Thursday, July 31, 2008

3 tanda dikurnia kebaikan

3 tanda bagi orang yang dikurniakan kebaikan oleh allah swt.

a. Mengerti tentang agama (perkara asas maupun yang bersifat cabang)
b. Zuhud terhadap dunia (tenang tentang perkara yang melibatkan rezeki).
c. Sentiasa melihat aibnya (melihat aibnya sendiri hingga terlupa dengan aib orang lain).Posted by Picasa

Wednesday, July 30, 2008

kerusi syurga

diriwayatkan bahawa apabila seseorang dimasukkan kedalam syurga maka ia dikurniakan kerusi.kecanggihan kerusi tersebut membuat ia menilik,duduk,memperlakukan sekehendak hatinya tanpa jemu.dia dalam keadaan tersebut dan begitu teruja dengan kerusi tersebut sahaja mengambil masa selama 60 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun didunia.begitulah hebatnya keadaan disyurga.itu baru satu kerusi.bayangkan berapa banyak dan jenis kerusi yang ada. itu belum lagi melihat dan mendengar perkara-perkara lain.wallahuallam
Posted by Picasa

Tuesday, July 29, 2008

5 golongan yang terselamat dari soal jawab kubur

1. orang yang mati syahid.

2. orang yang ribath(berjaga diperbatasan wilayah kaum muslimin untuk mencegah serangan musuh)di jalan allah swt.

3. orang yang meninggal kerana sakit perut.

4. bacaan surah al mulk(surah tabaarak).

5. orang yang meninggal pada hari jumaat atau malamnya.
Posted by Picasa

Monday, July 28, 2008

pahala puasa

pahala puasa balasan tidak dinyataka berapa banyak dan kadarnya.tetapi amalan lain allah swt dan rasulnya ada nyatakan seperti 10, 20,25,27 hingga 700.rasulullah pun tidak diberitakan berapa banyak pahala puasa kerana allah swt sendiri yang akan membalasnya.kerana amalan puasa juga adalah untuk allah swt.mungkin juga ini terjadi kerana bila kita berpuasa orang lain bukan tahu kita puasa atau pun tidak.tapi amalan lain seperti solat orang nampak kita samada solat atau pun tidak.ini bermakna puasa hanya kita dengan allah sahaja yang tahu.wallahuallam.
Posted by Picasa

alam kubur

apabila seseorang berada dialam kubur maka amalan solat akan berada dibahagian atas kepala.manakala amalan zakat berada disebelah kanannya,disebelah kirinya pula adalah amalan puasa dan dibahagian kaki ialah lain2 amalan.wallahuallam
Posted by Picasa

Sunday, July 27, 2008

5 kalimat didalam kitab taurat

ditulis dalam kitab taurat 5 huruf
1.sesungguhnya cukup itu berada dalam sifat qanaah
2.sesungguhnya keselamatan itu berada pada uzlah(memutuskan bergaul dengan makhluk dengan jalan tidak baik)
3.sesungguhnya kehormatan itu berada dalam meninggalkan nafsu syahwat.
4.sesungguhnya kenikmatan itu berada dalam hari-hari yang panjang(disyurga yang kekal)
5.sesungguhnya kesabaran itu berada dalam hari-hari yang sedikit(dunia)
dari hassan basri.Posted by Picasa

