orang lain. Dia rasa teraniaya. Orang hanya dapat mendengarnya merungut dan tidak dapat mendengarnya melahirkan rasa bersyukur walau banyak mana nikmat yang masih ada dengannya.
Ada pula golongan yang dikenakan bala lebih hebat berbanding dengan golongan pertama tadi namun, orang ini tidak merungut, tidak membeberkan kepada sesiapa, dan pada masa yang sama dia dapat terus berbuat ibadat kepada Tuhannya dengan tekun. Dia menanggung bala tersebut dengan sabar ambil berdoa kepada Tuhannya agar menyelamatkannya daripada fitnah bala tersebut. Dia hanya mengadu kepada Tuhan, tidak kepada makhluk. Apabila dia menceritakan tentang dirinya kepada orang lain dia gemar menceritakan tentang nikmat yang diperolehinya, sekalipun nikmat itu kelihatan kecil. Bagi orang yang semacam ini bala bencana bukan hukuman terhadap dosa. Fungsi bala di sini ialah menampung kekurangan dan kecacatan yang masih dia miliki Maksud kekurangan ialah kekurangan pada sifat kemanusiaan yang sempurna, yang diperakui oleh Allah sebagai hamba-Nya yang baik dan berhak menerima janji-Nya. Orang ini belum lagi layak bergelar hamba Allah yang taat dan bertakwa. Walaupun dia sudah berbuat taat tetapi ketaatannya masih di bawah piawaian. Oleh yang demikian nilai kehambaan atau ketaatan menjadi sebab dia dibala agar dengan itu dia meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Tanda sebab musabab berjalan mengikut landasan ini ialah orang berkenaan dapat bersabar dengan baik dan terus melakukan kebajikan. Dalam menahan sabar itu tanda-tanda kepedihan masih juga kelihatan sekali sekala pada wajahnya.
Ada pula orang yang menyambut kedatangan bala bencana dengan hati yang lapang dan tenang. Tidak ada sedikitpun tanda kegelisahan dan ketidak-tenteraman pada dirinya. Dia tetap terus bertenaga tanpa dilemahkan oleh bala dan dia juga tidak juga diganggu oleh kerisauan. Wajahnya sentiasa berseri-seri walaupun bala yang menimpanya lebih besar daripada yang menimpa golongan pertama dan kedua. Andainya bala itu menimpa golongan pertama mungkin orang berkenaan menjadi gila. Bala yang membuat orang lain menjadi gila itu diterima oleh golongan ketiga ini seperti menerima nikmat. Bala tidak menjadi racun kepadanya dan tidak juga menjadi penawar. Baginya racun dan penawar adalah sama, perbuatan Tuhan yang mentadbir segala perkara.
Golongan pertama adalah manusia yang berdosa, golongan adalah manusia yang sedang dipersucikan dan golongan ketiga pula sudah layak bergelar hamba Allah s.w.t. yang sejati tetapi belum cukup untuk membawanya kepada makam yang istimewa. Bala dan bencana menjadi kenderaan untuknya mencapai kedudukan istimewa itu. Jadi, kita boleh lihat kejadian yang berlaku adalah serupa tetapi arus sebab musabab berbeza-beza.
Kita telah melihat sistem sebab musabab yang berlapis-lapis. Bila disusun sistem ini menjadi seperti berikut:
1. Usaha dan ikhtiar adalah sebab musabab. 2. Rangsangan malaikat atau rangsangan syaitan adalah sebab musabab. 3. Amal kebaikan atau perbuatan dosa adalah sebab musabab. 4. Penyucian kemanusiaan adalah sebab musabab. 5. Mengistimewakan seseorang hamba Allah s.w.t. itu adalah sebab musabab.
Kita ingin merenungi sistem sebab musabab dengan lebih mendalam.
Dan, apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku. (Maksud ayat 186 surah al-Baqarah)
Sesungguhnya hamba itu tidak disalahkannya daripada doa oleh salah satu dari tiga: adakalanya dosanya diampunkan, adakala disegerakan memperkenan doanya dan adakalanya ditangguhkan sebagai kebajikan yang disimpan ke satu masa yang lain. (Maksud al-Hadith)
Apabila mengamati firman Tuhan dan sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. ternyata betapa kuatnya tenaga yang dimiliki oleh doa. Tenaga doa mampu mengheret berbagai-bagai sebab musabab supaya bergerak ke arah mencapai doa yang dimakbulkan. Kekuatan tenaga doa menimbulkan banyak sebab musabab yang tidak disangka-sangka sehingga hajat orang yang berdoa itu tercapai kerananya. Dalam hal ini doa juga menjadi sebab musabab.
Selain doa apakah ada lagi perkara yang tersembunyi dan ghaib yang mempengaruhi perjalanan sebab musabab?.
Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku ( dengan mematuhi hukum-hakam dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku). (Maksud ayat 152 surah al-Baqarah)
…dan sesungguhnya mengingati Allah adalah besar (faedah dan kesannya)… (Maksud ayat 45 surah al-Ankabut)
Tidak berbuat oleh anak Adam dari sesuatu perbuatan yang lebih melepaskan dia daripada azab Allah, dari berzikir kepada Allah azza wa jalla. (Maksud al-Hadith)
Berfirman Allah azza wa jalla: Barang siapa menghabiskan waktunya berzikir kepada-Ku tanpa meminta kepada-Ku nescaya akan Aku berikan kepadanya yang lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada mereka yang meminta (berdoa). (Maksud al-Hadith)
Tidaklah satu kaum yang berkumpul berzikir akan Allah Taala yang tidak bermaksud dengan yang demikian itu selain Wajah-Nya, melainkan diserukan mereka oleh penyeru dari langit: Bangunlah, di mana kamu telah diampuni, segala keburukan kamu telah digantikan dengan kebaikan bagimu. (Maksud al-Hadith)
Apabila kita renungi pengertian ayat-ayat suci al-Quran dan keterangan hadith Rasulullah s.a.w. kita dapat rasakan tersembunyi keunikan dalam zikir yang tidak ada pada amalan lain. Allah s.w.t. menyuruh kita ingat kepada-Nya supaya Dia juga ingat kepada kita. Apa kelebihannya jika Allah s.w.t. ingat kepada kita?. Allah memberi jaminan bahawa Dia akan berikan kepada orang yang menyibukkan dirinya dalam zikir sehingga tidak sempat meminta, yang lebih utama dari apa yang diberikan kepada orang yang meminta. Kita telah lihat kekuatan doa mempengaruhi sistem sebab musabab dalam merealisasikan permohonan yang didoakan (diminta). Allah s.w.t. mengatakan tenaga zikir lebih utama daripada tenaga doa sehingga Dia sendiri menguruskan keperluan orang yang berzikir tanpa diminta.
Terdapat satu jalinan erat di antara Allah s.w.t. dengan ahli zikir. Zikir membuat orang masuk ke dalam 'Rumah Allah' menjadi tetamu-Nya. Allah s.w.t. memberi layanan yang istimewa kepada para tetamu-Nya. Dia sendiri yang memberi perlindungan dan pertolongan kepada para hamba yang masuk ke dalam 'Rumah-Nya'. Jika doa berkonsepkan " Mintalah nescaya Aku berikan", manakala zikir pula mengwujudkan suasana "Engkau tidak perlu meminta kerana Aku menjamin dan Aku berikan yang lebih baik". Bila keputusan telah dimatrai oleh Yang Maha Agung maka seluruh tenaga sistem sebab musabab tunduk kepada zikir. Bahkan tenaga zikir melepasi sempadan sebab musabab sebagaimana sejarah telah membuktikan ahli zikir yang mencapai martabat aulia Allah boleh berjalan di atas air, terbang di udara dan sebagainya lagi yang merombak sistem sebab musabab. Zikir yang mencapai maksudnya yang hakiki mengwujudkan suasana tidak terikat oleh sebab musabab. Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki tanpa terikat kepada sebab musabab dan tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun.
Mengapa zikir begitu kuat dan bertenaga? Ketika membincangkan tentang ilham malaikat dan rangsangan syaitan kita telah temui kewujudan diri dalaman atau diri batin yang menjadi bekas menerima ilham dan rangsangan tersebut. Diri batin inilah diri insan yang sebenarnya. Jasad hanya sarang atau alat yang digunakan oleh bakat-bakat dan keupayaan batin. Jasad menjadi hakmilik diri batin. Diri batin inilah yang dimaksudkan dengan "AKU". Oleh sebab jasad menjadi hakmilik "aku" maka bolehlah dikatakan tangan aku, kaki aku, telinga aku dan sebagainya. Oleh sebab "aku" bersifat ghaib maka "aku" itu tidak dapat ditunjukkan dengan jari. Tunjuk kepada tangan atau kaki atau mata atau bahagian-bahagian yang lain semuanya bukan "aku" tetapi milik "aku".
Kesedaran terhadap "aku" yang di dalam atau yang ghaib itu sangat penting kerana "aku"lah yang merasai nikmat atau azab baik di dunia mahupun di akhirat. Lupa kepada "aku" membuat manusia hanyut dikuasai oleh tenaga luar sehingga tenaga luar itu dapat menggunakan pancaindera yang menjadi hakmilik "aku" untuk melakukan kerosakan. Hal ini boleh berlaku kerana kita meletakkan kesedaran kepada jasmani yang zahir yang hanya menjadi alat. Kesedaran zahir mengatasi kesedaran batin. Kuasa pentadbiran yang seharusnya dimiliki oleh raja telah dicampakkan kepada askar yang mengawal istana. Askar yang tidak terkawal cenderung untuk berperang tanpa menghiraukan kerosakan yang berlaku. Keadaan ini harus diperbetulkan. Raja mesti mendapat kembali kuasa pemerintahannya. Diri batin mesti menyedari kedudukannya dan tanggungjawabnya. Dia mesti membuat keputusan. Dia yang akan menerima akibat atas segala kelakuan pancainderanya. Jadi, adalah wajar jika dia mengambil kuasa memerintah seluruh kerajaannya, iaitu diri zahirnya. Bagi mencapai keadaan itu diri batin mestilah kuat. Jika dia lemah askarnya dan rakyatnya yang akan menggulingkannya.
Diri batin itu boleh menjadi kuat dengan tenaga zikir. Zikir menjadi santapan rohani dan menjadi penawar kepada segala penyakit dalaman. Tenaga zikir mampu menahan serangan tenaga perosak. Bila tenaga zikir sudah cukup kuat makhluk perosak tidak boleh lagi hampir kepadanya. Selamatlah dia daripada rangsangan syaitan dan tertutuplah jalan kejahatan daripadanya. Pada ketika itu hanya ilham malaikat yang sampai kepadanya. Dia sentiasa diheret kepada kebaikan. Apabila dia memperteguhkan lagi tenaga zikir dalam dirinya maka dirinya akan sampai kepada kualiti malaikat. Ilham yang keluar daripadanya menyamai ilham malaikat. Pada ketika itu sekalipun tanpa ilham malaikat dia tetap bergerak di atas jalan yang lurus.
