Sunday, March 30, 2014

April Fool

Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga. Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN. Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.

Wednesday, March 26, 2014

9 golongan solat

golongan solat

Golongan Pertama

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan Ketiga

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.

Golongan Keempat

 Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

 Golongan Kelima

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

 Golongan Ketujuh

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan

 Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

 Wallahualam bissawab.

Petikan dari blog diambang maut http://yaneyms.blogspot.com/?m=1

Monday, March 24, 2014

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

11 Jenis Manusia Didoa Malaikat

Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.' "

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…'"

10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

*Sumber dari akuislam.com

Friday, March 21, 2014

Kenapa ke dua-dua bibir kita (atas dan bawah) tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?

Kenapa ke dua-dua bibir kita (atas dan bawah) tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?

Cuba sebut LA ILA-HA ILLALLAH…Kedua- dua bibir kita tak bergerakan? Kenapa dan mengapa?

Jawabannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar buat umatnya MUHAMMAD SAW…disaat sakaratul maut tubuh kita tidak mampu apa2, Allah memberikan pilihan paling mudah untk hambanya hanya melafadzkan Allah, Allah, Allah... atau Laa Ilaha Illa Allah..
Allah tidak menuntut badan kita bergerak sedikitpun walaupun bibir kita...
Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (Nazak), dia sudah tidak berdaya lagi menggerakkan seluruhnya tubuhnya kecuali LIDAH nya sahaja..♥

Ya Allah jadikan akhir ucapan kami ketika wafat.. LAA ILAHA ILLALLAH..

Wednesday, March 19, 2014

(Rayuan Bantuan) Rumah Kebajikan Sukarelawan untuk orang Tua Islam .... HANYA ada SATU sahaja yang wujud di negara ini !

Spreading this which I received from a friend:

Assalamualaikum
Sekadar tolong fwdkan rayuan dari pengurus rumah jagaan orang tua Al Ikhlas Puchong. Boleh bantu seberapa yg kita mampu dan ikhlas:

"Rumah Kebajikan Sukarelawan untuk orang Tua Islam .... HANYA ada SATU sahaja yang wujud di negara ini !
Oleh itu saya ingin merayu kepada individu dan group agar dapat menghulurkan apa jua bentuk bantuan terus kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim yang ada di negara ini.

Bentuk bantuan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1. Pampers (lampin pakai buang)
2. Ubat-ubatan : ubat tahan sakit, ubat sedative, sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
3. Peralatan : Mesin Dialysis, Kereta Sorong
4. Beras
5. Telur (orang tua sudah tidak mampu mengunyah dan menghadam makanan berat)
6. Susu
7. Makanan 'comfort' seperti Nestum, oats, corn-flakes dan lain-lain.
8. Al-Quran (berhuruf besar) dan bahan bacaan.

Cara paling mudah untuk membantu ialah dengan membuat e-banking sekadar ikhlas kepada satu-satunya Rumah Penjagaan Orang Tua Muslim tersebut yang berada di Puchong melalui webpage berikut.

http://al-ikhlashomecare.blogspot.com

Rumah ini berdaftar dengan Kerajaan dan mendapat sedikit sumbangan dari Zakat Negeri Selangor.

Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai orang tua yang menghuni Rumah ini :-
1. Tiada waris yang mengambil mereka dari Hospital Serdang yang terpaksa menerima pesakit baru yang kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa untuk kematian.
2. Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yang ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada malam hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dalam kesejukan dan ketakutan.
3. Menampung Kos yang semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 orang sebulan. Jika kita ingin melihat kematian sebahagian dari bakal ahli syurga di sini lah tempat yang paling
sesuai. insyaAllah.

Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. In Sha Allah. .."
SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
Lokasi : Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Alamat Penuh : Lot 3530,jln bt 18,kg pulau meranti,47120 puchong selangor.

No. Telefon : 016-6786364

Diuruskan oleh : Muji bt. Haji Sulaiman (Jururawat)

Jumlah Pekerja : 5 Orang

Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)

Jumlah Orang Tua : 30 orang

Nama Bank : Al Rajhi Bank

Nama Akaun Bank : RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

No. Akaun : 12700-1061101131

(DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: "Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya." – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)
Dear frens. Just get the msg frm a fren on the above. I pernah pergi ziarah tempat ini. Memang ada. Jika dapat membantu sekadar yg blh.

SOLAT DAN RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
- USTAZ AZHAR IDRUS

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat
- ustaz haslin baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun"
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
-Ustaz Dasuki Rani

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
- TG Harun Din"

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.
BACA NI..JGN LUPA KONGSI..
RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk kevtika menunaikan solat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL... PINJAM 3MINIT UTK BACA NI..JGN LUPA KONGSI
🌸🍃