Saturday, July 26, 2008

ratko mladic rela bunuh diri

Bekas jeneral Serbia tak mahu ditahan, diadili di The HagueBELGRADE: Bekas komander tentera Serbia, Jeneral Ratko Mladic yang diburu kerana pembabitannya sebagai penjenayah perang Bosnia, lebih sanggup membunuh dirinya daripada ditahan pihak berkuasa. Media Britain, The Telegraph dan media tempatan memetik sumber risikan Belgrade yang enggan dikenali melaporkan semalam, maklumat terbaru menunjukkan Mladic yang diburu selepas penahanan rakan jenayahnya yang juga bekas Presiden Serbia, Radovan Karadzic, juga didakwa mengarahkan pengawal peribadi membunuhnya daripada membenarkan dirinya ditangkap hidup-hidup untuk dihadapkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Bekas Yugoslavia di The Hague, Belanda.
Ada laporan lain menyatakan, Mladic dilindungi tentera Serbia yang berpengaruh di negara itu. Malah, usaha memburu dan menangkap Mladic jauh lebih sukar dan berbeza berbanding operasi menahan Karadzic yang lebih mudah ditangkap dan tidak melawan ketika diserbu dalam sebuah bas di ibu negara Serbia, Isnin lalu. Mladic yang kini menjadi lelaki buruan utama Eropah bagi jenayah perang dan kemanusiaan membabitkan kekejaman termasuk pembunuhan 8,000 lelaki dewasa dan budak lelaki Muslim Bosnia, perlu diserahkan kepada pihak pendakwa antarabangsa sebelum Serbia dipertimbang menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU).
Namun, bekas komander tentera Serbia itu didakwa dikawal ketat dan mempunyai dua pengawal peribadi lengkap bersenjata dan sentiasa mengiringinya. "Analisis risikan terbaru mendakwa Mladic kini tinggal di satu kawasan bandar di Serbia dan sentiasa dikawal ketat dua pengawal peribadinya. Malah, pengawalnya itu hanya menunggu arahannya untuk menembak mati Mladic sebelum beliau dapat ditangkap," kata sumber itu. Mladic lesap dan menyembunyikan diri selepas kejatuhan bekas Presiden Slobodan Milosevic pada 2000 dan sejak itu beliau beberapa kali dilihat berada di Russia, Romania dan Hungary selain Serbia dan Montenegro. Berpuluh-puluh serbuan dilancarkan ke alamat didakwa rumah dan tempat persembunyiannya. Malah ada beberapa kejadian Mladic dikatakan sempat melarikan diri. – Agensi
nota:berani buat berani tanggung.tapi dalam islam bunuh diri tidak dibenarkan sama sekali.sama2lah kita lihat adakah benar ia akan berlaku.allah swt itu maha mengetahui dan maha adil Posted by Picasa

Friday, July 25, 2008

berdoa

akhlak berdoa yang paling baik ialah semasa mengaminkan doa ialah dengan mengatakan ya allah,ya rahman,ya rahim atau ya karim.tidak seperti biasanya hanya menyebut amin sahaja.contoh jika ibu kita memanggil kita biasanya kita balas ya.adalah lebih baik jika balas dengan ya mak.begitu juga allah amat suka mendengar bila disebut dan disandarkan 99 namanya.wallahuallam.
Posted by Picasa

doktor didakwa bunuh isteri

Doktor didakwa bunuh isteri
Oleh AMIRUDDIN HARUN
KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang doktor berusia 54 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh isterinya dipercayai dengan menekup muka mangsa menggunakan bantal.
Jitweer Singh a/l Ojagar Singh dari Setapak didakwa membunuh Shentho Kaur a/p S. Jaswant Singh, 47, antara pukul 5 pagi dan 8.30 pagi, 22 Oktober tahun lalu di No. 27, Jalan 2/3 Bandar Country Homes, Rawang dekat sini.
Tiada pengakuan diambil tetapi sebaik sahaja ditanya oleh jurubahasa sama ada dia memahami pertuduhan yang dibacakan, lelaki itu berkata: ''Faham tapi tidak setuju. Masa tak betul.''
Majistret Rini Triany Muhammad Ali membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan menetapkan 22 Ogos ini bagi sebutan semula. Tertuduh diwakili peguam T. S. Kumari.
Memetik laporan akhbar, doktor tersebut pernah ditahan sebelum ini berikutan penemuan mayat isterinya di banglo mereka di Rawang dan kematiannya dipercayai akibat kesukaran bernafas disebabkan mukanya ditekup dengan bantal.
Penahanan itu susulan daripada dua laporan polis yang dibuat oleh mangsa sebelum ini yang mendakwa didera suaminya.
Semasa ditahan ketika itu, dia juga didapati positif dadah jenis syabu selepas menjalani ujian air kencing.
Sementara itu, seorang warga Indonesia, Sadri Mad Nor, 25, turut didakwa di mahkamah sama atas tuduhan membunuh teman wanita senegara yang hanya dikenali sebagai Nurlela.
Mengikut pertuduhan, Sadri didakwa membunuh Nurlela, 27, di antara pukul 11.50 malam, 11 Julai lalu di hadapan kedai besi No. 14, Jalan 1 Selayang Baru, Batu Caves, dekat sini, semalam.
Rini Triany menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula.
Pertuduhan kedua-dua kes itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.Posted by Picasa