Tenaga zikir tidak berhenti setakat makam malaikat. Ia boleh bertambah melebihi kedudukan malaikat. Tenaga zikir yang kuat membuat diri batin berupaya mengambil ilmu daripada Loh Mahfuz. Inilah pemberian yang lebih utama yang Allah s.w.t kurniakan kepada hamba-Nya yang ingat kepada-Nya sehingga lupa meminta sesuatu untuk dirinya sendiri. Kita jumpai manusia seperti ini dalam lembaran sejarah. Saidina Abu Bakar as-Siddik mengetahui jantina anak yang masih di dalam kandungan ibunya. Saidina Umar al-Khattab dapat melihat tentera Islam yang sedang berperang beratus-ratus batu daripadanya dan dapat pula mengarahkan mereka membetulkan strategi perang. Inilah golongan manusia yang menguasai sistem sebab musabab. Apabila mereka hanya terikat dengan Penyebab mereka tidak lagi dikuasai oleh asbab.
Di dalam merenungi persoalan ilham malaikat dan rangsangan syaitan kita dapati ianya tidak berbunyi, tiada suara, tidak nyata dan tidak jelas. Tetapi hati atau diri batin kita mengerti tentang mesej yang mahu disampaikan. Ini menunjukkan ada sejenis bahasa yang tidak berhuruf dan tidak berbunyi menjadi alat komunikasi alam ghaib. Kita namakan bahasa ini sebagai bahasa kebatinan.
Cuba kita renungi bahasa kebatinan yang selalu berdetik atau memancar dalam hati kita. Bila lulus SPM kita pun menyembelih seekor kambing. Bila ditanya mengapa kambing itu disembelih, kita katakan yang kita telah bernazar atau berniat. Cuba kita renungkan detik ketika kita bernazar atau berniat itu. Adakah pada ketika itu keluar suara dari mulut kita atau kita mendengar hati kita mengatakan' "Jika lulus SPM aku mahu menyembelih kambing". Adakah terbayang pada pandangan kita rupa kambing disembelih? Semua itu tidak ada tetapi kita mengetahui dan memahami yang kita sudah bernazar atau berniat.
Bahasa kebatinan menanamkan pengertian bukan mengucapkan perkataan. Bukan kita sahaja yang mendapat pengertian tentang bahasa kebatinan bahkan malaikat juga mengerti tentangnya. Malaikat yang di kanan dan kiri kita sentiasa mencatatkan bahasa kebatinan tersebut. Kita bertanggungjawab ke atas bahasa tersebut samada ianya niat, nazar, angan-angan, cita-cita dan sebagainya. Berlainan istilah adalah kerana berlainan darjah kekuatan atau penekanan terhadap apa yang mahu dilakukan itu. Bila yang terungkap di dalam hati itu nazar atau niat, tanggungan sebagai kewajipan wujud secara automatik apabila berlaku seperti yang dinazar atau diniatkan itu. Bila lulus SPM kita sudah wajib menyembelihkan kambing. Jika kita menyembelih kambing atas niat kenduri arwah atau kerana menyambut hari jadi, maka tanggungan niat itu tetap ada di atas bahu kita walaupun kambing sudah disembelihkan. Perbuatan adalah sama iaitu menyembelihkan kambing tetapi niat tidak sama. Perkiraan malaikat adalah niat bukan perbuatan. Perbuatan dan perkataan kita yang lahir menjadi tanggungan kita dengan manusia tetapi perbuatan dan perkataan yang tidak zahir menjadi tanggungan kita dengan Tuhan dan dicatat oleh malaikat petugas. "Setiap amal bergantung pada niat". (maksud Hadis).
Amal ibadat hanya diperakui sebagai ibadat jika disandarkan dengan niat ibadat. Tanpa niat sembahyang walaupun bacaan dan kelakuan dilakukan dengan sempurna ia tetapi ditolak. Orang boleh berderma sebanyak sejuta ringgit tetapi niatnya hanya untuk mendapat projek lain yang lebih besar, maka derma itu tidak diperakui sebagai sedekah dan tidak ada nilai pahala padanya, bahkan dia berdosa kerana berbuat sesuatu enggan tidak ikhlas, dicampuri ria' dan ada muslihat.
Apabila kita perluaskan sekop bahasa kebatinan yang dipertanggungjawabkan kepada diri kita maka kita temui istilah-istilah niat, nazar, perjanjian, ikrar dan sumpah samada dizahirkan atau disimpan di dalam hati. Semua itu berada di dalam tilikan Tuhan dan dicatat oleh malaikat. Allah s.w.t menyaksikan bahasa kebatinan yang tidak didengar oleh makhluk. "Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpa kamu maka ia adalah dari (kesalahan) diri kamu sendiri. Dan Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhamamd) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul (yang membawa rahmat).Dan cukuplah Allah menjadi saksi". (Surah an-Nisaa', ayat 79).
Tidak ada alasan bagi seseorang untuk mengatakan tiada sesiapa menyaksikan apa yang berdetik dalam hatinya kerana Allah s.w.t sudah sedia meyaksikannya. “Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa kamu dan kaum kerabat kamu. Kalau (orang yang didakwa itu) kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa, kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu jangan kamu turutkan hawa nafsu kamu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah an-Nisaa’, ayat 135).
“Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu semua menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan janganlah kebencian kamu atas satu-satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berbuat adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan takwalah kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah al-Maaidah, ayat 8).
“Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati) dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik”. (Surah al-A’raaf, ayat 102).
“Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami telah laknati mereka. Kami jadikan hati-hati mereka keras membatu..” (Surah al-Maaidah, ayat 13).