Wednesday, July 23, 2008

5 miskin dan 5 kaya

yang dipilih oleh orang miskin
1.ketenteraman jiwa
2.bebas hati dari beban dunia.
3.menghambakan diri sepenuhnya kepada allah swt.
4.hisab atau perhitungannya ringan pada hari kiamat
5.darjat yang tinggi


yang dipilih oleh orang yang kaya
1.jiwa yang lelah kerana sibuk mengurus harta kekayaan.
2.hatinya sibuk kerana memikirkan harta kekayaan.
3.menjadi hamba dunia.
4.hisab yang berat pada hari kiamat.
5.darjat yang rendah kerana dunia.
Posted by Picasa

Sunday, July 20, 2008

galaksi terjauh dari bumi-abell 1835

saat nanti mungkinkah kita kesana nanti?

Sebuah galaksi yang juga merupakan galaksi terjauh yang di ketahui manusia telah di ketemukan (Maret 2004) oleh sekelompok Astronom asal Eropa dan Amerika melalui teleskop Huble. Galaksi ini di beri nama Abell 1835 IR1916. Galaksi ini berjarak sekitar 13.230 milliar tahun cahaya dari galaksi kita (Bimasakti /Milky Way). Cahayanya sudah merambat di alam semesta 470 milliar tahun setelah peristiwa Bigbang (ledakan besar asal mula alam semesta) yang mana saat itu alam semesta baru berusia 3% dari usianya yang sekarang.Do you know?Jika dari bumi menuju bulan anda hanya membutuhkan 1,3 detik saja. Maka galaksi tersebut dapat di capai dalam 13.230.000.000.000 tahun (13 milliar 230 ribu juta tahun).Jika anda dapat menempuh perjalanan dari Jakarta ke Denpasar selama satu detik. Maka untuk mencapai galaksi terebut anda membutuhkan waktu selama 3.969.000.000.000.000 tahun (3 triliun 969 ribu milliar tahun).LinksEuropean Organisation for AstronomicalSpaceflight NowCBS News
Posted by Picasa

Saturday, July 19, 2008

subsidi menurut islam

video

allah,rezeki dan makan

ada yang bertanya kepada nabi ibrahim as 'kerana apakah tuan diangkat menjadi kekasih allah swt'.maka ibrahim as menjawab: aku diangkat menjadi kekasih alllah swt kerana tiga perkara,iaitu aku mendahulukan urusan allah swt daripada urusan yang lain.aku tidak pernah merasa bimbang terhadap apa yang telah dijamin oleh allah swt untuk ku dan aku tidak pernah makan baik petang mahupun pagi tanpa tamu beserta dengan ku.
Posted by Picasa

Tuesday, July 15, 2008

4 ketika yg selalu diawasi orang berakal


1.saat utk menyembahkan hajatnya kpd tuhannya.

2.saat utk menilik dirinya sendiri.

3.saat utk membukakan rahsia diri kpd sahabatnya yg setia,menyatakan aib2 dan celanya sampai dapat dinasihati dan ditunjukkkan oleh teman setia itu secara terus terang.

4.saat dia bersunyi2 diri,duduk bersoal jawab dgn dirinya,menanyakan mana yg halal dan mana yg indah,mana yg jahat dan mana yg baik.

Monday, July 14, 2008

ditembak mati diselatan thailand

Rakyat Malaysia ditembak mati
Zulkifli Omar

TUMPAT 13 Julai – Seorang pemuda berasal dari Kampung Paloh Chica di sini maut setelah ditembak dalam sebuah pusat hiburan di Hotel Genting, Sungai Golok, Selatan Thailand, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 pagi itu, Zulkifli Omar, 23, telah ditembak beberapa das ketika menemani isterinya, Nur Alia Nabila Abdullah, 26, yang bekerja sebagai penyanyi di pusat hiburan di situ.
Nur Alia ketika ditemui di sini berkata beliau dan Zulkifli baru mendirikan rumah tangga dua bulan lalu dan suaminya itu sering menemaninya ke tempat kerja.
“Suami sentiasa menemani saya kerana sejak beberapa bulan bekerja di situ, ada pengunjung lelaki yang suka mengganggu saya,” katanya.
Nur Alia berkata beliau percaya suaminya itu ditembak oleh lelaki yang menaruh hati terhadapnya memandangkan suaminya itu tidak mempunyai musuh.
“Saya tak tahu macam mana kejadian itu berlaku kerana selepas persembahan saya masuk ke bilik air sekejap dan selepas keluar semula saya lihat keadaan di situ kelam kabut sebelum mendapati suami saya terbaring dengan kesan beberapa das tembakan,” katanya.
Beliau berkata suaminya itu kemudian dibawa dengan motosikal rakan ke hospital Sungai Golok bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba.
Nur Alia berkata beliau mengenali suaminya sejak setahun lalu di Hadyai, sebelum membuat keputusan untuk memeluk Islam dan berkahwin dengannya.
“Sebelum kejadian saya dah merancang untuk berhenti kerja dan berniaga bersama suami tetapi tak sangka perkara ini pula berlaku,” katanya yang memutuskan untuk menetap bersama keluarga arwah suaminya.
Sementara itu, ibu Zulkifli, Aminah Che Kob, 59, menyifatkan anak kelima daripada enam beradik itu sebagai seorang yang baik dan hormatkan keluarga.
“Arwah tak pernah ada musuh dan saya sendiri selalu nasihatkannya supaya berhati-hati ketika tinggal di sana (Sungai Golok) kerana bimbang keselamatannya yang juga berniaga secara kecil-kecilan,” katanya.
Aminah berkata kali terakhir beliau menemui anaknya itu kira-kira pukul 3 petang semalam ketika Zulkifli bersama isterinya pulang selepas menghadiri kursus agama di Perkim, Kota Baharu.
Beliau dimaklumkan anaknya itu mati ditembak kira-kira pukul 4 pagi ini.
Jenazah Zulkifli tiba di rumah keluarganya itu pada pukul 5 petang dan akan dikebumikan malam ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan menasihati rakyat Malaysia berhati-hati ketika mengunjungi wilayah bergolak itu.
– Bernama

Tuesday, July 8, 2008

akhirat


Pertanyaan dan jawapan kepada kafir tentang hidup semula
Sajadah [10] Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.
Ya-sin [79] Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? Ya-sin [79] Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
Israa [49] Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baru? [50] Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi [51] Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya!