Setiap nazar, niat, perjanjian, ikrar dan sumpah selain disaksikan Allah juga disaksikan oleh diri yang berkenaan. Orang yang beriman digesa supaya berlaku adil di dalam menjadi saksi sekalipun terhadap diri sendiri. Diri sendiri menjadi saksi terhadap bahasa kebatinan diri sendiri. Berbuat adillah dalam menyempurnakannya walaupun terpaksa menemui kesulitan dalam melakukannya. Orang yang enggan melaksanakan nazar, niat, perjanjian, ikrar dan sumpah dilaknat oleh Allah dan hatinya menjadi keras. Hati yang keras tidak dapat menerima petunjuk dan tidak dapat merasai nikmat. “Dan dari antara mereka ada orang yang berjanji kepada Allah, ‘Jika Dia berikan kurnia-Nya kepada kami tentu kami sedekahkan dan tentu kami jadi orang yang baik-baik’. Tetapi bila Allah berikan kepada mereka kurnia-Nya jadilah mereka bakhil dan mereka membalik belakang dalam keadaan berpaling. Maka Allah sebabkan adanya nifak dalam hati mereka sampai hari mereka bertemu Dia, lantaran mereka menyalahi janji Allah yang mereka telah janjikannya dan lantaran mereka berdusta. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui rahsia dalam diri mereka dan omongan rahsia mereka, dan Allah itu amat mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”. (Surah al-Baraath, ayat 75 – 78).
“Katakanlah: Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu terhadap Allah tidak akan mendapat kemenangan. (Apa yang mereka perolehi hanya kesenangan) di dunia, kemudian kepada Kami jualah mereka kembali dan Kami akan rasakan kepada mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan”. (Surah Yunus, ayat 69 & 70).]
Apa yang diceritakan oleh ayat di atas adalah kenyataan hidup yang sangat tepat. Sebelum mendapat apa yang dihajati manusia mengadakan berbagai-bagai janji. Bila sudah memperolehinya mereka membelakangi perjanjian itu. Tidak dikaitkan kejayaannya mendapat apa yang dihajatinya itu dengan perjanjiannya yang di dalam, sebaliknya kejayaan itu disandarkan semata-mata kepada usaha dan ikhtiarnya. Allah s.w.t meletakkan cop nifak dalam hati mereka. Ditentukan-Nya mereka tidak akan mendapat kemenangan kecuali keseronokan yang sementara.
“Dan sempurnakanlah perjanjian Allah apabila kamu berjanji dan jangan kamu mencabuli (merombak) sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah) padahal kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang merombak tenunannya selimbar-limbar sesudah siap (iaitu) kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai tipu daya antara kamu disebabkan ada segolongan lebih kuat dari golongan yang lain. Sesungguhnya Allah cuma mahu menguji kamu dengan itu dan Dia akan menerangkan kepada kamu pada hari kiamat apa yang kamu berselisihan padanya. Dan jika Allah mahu nescaya Dia jadikan kamu satu umat (yang satu dalam agama Allah yang satu) akan tetapi Dia sesatkan siapa yang Dia kehendaki dan kamu akan ditanya kelak darihal sesuatu yang kamu lakukan. Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai tipu daya antara kamu kerana nanti tergelincir kaki kamu sesudah ia tetap (di atas jalan yang benar) dan kamu rasakan balasan buruk (di dunia) dengan sebab kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan adalah bagi kamu azab yang besar. Dan janganlah kamu jadikan pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapatklan keuntungan dunia yang sedikit. Sesungguhnya apa yang ada pada sisi Allah itu sahaja yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Sebenarnya) apa yang ada pada sisi kamu akan binasa tetapi apa yang ada pada sisi Allah kekal, dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar akan ganjaran mereka dengan lebih baik dari apa yang pernah mereka kerjakan”. (Surah an-Nahl, ayat 91 – 96).
“Maka kembalilah Musa kepada kaumnya dengan marah dan dukacita. Ia berkata, ‘Hai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu satu perjanjian yang baik? Maka patutkah kamu berasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan. Ataukah memang kamu hendak ditimpa kemurkaan dari Tuhan lalu kamu menyalahi perjanjian kamu dengan aku?’” (Surah Ta Ha, ayat 86 – 97).
Perjanjian, ikrar dan sumpah yang dilakukan dengan diri sendiri dan juga dengan orang lain menjadi tanggungan yang berat dipukul oleh seseorang manusia. Allah s.w.t yang menjadi saksi. Perjanjian yang dibuat adalah umpama menenun kain. Mengingkari perjanjian adalah umpama merombak kain yang sudah siap ditenun. Mengingkari perjanjian, ikrar atau sumpah boleh menyebabkan kaki tergelincir dari jalan kebaikan dan masuk ke jalan kejahatan yang seterusnya membawa seseorang kepada azab. Ia menyebabkan turun kemurkaan Allah s.w.t kepada manusia.
“Dan (ingatlah) hamba Kami, Ayub. Ketika ia berdoa kepada Tuhannya dengan berkata, ‘Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)’. Maka Kami kabulkan permintaannya dan Kami perintahkan kepadanya, ‘Hentakkan (bumi) dengan kakimu,’ (setelah ia lakukannya) maka terpancarlah air, lalu Kami berkata (kepadanya), ‘Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakit kamu zahir dan batin)’. Dan Kami kurniakan (lagi kepadanya keluarganya) dengan sekali ganda ramainya sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang). Dan Kami peringatkan lagi (kepadanya), ‘Ambillah dengan tanganmu seikat jerami. Pukullah (isterimu) dengannya, dan janganlah kamu rosakkan sumpahmu itu’. Sesungguhnya Kami mendapati Ayub itu seorang yang sabar, ia adalah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)”. (Surah Sad, ayat 41 –44).