Tuesday, July 1, 2008

kematian-hal yg pasti tapi sering dilupakan-dua



Perlahan-lahan bumi akan meluluhkan tubuh kita anggota demi anggota, bulu-bulu halus yang menghiasi kulit tubuh kita itu yang pertama kali berguguran, kemudian mata kita yang biasa khianat memandang beda haram akan segera meleleh, di susul telinga kita yang terbiasa mendengar suara-suara haram segera menjadi sarang kutu-kutu busuk, mulut kita yang banyak mengobral kebohongan dan ghibah hari itu akan disumpal dengan tanah, demikianlah seterusnya nasib jasad kita.Dan yang perlu diingat adalah bahwa kejadian itu takkan lama lagi akan kita alami, bukankah setahun dua tahun itu tak lama? Dan siapa yang sanggup menjamin hidup kita sampai satu atau dua tahun? Dari gelapnya alam kubur manusia akan dibangkitkan dan digiring ke padang mahsyar: " Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari terlaksananya ancaman. Dan datanglah tiap-tiap diri, bersama dengan dia seorang malaikat, penggiring dan seorang malaikat penyaksi." (QS. 50:20-21)Pada hari itulah semua manusia akan datang dikumpulkan sebagai tamu Allah, maka berbahagialah manusia-manusia yang didunianya selalu membersihkan diri mentaati perintah-perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya. Karena pada hari itu ia akan diterima dan dimuliakan Allah, dia akan berbahagia dengan melihat wajah Rabb-Nya." Wajah-wajah (orang-orang mu'min) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat." (QS. 75:22-23)Orang-orang mukmin pada hari itu akan menjadi tamu yang paling bahagia. Sebaliknya celakalah orang-orang yang semasa hidupnya selalu mengotori dirinya, melanggar hukum-hukum Allah, menghalang-halangi tegaknya agama Allah. Karena mereka pada hari itu akan menjadi tamu yang diacuhkan oleh Allah tak dilihat, dan tak pula diajak bicara, mereka adalah tamu-tamu yang tersingkir. "Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. "(QS. 3:77)Di hari dimana mereka membutuhkan pertolongan, sedang tiada seorang penolongpun pada hari itu kecuali Allah, tapi mereka dicuekkan oleh Allah, alangkah malangnya. Di hari itulah amal manusia ditimbang, adapun kelompok pertama mereka akan mendapatkan kitab catatan amalnya dengan tangan kanannya, dengan penuh kebahagiaan mereka dipersilakan melenggang menuju surga. "Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata:"Ambillah, bacalah kitabku (ini).Sesungguhnya aku yakin, bahwa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diridhai, dalam surga yang tinggi, Buah-buahannya dekat, (kepada mereka dikatakan):"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal ang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu". (QS. 69:19-24)Dan bagi orang yang takut saat menghadap Tuhannya ada dua surga. (QS. 55:46)- Kedua surga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan. (QS. 55:48).- Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir. (QS. 55:50).- Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasang-pasangan. (QS. 55:52)- Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutra (QS.55:54)- Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan yang menundukkan pandangannya tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka tidak pula oleh jin (QS.55:56)- Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan (QS 55:58)"Mereka berada diatas dipan yang bertahtahkan emas dan permata, seraya bertelekan diatasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari mata air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk." (QS. 56:15-19)"Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, akan tetapi mereka mendengar ucapan salam. Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu." (QS. 56:20-27)"Berada diantara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, Yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk." (QS. 56:28-34)"Adapun golongan kedua, akan menerima kitabnya dengan tangan kirinya dan dengan penuh nista mereka diseret dan dilemparkan ke dasar neraka. Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya dari sebelah kirinya, maka dia berkata:"Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini), Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku, Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu, Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Telah hilang kekuasaan dariku". (Allah berfirman):"Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya". Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta. Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar. Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin. Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." (QS. 69:25-37)Adapun yang bakal terjadi dengan penduduk neraka bisa kita lihat dalam ayat-ayat berikut ini:1. Bagi mereka-mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah. Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 4:56)2. Bagi orang-orang yang kikir dan tidak mau menginfaqkan sebagian hartanya. Pada hari dipanaskan emas perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka:"Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan. (QS. 9:35)3. Bagi orang-orang yang suka bermewah-mewahan di dunia. Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu. Dalam (siksaan) angin yang amat panas dan air yang panas yang mendidih, dan dalam naungan asap yang hitam. Tidak sejuk dan tidak menyenangkan. Kemudian sesungguhnya kamu hai orang yang sesat lagi mendustakan, benar-benar akan memakan pohon zaqqum, dan akan memenuhi perutmu dengannya. Sesudah itu kamu akan meminum air yang sangat panas Maka kamu minum seperti unta yang sangat haus minum. Itulah hidangan untuk mereka pada hari Pembalasan". (QS. 56: 41-56)Itulah nasib dua kelompok manusia, tak ada lagi kelompok ketiganya. Itulah negeri akhirat sebuah kehidupan yang sebenarnya. " Bahwasanya kehidupan akhirat itulah kehidupan yang benar". Di sanalah kita semua menuju, tapi kita semua belum tahu bagaimana nasib kita kelak. Surga ataukah neraka? Semua tergantung kepada sejauh mana kita beramal di sini, di dunia ini

kematian,hal yang pasti tapi sering dilupakan-satu


Kematian, Hal yang Pasti Tapi Sering Dilupakan
Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin,niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahannam,.....dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yakin,kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu). (QS. 102:1-8)....Surat ini secara singkat dan tepat berbicara tentang fenomena kehidupan sekelompok manusia hingga akhirnya. Dalam ayat pertama Allah gambarkan situasi kehidupan mayoritas manusia yang menghabiskan seluruh kesempatan hidupnya untuk sebuah pesta lomba mengejar prestasi duniawi, mencari popularitas,berbanyak-banyak harta dan keturunan, memburu titel dan pangkat.Yah Alangkah sesaknya dunia ini dengan manusia-manusia type ini. Manusia-manusia yang sejak bangun tidur hingga berangkat tidur kembali hanya disibukkan oleh dunia. Dia putar benaknya, dia kuras tenaga dan fikiran hanya untuk dunia. Bahkan ketika tidur, yang diimpikan juga dunia. Celakanya, ketika dia mengambil waktu sisanya untuk sholat menghadap Rabbnya, pencipta, pemilik dan pengaturnya, yang masih berputar dibenaknya juga dunia, dan ketika dia mengangkat tangannya berdo'a, yang dia mohon juga dunia.Dunia bagi mereka telah berubah menjadi tujuan bukan lagi sarana, sehingga mereka terus berlomba untuk mengejarnya. Dunia benar-benar telah singgah di hati mereka sehingga dengan bebas mengatur dan mengendalikan seluruh aktifitas kehidupannya. Untuk manusia type-type inilah Allah katakan: "Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, (QS. 102:1)"Mereka lalai kalau dunia ini sangat pendek waktunya, sehingga tak pantas untuk dijadikan tujuan, dunia bukanlah negeri idaman, tapi ujian dan cobaan. Yang sangat memprihatinkan adalah betapa istiqomahnya mereka dalam kelalaiannya sampai ketika mata mereka terbelalak ketakutan melihat malaikat maut datang menjemput.Kematian, semua orang tahu tapi terlalu sedikit yang mau menyadari, banyak manusia yang berusaha lari dari kematian, membebaskan fikirannya dari bayang-bayang maut. Namun sia-sialah usaha mereka. Ibarat bejana, semua orang akan meminumnya, ibarat binatang buas tak pernah bosan mengejar mangsanya, dia berjalan dan tak pernah memperlambat langkahnya, dia pasti datang tak pernah ingkat akan janjinya." Dan datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya.Itulah yang kamu selalu lari dari padanya. (QS. 50:19)"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati... (QS. 3:185)Sakaratul mautMengingatnya saja sudah menggetarkan hati sanubari. Bagaimana jika kelak kita benar-benar menghadapi dan itu pasti terjadi? Diriwayatkan dalam sebuah hadits shohih bahwasanya ketika datang ajal Rasulullah saw, beliau menyeka keringat dari mukanya sambil berkata:"Subhanallahu kematian benar-benar memiliki sekarat-sekarat".Lihatlah betapa Rasul yang mulia, yang menginginkan kematian untuk menemui kekasihnya masih merasakan sakaratul maut. Bagaimana halnya mereka yang lari daripadanya dan memusuhi Rabb-Nya? Untuk memberikan gambaran lebih jelas tentang sakaratul maut Allah berfirman: Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke kerongkongan dan dikatakan kepadanya):"Siapakah yang dapat menyembuhkanmu"dan dia yakin bahwa sesungguhnya itulah waktu perpisahan (dengan dunia), dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau. (QS. 75:26-30)Itulah pemandangan maut yang merupakan akhir semua kehidupan. Tak seorangpun sanggup mencegah. Kematian memisahkan seseorang dengan kekasih, tak peduli dengan jeritan manusia di sekelilingnya, tak menghiraukan kesedihan orang yang ditinggalkan, juga tidak terhadap orang yang butuh kasih sayang. Ia tetap berjalan untuk menumbangkan semua keangkuhan dan kesombongan, terus berlalu tanpa berhenti dan menoleh. "Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke kerongkongan," (QS. 75:26). Itulah pemandangan sakaratul maut. Semua mata membelalak, seluruh manusia yang hadir menoleh ke kanan dan ke kiri mencari jalan penyembuhan." dan dikatakan kkepadanya): "Siapakah yang dapat menyembuhkanmu" (QS. 75:27)Sementara itu yang menghadapi kematian sedang kejang menggelinjang menahan pedihnya sakaratul maut:"Dan lututpun bertaut dengan lutut." Gagallah semua usaha, sia-sialah semua sarana dan nyatalah satu-satunya jalan yang harus ditempuh oleh setiap yang hidup:" kepada Tuhanmulah pada hari itu kamu dihalau." (QS. 75:30) sampai di sini berakhirlah kehidupan manusia.Banyak manusia menganggap kehidupan hanya sampai di situ. Dari lahir sampai ke liang kubur, sedang diantara keduanya manusia bebas bercanda, berhias dan bermegah-megahan, menumpuk harta memburu popularitas dan prestasi duniawi. Mereka tidak percaya tentang apa yang terjadi setelah kematian, orang-orang inilah yang digambarkan oleh Allah SWT: "Apakah kami setelah mati dan setelah menjadi tanah (kami akan kembali lagi), itu adalah suatu pengembalian yang tidak mungkin." (QS. 50:3)Problemnya jelas yaitu faham mereka yang menafikan adanya hidup setelah mati. Sebenarnya pandangan ini jelas lahir dari sebuah pemikiran yang dangkal bahkan sangat dangkal. Dengan logika yang tepat Allah menjawab pengingkaran mereka: Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban) Bukankah dia dahulu dari setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang laki-laki dan perempuan Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati? (QS. 75:36-40)Jawabannya adalah: Ya! Dia Maha suci, Dia Maha Kuasa untuk menghidupkan kembali.Ya! Dia Maha Mampu untuk menyusun kembali tulang belulang itu. Dan manusia, mau tak mau harus tunduk di bawah hakekat besar ini. Setelah manusia mati, semuanya akan mengalami alam kubur, Allah menggambarkan apa yang bakal terjadi di sana: "Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang dihancurkan oleh bumi dari (tubuh-tubuh mereka), dan pada sisi Kamipun ada kitab yang memelihara (mencatat)." (QS. 50:4)