Nabi Ayub a.s telah diuji dengan penyakit yang sangat berat. Isterinya yang tidak tahan sabar telah lari meninggalkannya. Nabi Ayub a.s telah bersumpah akan memukul isterinya. Bila penyakit Nabi Ayub a.s sembuh isterinya kembali kepadanya. Penyakit dan kesusahan telah hilang. Masa susah dan menderita dahulu macam-macam fikiran datang hingga keluar sumpah mahu memukul isterinya. Kini perasaan itu sudah hilang. Tetapi Allah s.w.t mengingatkan Nabi Ayub a.s supaya melaksanakan sumpahnya walaupun sekadar memukul isterinya dengan seikat jerami. Selagi isteri itu tidak dipukul selagi itulah tanggungan sumpah berada di atas bahu Nabi Ayub a.s.
“Hai Nabi! Mengapa engkau haramkan dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati apa yang Allah halalkan buat kamu kerana kamu mahukan keredaan isteri-isteri kamu? (Dalam pada itu Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang melepaskan kamu dari sumpah kamu dengan membayar kaffarat kerana Allah adalah pelindung yang mentadbir keadaan kamu dan Ia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Surah at-Tahrim, ayat 1 – 2).
Ayat di atas menceritakan sesuatu perkara yang bukan sahaja mengenai nabi Muhamamd s.a.w malah fenomena yang sama kerap berlaku kepada kebanyakan kaum lelaki. Ia terjadi kepada junjungan yang mulia sebagai memberi teladan kepada semua suami cara bertindak bila terjadi hal yang demikian. Nabi Muhamamd s.a.w kerana mahu menyenangkan hati isteri-isteri baginda telah bersumpah untuk tidak akan memakan satu jenis makanan. Allah s.w.t menyifatkan sumpah yang demikian sebagai mengharamkan apa yang Dia halalkan. Tidak boleh dibuat sumpah atau perjanjian yang mengubah hukum dan peraturan Tuhan. Sumpah yang demikian wajib ditebus. Rasulullah s.a.w menebus sumpah tersebut dengan memerdekakan seorang hamba. Tuhan tidak sahaja memberi peringatan kepada suami-suami malah isteri-isteri yang gemar mengikat suami dengan sumpah-sumpah yang menyalahi hukum Tuhan diperingatkan dengan lebih keras lagi. “Jika kamu berdua (dua orang isteri Rasulullah s.a.w) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya (bererti) hati-hati kamu cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); berdua tolong bantu untuk (melakukan sesuatu) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah pembelanya; dan selain itu Jibrail serta orang-orang yang salih dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga penolongnya. Boleh jadi jika Nabi menceraikan kamu, Tuhan gantikan kepadanya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang menurut perintah yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang beribadat, yang puasa – (meliputi) yang janda dan yang anak dara”. (Surah at-Tahrim, ayat 4 – 5).
Sumpah yang menyalahi hukum ditegah dan memaksa seseorang untuk melakukan sumpah yang demikian juga ditegah. Sumpah yang baik pula diwajibkan menyempurnakannya dan untuk mereka nikmat yang besar. “Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam syurga dengan diberikan penghormatan”.(Surah al-Ma’arij, ayat 32 – 35).
Sifat mukmin yang sejati adalah mempertahankan sumpahnya yang hak dengan Allah s.w.t walaupun bercerai nyawa dari badan. Bagaimana pula sumpah atau perjanjian yang dibuat kerana kekeliruan, terpaksa, tidak sengaja atau menyalahi hukum Tuhan? Apakah yang patut dilakukan? “Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan sungguh-sungguh maka bayaran dendanya adalah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa), berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan dengan yang tersebut) maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jugalah, peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Maaidah, ayat 89).
Niat, nazar, ikrar, perjanjian dan sumpah sering dipermudahkan tanpa menyedari betapa berat tanggungannya. Perjanjian atau sumpah menjadi amanat Allah s.w.t yang wajib dipertanggungjawabkan. Oleh sebab beratnya amanat perjanjian dan sumpah itu maka tidak boleh berjanji dan bersumpah yang melibatkan perubahan hukum halal dan haram kerana Allah s.w.t sahaja yang berhak menentukan hukum. Sumpah yang demikian wajib dibatalkan dengan membayar kaffarat atau denda. Sumpah yang tidak mengubah hukum wajib disempurnakan. “(Sambil Dia bertanya dengan) firman-Nya: ‘Adakah Aku Tuhan kamu?’ Mereka semua menjawab, ‘Benar (Engkau Tuhan kami)’.” (Surah al-A’raaf, ayat 72).
Ini adalah perjanjian atau sumpah awal yang dibuat oleh sekalian makhluk. Ia menjadi amanat yang wajib dipegang oleh mereka semua tidak ada pengecualian. Kegagalan menanggung amanat ini menyebabkan mereka dihumban ke dalam api neraka. Semua makhluk (tidak termasuk jin dan manusia) takutkan api neraka lalu menanggung amanat tersebut dan tidak sekali-kali melepaskan perjanjian mereka. Amanat awal inilah yang membuat matahari, bulan. Bumi dan lain-lain tidak menyimpang walau sedikit pun dari landasan yang Allah s.w.t telah tetapkan buat mereka. Bagi golongan jin dan manusia selain amanah awal yang umum ditambah pula dengan amanah khusus: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia ,melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”. (Surah adz-Dzaariyat, ayat 56).
Golongan jin dan manusia diletakkan amanah tambahan yang khusus dipanggil beban beragama, taat kepada peraturan dan hukum Allah s.w.t. Apa akan jadi jika amanah, perjanjian dan sumpah ini tidak dipelihara? “Dan sesungguhnya Kami telah jadikan kamu (Adam) dan Kami telah membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat, ‘Sujudlah kepada Adam’, lalu mereka sujud, tetapi iblis tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. Allah berfirman, ‘Apakah yang menghalang kamu (iblis) daripada sujud ketika Aku perintahkan kepada kamu?’ Iblis menjawab, ‘Aku lebih baik daripadanya (Adam,) kerana Engkau jadikan aku dari api padahal Engkau jadikan ia daripada tanah’. Allah berfirman, ‘Turunlah engkau dari syurga ini kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya. Oleh itu keluarlah, sesunggunhnya engkau dari golongan yang hina’”. (Surah al-A’raaf, ayat 11 – 13)
“Allah berfirman, ‘Keluarlah engkau (iblis) dari (syurga) sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa antara mereka yang menurutmu tetaplah Aku penuhkan jahanam dengan kamu (serta mereka) semuanya’”. (Surah al-A’raaf, ayat 18).
Bapa jin telah mencampakkan amanah atau perjanjian ubudiah sehingga kepada peringkat derhaka kepada Allah s.w.t. Akibatnya berubahlah sifatnya daripada makhluk yang taat dan ahli ibadat menjadi makhluk yang kufur. Namanya berubah daripada Azazil kepada iblis. Allah s.w.t meletakkan cop adanya sebagai golongan yang rendah, hina terhalau dan penghuni jahanam (neraka paling bahawa dan paling buruk). Itulah akibat paling buruk menimpa makhluk lantaran mencabuli perjanjian dengan Allah s.w.t. Ia dimasukkan kepada jalan atau arus sistem sebab musabab yang tidak ada sedikitpun rahmat dan nikmat Allah s.w.t, tidak ada sebesar zarah pun kecenderungan dan peluang untuk berbuat kebajikan dan tidak ada sedikit pun pilihan kecuali masuk ke dalam neraka jahanam yang paling dahsyat. Hendak meminta neraka yang kurang dahsyat pun tidak boleh.
Bagaimana pula dengan Bapa manusia? “Dan, wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta Makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim”. (Surah al-A’raaf, ayat 19).
Adam dan Hawa boleh mengambil apa sahaja yang di dalam syurga tempat mereka tinggal. Mereka diberi satu amanah atau perjanjian, iaitu jangan mendekati pohon yang terlarang. “Maka syaitan membisikkan kepada kedua-duanya yang akhirnya menampakkan kepada kedua-duanya aurat mereka yang ditutup daripada (pemandangan mereka), sambil ia (iblis) berkata, ‘Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu mendekati pokok yang dilarang) melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau kamu termasuk ke dalam golongan orang-orang yang kekal (dalam syurga)’. Dan ia (iblis) bersumpah kepada kedua-duanya, ‘Aku ini bagi kamu adalah pemberi nasihat’. Maka ia anjurkan kepada keduanya dengan tipu daya. Maka tatkala mereka berdua merasakan (buah) pohon itu, terbukalah aurat mereka dan mulailah mereka menutupinya dengan daun dari syurga. Dan Tuhan mereka menyeru kepada mereka, ‘Bukankah Aku melarang kamu (memakan buah) dari pohon itu dan bukankah Aku sudah katakan bahawa syaitan itu musuh kamu yang sahih’. Mereka berdua berkata, ‘Wahai Tuhan kami. Sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami. Jika tidak Engkau ampunkan kami dan tidak Engkau beri rahmat kepada kami nescaya jadilah kami orang yang rugi.’ Allah berfirman, ‘Pergilah kamu. Sebahagian daripada kamu jadi mush kepada Sebahagiannya dan adalah kamu di bumi itu tempat ketetapan dan bekalan hingga satu masa’. Allah berfirman, ‘Padanya kamu hidup dan di situlah kamu akan mati dan daripadanya kamu akan dikeluarkan. Wahai Adam. Kami turunkan atas kamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian perhiasan serta pakaian takwa, inilah yang lebih utama. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (kurnia) Allah supaya kamu ingat. Wahai keturunan Adam. Jangan sampai syaitan menipu kamu seperti ia telah keluarkan kedua-dua ibu bapa kamu dari syurga, ia buka pakaian mereka supaya kelihatan aurat mereka. Ia dan golongannya melihat kamu tetapi kamu tidak melihat mereka. Kami jadikan syaitan itu teman rapat orang-orang yang tidak beriman”. (Surah al-A’raaf, ayat 20 – 27).
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu tetapi ia lupa dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh”. (Surah Ta Ha, ayat 115).
“Dan (ingatlah) tatkala Kami berfirman kepada malaikat, ‘Sujudlah kepada Adam’. Lalu mereka sujud kecuali iblis, ia enggan. Lalu Kami berfirman, ‘Hai Adam! (Iblis) musuh ini bagi kamu dan bagi isteri kamu maka janganlah ia (menjadi sebab) mengeluarkan kamu berdua daripada syurga, kelak engkau akan merasai kesusahan. Kerana (dikurniakan di dalam syurga) bagi kamu bahawa kamu tidak akan lapar dan tidak akan telanjang. Dan dikurniakan bagi kamu bahawa kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak merasa panas’. Lalu syaitan membisikkan kepadanya. Ia berkata, ‘Hai Adam. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu pokok kekekalan dan kerajaan yang tidak akan binasa?’ Lalu mereka berdua makan (buah) dari (pokok) itu, lantas terbukalah aurat mereka dan mereka tutupkannya dengan daun (dari) syurga. Dan derhakalah Adam kepada Tuhannya dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya pilih dia, ampunkannya dan pimpinnya. Dia berfirman, ‘Turunlah kamu berdua daripada (syurga) itu bersama-sama dalam keadaan sebahagian dari kamu jadi musuh sebahagian. Jika datang kepada kamu satu petunjuk daripada-Ku maka barangsiapa menurut perkataan-Ku tidaklah ia akan sesat dan tidaklah ia akan celaka. Barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku maka adalah baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan kumpulkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta’”. (Surah Ta Ha, ayat 116 – 124).