4 maut kemalanga di pasir puteh kelantan


Polis sahkan tiga maut dalam kemalangan di Pasir Puteh

KOTA BAHARU: Polis hari ini mengesahkan hanya tiga maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua kereta di Kilometer 24, Kampung Jerus, Pasir Puteh, di sini lewat petang semalam. Laporan awal pada tengah malam tadi menyatakan enam terbunuh. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang meninggal dunia itu ialah pemandu kereta Perodua Kancil, Mohd Rodi Latif, 33, dan dua anak lelakinya Nik Mohd Anas, 8, dan Mohd Imran Hashimi, semuanya di tempat kejadian. Tiga lagi yang cedera parah ialah bapa Mohd Rodi yang hanya dikenali sebagai Abdul Latif, 65; isteri Mohd Rodi, Raja Rosini Raja Hussain, 26(disahkan meninggal kemudian); yang sedang mengandung empat bulan, dan pemandu kereta Proton Perdana yang bertembung dengan kenderaan yang dipandu Mohd Rodi dikenali sebagai Che Othman Che Husain.

Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Jenazah Mohd Rodi dan anak-anaknya dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh sejurus kemalangan. Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 6.45 petang semasa Mohd Rodi dan keluarganya dalam perjalanan mengarah ke Kota Baharu, manakala Che Othman Che Othman sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu menuju Pasir Puteh.
Siasatan awal mendapati kedua-dua kereta bertembung apabila salah sebuah daripada kenderaan itu memasuki laluan bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain. - Bernama