Adam mengalami dua keadaan. Pertama memelihara amanah Allah s.w.t dan keduanya melepaskan amanah tersebut. Memelihara amanah Allah s.w.t menjadi sebab untuk Adam mendapat: 1: Bersenang-senang dengan isterinya di dalam syurga. 2: Memakan apa sahaja kecuali satu. 3: Tidak merasa kesusahan. 4: Tidak lapar. 5: Tidak telanjang. 6: Tidak dahaga. 7: Tidak panas. Melepaskan amanah Allah s.w.t menyebabkan Adam merasai: 1: Kemurkaan Allah s.w.t. 2: Dikeluarkan daripada syurga. 3: Berpisah dengan isterinya. 4: Merasai kesusahan. 5: Merasai lapar. 6: Merasai bertelanjang. 7: Merasai panas. 8: Merasai dahaga. 9: Merasai mati.
Adam melepaskan amanah Allah s.w.t dalam keadaan dia diperdayakan oleh iblis. Dia lupa kepada perjanjiannya dan dia tidak sengaja berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. Dalam keadaan yang semacam itu pun Adam terpaksa memasuki bidang sebab musabab yang payah dan berat hingga ada kematian di dalamnya. Dalam syurga tidak ada mati. Apa pula halnya manusia lain yang sengaja melepaskan amanah Allah s.w.t. Lihatlah perjanjian yang dibuat oleh manusia dengan Allah s.w.t: “La ilaha illa Llah. Muhammad-ur-Rasulullah”
Perjanjian yang satu ini membawa berbagai-bagai amanah ke dalam tanggungan manusia. Maka kita temui wajib, sunat, harus, makruh, haram, rukun, syarat dan lain-lain. Kita temui juga pahala, dosa, syurga, neraka, rahmat, laknati, nikmat dan celaka. Semuanya lahir dari satu perjanjian atau ikrar. Cara kita menanggung ikrar yang satu ini menjadi faktor utama mempengaruhi perjalanan sebab musabab yang sampai kepada kita. Kita sering lupa kepada sebab musabab jenis ini lalu kita meraba-raba mencari punca nasib malang kita.
Seterusnya perhatikan pula kepada amalan biasa yang kita lakukan. Bagi memulakan sesuatu pekerjaan kita membaca: "Bismillaah-ir-Rahmaan-ir-Rahiim"
Kalimat ini bukan setakat dibaca sebagai kebiasaan malah ia merupakan amanah atau ikrar hamba dengan Pencipta. Hamba berjanji untuk menegakkan kakinya pada jalan Allah s.w.t. Jika dia makan untuk mendapatkan tenaga maka dia berjanji untuk menggunakan tenaga itu pada jalan Allah s.w.t. Jika dia melangkah dia berjanji untuk menjadikan langkahnya sebagai jalan mencari keredaan Allah s.w.t. Membaca "Bismillah" tetapi berbuat yang tidak sesuai dengan kehendak kalimah tersebut membawa seseorang termasuk ke dalam golongan yang mencuaikan amanah Allah s.w.t. Tidak membacanya pula menyebabkan syaitan bersekutu dalam apa sahaja yang kita lakukan. Hinggakan dalam hubungan kelamin suami isteri pun syaitan bersekutu. Hasilnya lahirlah anak-anak yang melakukan kerosakan di atas muka bumi. Kesan negatif dari tidak membaca "Bismillah" atau tidak menanggung amanah "Bismillah" sukar dibuktikan. Tetapi kesan positif banyak untuk dijadikan teladan.
Nabi Ibrahim a.s memasuki api Namrud dengan kalimah "Bismillah". Kalimah ini menjadi tenaga yang luar biasa merombak hukum sebab musabab sehingga api kehilangan kuasa membakarnya. Nabi Isa a.s menyeru orang mati dalam kubur dengan kalimah "Bismillah" dan kalimah tersebut mematikan hukum sebab musabab hinggakan orang yang sudah mati boleh hidup semula. Orang yang benar-benar menanggung kalimah "Bismillah" boleh berjalan di atas air atau terbang di udara. Hanya "Bismillaah-ir-Rahmaan-ir-Rahiim", hukum sebab musabab tunduk kepadanya. Jika membaca dan menanggung "Bismillah" membawa kesan positif apakah tidak mungkin melepaskan amanah tersebut boleh membawa kesan negatif?
Cuba kita renungkan dengan lebih mendalam perkara-perkara yang biasa kita abaikan padahal ia memberi sumbangan kepada pengaruh sebab musabab yang sampai kepada kita. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka seseorang itu memakan bangkai saudaranya? Maka (tentu) kamu jijik kepadanya. Dan berbaktilah kepada Allah kerana Allah itu Penerima taubat lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Hujuraat, ayat 12).
“Aku (Allah) adalah sebagaimana yang hamba-Ku sangka”. (Hadis Qudsi).
Sebahagian daripada prasangka itu dosa. Perbuatan dosa mempengaruhi perjalanan sebab musabab. Prasangka menyebabkan kita semakin ditarik kepada sebab musabab yang negatif. Allah s.w.t adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba-Nya. Jika kita menyangka buruk maka buruklah yang dihantarkan kepada kita. Jika kita menyangka baik maka kebaikanlah yang dihantar kepada kita.
Ramai orang yang bersangkaan buruk kesudahannya apa yang disangkakannya itu benar-benar terjadi. Perkara ini selalu berlaku kepada kaum isteri. Apabila suami keluar rumah disangkakannya suami pergi berjumpa dengan perempuan lain. Bila suami pulang lewat disangkakannya suami sibuk melayan perempuan lain. Bila suami pulang dengan ceria disangkakannya suami gembira kerana telah puas bermesra dengan perempuan lain. Bila suami pulang dengan susah hati disangkakannya suami teringatkan perempuan lain. Biasanya perempuan yang semacam ini akan menemui sangkaannya itu menjadi kenyataan. Sangkaan itu seolah-olah menjadi permintaan atau doa.
Kemudian kita lihat pula kepada seorang pemimpin pelajar di universiti yang memperjuangkan idealisma. Dia dengan lantang mengumumkan bahawa bila dia bekerja nanti satu per tiga daripada gajinya akan diberikannya kepada golongan miskin. Bila dia sudah lulus dan bekerja, datanglah berbagai-bagai keperluannya seperti kereta, rumah, isteri dan lain-lain. Dia sudah bergaji tiga ribu tetapi masih juga tidak mencukupi. Bagaimana kedudukan gajinya yang satu per tiga atau yang seribu yang dia telah ikrarkan untuk menjadikannya hak golongan miskin. Bukankah mengambil hak orang lain mencuri namanya dan menurut hukum hudud layak jika dipotong tangannya. Apakah tidak mungkin penyakit kencing manis yang menyebabkan tangannya dipotong oleh doktor disebabkan oleh kegagalannya memegang ikrarnya dan dia juga tidak menebus sumpahnya yang tidak terdaya dia melaksanakannya.
Kita ikuti pula kejadian lain yang biasa berlaku dalam masyarakat. Seorang suami berkata kepada isterinya, “Jika awak pulang ke rumah ibu bapa awak, sekalipun sekadar masuk ke kawasan pagarnya sahaja, maka tertalaklah awak”. Satu hari si isteri membawa anaknya berjalan-jalan berhampiran dengan rumah ibu bapanya. Tiba-tiba si anak itu berlari ke dalam kawasan rumah datuknya dan tidak semena-mena datang seekor ular mematuk budak itu. Dia pengsan dengan serta merta. Dalam keadaan itu si isteri lupa kepada pesanan suaminya. Dia menerpa masuk ke dalam kawasan rumah ibu bapanya. Dia mengambil anaknya dan dibawanya ke hospital. Bila sudah bertenang di hospital baharulah si isteri teringatkan pesanan suaminya. Oleh sebab sayangkan suaminya si isteri itu membohongi suaminya dengan mengatakan anak mereka dipatuk ular di belakang rumah mereka. Pasangan suami isteri itu hidup bercampur gaul seperti biasa. Bagaimana keadaan pasangan ini? Bukankah talak sudah jatuh? Bukankah percampuran mereka sudah termasuk ke dalam zina? Jika mendapat anak tidakkah anak itu anak di luar nikah?
Pasangan lain pula menghadapi perkara yang serupa. Si isteri telah ‘menangkap’ suaminya yang pergi ke tempat pelacuran. Setelah lama bermusyawarah pasangan itu bersetuju jika si suami pergi lagi ke tempat pelacuran maka jatuhlah talak. Setelah beberapa lama menahan keinginan si suami terasa gian lalu pergi ke tempat pelacuran. Pulang ke rumah dia tidak memberitahu isterinya. Mereka terus juga hidup sebagai suami isteri.
Ramai pasangan yang mempermudahkan sumpah talak. Banyak kejadian talak sudah jatuh tetapi orang berkenaan samada tidak menyedarinya atau sengaja menyembunyikannya. Ada yang talaknya sudah jatuh sampai tiga kali tetapi masih juga hidup bersama sebagai suami isteri. Ramai orang yang berhukum dengan hukum yang dibuatnya sendiri, membelakangi hukum Tuhan.
Perkara sumpah amatlah berat. Sumpah mengharamkan perkara halal diwajibkan kaffarat atau membayar denda. Sumpah dalam perkara halal tidak ada jalan keluar selain menunggu takdir Tuhan. Talak yang disandarkan kepada sumpah mencabut hak mentalak daripada suami dan meletakkan sepenuhnya hak tersebut kepada Tuhan. Jika Tuhan kehendaki berlaku kejadian yang menyebabkan gugur talak si suami tidak perlu lagi melafazkan talak. Ia sudah gugur secara automatik, Allah s.w.t yang menjadi saksi. Malaikat sudah mencatat sumpahnya.
Katakan seseorang itu mengatakan bahawa sekiranya Tugu Negara berpindah tempat gugurlah talak ke atas isterinya. Jika Tugu Negara benar-benar beralih tidak ada lagi ikhtiar untuk menahan talak daripada gugur. Lihat lagenda Si Tanggang. Bila ibunya menyumpahnya menjadi batu tidak ada doktor dan bomoh yang boleh mengubahnya kembali menjadi manusia. Begitulah bertanya tanggungan persumpahan. Semua sebab musabab yang lain tunduk kepadanya kerana persumpahan itu dipegang oleh Allah s.w.t. Dia yang mempunyai hak yang mutlak untuk membuat keputusan. Bila Dia sudah mengistiharkan keputusan-Nya maka orang yang berkenaan samada menerima atau menolaknya. Pilihannya menetukan berlakunya sebab musabab ke atas dirinya apakah baik atau sebaliknya. Keputusan Allah s.w.t adalah amanah-Nya atau perjanjian-Nya. Bila Adam lupa kepada amanah Allah s.w.t dia dikeluarkan daripada syurga. Tidak menanggung amanah Allah s.w.t menjadi kunci yang menghalang Adam masuk semula ke dalam syurga. Hanya setelah belaku kiamat dan perjalanan hukum sebab musabab dibinasakan baharulah Adam boleh kembali kepada syurga. Oleh yang demikian janganlah sekali-kali mempermainkan persumpahan. Sumpahan menjadi amanah Allah s.w.t yang berat. Manusia hanya boleh menebusnya dengan harapan Allah s.w.t menerima penebusan tersebut. Hak mutlak tetap milik-Nya.